UMNO Online - “Dua Puluh Harga Barangan Dikawal Sempena Aidilfitri” plus 9 more | |
- Dua Puluh Harga Barangan Dikawal Sempena Aidilfitri
- Menang 14 Kerusi Di Sabah… Pembangkang Kena Jual Dr Kelentong Pas
- Khalid Ibrahim Ahli Baru Kelab MB Serba Tidak Tahu
- Ronnie Liu Usah Tipu Rakyat Selangor Pasal Rumah Urut
- Palestin Mohon Bantuan UMNO Elakkan Kekeliruan
- Semangat Patriotisme Penting Di Semai Dalam Jiwa Generasi Muda
- Program “BN My Choice” Bukti Masyarakat India Letak Kepercayaan Kepada BN
- Krisis Air : Sampai Bila Kerajaan Selangor Mampu Menipu Rakyat?
- Deputy CM Hopes For Sabah MP To Fill Lajim’s Post Of Deputy Minister
- Fed Govt Sanctions RM287 Million To State Consolidated Fund, Says Najib
| Dua Puluh Harga Barangan Dikawal Sempena Aidilfitri Posted: 02 Aug 2012 02:55 AM PDT PUTRAJAYA, 2 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri. Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos. “Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis. Beliau berkata, peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011. Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi, katanya. Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk ayam hidup (RM5.70); ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80); ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60). Daging lembu tempatan (RM22.00); daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00); daging kerbau tempatan (RM21.00); dan daging kerbau import India (RM13.50). Selain itu telur ayam gred A (RM0.35 sen), gred B (RM0.34 sen) dan gred C (RM0.33 sen); kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20); cili merah (RM10.00); dan tomato (RM4.50). Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja (RM6.00); kacang tanah import (RM6.50), bawang merah kecil India (RM5.00); bawang besar import (RM2.50), bawang putih China (RM7.50), ubi kentang import China (RM3.00); dan ikan kembung (RM12.00). Ismail Sabri berkata, senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentutermasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga. Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN ” atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian akan menyiasat berhubung aduan kenaikan harga simen sebelum sebarang tindakan diambil kerana simen tidak tertakluk di bawah barang kawalan. “Jika siasatan mendapati kenaikan harga barang itu melampau dan sengaja dinaikkan tanpa alasan munasabah, tindakan boleh dikenakan,” katanya. |
| Menang 14 Kerusi Di Sabah… Pembangkang Kena Jual Dr Kelentong Pas Posted: 02 Aug 2012 02:53 AM PDT Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini menegaskan bahawa dia optimis bahawa Pakatan Haram akan mendapat 14 kerusi di Sabah rentetan dari insiden perletakan jawatan dua Ahli Parlimen negeri itu. Kononnya, kedua Ahli Parlimen BN Sabah yang bertukar haluan menyokong Pakatan Haram itu akan membuktikan bahawa gabungan pembangkang itu telah berjaya membolosi "peti deposit BN" di negeri kepulauan Borneo tersebut. Pemimpin "agama Pas" yang kononnya "pakar strategi" itu turut mendakwa tindakan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing keluar BN kononnya kejutan bukan kepalang dan amat menyeksakan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak… Peliknya, dakwaan "pakar strategi" itu tidak disertakan dengan sebarang kajian, penilaian fakta atau penyelidikan secara ilmiah. Tiba-tiba saja dia kata BN akan hilang 5 kerusi di Sabah hanya disebabkan oleh dua orang pengkhianat itu? Atas dasar apakah Dzulkefly membuat kenyataan tersebut? Jika setakat "cakap-cakap" di kalangan orang Sabah yang gila jawatan dan mengampu Pakatan Haram untuk dicalonkan pada PRU ke-13 ini, rasanya tak payah sebutlah… Tak malukah seorang "pakar strategi" mengeluarkan satu kenyataan yang tidak disertakan dengan penyelidikan secara terperinci dan "accurate"? Apatah lagi kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin "agama Pas" yang kononnya tidak menipu dan tidak memutar belit fakta. Tidak berdosakah berbuat demikian di dalam hukum "agama Pas"? Sebelum ini Majlis Profesor Negara yang membuat kajian secara ilmiah, berfakta, terperinci dan berhati-hati telah menyimpulkan bahawa Kedah bakal dirampas kembali oleh UMNO/BN ekoran sokongan rakyat yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas. Kajian tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk dikaji dan terpaksa diselidik secara terperinci sehingga di peringkat akar umbi tanpa sebarang unsur berat sebelah atau memikirkan kepentingan mana-mana pihak oleh MPN. Tapi, hasil kajian MPN itu diperlekeh dan dikatakan "tipu" oleh para pemimpin Pas seperti Mahfuz Omar, Azizan Razak dan ramai lagi. Pelik betul! Kenyataan Dzulkefly langsung tiada kajian, tiada fakta kukuh atau penyelidikan dijalankan, tapi kenyataannya dipercayai Pas, Pakatan Haram dan Harakahdaily. Manakala kajian MPN yang "accurate", berkreadibiliti dan berfakta kukuh itu pula dikatakan tidak benar, berat sebelah, diperlekeh sewenang-wenangnya dan dianggap satu propaganda UMNO/BN untuk menipu rakyat. Akal siapa yang setuju dengan kenyataan "pakar strategi" Pas itu? Seperkara lagi, benarkah dakwaan Dzulkefly yang menyatakan bahawa Najib terkejut dan amat terseksa dengan tindakan Lajim dan Wilfred yang keluar dari parti? Setahu saya, tindakan dua individu yang khianat pada rakyat Sabah itu telah diketahui lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh mereka. Najib dan kepimpinan tertinggi sudah tahu mengenainya dan tiada apa yang nak diterkejutkan oleh mereka. Dalam ertikata lain, saya percaya mereka sudah sediakan payung lebih awal mengenainya. Silap-silap, kenyataan akhbar dari Najib atau Muhyiddin telah disiap lebih awal sebelum Lajim dan Wilfred mengumumkan keluar parti. Kecewa yang amat menyeksakan? Tolonglah! Saya berpendapat bahawa tindakan kedua Ahli Parlimen Sabah itu langsung tidak mengecewakan atau menyeksa sesiapa pun. Itu hak mereka untuk meletak jawatan atau nak beralih arah sekali pun. Cuma, tindakan mereka itu mendedahkan bahawa mereka memang tidak setia, khianat dan memiliki sikap "opportunis" yang tidak berpendirian. Misalnya, dulu mereka mendakwa Anwar pengkhianat, meliwat dan "raja" rasuah, tapi sekarang mereka "menjilat" Anwar pula… Orang sebeginikah yang harus "disimpan" di dalam UMNO/BN? Rasanya, spesis-spesis 'sesumpah" seperti ini sangat dialu-alukan untuk keluar dari UMNO/BN dari terus menjadi "virus" yang mampu membarah sepertimana yang dilakukan Anwar dahulu. Justeru itu, kenyataan "pakar strategi" Pas ini langsung tidak boleh dipakai. Saya hairan juga mengapa Dzulkefly dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas. Mungkin kerana gelaran "doktor"nya? Ini bukan pakar strategi. Ini namanya "pakar tohmah" atau "pakar putar alam" yang hanya bijak bermain dengan persepsi bodoh yang tidak berpijak pada fakta atau bukti kukuh. Pakai cakap ikut suka mak bapak dia saja. Itu pun Pas bangga dan lantik dengan dia? mykmu.net |
| Khalid Ibrahim Ahli Baru Kelab MB Serba Tidak Tahu Posted: 02 Aug 2012 02:47 AM PDT Polemik isu air di Selangor kelihatan reda sedikit selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan data dan fakta penting bagi menjawab satu demi satu auta yang di gembar gemburkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Apabila data dan fakta dibentangkan di depan mata, semakin jelaslah rupanya selama ini Khalid langsung tidak pernah ambil tahu kedudukan sebenar bekalan air bersih di Lembah Klang yang turut membabitkan Selangor. Mungkin disebabkan itulah, bila pasukan pemantauan Kerajaan Selangor membentangkan laporan yang meragukan berkaitan kapasiti maksimum loji-loji rawatan air bersih, terus sahaja Khalid menerima bulat-bulat tanpa memeriksanya secara terperinci. Dalam laporan jawatankuasa pemantau tersebut, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyalurkan air bersih yang mencukupi sedangkan semua 34 buah loji rawatan air di seluruh Selangor berupaya mengagihkan sehingga 4,807 juta liter air sehari (JLH). Serentak dengan itu, Khalid memanfaatkan laporan tersebut untuk menjustifikasikan dan menghalalkan tindakannya untuk cuba campurtangan dalam pengurusan SYABAS. Hakikatnya, angka 4,807 JLH yang disebut oleh pasukan pemantau yang dilantik oleh Khalid itu, adalah merupakan kapasiti air terawat yang dikira bersekali dengan bebanan lebihan yang terpaksa ditampung oleh 5 loji rawatan air (Loji Sungai Selangor, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Batu dan Bukit Tampoi). Sedangkan kapasiti maksimum sebenar yang mampu diagihkan oleh keseluruhan loji rawatan air ialah cuma 4,371 JLH sahaja. Dalam menguruskan bekalan air terawat, walaupun keseluruhan rekabentuk loji mampu menampung jumlah kapasiti yang tinggi sedikit, lazimnya had maksimum pengagihan air ditetapkan pada aras tertentu supaya dapat diketahui dengan tepat jumlah air bersih yang diagihkan dan digunakan setiap hari oleh pengguna. Untuk memudahkan pemahaman, seandainya sebuah kenderaan memiliki tangki petrol yang mampu menampung 20 liter petrol, lazimnya kita tidak akan guna pakai kaedah memanfaatkan sepenuhnya 20 liter tersebut sehingga habis kemudian barulah mengisinya semula.
Sekali sekali semasa kecemasan di perjalanan bolehlah manfaatkan reserve petrol yang berbaki sambil mengharapkan stesyen minyak berada tidak terlampau jauh di hadapan. Jika tidak, alamatnya terpaksa menghayun kaki sambil membawa tong minyak kecil mencari stesyen petrol berdekatan untuk diisi semula ke dalam tangki kenderaan yang tersadai di tepi jalan. Demikianlah dengan loji rawatan air bersih, kita tidak perlu tunggu keseluruhan kapasiti digunapakai sepenuhnya untuk pengagihan bekalan air bersih kepada pengguna. Sekiranya amalan guna habis dijadikan amalan, kita sukar untuk mengetahui sama ada bekalan air bersih sedia ada benar-benar mencukupi untuk semua pihak. Di sinilah nampak kebodohan dan tidak caknanya Khalid serta kerajaan negeri pimpinannya, gagal memahami isu tapi memandai-mandai semacam tikus diberikan sebiji labu. Sudah elok perancangan jangka masa pendek dan panjang disediakan oleh pemimpin BN, datang saja pemimpin PKR dan rakan sepakatannya, habis dikacaunya sehingga menyebabkan kehidupan rakyat bakal terjejas sekiranya masih tiada usaha disegerakan untuk melaksanakan Langat 2. Punyalah terdesak untuk membuktikan keputusan kerajaan negeri pimpinannya bertindak betul menangguhkan kelulusan tanah untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sampai tergamak pula Khalid menyembunyikan kenyataan sebenar. Eloklah kiranya Khalid didaftarkan sekali bersama kelab MB yang serba tidak tahu biar sama setaraf dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun tapi masih tidak tahu kaedah sebenar untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan. Mirza Mahamood |
| Ronnie Liu Usah Tipu Rakyat Selangor Pasal Rumah Urut Posted: 02 Aug 2012 02:41 AM PDT Salam Pengarang, Suara Keadilan atau biasa disebut sebagai Suara Penipuan ini sekali lagi tanpa malu menayangkan kebebalan dalam menjalankan fungsinya sebagai lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim, anak beranak. Mana tidaknya, dalam keluaran terbaru akhbar tersebut, Suara Keadilan memetik kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ronnie Liu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah mengeluarkan waima satu lesen pun rumah urut dan pusat hiburan!! Sebaliknya, kesemua lesen sedia ada kononnya dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu. Ramai di antara rakyat Selangor yang penulis temui ketawa tidak kering gusi dengan kenyataan terbaru ini. Tanpa berkata sepatah, mereka membawa penulis ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong. Penulis berani kata baru kerana masih ada kerja-kerja pembinaan di beberapa tempat, malah banyak di antara kawasan tersebut baru sahaja diduduki peniaga beberapa bulan yang lepas. Pada mulanya penulis menggunakan jari, tapi bila jumlah rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan yang ditunjukkan semakin bertambah dari lorong ke lorong, penulis terpaksa menggunakan kalkulator pula. Di penghujung 'tour' itu, penulis mengira, ada lebih dari 50 buah pusat urut, refleksologi dan hiburan yang dijumpai. Itu di 2 kawasan sahaja, belum seluruh negeri Selangor lagi. Persoalan penulis, siapa yang keluarkan lesen untuk kesemua pusat-pusat maksiat ini? Takkan kerajaan BN kot, sebab banyak dari lokasi perniagaan tersebut baru sahaja diduduki peniaga? Bagaimana BN boleh terlibat memberikan lesen-lesen operasi ini sekarang bila mana bukan mereka lagi yang berkuasa. Kalau benarpun kerajaan BN yang keluarkan (walaupun tidak logik), kenapa PBT tidak menjalankan pemantauan serta menutup pusat-pusat maksiat ini? Adakah alasannya kerana kerajaan BN juga? Itu yang berlesen, bagi yang tidak berlesen pula, masih lagi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Masih lagi nak menyalahkan BN? Jadi Ronnie Liu, usah temberang dan cuba memperbodohkan rakyat. Orang di Selangor tahu bahawa kenyataan Ronnie Liu itu tidak benar, malah kalau benar sekalipun (kalau), kerajaan Selangor masih boleh mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas. Pendek kata, pusing macam mana pun, tetap kerajaan negeri sekarang yang perlu bertanggungjawab. ASAP (Anak Selangor Anti Penipuan) |
| Palestin Mohon Bantuan UMNO Elakkan Kekeliruan Posted: 02 Aug 2012 02:31 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Isu berkaitan kekejaman dan pencerobohan hingga mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan rakyat Palestin mendapat maklumbalas yang sangat baik dari rakyat Malaysia hinggakan banyak pihak yang menghulurkan bantuan tetapi malangnya ia telah menimbulkan kekeliruan. Sehubungan itu, Duta Palestin ke Malaysia, H.E. Abdelaziz Abughoush telah memohon bantuan UMNO untuk merungkai kekeliruan dan kesulitan yang berlaku. "Saya ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi tetapi akibat keghairahan untuk membantu rakyat Palestin tanpa disedari bahawa ada pihak yang telah mengambil kesempatan atas tujuan tertentu termasuklah agenda politik sendiri," katanya. Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini. "Kami mengharapkan agar UMNO dapat menasihati semua agensi kerajaan termasuklah badan-badan bukan kerajaan (NGO) agar memahami keadaan yang berlaku di Palestin dan dapat menyalurkan sumbangan tanpa ada agenda tertentu," katanya. Jelasnya, ekoran sejak kebelakangan ini terlalu banyak badan yang wujud atas tujuan membantu rakyat Palestin tetapi malangnya ada diantara badan-badan tersebut gagal menyalurkannya ke pihak yang benar-benar memerlukan. "Kedutaan Palestin di Malaysia sentiasa sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan tidak berlaku kekeliruan dan ketirisan bagi membela rakyat Palestin di Semenanjung Gaza mendapat pembelaan. Dalam hal ini, Tengku Adnan menyambut baik usaha Abdelaziz dan menyatakan komitmennya untuk membantu membanteras penyalahgunaan kutipan dana untuk rakyat Palestin. Tengku Adnan turut menerima kunjungan hormat dari Pesuruhjaya Tinggi Australia, HE Miles Kupa di Malaysia yang menyatakan minatnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan struktur organisasi UMNO dan pentadbirannya selain pembabitan dalam kempen-kempen menjelang pilihan raya nanti. - MediaUMNO |
| Semangat Patriotisme Penting Di Semai Dalam Jiwa Generasi Muda Posted: 02 Aug 2012 02:25 AM PDT TENOM, 2 Ogos – Usaha kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda pada hari ini dijangka dapat menyedarkan mereka betapa pentingnya semangat tersebut bagi mengharungi cabaran yang akan datang. Ecxo Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Jamawi Jaafar berkata, semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dewasa ini terutamanya generasi muda tidak boleh dibiarkan terus luntur dan layu yang memungkinkan mereka tidak mempunyai daya tahan yang tinggi bagi mengelakkan diri daripada menerima hasutan anasir luar. Menurutnya, generasi yang ada pada hari ini merupakan generasi ketiga yang hanya menikmati kesenangan dan kemudahan hasil dari perjuangan pemimpin dan rakyat terdahulu. "Generasi pertama dan kedua merupakan golongan yang memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan. Maka tidak hairanlah golongan ini mempunyai semangat patriotisme yang tinggi memandangkan mereka telah melalui jerih payah untuk memerdeka dan mempertahankan negara dari ancaman luar. "Tetapi bagi generasi ketiga selepas merdeka, ekoran dari kesenangan yang dinikmati, mereka seperti gagal menghayati semangat tersebut. Ini sesuatu yang sebenarnya mencetuskan kebimbangan. Sebab itu kita lihat sekarang ini ramai golongan muda yang mudah terpengaruh dengan hasuan pembangkang sehinggakan boleh mengganggu gugat keamanan negara," katanya selepas melepaskan Peserta konvoi Kembara Merdeka Jabatan Penerangan Sabah di Tenom baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu Jamawi berkata,, pelbagai langkah kerajaan bagi menanam semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini terutama golongan muda adalah sesuatu yang wajar dilaksanakan. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom menambah, selain daripada program yang sedia ada seperti pasukan beruniform, Rela dan sebagainya, pebagai agensi dan pertubuhan lain juga perlu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi mengisi program yang dilaksanakan selaras dengan matlamat untuk menanam semangat patriotisme di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. "Golongan muda merupakan aset negara yang berharga dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kesedaran patriotisme di kalangan mereka begitu penting supaya benteng keamanan negara terus ampuh. Mereka ini adalah masa depan negara. “Sekiranya mereka terleka dan terpengaruh dengan momokan pembangkang maka masa hadapan negara akan hancur dan anak generasi hadapan yang akan menerima natijahnya,” katanya. Dalam pada itu Jamawi berkata, sempena sambutan bulan kemerdekaan ini, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom tahun ini turut memainkan peranan bagi menyemai serta menyuntik semangat patriotisme di kalangan generasi muda di daerah itu melalui program Kembara Merdeka Ramadan yang digerakkan menjelajah ke seluruh kampung bagi menyampaikan masej keamanan serta kemajuan yang dicapai oleh negara sejak mula merdeka sehingga ke hari ini. – MediaUMNO |
| Program “BN My Choice” Bukti Masyarakat India Letak Kepercayaan Kepada BN Posted: 02 Aug 2012 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sambutan yang memberangsangkan terhadap program yang dianjurkan menerusi Pemuda MIC iaitu 'BN My Choice' menujukkan BN mendapat kepercayaan daripada masyarakat India di negara ini. Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata program yang bermula awal bulan lepas itu disertai hampir 70,000 masyarakat India dan perkembangan tersebut menujukkan ke arah yang cukup positif. Justeru beliau berharap program seumpama itu akan digerakkan dengan lebih hebat lagi selepas ini supaya momentum perubahan yang ada hari ini terus kekal dan BN terus mendapat kepercayaan. "Pada masa yang sama menerusi kunjungan hormat Jawatankuasa Kerja Pusat Pemuda MIC hari ini, saya turut memberi penekanan kepada usaha untuk mengesan dengan lebih giat pengundi muda India. "Menerusi perbincangan dua hala antara saya dengan jawatankuasa kerja pusat berkenaan, banyak perkara dibincangkan khususnya persoalan yang menjurus ke arah mempersiapkan jentera menjelang pilihan raya nanti," katanya. Beliau berkata demikian apda sidang media sejurus selepas kunjungan hormat Jawatankuasa Kerja Pemuda MIC Pusat, yang diketuai Ketua Pemudanya T. Mohan di sini, hari ini. Ketika ditanya persoalan calon pilihan raya, Khairy berharap calon muda akan diberi peluang oleh pucuk pimpinan. "Selaku Pengerusi Pemuda BN, saya melahirkan harapan agar Presiden parti-parti komponen BN memberi ruang kepada calon Pemuda sebab saya hanya dapat menyuarakan bagi pihak Pemuda UMNO. "Tetapi untuk rakan-rakan saya dalam Pemuda parti komponen saya harap Presiden mereka sendiri memberi pertimbangan sewajarnya terhadapat pemimpin-pemimpin Pemuda," katanya. Berhubung tindakan pembangkang yang mempolitikan tema sambutan hari kemerdekaan, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan masing-masing ada pendapat dan ada pandangan. "Masing-masing ada pendapat mengenai tema dan juga lagu dan sebagainya tetapi saya rasa tidak perlulah mempolitikkan sehingga ada pelbagai tema yang bersaing antara kerajaan dengan pembangkang. "Saya saran kepada pembangkang kalau mereka 'excited sangat' untuk adakan tema hari kemerdekaan….. tunggulah kalau menang pilihan raya dan bolehlah buat tema. Tetapi ini kerajaan sedia ada terimalah tema yang sedia ada. Masing-masing ada pandangan. "Tahniah juga kepada kerajaan kerana tarik balik logo….Tetapi ini satu pengajaran kepada kita. Jangan pandang remeh isu sebegini. Walaupun isu ini kecil ianya boleh dijadikan isu yang cukup besar..relevan dan sebagainya. Kena ambil kira semua," katanya. -MediaUMNO |
| Krisis Air : Sampai Bila Kerajaan Selangor Mampu Menipu Rakyat? Posted: 02 Aug 2012 02:04 AM PDT HULU LANGAT, 2 Ogos- Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) kesal dengan sikap dangkal dan bodoh sombong Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu yang tidak habis-habis menuding jari dan menyerang Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan krisis air yang melanda negeri ini. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kelmarin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu dilaporkan meminta penjelasan Syabas mengapa bekalan air tidak mencukupi sedangkan beliau mendakwa pemeriksaan dibuat minggu lalu mendapati air terawat 11 peratus melebihi daripada permintaan harian walhal daripada mana fakta yang diperolehi juga boleh dipertikaikan. “Sama ada beliau tidak tahu atau memang sengaja buat-buat tidak tahu, kenyatan yang dibuat itu jelas menunjukkan sikap dangkal seorang pemimpin yang tidak mengetahui perkembangan semasa. “Sebenarnya seawal Ogos 2011 lagi Kerajaan Pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air bakal melanda menjelang tahun 2014 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.” Jelasnya, pihak Syabas sebelum ini pun sudah sering memaklumkan bahawa gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Lembah Klang ketika ini disebabkan oleh kapasiti pengeluaran air terawat daripada loji-loji air tidak dapat menampung permintaan air terawat. “Apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika itu? Mereka hanya berpeluk tubuh mengatakan bekalan air mentah, sambil merujuk air empangan masih banyak sehingga melimpah ruah. “Mereka masih berpolitik ketika rakyat bakal berhadapan krisis air yang meruncing. Tidak habis-habis mereka mengatakan bahawa air mentah masih mencukupi. Padahal rakyat memerlukan air terawat, bukan air mentah,” ujarnya selepas mengetuai satu Lawatan ke Sungai Langat WTP (Loji), Bt 10 Jalan Hulu Langat sebentar tadi. Tambahnya, krisis air berlaku berikutan peningkatan mendadak penggunaan air oleh pengguna. Kesan daripada peningkatan permintaan yang mendadak ini terutama di Lembah Klang menyebabkan beberapa kolam utama menghadapi penurunan paras yang ketara. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut mengunjurkan bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga hujung tahun ini. 33 loji rawatan air ini adalah milik kerajaan negeri Selangor. Pada masa ini rezab bekalan air bersih sedia ada ialah kurang daripada 3 peratus. Keadaan ini menyebabkan tekanan air rendah dan sebahagian kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di sekitar kawasan 'water stress' iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan juga Hulu Langat, melibatkan sejumlah 209,678 akaun pengguna ataupun lebih kurang sejuta penduduk di wilayah-wilayah terbabit.
Situasi ini juga menyebabkan beberapa Loji Rawatan Air beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya (overload) dan berhadapan dengan tekanan memenuhi permintaan yang pada masa ini di tahap 4,259 JLH (Juta Liter Sehari). Ini adalah kerana jumlah kapasiti bekalan air yang boleh dikeluar dan diagihkan dari kesemua 34 loji sedia ada adalah sekitar 4,371 JLH sahaja. “Tujuan GPRS melawat Loji Rawatan Air Sungai Langat dengan membawa sekali beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin setempat, wakil penduduk dan pihak media adalah untuk melihat sendiri operasi di sini dan bagi membuktikan bahawa loji ini telah melebihi kapasiti pengeluaran air sebanyak 24 peratus iaitu daripada 386 juta liter sehari kepada 478 liter sehari”, katanya. Pada masa sama jelas beliau lagi GPRS mahu membuktikan bahawa keputusan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya tidak mahu melaksanakan Loji rawatan Air Langat 2 adalah keputusan yang politik dan pentingkan diri sendiri! Projek tersebut dapat merawat sebanyak 1.89 bilion air mentah yang akan disalurkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025. “Betapa ceteknya pemikiran Abdul Khalid dan barisan exconya apabila mereka mahu air mentah dalam empangan dipam keluar untuk disalurkan kepada rakyat. “Air dalam empangan bukan untuk kegunaan harian, sebaliknya ia adalah simpanan untuk digunakan pada musim kemarau apabila paras air sungai rendah. Air empangan ini pula jika digunakan secara berteusan hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. Pada masa yang sama tegas beliau lagi kerajaan negeri turut membekukan CAPEX atau perbelanjaan modal milik Syabas sejak 2008 menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air tidak dapat dilaksanakan. Tindakan Abdul Khalid mahu mengambil alih (step-in) Syabas hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada kegagagalan kerajaan negeri menguruskan air di Selangor. “Kini apabila rakyat menderita, mereka terus menjadikan Syabas sebagai kambing hitam. Untuk mengaku kesilapan sendiri? Sudah tentu tidak! Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bahkan memutar belit fakta kerana bimbang rakyat tahu perkara sebenar. “Apa yang rakyat perlu faham ialah kerajaan negeri memiliki aset air sebagaimana dan bertanggungjawab menyediakan air bersih, manakala Syabas sebagai operator pengagihan bertanggungjawab membekal dan mengagihkan bekalan air terawat. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air walaupun mendapat tentangan kerajaan negeri,” tambahnya. Kata beliau lagi tindakan kerajaan negeri terus berpolitik dan menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat tidak akan menyelesaikan krsis air, malah akan menjadi lebih teruk. Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini bukan menuding jari menyalahkan pihak lain. Paling menyakitkan hati, ketika rakyat menderita kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa. “Bagi yang mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai krisis air ini, GPRS menjemput semua hadir ke majlis taklimat di Sekolah Kebangsaan Beranang pada Sabtu ini, jam 10 pagi. “Kita perlu bagi penjelasan kepada rakyat agar tidak terus terpengaruh dengan pembohongan kerajaan negeri PKR dan tidak diperbodohkan dengan auta Menteri Besar dan barisan exconya yang hanya tahu bercakap daripada membantu rakyat!,” tambahnya. -MediaUMNO |
| Deputy CM Hopes For Sabah MP To Fill Lajim’s Post Of Deputy Minister Posted: 02 Aug 2012 01:05 AM PDT KOTA KINABALU, Aug 2 – Sabah Deputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin said today it would be most appropriate for an MP from Sabah to be appointed to the post of deputy minister of housing and local government vacated by Datuk Seri Lajim Ukin. “It is up to the prime minister (to appoint anyone), but it would be better if it is a Sabahan,” he told reporters at the distribution of 1Malaysia water tanks in the Putatan district at the Putatan multi-purpose hall, here. He was commenting on the revocation of Lajim’s appointment with the consent of the Yang di-Pertuan Agong after the Beaufort MP had announced his defection from the Barisan Nasional (BN) over the weekend. Earlier, Yahya distributed letters of authority for the purchase of the 1Malaysia water tanks to 433 residents from 31 villages, represented by village chiefs and village development and security committee chairmen. In addressing the villagers, he said the distribution of the 1Malaysia water tanks was to ensure that the villagers had adequate supply of water. “The BN government has various ways of assisting the people in the country as each day we deliver aid to those eligible. Those who have not received the aid, must be patient,” he said. According to him, a total of 263 of 696 1Malaysia water tanks with a capacity of 400 gallons each as well as accessories were distributed to the villagers in Putatan under the Rural Transformation Programme of the federal government. |
| Fed Govt Sanctions RM287 Million To State Consolidated Fund, Says Najib Posted: 02 Aug 2012 12:57 AM PDT PUTRAJAYA, Aug 2 – The Federal Government will allocate RM287 million to the State Consolidated Fund in 2014 to finance state governments facing a RM30 million deficit in their operational account, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced today. The cumulative RM257 million would be disbursed to the states based on their economic growth level, infrastructure development and the people’s well-being, Najib, who is also Finance Minister, told a media conference after chairing the National Finance Council meeting at the Finance Ministry. The prime minister said six papers were discussed in today’s meeting, covering the Federal Government and State Governments’ mutual interests, matters pertaining to state governments’ financial management and related issues. Najib said the National Finance Council also took note of the audit report on the utilisation of the State Road Maintenance Trust Fund and the Road Record Information System (MARRIS) handled by the Finance Ministry in all states. The report has identified several matters that need to be corrected and improved for the people’s comfort and safety, among others, he said. “Most importantly, this meeting gave strong emphasis to ensure that funds provided by the Federal Government are truly used to the fullest for road maintenance. “Last year, RM2.591 billion were channelled for road maintenance work as compared to RM1.087.5 billion in 2006, an increase of 138 per cent or on the average the funds were increased by 27.6 per cent a year,” he said. Najib said that it was because some state governments were found to have not fully spend the allocation provided, one special “laboratory” would be established in October to draw up comprehensive guidelines on the procedures and optimum utilisation of the funds to maintain roads in the states. He said all state governments have agreed to participate in the laboratory. “This is because the people expect the roads to be well maintained, and the Federal Government can help through this method. “Nevertheless, the most important thing is to ensure that the funds are used truly for the purpose they are set up for,” he said. Najib said the meeting was also informed that the state governments’ loans from the federal government have dwindled by RM1.6 billion or 8.4 per cent from RM19.1 billion in 2010 and RM17.5 billion last year. He said the state governments’ repayment amount has also improved to RM790.6 million last year from RM434.1 million in 2010. “The bulk of the reduction was due to the taking over of the loans by Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). “To date, PAAB has taken over loans from five states to implement water supply projects totalling RM3.496.3 billion, he said. Giving the breakdown, Najib said Penang has borrowed RM655.2 million, Perlis (RM75.1 million), Negeri Sembilan (RM1.128 billion, Melaka (RM764.2 million) and Johor (RM873.7 million). The prime minister also said today’s meeting also heard briefings on the current economic growth status, growth projection for next year and on the global economic outlook. To a question on whether the country’s deficit was also discussed at the meeting, Najib said the matter was deliberated. “The Federal Government deficit reduction is on track, but the whole figures will be presented in the budget,” he said. Najib will table Budget 2013 in Parliament on Sept 28. Referring to the laboratory to be established in October, he said the laboratory would also identify the reasons as to why certain state governments did not fully spend the allocations provided in accordance with the stipulated procedures. The laboratory’s decision would be announced to the people, he added. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment