Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Exco Agama Kedah Galakkan Judi Ekor Haram?? #TukarKedah
- GEMPAR!! Pas dan PKR Bayar Puluhan Ribu Kepada Pengundi Luar??
- TUDIAA!! Mari-Mari Promosi Arak Murah Sempena Hari Raya Aidilfitri!!
- HOT!! Gadis Gadai Body Untuk Markah Ujian Tinggi!!
| TUDIAA!! Exco Agama Kedah Galakkan Judi Ekor Haram?? #TukarKedah Posted: 31 Jul 2012 11:14 PM PDT
Nampaknya pendedahan demi pendedahan telah dibuat, kali ni Duke Of UMNO mendedahkan mengenai kedai ekor haram di Tokai. Berdekatan dengan rumah Exco agama Kedah. Sebelum Ramadhan, aku ada turun ke Pendang. Atau lebih tepat, aku turun ke DUN Tokai bersama seorang skuad TMK, Tombak Pusaka. Menariknya, dia bagi satu cerita best kat aku...heh! Apa yang aku dapat di Tokai? Heh! Rupanya di pekan Tokai, terdapat lebih 5 kedai nombor ekor haram! Perghhh..!!! Ni sindiket judi haram, bukan macam Sport Toto, Magnum atau judi yang dapat lesen tu. Judi haram ni takdak lesen dan sebab tu aku kata ia beroperasi secara haram... Menariknya, nombor-nombor judi haram tu dijual dikedai-kedai runcit di sekitar Pekan Tokai, tidak jauh dari rumah EXCO AGAMA, Taulan Rasul..!!! Jauhnya hanya sekitar 500 meter dari rumahnya... Pada mulanya, aku tak caya. Tapi lepas lalu depan rumah Taulan Rasul (dia dah pakai Camry baru kaler hitammm!!! Perghhh..!!! kaya bebbb..!!!), aku suruh la member aku buktikan... Dia kata dia tak reti beli sebab tak pernah main nombor. Dia mintak tolong kawan dia belikan. Kawan dia tu "orang PAS"...???!!!
Kawan dia tu mulanya tulis nombor atas kertas. Sumpah Wallah! Aku pun tak tahu cara nak tulis untuk beli nombor tu. Lepas tu dia hulur kat kaunter kedai tu. Selamba je kedai tu bagi "resit"! Kiranya resit tu ialah nombor yang dipertaruhkan laaa...
Perghhh..!!! Macam tu rupanya cara judi ekor haram di DUN di bawah EXCO AGAMA PAS ni... Lebih best lagi, ada sebuah rumah tu dikatakan pusat jual beli nombor ekor haram paling popular! Lokasinya betul-betul dekat dengan Masjid As-Syakirin depan rumah Taulan Rasul..!!! Perghhh..!!! Aku tertanya-tanya, takkanlah Taulan Rasul tak tahu pasal semua judi ekor haram ni? Kalau dia tak tahu, maka sahlah dia tak buat kerja. Dan jika dia tahu pun, lebih sah la dia memang tak reti buat kerja...kerja goyang telur je la sambil bersiar-siar naik Camry baru... Tak sangka perkara macam ni berlaku di dalam kawasan PAS totok! Kawasan tu PAS pekat tuuhhh..!!! Sebut DUN Tokai, semua tahu kawasan tu kuat PAS.. orang PAS suka main judi ekor haram ke...??? Aku gesa Taulan Rasul buat operasi, siasat perkara ni dan ambil tindakan segera. Kalau tidak, Azizan perlu dipertanggungjawabkan. Sanusi Setpol pula perlu jawab isu ni. Kalau kami check lagi lepas ni dan judi ekor haram tu masih ada...siap la kena balun dengan TMK lagi lepas niii..heh! McTheory: Ekor haramm ni dah jadi barah dalam masyarakat.. paling ramai dok beli, geng-geng pakai kopiah tu.. | ||||||
| GEMPAR!! Pas dan PKR Bayar Puluhan Ribu Kepada Pengundi Luar?? Posted: 31 Jul 2012 08:19 PM PDT Puak ni dok tuduh kata SPR menolong UMNO/BN bawa masuk dan daftar pengundi luar, untuk menangkan UMNO/BN. Namun blog Unspin telah membuktikan bahawa pada PRU yang lepas, merekalah dalang sebenarnya yang bawa masuk pengundi luar, tujuan untuk rampas balik kawasan BN di Kelantan. Kawasan DUN N1 Pengkalan Kubor adalah kawasan kuat BN tapi semasa tsunami 2008, undi tinggal majoriti 100 lebih kurang. Lihat data berikut: Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008 DATUK HJ NOOR ZAHIDI B HJ OMAR (BN) 7643 undi, HASSAN BIN BERAHIM (PKR) 7543 undi. Majoriti: BN 100 undi JUMLAH PEMILIH: 20,311 Undi rosak: 263 K Peratus undian: 76.25% Pilihanraya ke 11 pada 21 Mac 2004 Datuk Noor Zahidi Omar (BN) 6,638 undi Wan Husain Wan Ahmad @ Tok Imam Wan Husain (Pas) 5,924 undi Majoriti BN: 714, Undi rosak: 214 Peratus undian: 71.97 Dari situ dah bule ngagak nate beruk katok hijau denge parti peliwat nok kawase ni. Membaco dari kertas anggaran puok dema, ambo pelik kawase pemilih 20 ribu pemilih di sempade siam dan kelantan bule ada 1,200 undi luar Soh la ... ambo bule agok. Mesti bawok pengundi dari Siam. Dahsyat dema ni nak mene. Sampa sanggup guno rakyak asing. Bersih 3.0 die lah bila melibatke puok dema. Kalu tak buak kerja jahat, toklah namo PKR ...dok? McTheory: Di Kedah pula ada gerakan alih pengundi.. kat mana? Nanti kita dedah!! | ||||||
| TUDIAA!! Mari-Mari Promosi Arak Murah Sempena Hari Raya Aidilfitri!! Posted: 31 Jul 2012 06:19 PM PDT Padah jika anda memilih kerajaan pakatan rakyat yang diterajui oleh parti bangsat Dap seolah olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam lebih lebih lagi di bulan yang mulia ini.. Lebih dari 400 botol bir kosong di susun didalam satu replika besar semata mata untuk mempromosikan minuman keras itu..Lebih musibatnya replika itu terletak dibawah kain rentang "SYAWAL CERIA".. Bangsat bangsat ni mesti tahu Islam melarang minuman keras...Inikah yang Pas selalu laungkan bahawa Dap telah menerima Islam dengan baik ?? Sebelum ni musibat musibat ni dah la tak hormat Azan lepas tu hina pulak tulisan jawi sekarang ni promosi arak di bulan ramadhan pulak ?? Makin BiaDap betul kerajaan Dap ni.. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri. Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria". "Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras. "Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa. Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. McTheory: Makin lama makin sakan puak ni.. Pas Penang buat apa? Tidoq? | ||||||
| HOT!! Gadis Gadai Body Untuk Markah Ujian Tinggi!! Posted: 31 Jul 2012 03:07 PM PDT
Tey Tsun Hang, 41 tahun, yang juga merupakan seorang bekas hakim daerah di sini, menghadapi enam tuduhan. Dia dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas mahasiswa NUS yang bernama Darinne Ko Wen Hui itu, sebanyak dua kali pada/atau 24 Julai dan 28 Julai 2010. Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Tey memberikan Ko gred yang baik sebagai membalas habuan seks itu.
Ko juga dikatakan telah membayarkan bil Tey yang mencecah $1,278.60. Tey merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Undang-Undang NUS. Sementara itu, profil Ko di laman sosial LinkedIn pula menunjukkan Ko menuntut di NUS antara 2008 dengan 2012. Ko juga dikatakan pernah bekerja sambil belajar di firma guaman terbesar di Singapura, Rajah & Tann, antara 2008 dengan 2010 dan pernah bekerja di firma guaman O'Melveny & Myers antara 2010 dengan tahun lalu. Menurut laporan akhbar The New Paper, Tey diberkas pada April lalu sementara Ko tidak diberkas tetapi kenyataannya telah diambil. Ko, 23 tahun, didakwa mendekati Tey bagi mendapatkan gred lebih baik bagi kursus elektif yang diambilnya. Tey memberitahu media di luar Mahkamah Rendah semalam bahawa "tuduhan-tuduhan terhadapnya itu amat serius". "Kebebasan, kewibawaan dan mata pencarian saya dipertaruhkan. "Nama baik saya tercemar dan akibatnya keluarga saya juga menderita," kata Tey. Dalam e-melnya kepada Berita Harian semalam, seorang jurucakap NUS berkata: "Dengan keputusan Peguam Negara memfailkan tuduhan terhadap Profesor Madya Tey Tsun Hang, NUS telah memulakan siasatan dan menggantung khidmatnya. "Universiti ini memandang serius pelanggaran peraturan. NUS mempunyai Kod Tatalaku yang harus diikuti kakitangannya. "Jika berlaku sebarang pelanggaran (peraturan), tindakan yang sewajarnya akan diambil termasuk pemecatan bagi pencabulan serius Kod Tatalaku itu." Kertas pertuduhan Tey menunjukkan dia seorang warga Malaysia dan bertaraf penduduk tetap di sini. Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 dan kesnya akan didengar lagi pada 3 Ogos ini. Jika sabit kesalahan, Tey boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun atau keduanya sekali bagi setiap kesalahan. SUMBER |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment