Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Kenapa Tak Rogol Saya? - Gadis Muda
- PANASS!! Akhirnya Jurulatih Kedah Letak Jawatan!! Azizan dan Khazali bila lagi?? #TukarKedah
- INFO!! Wajib Umat Islam Berbuka Puasa Ketika Di Siang Hari?!
- GEMPAR!! Kisah Benar Tragedi Monorel Tidak Berfungsi Semalam!! Video Inside!
- GEMPAR!! Ulamak Dulu Haramkan UMNO??
HOT!! Kenapa Tak Rogol Saya? - Gadis Muda Posted: 12 Aug 2012 08:35 AM PDT
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Gambar hiasan Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. P/s : Apa Moral Cerita Ini? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. "…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …" [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.] Mc tak pasti cerita ini benar atau tidak, namun ia amat berguna untuk kita jadikan sebagai teladan. Pertama kali Ayatul Kursi sebagai doa pelindung, kedua aurat wanita sebagai penyelamat. Andaikata wanita tadi mendedahkan aurat, nescaya takkan ada malaikat yang sanggup mendampinginya walaupun dia membaca Ayatul Kursi. McTheory: Ayat Kursi juga pelindung daripada makhluk ghaib! | ||
PANASS!! Akhirnya Jurulatih Kedah Letak Jawatan!! Azizan dan Khazali bila lagi?? #TukarKedah Posted: 12 Aug 2012 06:12 AM PDT KHAZALI DIN BILA PULAK? WAN Jamak Wan Hassan akhirnya melepaskan jawatan selaku Ketua Jurulatih Kedah selepas pelbagai spekulasi panas menimpa kem Hijau Kuning sejak pasukan tersebut tersingkir dari saingan Liga Super musim depan. Ketika dihubungi Sinar Harian, Wan Jamak berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan. Kelmarin laman portal ESPN STAR.MY melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Hamdan Mohamed Khaleb mengesahkan Wan Jamak telah pun meninggalkan kelab itu dengan cara baik. USTAD AZIZAN BILA PULAK? Sebelum ini timbul spekulasi beliau telah dipecat selepas Kedah disingkirkan dari Liga Super. Posisi tersebut diganti oleh jurulatih dari Croatia, Mario Tot bagi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini. - Anak Kedah Khazali Din dan Ustaz Azizan bila pulak? Mampukah jurulatih Mario Tot mengubah nasib Kedah, selagi pengurusan bola sepak Kedah yang lemah? Atau beliau akan menjadi mangsa keadaan seperti mana, jurulatih-jurulatih Kedah yang lain. McTheory: Pengurusan kena tukar menyeluruh..bukan hanya jurulatih.. | ||
INFO!! Wajib Umat Islam Berbuka Puasa Ketika Di Siang Hari?! Posted: 12 Aug 2012 03:12 AM PDT Dubai: Buat pertama kalinya dalam masa beberapa puluh tahun, Ramadan tahun ini berlangsung ketika musim panas yang dianggap paling sukar hingga ada tempat penduduk Islam hanya berbuka selepas 20 jam. Selain musim panas kali ini disifatkan sebagai paling panas, ia juga menyebabkan tempoh berpuasa lebih panjang setiap hari. Di bandaraya pelabuhan barat laut Russia, Murmansk, penduduk Islam di sana berpuasa dan berbuka pada waktu siang sepanjang Ramadan. Murmansk ketika ini disinari cahaya matahari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka. Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael berkata, penduduk di wilayah berkenaan perlu berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara paling hampir kepada mereka yang mempunyai waktu siang dan malam yang jelas. Ikut negara paling hampir Beliau menjelaskan bahawa dalam situasi seperti ini penduduk kawasan terbabit perlu mengikut waktu Imsak, Subuh dan Maghrib di negara yang paling hampir kepada mereka sebagai sumber rujukan. Di bahagian lain di dunia turut menyaksikan umat Islam berpuasa 20 jam sehari terutama mereka yang tinggal di Reykjavik, Iceland. Sama dengan ibu negara Denmark, Copenhagen di mana penduduk Islam yang menjadi masyarakat minoriti berpuasa selama lebih 19 jam. Di bandaraya berjiran Scandinavia, Helsinki, Finland tempoh berpuasa di sana juga hampir 19 jam manakala Holland dan London masing-masing adalah 18 dan 17 jam. Dr Mashael berkata, walaupun puasa selama 17 hingga 20 jam disifatkan sebagai terlalu lama tetapi umat Islam tiada pilihan selain mengikut waktu matahari terbit dan terbenam di tempat masing-masing untuk berbuka atau bersahur. Pendapat cara berbuka Katanya perkara itu dijelaskan dalam Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga maghrib." Bagi negara atau bandaraya di mana waktu siang atau malam mereka adalah 24 jam, Dr Mashael berkata, ada dua pendapat mengenainya. Pertama seperti yang diterangkan dalam ayat suci itu manakala kedua mengikut waktu berpuasa Tanah Suci Makkah dan Madinah. Ia berbeza dengan penduduk di Buenos Aires, Sydney dan Cape Town yang paling pendek tempoh berpuasa iaitu 12 jam manakala di Comodoro Rivadavi, Argentina, tempoh berpuasa adalah 11 jam. - Agensi Di Malaysia walaupun hanya lebih kurang 14 jam. Namun masih ramai umat Islam yang tak berpuasa. Malah ada yang berbangga apabila tidak berpuasa. Semoga Allah memberi rahmat kepada golongan-golongan seperti ini. McTheory: Kat Malaysia pun ada berbuka waktu siang, tapi kat kedai mamak la.. he he.. | ||
GEMPAR!! Kisah Benar Tragedi Monorel Tidak Berfungsi Semalam!! Video Inside! Posted: 12 Aug 2012 12:12 AM PDT Video youtube Monorel rosak dan terkandas di Brickfields KL Selama 2 Jam ini telah membuatkan ramai penumpang panik. Ada yang pengsan akibat kekurangan osigen dalam tren monorel tersebut. Dalam kejadian berlaku jam 2 petang, kira-kira seramai 183 orang penumpang yang berada didalam monorel yang rosak dan terkandas tiba-tiba itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum tiba bantuan dari pihak bomba untuk menyelamatkan mereka. Petikan Akhbar UTUSAN MALAYSIA Tren tersebut dipercayai hilang kuasa akibat terlebih muatan lalu terkandas. Tren dua gerabak itu yang bermula dari Stesen KL Sentral bergerak dari Stesen Tun Sambanthan selepas mengambil penumpang. Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter selepas stesen itu. Seorang wanita yang hamil empat bulan mengalami sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca kerana cuba memecahkan kaca tren tersebut dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Seorang penumpang, Muhaimi berkata, gerabak itu yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke pusat bandar raya tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap. "Kami bagaikan berada dalam ketuhar dan sukar bernafas," kata Mohd Muhaimi Azraie, 15, menceritakan detik cemas dia dan 182 penumpang terperangkap lebih sejam dalam gerabak KL Monorel yang terkandas berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields. "Ada beberapa penumpang menjerit apabila monorel terhenti tiba-tiba dan saya dapat rasakan gerabak itu senget. "Pada masa itu, saya lihat pemandu monorel itu sibuk memeriksa kerosakan, tapi selepas lebih 20 minit, dia masih gagal membaikinya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada penumpang menangis dan mengalami sesak nafas malah ada yang pengsan. "Kami bernasib baik apabila anggota bomba dan penyelamat datang membantu mengeluarkan kami," katanya. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel. Berikutan itu, katanya, sepasukan 47 anggota bomba bersama enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat. "Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan. "Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter. "Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama," katanya. Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel. "KL Monorel mempraktikkan segala prosedur kecemasan yang dipelajari dalam latihan bersama kami sebelum ini bagi menghadapi kemungkinan," katanya. Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal. Video Monorial rosak boleh dilihat dibawah, | ||
GEMPAR!! Ulamak Dulu Haramkan UMNO?? Posted: 11 Aug 2012 07:30 PM PDT Ini satu lagi kebodohan mereka yang takjub kepada PAS mengeluarkan kenyataan. Bagaimana seorang ulama yang wafat beratus tahun sebelum UMNO ditubuhkan, datang logiknya dimana? Inilah cara cebenar mereka mengelirukan ramai orang untuk menyokong PAS. Sebab itu bulan menjanjikan bintang, tiket menjanjikan syurga dan macam-macam lagi modus yang diguna pakai oleh troopers PAS untuk mengelirukan rakyat yang membaca melalui FB. Sebab apa kita kata tak logik : 1. Apakah judul atau nama kitab itu yang sebetulnya? 2. Siapa pengarang kita tersebut? 3. Kenapa mereka tak jawab itu kitab apa? Kerana itu juga Keris merasakan bahawa kini PAS sudah menjadi satu kelompok mereka yang tergolong dalam kesesatan. Pemimpin mereka juga sesat apatah lagi anak murid. Inilah yang menjadi masalah kepada sekamatkan akdiah anak-anak melayu, Inilah diri PAS yang sebenarnya sekarang. Berselindung disebalik nama Islam namun mereka menyesatkan rakyat Malaysia. Dasar muka penipu! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment