BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! KRISIS AIR !!! BN SELANGOR MENDEDAHKAN FAKTA YANG DI SEMBUNYIKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR !!!
- PAKATAN HARAM AKAN MENGANJURKAN PERHIMPUNAN GANAS PADA MALAM MERDEKA ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! RAJA PETRA MEMBONGKAR KOMPLOT FITNAH ALTANTUYA DAN PM @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! KARPAL SINGH SEKOLAHKAN NIK AZIZ BERKENAAN DENGAN NEGARA ISLAM ???
- KANTOI !!! ISU ROYALTI MINYAK !!! SAH !!! PAKATAN HARAM CUBA BERMAIN DENGAN POLITIK !!! WAJIB BACA !!!
- KRISIS AIR !!! KHALID GAGAP KENA BANTAI DENGAN @NOHOMAR KAW-KAW !!!
| Posted: 12 Aug 2012 08:30 AM PDT Isu Air terus menjadi mainan politik oleh pihak pakatan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor.Namun hakikatnya mereka tidak menafikan fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan.Lebih malang lagi Exco Selangor,YB Ean Yong Hian Wah melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang baru-baru ini seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri.Koordinator Barisan Nasionan (BN) Selangor,Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata tindakan Exco Selangor itu menunjukkan bahawa dia sendiri lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah. "Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat? Kenapakah beliau cuba mengelirukan rakyat tentang isu ini? Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15 peratus saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka.Berdasarkan maklumat yang kami terima, Pengarah KDEB, Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari. Tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih," ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini. Persoalan di sini tegas beliau kenapakah Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS? Adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas? "Kenapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS? Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut? Saya minta supaya pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.Kami juga mendapat maklumat bahawa saham 15 peratus yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Persoalannya di sini ialah tegas beliau adakah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman? Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15 peratus itu pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali? Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika? "Adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri? Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan? Kerajaan Negeri Selangor juga begitu berbangga dengan pemberian air percuma yang kononnya dinikmati oleh seluruh Rakyat Selangor. Pemberian air ini dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan bahawa ianya hasil daripada pengurusan ekonomi yang cekap oleh Menteri Besar.Namun begitu, kami juga mendapat maklumat bahawa, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini. Pada masa yang sama, bukan semua penduduk mendapat nikmat air percuma yang dijanjikan. Kerajaan negeri sebenarnya tersepit dalam janji-janji mereka sebelum ini", ujarnya. Soal beliau lagi adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma? "Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut? Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang? Jangan sampai nanti kita menjadi seperti cerita Pak Kaduk,yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang," ujarnya lagi. Hakikat jelas beliau kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah. "Langkah terakhir mereka seperti biasa ialah untuk mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta.Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim ini," tambahnya. -MediaUMNO RENUNG-RENUNGKAN |
| PAKATAN HARAM AKAN MENGANJURKAN PERHIMPUNAN GANAS PADA MALAM MERDEKA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 12 Aug 2012 05:00 AM PDT ![]() Selama lebih dua minggu para pemimpin parti Pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55,kononnya mereka mengatakan tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.Serentak dengan kecaman tersebut,mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.Malangnya,dalam pada pihak pakatan haram bersungguh-sungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik,kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012. Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan pakatan haram malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan,di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.Tanpa segan atau malu,mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.Bak kata pepatah,kata dulang paku serpih,sibuk mengata pada kerajaan rupanya pakatan haram yang lebih. Dalam pada itu,perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap,kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.Selain itu,jika anda masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas,sekalipun pada awalnya pemimpin pakatan haram dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram,hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam,kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka. Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini,tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi pakatan haram ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak wahai pembaca Badut Rakyat Sekalian ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! RAJA PETRA MEMBONGKAR KOMPLOT FITNAH ALTANTUYA DAN PM @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!! Posted: 12 Aug 2012 01:30 AM PDT ![]() rupanya,akuan bersumpah penyiasat persendirian,P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pakatan haram.Perkara itu didedahkan pengendali portal Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR),Ahli Parlimen Subang,R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Datuk Seri Najib.Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pakatan haram dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan,Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan. Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau,perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim. "Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah.Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net. Pada 1 Julai 2008,Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.Dalam pada itu,Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pakatan haram.Katanya,langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut. ANDA NAK LAGI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA SIAPA YANG BENAR ??? SIAPA YANG SALAH ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! KARPAL SINGH SEKOLAHKAN NIK AZIZ BERKENAAN DENGAN NEGARA ISLAM ??? Posted: 11 Aug 2012 10:00 PM PDT ![]() Former Lord President Salleh Abas should give a lecture on the country's constitutional law to PAS Islamic state enthusiasts, said DAP chairman Karpal Singh.He said Salleh should tell PAS leaders and members on the Supreme Court 1988 decision that explicitly declared Malaysia as a secular nation, not an Islamic one.He indicated Salleh would be the most appropriate legal brain to advise PAS leadership to stop its pursuit to establish an Islamic state if Pakatan Rakyat took over Putrajaya. "Salleh Abas should give a lecture to PAS leaders and members on it," he told newsmen here today. Salleh,a PAS member,was formerly an executive councillor in PAS Terengganu government and Jertih assemblyman (1999 – 2004).On Feb 29,1988,he headed a five-man Supreme Court (as Federal Court was known then) bench to hear a criminal appeal of Che Omar Che Soh vs PP and Wan Jalil Wan Abdul Rahman and Anor vs PP.In his judgment, Salleh Abas said "We have to set aside our personal feelings because the law in the country is still what is is today, secular law … Until the law and the system is changed, we have no choice but to proceed as we are doing today."Referring to this, Karpal,indicated that that Supreme Court conclusion clearly stated that the country was a secular state. "The Supreme Court declared that secular laws are applied in this country, not that of Islamic laws.Only a secular state will have secular laws," insisted Karpal, a senior lawyer and parliamentarian. Like system of constitutional monarchy and parliamentary democracy, he said secular system formed the basis of the 1957 Federal Constitution.Thus,no matter how many times constitutional amendments can be made, he said the basic structure of the Federal Constitution shall never be amended.He said even with a parliamentary two-thirds, PAS cannot declare the country an Islamic state because it violated a fundamental foundation of the Federal Constitution. "Secular state is among the basic structures of the Constitution. You cannot amend the basic structure.A secular state is one of the foundations of the Constitution. It cannot be amended.We can cut off branches here and there but we can't pull out the tree altogether," he pointed out. Hence,he rubbished political arguments that PAS would amend the Constitution to declare the country an Islamic state.Reiterating DAP's stand to oppose any PAS move to declare an Islamic theocratic state,he said PAS insistence to form an Islamic was inconsistent, contravention and open defiance against the Federal Constitution. "It's also a non-acceptance of the Supreme Court ruling in 1988. PAS Islamic state defies the Supreme Court decision made by Salleh Abas," said Karpal, who has been Pakatan's strongest opponent against PAS Islamist agenda.He said he hoped PAS leaders would refrain from making 'pro-Islamists' statements in the interests of Pakatan. "I have to make it clear that I'm only responding to their statements out of necessity," he said. He also slammed former premier Dr Mahathir Mohamed for his 'unconstitutional' declaration of Malaysia as an Islamic state during the Gerakan national delegates' conference in September 2001.He said Dr Mahathir's declaration contradicted the 'Secular State' stance adopted by his predecessors, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein and Hussein Onn. "Dr Mahathir declaration was mischievous declaration without any legal backing.He knows the country can be made an Islamic state," chided Karpal. He said as Prime Minister,Dr Mahathir should be well-versed in the country's constitutional provisions. "But Dr Mahathir deliberately did not want to understand," alleged Karpal. Yesterday,Dr Mahathir reportedly reiterated his declaration of Malaysia as an Islamic state when asked about DAP being declared by Umno-linked Muslim scholars as 'haram' (forbidden) for opposing hudud laws. "I would advise Dr Mahathir not to make statements which were without basis.As a retired prime minister, he should retire gracefully and should not interfere unnecessarily in affairs of the state," said Karpal. On possibility of PAS teaming up with Umno after the next election to set up an Islamic state, Karpal said DAP would be prepared to take them on.Although he hopes that PAS would not join hands with Umno, nonetheless the DAP chief said" "Anything is possible in politics." - Free Malaysia Today, 11 Ogos 2012. Hanya Tun Dr Mahathir dan UMNO yang berani berkata Malaysia adalah sebuah negara Islam.PAS sendiri tidak berani mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Islam. UMNO tetap dituduh sebagai golongan yang menentang Islam.Tidak cukup dengan itu UMNO dan BN dituduh menolak perjuangan Islam dan hukum hudud. Nah ... sekarang sahabat baik Mursidul Am dan Presiden PAS sudah mula sekolahkan ahli dan penyokong PAS,Malaysia bukanlah negara Islam tetapi negara sekular.Rakyat mahu tahu apa pendirian PAS dalam hal ini ... DAP sudah mula pulas tangan dan tarik telinga Nik Aziz dan Hadi Awang. Nasib baik tak diramasnya dua biji telur.DAP mahu PAS mengaku dan tunduk kepada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam kamus Buku Jingga dan prinsip Pakatan Rakyat.Anwar Ibrahim dan PKR pun tidak pernah mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apatah lagi sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk menyebelahi Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menolak aspirasi hudud Pas.Sayap Pemuda PKR telah memberi amaran kepada PAS jangan sekali-kali ungkit lagi mengenai pelaksanaan hudud.Jangan timbulkan kemarahan Karpal dan ahli DAP yang lain.kemarahan puak-puak chauvinist ini juga adalah amarah Anwar Ibrahim.Tonggeng terbalik macam mana sekalipun ... UMNO dan BN masih tetap dengan pendirian Malaysia adalah sebuah negara Islam. Jadi apa pendirian PAS ... Ikut kata putus Karpal Singh dan DAP atau bersama-sama dengan UMNO dan BN mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Nampaknya UMNO dan BN lebih berani dan 'ada telur' berbanding dengan pemimpin, ahli dan pemyokong PAS ... masih lagi membontoti Karpal Singh dan DAP.Malulah PAS ... asyik cium bontot Karpal singh dan DAP. - Gelombang Wangsa Maju @ GWM RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 11 Aug 2012 07:00 PM PDT ![]() Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur,sudah nampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pakatan haram bersabit isu royalti minyak ini.kita Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak.sejak mula ianya ditimbulkan,rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.Namun seperti yang anda maklum,keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum.Semasa PRU 2008,DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya memperolehi 4,394 undi. Sekalipun kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak,menariknya undi yang diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS.BN pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU 2008.calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang peraih ikan,lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai kemenangan "nyawa-nyawa ikan".Selepas PRK itu,PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS terlampau minima. Dalam pada itu,ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan.Apabila Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan,Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri dapat diketepikan.Berikutan itu,sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan. Tanpa PAS sedari,penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya menghasilkan petroleum atau gas.Ku Li tahu,dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat.Antara akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83],Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], UNCLOS 1982,Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain. Oleh sebab itu,apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak.Sayangnya,PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi bicara dan jasa PM dan UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama ini ditonjolkan oleh PAS.Jika Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa,ternyata ia umpama langkah yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya sampai bila-bila.Pun begitu,alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan tersebut,saya harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh. RENUNG-RENUNGKAN |
| KRISIS AIR !!! KHALID GAGAP KENA BANTAI DENGAN @NOHOMAR KAW-KAW !!! Posted: 11 Aug 2012 04:00 PM PDT ![]() BN Selangor mencabar Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengotakan kenyataannya selama ini dalam menyelesaikan krisis air di negeri Selangor.Timbalan Pengerusinya,Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan termasuk berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September. berhasrat untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas. "Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh koperat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya.Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah.kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah. Tambahnya,kerajaan pusat dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air. Katanya, selepas 7 tahun membuat kajian pada tahun 2005 barulah projek terbabit dimulakan. "Berbeza dengan kerajaan Selangor,kita buat kajian selama 7 tahun dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air. Sebab itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya pandai bercakap dan janji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat. Bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Johan Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor.Menurut Noh,tujuan lawatan tersebut dibuat adalah kerana kerajaan pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun ditentang oleh kerajaan Selangor.Beliau menambah,Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga kini tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan. "Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberikan bangkangan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat dibawah kepimpinan BN.jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat.Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan hanya bercakap.kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke tapak terowong loji ni.Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak pernah turun ke padang," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1890 juta liter sehari dari Karak,Pahang ke Hulu Langat melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air.Air ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat 2 yang dicadangkan untuk dibekalkan ke kawasan Lembah Klang dan sekitarnya bagi memenuhi permintaan air sehingga tahun 2025.Sebuah empangan (Empangan Kelau) juga dibina bagi menjamin aliran air yang mencukupi di Sungai Semantan.Projek ini diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi. Apabila siap kelak, terowong penyaluran air yang sedang dibina merupakan terowong air mentah yang terpanjang di Asia Tenggara dan keenam di dunia. |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment