Kedah Ke KL - MctHeory |
- MUHASABAH DIRI!! Video Perempuan Mati Ketika Berzina!!
- PANASS!! Pakatan Setan Nak Huru-Harakan Malam Merdeka!!
- PANASS!! Nabi Palsu Di Tangkap, di Malaysia??
- PANASS!! Logo Kemerdekaan Pakatan Haram Sama Dengan Logo Kristian?
- TUDIAA!! Habis la Anwar kali ni.. Lobang sudah pecah!!
- TUDIAA!! Ustazah Abby yang ketat Sendat dan Melekat!!
MUHASABAH DIRI!! Video Perempuan Mati Ketika Berzina!! Posted: 11 Aug 2012 08:36 AM PDT
Nauzubillah.. jauhlah kita dari perkara sebegini. Pada yang kaki maksiat tu, Mc harap sempena Ramadhan yang mulia ni. Berubahlahh.. jadilah insan yang berguna, jadilah muslimin yang beramal. Nak insaf tak payah masuk Pas. Cari saja Ustaz atau Guru yang benar-benar ikhlas. Ramai lagi..jangan cari Tok Guru politik, confirm sesat macam Nik Aziz. McTheory: Ingat kita nak berubah, masuk Pas, bertambah sesatnya pulak.. | ||
PANASS!! Pakatan Setan Nak Huru-Harakan Malam Merdeka!! Posted: 11 Aug 2012 06:13 AM PDT Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik. Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza. Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012. Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari. Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini. Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya. Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih. Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan. Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun. Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini. Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka. Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun. Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55. Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak? | ||
PANASS!! Nabi Palsu Di Tangkap, di Malaysia?? Posted: 11 Aug 2012 02:39 AM PDT Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu. Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak. Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari. Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz. Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin 'Muammin', kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova. Perkataan Arab 'muammin' bermaksud 'pengikut.' Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov. Kat Malaysia pun ada Nabi palsu juga. Tapi tak pernah kena tangkap pun. Siap ada ramai pengikut dan boleh keluarkan fatwa sesuka hati dia saja. Tengok la kenyataan yang dia keluarkan.. umpama tu syurga tu mak bapa dia yang punya. Bila agaknya orang tua ni nak kena tangkap? McTheory: Pihak berkuasa kat Malaysia ni baikk sangat kot.. | ||
PANASS!! Logo Kemerdekaan Pakatan Haram Sama Dengan Logo Kristian? Posted: 11 Aug 2012 12:14 AM PDT Aku tak faham macamana Pas boleh terima bulat bulat logo untuk tema kemerdekaan pakatan rakyat ada elemen kristian..Percaya atau tidak, burung merpati melambangkan Roh Kudus, iaitu jasad ketiga Tuhan Triniti dalam agama Kristian. Pas sepatutnya sedar tentang pekara ini, jangan terus menyokong membuta tuli tanpa melihat elemen yang tersembunyi dalam logo tersebut..Cukup memalukan apabila pekara ini didedahkan sendiri oleh blogger bukan beragama Islam.. Menurut apa yang ditulis oleh blogger Helen Ang Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit. Simbol Gereja Burung merpati adalah lambang gereja. Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak.. Baca seterusnya | ||
TUDIAA!! Habis la Anwar kali ni.. Lobang sudah pecah!! Posted: 10 Aug 2012 09:36 PM PDT KUALA LUMPUR - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang. Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib. Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan. Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap. Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah". Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya. "Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net. Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan. Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang. Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka. Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut. McTheory: Habis la Anwar kali nih.. habis laa.. | ||
TUDIAA!! Ustazah Abby yang ketat Sendat dan Melekat!! Posted: 10 Aug 2012 06:19 PM PDT Ustazah segera Abby Abadi dikesan bersama dengan puak Pas pada pukul 3 pagi dijalanan sambil berpakaian ketat, sendat dan penat. Walaupun bertudung. Andaikata kalau artis lain yang berpakaian seperti demikian, maka Mc percaya si Ustazah segera ini akan berceramah d twitter selama 3 hari, 3 malam lamanya. Tentu juga si pencacai pembangkang akan menuduh artis itu 'bersosial' kerana berpakaian demikian pada pukul 3 pagi. Malah akan ada tuduhan songsang terhadap artis tersebut. Namun atas kerana orang itu Ustazah segera, maka ia akan diampunkan walaupun berbogel. Itulah Islam ajaran Pas. Walhalalku, Walharammu.. McTheory: Ketat, sendat dan padat gambar Abby diatas!! he he.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment