BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! ISU RUMAH URUT !!! RONNIE LIU !!! JANGAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 02 Aug 2012 12:00 PM PDT



suara Keadilan atau biasa disebut sebagai Suara Penipuan ini sekali lagi tanpa malu menayangkan kebebalan dalam menjalankan fungsinya sebagai lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim,anak beranak.Mana tidaknya,dalam keluaran terbaru akhbar tersebut,Suara Keadilan memetik kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),Ronnie Liu bahawa kerajaan pakatan haram Selangor tidak pernah mengeluarkan waima satu lesen pun rumah urut dan pusat hiburan.Sebaliknya,kesemua lesen sedia ada kononnya dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.kalau tak keluar lesen kenapa rumah urut dah bertambah ??? siapa yang luluskan kalau bukan PBT.betul tak pembaca Badut Rakyat sekalian ???

saya nak cerita sikit berkenaan rumah urut ini.Ramai di antara rakyat Selangor yang saya temui baru-baru ini ketawa tidak kering gusi dengan kenyataan terbaru.Tanpa berkata sepatah,mereka membawa saya ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun pakatan haram memerintah Selangor,iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong.saya berani kata baru kerana masih ada kerja-kerja pembinaan di beberapa tempat,malah banyak diantara kawasan tersebut baru sahaja diduduki peniaga beberapa bulan yang lepas.Pada mulanya saya menggunakan jari,tapi bila jumlah rumah urut,pusat refleksologi dan pusat hiburan yang ditunjukkan semakin bertambah dari lorong ke lorong,saya terpaksa menggunakan kalkulator pula.Di penghujung 'tour' itu,saya mengira,ada lebih dari 50 buah pusat urut,refleksologi dan hiburan yang dijumpai.Itu di 2 kawasan sahaja,belum seluruh negeri Selangor lagi.sebab itu saya kata di atas.kalau tak keluar lesen kenapa rumah urut dah bertambah ???

persoalan saya mudah,siapa yang keluarkan lesen untuk kesemua pusat-pusat maksiat ini ???? Takkan kerajaan BN kot,sebab banyak dari lokasi perniagaan tersebut baru sahaja diduduki peniaga.Bagaimana BN boleh terlibat memberikan lesen-lesen operasi ini sekarang bila mana bukan mereka lagi yang berkuasa ??? Kalau benarpun kerajaan BN yang keluarkan (walaupun tidak logik),kenapa PBT tidak menjalankan pemantauan serta menutup pusat-pusat maksiat ini ??? Adakah alasannya kerana kerajaan BN juga ??? pakatan haram ni biasalah,semua salah BN.makcik accident tepi jalan pun salah BN kan ??? saya sambung sikit,Itu yang berlesen,bagi yang tidak berlesen pula,masih lagi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan.Masih lagi nak menyalahkan BN ??? Jadi Ronnie Liu,usah temberang dan cuba memperbodohkan rakyat.Orang di Selangor tahu bahawa kenyataan Ronnie Liu itu tidak benar,malah kalau benar sekalipun (kalau), kerajaan Selangor masih boleh mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.Pendek kata,pusing macam mana pun,tetap kerajaan negeri sekarang yang perlu bertanggungjawab.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAJIM UKIN JARANG KE PEJABAT SEJAK MAC 2012 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Aug 2012 08:30 AM PDT



sila lihat gambar di atas,mula-mula nafi lepas itu masuk juga PKR,tapi itu bukan posting saya kali ini,kali ini saya nak cerita sikit berkenaan sikap beliau.Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 kelmarin mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah,Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Sebelum ini pada Sabtu lalu,Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort,namun di masa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.Sebenarnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit,sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya.Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012,sekurang-kurangnya sudah tiga,empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah ???

Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan,tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.ternyata Lajim lebih mengutamakan kepentingan sendiri apabila tetap berterusan bermain tarik tali semata-mata mahu memaksa PM untuk akur pada permintaan peribadinya.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA KHAS UNTUK PAK SAMAD SAID !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Aug 2012 05:00 AM PDT


Assalamualaikum Pak Samad,

Masih Pak Samad ingat puisi yang Pak Samad berikan kepada saya 10 tahun dahulu (10 Jun 2003),Pak Samad Kata "Jika Bukit Menjadi Gunung,Gunung Menyuburi Rimba,Jika Sakit Mendorong Menung, Menung Merangsang Dewasa, Lorong Hidup Banyak Cabarannya".

Pak Samad tentu lupa bagimana peritnya hidup di Kota Singa,sehingga di mata Pak Samad sudah biasa melihat wanita-wanita menjual tuboh raga mereka,untuk sesuap nasi.Apa Pak Samad sudah lupa bagaimana Pak Samad harus menerobos jantung Kota Singa,terutama ketika Zaman Jepang melanggar pusat kota, mengambil segala macam harga diri.Jika tidak Pak Samad sudah tentu tergolong dalam golongan pengemis, lintah darat,nasib baik Pak Samad segera membawa diri ke ibu kota Tanah Melayu,Kuala Lumpur yang indah.

Kini Pak Samad memasuki Lorong terakhir.Lorong yang Pak Samad tidak ada bedanya dengan rencana Pak Samad tahun 50an,ketika orang bersastera karena masyarakat,Pak Samad bersastera karena seni.Akhirnya Pak Samad asyik termenung panjang,sakit kerana terlalu lama termenung.Pak Samad mengapa perlu termenung lagi,Kota Singa sudah 50 tahun kita tinggalkan.Wanita Salina itu sudah lama kerepot,sudah lama mati agaknya,usah Pak Samad bermimpi dia datang lagi.

Dalam puisi itu Pak Samad menyebut lagi,"Jika Rakit Menjadi Kapal,Kapal Meningkat bahtera,Jika Bangkit Melawan Gagal,Gagal membibit Hemah,Landas Hidup Banyak Tuahnya".

Mana mungkin mimpi dan igauan lama Pak Samad boleh membina Kapal sebesar bahtera Nabi Nuh,sedangkan rumah tangga Pak Samad tidak mampu bertahan lama.Kini Pak Samad bersama segala macam petualang negara yang mahu menjual negara ini atas nama kebebasan sebangsa,mengumpulkan segala macam igauan lama Pak Samad menjadi satu jiwa yang bersatu dengan Pak Samad dan orang tua yang Pak Samad lihat-lihat saja di lorong Kota Singa tanpa membuat apa-apa,Inikah jiwa-jiwa yang hendak disejiwakan. Semua ini berontakan jiwa mu yang tidak pernah tenang.

Mana perginya petikan guitar anak mu yang bernama Az itu.Dia hilang membawa dirinya jauh dari kebobrokan ciptaan Pak Samad yang tidak mungkin Pak Samad boleh gapai sama panjang dengan Ambiga dan Nga Ngeh itu.Pak Samad sangat kecil dan pendek untuk berada di atas mereka,mana mungkin sejiwa menjadi sebangsa jika selepas PRU 13.Diri Pak Samad,bangsa Pak Samad,saudara Pak Samad yang mengucap La Ilaha Illallah Muhammad Dar Rasulullah dibuang dipinggirkan dihumban di tepi longkang.Sama seperti keadaan rumah sewa Pak Samad di Kota Singa yang ditampal-tampal dengan paku-paku berkarat dan papan-papan lusuh yang kita sama-sama pungut di tepi jalan.Ada Lee Kuan Yew peduli kita? Lee Kuan Yew kata kita Melayu rakyat bodoh dan pemalas? Itulah juga suara Chen Man Hin,LKS dan LGE yang Pak Samad puja itu!

Apakah pemerintah durjana Singapura ada membantu kita,Tidak Pak Samad! Malah kita dihumban di lembah kemiskinan dan wanita-wanita Melayu dibiarkan Melacurkan harga diri dan jiwa-jiwa mereka.Jiwa mereka menangis pun Pak Samad tak mampu tolong melainkan hanya tulisan-tulisan English Nice Pak Samad yang Pak Samad bukukan untuk menjadi Sasterawan Negara.Itulah Pak Samad yang saya kenali,menipu di dalam seni karena segenggam ringgit.Jika tidak mana mungkin hendak mogok seni begitu-begitu saja,melainkan sudah mendapat suapannya menyambung semula.

Pak Samad mahu berdebat dengan saya? Apa tema Pak Samad,Sehati Sejiwa Berdansa? Sebangsa Senegara Sejiwa? kenapa bukan Seni Untuk Seni? Kenapa bukan Seni Untuk Masyarakat? Kenapa tidak Bersihkan Bangsa, Bersihkan Negara,Bersihkan Jiwa?

Bersih 3.0 Pak Samad itu saya 100 persen menolaknya? Karena saya tahu Pak Samad jua tidak sebersih Bersih.Sudah berapa kali negara kita Pilihanraya? Pak Samad Pernah kah Mengundi? Anak Bini Pak Samad pernahkah mengundi? Sila jawab dengan benarnya,Betul atau Tidak? Maka bagaimana Pak Samad bisa bercakap Bersih untuk Pilihanraya sedangkan diri dan keluarga Pak Samad sendiri tidak menunjukkan kepekaan itu! Senang berkata, mudah menulis,sukar melaksanakannya Pak Samad,bukankah Pak Samad dalam puisi di atas menyebut Hidup ini banyak cabarannya.

Saya berhenti di sini dahulu,saya tidak sanggup membongkar segala macam penyelindungan diri yang Pak Samad lakukan demi ringgit-ringgit dari mana pun.Jika Pak Samad mahu berdiskusi dengan saya silakan,jika mahu berdebat dengan saya mari kita bentang tikar bicara,bangsa Malayu tidak perlu tunduk kepada sebangsa pembohong,bangsa Melayu tidak harus tunduk kepada jiwa-jiwa yang berbuih kosong,negara ini negara bertanah dan tanah itu Tanah Melayu!!!

Salam Hormat,

Aku Yang Kau Kenali
Kota Singa.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU AIR !!! KHALID GAGAP KANTOI LAGI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Aug 2012 01:30 AM PDT


Kantoi Lagi,ini ker Menteri Besar anda wahai rakyat selangor ??? benda kecil macam ini pun tak tahu.Polemik isu air di Selangor kelihatan reda sedikit selepas Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan data dan fakta penting bagi menjawab satu demi satu auta yang di gembar gemburkan oleh Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap.Apabila data dan fakta dibentangkan di depan mata,semakin jelaslah rupanya selama ini Khalid langsung tidak pernah ambil tahu kedudukan sebenar bekalan air bersih di Lembah Klang yang turut membabitkan Selangor.Mungkin disebabkan itulah,bila pasukan pemantauan Kerajaan Selangor membentangkan laporan yang meragukan berkaitan kapasiti maksimum loji-loji rawatan air bersih,terus sahaja Khalid menerima bulat-bulat tanpa memeriksanya secara terperinci.Dalam laporan jawatankuasa pemantau tersebut,Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyalurkan air bersih yang mencukupi sedangkan semua 34 buah loji rawatan air di seluruh Selangor berupaya mengagihkan sehingga 4,807 juta liter air sehari (JLH).Serentak dengan itu,Khalid memanfaatkan laporan tersebut untuk menjustifikasikan dan menghalalkan tindakannya untuk cuba campurtangan dalam pengurusan SYABAS.

Hakikatnya,angka 4,807 JLH yang disebut oleh pasukan pemantau yang dilantik oleh Khalid itu,adalah merupakan kapasiti air terawat yang dikira bersekali dengan bebanan lebihan yang terpaksa ditampung oleh 5 loji rawatan air (Loji Sungai Selangor,Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Batu dan Bukit Tampoi).Sedangkan kapasiti maksimum sebenar yang mampu diagihkan oleh keseluruhan loji rawatan air ialah cuma 4,371 JLH sahaja.Dalam menguruskan bekalan air terawat,walaupun keseluruhan rekabentuk loji mampu menampung jumlah kapasiti yang tinggi sedikit,lazimnya had maksimum pengagihan air ditetapkan pada aras tertentu supaya dapat diketahui dengan tepat jumlah air bersih yang diagihkan dan digunakan setiap hari oleh pengguna.Untuk memudahkan pemahaman,seandainya sebuah kenderaan memiliki tangki petrol yang mampu menampung 20 liter petrol,lazimnya kita tidak akan guna pakai kaedah memanfaatkan sepenuhnya 20 liter tersebut sehingga habis kemudian barulah mengisinya semula.

Sekali sekali semasa kecemasan di perjalanan bolehlah manfaatkan reserve petrol yang berbaki sambil mengharapkan stesyen minyak berada tidak terlampau jauh di hadapan.Jika tidak,alamatnya terpaksa menghayun kaki sambil membawa tong minyak kecil mencari stesyen petrol berdekatan untuk diisi semula ke dalam tangki kenderaan yang tersadai di tepi jalan.Demikianlah dengan loji rawatan air bersih,kita tidak perlu tunggu keseluruhan kapasiti digunapakai sepenuhnya untuk pengagihan bekalan air bersih kepada pengguna.Sekiranya amalan guna habis dijadikan amalan, kita sukar untuk mengetahui sama ada bekalan air bersih sedia ada benar-benar mencukupi untuk semua pihak.Di sinilah nampak kebodohan dan tidak caknanya Khalid serta kerajaan negeri pimpinannya,gagal memahami isu tapi memandai-mandai semacam tikus diberikan sebiji labu.

Sudah elok perancangan jangka masa pendek dan panjang disediakan oleh pemimpin BN,datang saja pemimpin PKR dan rakan sepakatannya,habis dikacaunya sehingga menyebabkan kehidupan rakyat bakal terjejas sekiranya masih tiada usaha disegerakan untuk melaksanakan Langat 2.Punyalah terdesak untuk membuktikan keputusan kerajaan negeri pimpinannya bertindak betul menangguhkan kelulusan tanah untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2),sampai tergamak pula Khalid menyembunyikan kenyataan sebenar.Eloklah kiranya Khalid didaftarkan sekali bersama kelab MB yang serba tidak tahu biar sama setaraf dengan MB Kelantan,Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun tapi masih tidak tahu kaedah sebenar untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! TEMURAPAT PRU 13 PKR !!! PKR KALAH SEBELUM BERKEMPEN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Aug 2012 10:00 PM PDT


sekiranya kalau anda perasan,parti PKR selalu menggunakan nama 'rakyat' dalam setiap aktiviti dan kempen mereka.Sudah tentu kali ini mereka akan menggunakan nama 'rakyat' dalam menghadapi pilihanraya kali ini,nama 'rakyat' akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah 'demi Anwar,untuk Anwar dan kerana Anwar'.itu yang sebenarnya berlaku pada tahun 1998 semasa zaman reformasi,tapi rakyat malaysia yang menjadi penyokong tegar tidak tahu semua ini kononnya sayang kepada Anwar Ibrahim kerana lakonan hebat beliau.

saya nak ceritakan sedikit sejarah berkenaan Temurapat PRU PKR.Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas,parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center,untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13.Antaranya :

1. Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia

2. Malaysia Baru,Muafakat Baru,Pimpinan Baru

3. Demi Rakyat,Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan 'rakyat',maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga,iaitu 'Demi Rakyat,Demi Masa Depan' yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN.Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda,Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.Dalam temurapat yang sama,parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN.Antaranya,kenaikan harga barang,subsidi minyak,AUKU,PTPTN,rasuah,masalah perumahan,masalah sosial,harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad Kecuali isu 'peluang pekerjaan terhad',kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan,kesilapan atau kelemahan di pihak mereka.Dalam ertikata lain,serangan mereka tidak menjadi,tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga,PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya,dalam memperkatakan soal PTPTN,PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan pakatan haram dalam keadaan sukar.Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan,mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia.Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.Lebih dari itu,kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini.Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah,Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis.Mana tidaknya,jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu 'perintis' gejala rasuah di dalam politik.Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit.Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari 'nobody' menjadi 'somebody' dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu Dan kini,partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah,penipuan,manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti.Jika ini bukan rasuah,apa namanya ???

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.dengan itu,kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.Walau apapun,kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau pakatan haram semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan.Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan 'keberanian' sahaja.Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13,maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen.Rafizi kat mahkamah shah alam pagi tadi kena tahan pasal isu BAFIA.best tak kena tahan ??? lain kali jangan bohong rakyat malaysia ye rafizi ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! MELOYAKINI KANTOI PENIPU !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 01 Aug 2012 07:00 PM PDT


Meloyakini kantoi lagi ??? di mana pulak meloyakini kantoi ni.hari ni saya tak nak ceritakan di manakah penipuan meloyakini berlaku.hanya video di bawah menceritakan segalanya.jom lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL BARI MENGHENTAM PAKATAN HARAM KAW-KAW BERKENAAN FITNAH FARID DAN DATIN SERI ROSMAH !!!

Posted: 01 Aug 2012 04:00 PM PDT



video di bawah elok sangat untuk puak pakatan haram yang selalu membuat fitnah antara Datin Seri Rosmah Mansur dan Farid Ismeth Emir.jom lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...