Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Abby Abadi Di Nasihatkan Oleh Shiela Rusly Pulakk!!

Posted: 02 Aug 2012 08:16 AM PDT

Artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.

Golongan tersebut seharusnya yakin dan jitu akan niat utama mereka untuk berhijrah kearah kebaikan dan harus mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah ke arah baik itu.

Pelakon yang juga penerbit drama Sheila Rusly berkata, seandainya ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.


"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita," katanya ketika dihubungi di sini.

Pelakon dan Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya selepas bertukar imej bertudung dalam masa terdekat.

Malah tambahnya lagi, terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej tersebut dengan menekankan bab Politik dalam negara.

MPP ONLINE

PANASS!! Pas Utamakan Artis, Ketepikan Ulamak! Artis Ganti Ulamak?

Posted: 02 Aug 2012 06:56 AM PDT



Kebelakangan ini kita melihat satu fenomena yang begitu mengujakan apabila begitu ramai golongan artis berlumba-lumba memasuki arena politik kononnya sudah insaf dan ingin bertaubat dari kehidupan artis yang mereka dakwa penuh lagho dan melekakan. Baguslah kalau betul-betul dah insaf tambahan lagi dengan bulan keberkatan bulan Ramadan ini.

Dakwa mereka kononnya dengan menceburi bidang politik mereka telah menemui cahaya hidayah yang selama ini terlindung dengan hijab glamour dunia artis. Kalau dulu halal-haram, kahwin-cerai, dedah aurat dan pergaulan bebas menjadi darah daging mereka, kini setelah insaf dihina pula kelekaan mereka dahulunya kononnya kerana salah pihak penguasa yang tidak islamik. Hairan ya sendiri cipta skandal dan kontroversi, orang lain pula senang-senang nak dipersalahkan. Masa glamour tak ingat dunia, bila kena gam dan diboikot media lantaran maksiat, khalwat dan kerja jahat mereka, mulalah hidup terumbang ambing, menagih kerja sana sini, timbullah rasa keinsafan.

Tetapi malangnya keredhaan Allah yang dicari namun kefasikan yang ditemui. Inilah salahnya kalau memilih wasilah (jalan) yang salah. Sepatutnya setelah bertaubat iman akan menjadi lebih mantap, akidah semakin terpelihara dan paling utama terpelihara dari terjebak dengan dosa-dosa maki hamun dan menabur fitnah.

Namun apa nak buat, keceluparan dan kelancangan mulut inilah menjadi daya penarik segelintir pendengar kononnya makin celupar mulut si artis makin dekat dirinya dengan Allah dan dah terjamin pahala dan surga buat mereka. Ingatlah tiada gunanya bertudung litup, berjubah panjang dan berserban besar kalau pahala yang dicari dengan memaki hamun orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

Bila kita kaji sirah Rasulullah s.a.w, terdapat ramai penyair yang memeluk Islam setelah mendengar alunan Al-Quran yang begitu indah di samping kagum dengan keperibadian umat dan ajaran Islam.

Antaranya Kaab bin Zuhair, Abu Zuaib al Huzali dan Hisan bin Tsabit. Namun yang paling masyur adalah Kaab bin Zuhair yang pernah dihalalkan darahnya kerana begitu lancang menghina Rasulullah melalui syair-syairnya. Beliau diampunkan setelah memeluk Islam, namun Baginda tidak mengutamakan golongan penyair ini meskipun menyedari golongan penghibur ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat jahiliyah ketika itu. Baginda mengutamakan jasa dan kerja para sahabat dan mujahid yang lebih lama berjuang meskipun ada di kalangan mereka yang tidak popular.

Berbeza dengan para artis yang datang kepada jemaah Islam yang sepatutnya mentarbiyah diri sendiri bukannya memandai-mandai mentarbiyah orang lain. Berapa tinggi sangat ilmu yang mereka ada. Kita mudah menjulang mereka sebagai ustaz, ustazah dan ulama berceramah sana sini seolah-olah mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. Bertambah malang lagi, ada kalangan artis yang kononnya insaf ini membawa budaya Islam liberal baru bernyanyi dengan alunan gitar di dalam masjid dan surau seolah-olah kita bagai berada di dalam sebuah gereja…nauzubillah!

Kita mula lupakan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang kampung yang tidak mempunyai nama yang selama ini bermati-matian berjuang untuk Islam dan hanya menerima upah ala kadar hasil dari kutipan-kutipan derma yang dilakukan. Sebaliknya golongan artis yang menjadi ustaz, ustazah dan ulama segera ini bebas menuntut bayaran tinggi minimum RM2,500.00 setiap ceramah yang hanya mengisahkan kehidupan mereka yang terlampau! Mana nilai Islam dan ilmu dalam perjuangan kini. Pejuang-pejuang Islam dianggap sebagai sampah, sedangkan artis-artis segera ini dapat upah melimpah-ruah hanya untuk menabur finah membangkit amarah sambil-sambil menutup aib silam mereka yang penuh bersejarah!

Bila seorang artis wanita berseloroh nak cari jodoh ustaz, gegak gempita para ustaz tak lena tidur, terpesona memasang angan mendapatkannya walaupun terpaksa berpoligami. Terbukti telah ada beberapa artis yang datang kepada jemaah dengan berkopiah berserban akhirnya kembali kepada tabiat asalnya mencari glamour dan wang di atas pentas sambil-sambil memperaga diri mencari jodoh!

Nukilan terbaik dari Gerakan 13

TUDIAA!! Rank Terbaru Blog-Blog Pro BN 1 Ogos 2012!!

Posted: 02 Aug 2012 02:16 AM PDT


Berikut adalah kedudukan terkini blog Pro-Kerajaan sehingga 1 Ogos 2012. Tahniah kepada semua. Untuk lihat kedudukan blog dari 21-160 klik SINI

PANASS AIHH!! Abby Abadi 'Berskandal' dengan Ustaz Pas??

Posted: 01 Aug 2012 11:13 PM PDT


Nampaknya tak sudah-sudah cerita mengenai Abby Abadi. Kali ni kisah gosip yang melanda Abby selepas dia terjun kedalam bidang politik.

Ada yang mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.

Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap di'lihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.

Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai.

Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik.

Mungkin ada benarnya gosip ini. Cuma Abby takut untuk akui disebabkan kemungkinan besar dia akan jadi Isteri yang kedua, ketiga atau yang keempat.. he he.. dalam Pas semua itu biasa saja.

Mc pun minta Abby cepat kawin, sebab selepas kawin kemungkinan 'keras' Abby dah kurang, sebab ditundukkan oleh Ustaz Pas.

Tapi jaga-jaga Abby, Ustaz Pas ni suka makan ubat kuat.. naya-naya... ha ha..



McTheory:
Bosan pulak asyik cerita Abby saja hari nih.. hehe..

GEMPAR!! Gambar Nik Aziz Buat Isyarat Jari lambang Salib!!

Posted: 01 Aug 2012 08:13 PM PDT


Aiyoo.. sudah kantoi la sekarang. Gambar ni diambil semasa Nik Aziz turun menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan terhadap kerajaan pusat tempohari. Kononnya lambang jari 'finger cross' tu lambang 'R' untuk royalti.

Umum satu dunia tahu bahawa 'finger cross' adalah lambang salib trinity. Apakah ini bermakna, puak Pas Kelantan dan Nik Aziz menyokong 'Trinity'?

Takkanlah mereka ni bengap sangat sampai tak tahu, finger cross tu lambang salib? Atau mereka-mereka ini memang menyokong perkara tersebut?

Atau sejak kawan dengan Dap ni, Pas telah ditarbiah supaya menerima perkara sebegini?



McTheory:
Syiah ada, trinity pun ada.. liberal lagi la banyak, sesat-sesat!

TUDIAA!! Bekas Boyfriend Abby Kata 'Dia Memang Melampau"!!

Posted: 01 Aug 2012 05:37 PM PDT



Lagi rakan artis bersuara mengenai isu Abby yang telah menjadi Ustazah politik tersohor Pas.

Selepas beberapa isu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi sebelum ini mengenai penglibatannya dalam politik, banyak respon-respon samada negatif ataupun positif yang telah diberikan dari pelbagai pihak.

Namun begitu, temubual bersama Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi telah memberikan sedikit gambaran mengenai sikap Abby yang mungkin kita belum kenali.

Menurut Zul, dia memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Ditanya apakah pendapatnya tentang isu yang sedang berlaku sekarang, Zul hanya mengambil langkah neutral dan tidak mahu melibatkan diri dalam isu ini.

"Tindakan itu agak melampau. Tapi saya memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Jika pilihan itu yang dia mahukan, baguslah.

"Saya sememangnya tidak mahu terlibat dengan apa-apa perkara dan isu yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan saya."

Zul turut tidak menolak bahawa namanya semakin dikenali selepas dia bersama dan berpisah dengan Abby.

"Saya boleh terima jika orang mengatakan bahawa saya semakin dikenali selepas bersama Abby. Namun disebalik itu, saya pun ada juga bekerja keras untuk diri sendiri," ujar Zul lagi.

Termasuk Zul, sudah beberapa orang rakan artis yang kecewa dengan kelakuan Abby. Bagi mereka Abby tidak wajar bertindak sedemikian.

Nak politik tu, politiklah.. namun jangan sampai hina orang lain.


McTheory:
Jenis keras kepala, patut la suami lari..

PANASS!! Video Ni Bole Bikin Pakatan Haram Goyang!! #AntiPR

Posted: 01 Aug 2012 04:13 PM PDT

Apa yang kita tahu sejak selepas Merdeka, Kerajaan Malaysia sentiasa menepati janji yang di lakukan tapi Pakatan haram hanya mampu menaburi janji namun sukar untuk menepatinya.

Rakyat menyedari janji siapa yang berkualiti dan janji siapa pula yang auta seperti yang di sampaikan dalam video di bawah ini

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...