Gelombang Rakyat |
- FANTASI '16 SEPTEMBER' - SENATOR DARI SABAH BAKAL LOMPAT PARTI..!!
- VIDEO CERAMAH MAHATHIR MENGAKU ANAKNYA MILIKI SYARIKAT ARAK..!!?
- NAZRI AZIZ BALUN MP BN LOMPAT PARTI BAKAL TERIMA RACUN KATAK ANWAR..!!
- "SAYA SOKONG ANWAR SEBAB GELAR BAPA SAYA ANJING..!!" - ANAK GHAFAR BABA.
- BONGKAR ISU AIR - SYARIKAT KRONI PKR CAGAR SAHAM SYABAS KAUT RM250 JUTA..!!
FANTASI '16 SEPTEMBER' - SENATOR DARI SABAH BAKAL LOMPAT PARTI..!! Posted: 12 Aug 2012 12:18 AM PDT Seorang lagi wakil rakyat Sabah Senator Datuk Maijol Mahap menerima sogokan dari Anwar Ibrahim dan diangka akan bertindak melompat parti. Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing. MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu. Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini. MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama. Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah. Lagi Artikel Berkaitan (KLIK pada tajuk di bawah) :- |
VIDEO CERAMAH MAHATHIR MENGAKU ANAKNYA MILIKI SYARIKAT ARAK..!!? Posted: 11 Aug 2012 07:23 PM PDT Mungkin ada yang telah menonton video ini. Tapi sudah pasti masih ada yang tidak berkesempatan mendengar sendiri dari mulut Mantan PM menjawab serangan bekas anak didik beliau Anwar Ibrahim mendakwa Mokhzani Mahathir memiliki sebuah syarikat pengeluaran arak antarabangsa. Tonton video di atas untuk ketahui jawapan sebenar persoalan ini. Pengakuan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. |
NAZRI AZIZ BALUN MP BN LOMPAT PARTI BAKAL TERIMA RACUN KATAK ANWAR..!! Posted: 11 Aug 2012 10:38 AM PDT Keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti adalah perkara biasa ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir tiba, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini. Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin politik di Sabah akan menyertai pembangkang tidak lama lagi, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata: "Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya." Dipetik Bernama, Nazri berkata demikian selepas Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini. Pada 2 Ogos lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan jika mahu terus bertanding pada PRU13 boleh menyertai perikatan itu. "Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR. "Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau ketika mengulas isu melibatkan Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort. Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu, Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran. Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan mencari parti lain yang berhaluan lain. Sehubungan itu, Nazri berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, sama sekali tidak akan menjejaskan BN. "Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," katanya. Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno dipecat pada awal September 1998. Anwar kemudian menubuhkan PKR, yang beliau adalah Ketua Umumnya. |
"SAYA SOKONG ANWAR SEBAB GELAR BAPA SAYA ANJING..!!" - ANAK GHAFAR BABA. Posted: 11 Aug 2012 07:24 AM PDT Orang Politik tidak ada maruah. Itu sahaja prinsip yang ditanam dalam jiwa individu bernama Tamrin Ghafar. Anak Tokoh Pemimpin Negara Ghabar Baba ini tidak segan silu bersama2 di pentas politik yang dikelilingi dengan puak2 yang tidak pernah letih menghina bapanya sendiri 1 ketika dahulu. Tidak hairan bagi kita isu lompat parti yang mula diperkenalkan Anwar Ibrahim. Ianya adalah proses dalam membuang Parasit2 dalam sesebuah parti yang tidak jujur akan perjuangan yang didukung selama bersama UMNO. Namun Tamrin bukan sahaja tidak jujur kepada parti, akan tetapi sanggup menjual maruah berdampingan bersama Pemimpin2 PKR dan DAP yang 'mengajar' penyokong2 mereka menggelar bapa beliau umpama seekor anjing Bulldog. Tamrin memekakkan telinga merujuk konsep dan strategi dari seorang Pemimpin yang pernah membunuh perjuangan bapanya sendiri setelah puluhan tahun bejuang sejak menuntut kemerdekaan lagi. Anwar adalah individu yang berjaya mencantas dan menghentikan serta merta sumbangan dan khidmat Ghafar Baba tatkala menyogok wang di setiap perwakilan Negeri agar mengundi beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO. Malah tatkala Ghafar Baba cuba menerangkan secara beradab tindakan Anwar dipecat, lantas terus puak2 penyokong ekstrim Pembangkang dipimpin Anwar pada era Reformasi 98 menggelar Ghafar Baba sebagai seekor anjing Bulldog. Teriakan tersebut adalah salah satu laungan Demonstrasi Jalanan yang dianjurkan puak2 reformasi Anwar 1 ketika dahulu. Adakah Tamrin lupa? Bohong jika dia kata dia lupa. Tapi Pemimpin sebegini memang elok bersama Pembangkang. Tidak ada maruah dan prinsip politik yang luhur. Hanya pandai bermain tarik tali dalam menikmati kepentingan peribadi semata2. Hari ini Tamrin buat gimik sekali lagi. Setelah puluhan kenyataan yang sama tatkala disoal penyertaan dalam mana2 Parti Pembangkang. "Tak dapat ilhamlagi." Tapi dalam ceramah hina kepimpinan UMNO Korup. Tamrin lupa bapa beliau sendiri ditumbangkan Anwar dengan cara korup. Paling jijik apabila dalam temubual bersama pemberita malam tadi pada Majlis Berbuka Puasa di sebuah restoran di Gombak semalam, Tamrin sempat 'berkongsi' ilmu bapa beliau di hadapan penonton yang menghina bapa kamu laksana Anjing. Muka bebal. Mereka tidak pernah hormat akan jasa bapa kamu. Akan tetapi puak2 pro Anwar dan Pembangkang meludah jasa2 bapa kamu di Negara ini. Mereka memperdaya kamu untuk membina kekuatan pengaruh kroni2 terutamanya kroni2 Anwar. Satu hari nanti, kamu akan rasa 'sakit' dipermainkan dan dicantas Pemimpin2 ini sebagaimana Anwar mencantas bapa kamu 1 ketika dahulu. Nyata Tamrin tidak mewarisi semangat cekal dan sabar bapa beliau yang berdepan cabaran politik. Kerana keikhlasan dalam perjuangan beliau sejak merdeka. Walaupun dicantas Anwar dengan cara kotor, Ghafar Baba terus berkhidmat demi rakyat. Mengapa beliau setia pada UMNO. Tamrin ada jawapannya. |
BONGKAR ISU AIR - SYARIKAT KRONI PKR CAGAR SAHAM SYABAS KAUT RM250 JUTA..!! Posted: 11 Aug 2012 01:18 AM PDT Persoalan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang mencagarkan 15% sahamnya di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk kegunaan tertentu dilihat satu lagi pembongkaran kotor Kerajaan Negeri Selangor. Ianya didedahkan oleh Koordinator BN Selangor, Datuk Sri Ir Mohd Zin Mohamed yang merujuk kepada maklumat sahih yang dapat dilihat pemilikan saham KDEB dalam Syabas itu telah dicagarkan kepada sebuah bank bertujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta. Jumlah wang pinjaman yang amat besar itu dilihat 'luar biasa' bagi sebuah anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC). Ianya jelas menafikan tuduhan pimpinan Pakatan yang mendakwa Syabas merupakan Syarikat Kroni BN sedangkan Pemilikan Saham Syabas merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Beliau turut mempersoalkan 'niat sebenar' desakan dan sikap menggelabah Kerajaan Negeri yang mahu pengambilalihan Syabas. "Adakah begitu daif Kerajaan Negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman. "Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri mengambil alih Syabas kerana saham 15 peratus tidak mampu diuruskan dengan baik, inikan pula sebuah syarikat pengagihan air yang begitu penting sekali," katanya. Mohd Zin juga mendakwa, pihak pengurusan atasan KDEB mengeluarkan surat arahan kepada Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) pada 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada 120 juta gelen sehari. Beliau berkata, tindakan tersebut menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abass mengendalikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih. "Persoalannya, kenapa beliau mengeluarkan arahan tersebut? Adakah KDEB atau Kerajaan Negeri ingin sabotaj rakyat Selangor dan Syabas? Kenapa Syabas dipersalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan Abass? Siapakah yang mengarahkan beliau supaya mengeluarkan arahan tersebut. "Saya minta supaya pihak bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini Kerajaan Negeri hanya menuding jari menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong," katanya. Melalui maklumat yang beliau peroleh juga, Kerajaan Negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah RM8 juta bertujuan memberikan air percuma ini. Namun begitu katanya, Kerajaan Negeri sebenarnya tersepit dalam janji-janji mereka kerana bukan semua penduduk menikmati air percuma yang dijanjikan. "Kerajaan Negeri sebenarnya tidak mampu mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air tidak dapat diselesaikan dengan mudah. "Langkah terakhir mereka hanya mengelirukan rakyat. Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri pimpinan (Tan Sri) Khalid Ibrahim (Menteri Besar) ini," katanya. Lagi Panas di Selangor (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :- |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment