House PK

House PK


DAP RACIST! APA LAGI DONG ZHONG HARAMJADAH NI NAK?

Posted: 12 Aug 2012 01:00 AM PDT

Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan 'Chinese Education Memorandum' yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa.

Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang.

Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini.

Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan 'Chinese Supremacy' di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain. Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia.

Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum. Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan. Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini.

Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan 'apartheid' di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi. Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya.

Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka.

Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka.

Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia. Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya.

Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu.

Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya. Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar 'pendidikan Cina'. Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.

Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina. Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka.

Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa. Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka. Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina.

Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini. Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara. Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.

GEMPAR BERAPI! GAMBAR ABBY ABABI SEDANG BERBOGEL DI RUMAH NICKY AJIS!

Posted: 11 Aug 2012 11:00 PM PDT

Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini.

Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.

Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.

Namun seperti yang kita maklum, keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum.

Semasa PRU 2008, DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya memperolehi 4,394 undi.

Sekalipun kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak, menariknya undi yang diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS.

BN pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU 2008.

Kebetulannya, calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang peraih ikan, lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai kemenangan "nyawa-nyawa ikan".

Selepas PRK itu, PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS terlampau minima.

Dalam pada itu, ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan.

Apabila Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri dapat diketepikan.

Berikutan itu, sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

Tanpa PAS sedari, penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya menghasilkan petroleum atau gas.

Ku Li tahu, dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat.

Antara akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], UNCLOS 1982, Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain.

Oleh sebab itu, apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak.

Sayangnya, PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi bicara dan jasa PM & UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama ini ditonjolkan oleh PAS.

Jika Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa, nyata ia umpama langkah yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya sampai bila-bila.

Pun begitu, alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan tersebut, kita harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh.

CILI KASI TARUK! WEI AHLUL PAS, KALAU KORANG GAGAL NAK TEGAKKAN HUDUD MASUK NERAKA TAU!

Posted: 11 Aug 2012 09:00 PM PDT

Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu 'hudud' yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya.

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.

Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud.

Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini?

Oleh kerana 'tidak melaksanakan hudud' merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga.

Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.

Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.

Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.

Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama.

Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.

Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa. Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.

Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?

GEMPAR BERAPI! PAKATAN NAK BIKIN KECOH MALAM MERDEKA!?

Posted: 11 Aug 2012 07:00 PM PDT

Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.

Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.

Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.

Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.

Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.

Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.

Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.

Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.

Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.

Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?

BIAR BETUL! LEE CHONG WEI BAKAL JADI CALON BN DI PULAU PINANG?

Posted: 11 Aug 2012 05:00 PM PDT

Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara.

Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato' Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan. Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang. Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.

Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka. Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi.

Namun, ini tidak bermakna yang Dato' Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori 'calon boleh menang' yang kita cari-cari dalam PRU nanti.

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato' Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN?

Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato' Lee Chong Wei! Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah.

CILI KASI TARUK! MASYARAKAT CINA SEMAKIN TOLAK PAKATAN! BETUL KE NI?

Posted: 11 Aug 2012 03:12 PM PDT

Semakin hampir ketibaan Pilihanraya Umum ke-13, rupa-rupanya Pakatan Rakyat semakin gentar dengan risiko kekalahan mereka.

Walaupun saban hari pemimpin Pakatan Rakyat sibuk mencanang kononnya parti itu semakin kukuh manakala sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) terus merudum.

Namun hakikat sebenarnya adalah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin berkurangan apatah lagi setelah melihat kecenderungan pemimpin tertinggi parti itu dalam menggalakkan keganasan berlaku.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokles dalam ucapannya di Majlis Berbuka Puasa bersama Penulis Maya anjuran Mykmu di Kuala Lumpur, memberitahu bahawa satu kajian telah dibuat oleh organisasi bebas bagi melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap parti pembangkang sebelum dan selepas Perhimpunan Bersih 3.0 berlaku.

"Ada satu organisasi bebas telah melakukan kajian di kalangan 1,000 rakyat Malaysia yang diadakan sebelum berlakunya Bersih 3.0 dan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

"Kajian itu dibuat di enam kawasan hitam untuk BN dan diangggap sebagai kawasan putih bagi Pakatan Rakyat…hasilnya menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat semakin merudum," katanya.

Read more...

PANAS BERAPI! KISAH 7 MINIT VS 7 TAHUN YANG MESTI DIKETAHUI OLEH RAKYAT SELANGOR!

Posted: 11 Aug 2012 05:00 AM PDT

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengotakan janji yang dibuat kononnya untuk menyelesaikan isu air di negeri itu.

Katanya, sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan tanpa berfikir kononnya mahu menyelesaikan krisis air di Selangor.

Noh menambah, Khalid telah mengeluarkan kenyataan serta berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September.



Malah katanya, kepimpinan Selangor juga telah membuat kenyataan untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas.

"Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh korporat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya.

"Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah… kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah," katanya.

Noh menambah, kerajaan pusat di bawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air.

Read more...

FUYOH! KELAB PUTERA MALAYSIA NAK KE ROHINGYA!

Posted: 11 Aug 2012 01:51 AM PDT

Ancaman kebuluran yang dihadapi hampir 100,000 etnik Rohingya mendorong Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menjayakan misi kemanusiaan dengan menyalurkan keperluan asas kepada pelarian yang kini berlindung di tiga kem utama di kawasan berdekatan sempadan Myanmar.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata sejak enam bulan lalu, etnik Rohingya yang beragama Islam menghadapi pelbagai masalah termasuklah ditindas dan terbaru, diancam kebuluran.

Sehubungan itu, kelab berkenaan katanya, bercadang menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan dan perubatan terutamanya kepada golongan orang tua, kanak-kanak dan wanita.



"Misi bantuan kemanusiaan membantu etnik Rohingya ini merupakan misi ke-27 yang dijayakan oleh KP1M selepas Somalia pada tahun lalu.

"Untuk misi kali, seramai 10 pegawai perubatan dan 10 ahli sukarelawan akan mengunjungi tiga kem berkenaan untuk menyalurkan bantuan makanan dan perubatan kepada kira-kira 100,000 pelarian yang tinggal di kem pelarian Kutupalong, Nayapara dan Teknas," katanya sidang media misi bantuan kemanusiaan di pejabat KP1M di Kampung Attap, hari ini.

Tegasnya, tarikh misi kemanusiaan ke Mynmar itu masih belum diputuskan lagi samada beberapa hari sebelum atau selepas Aidilfitri sementara menunggu bekalan keperluan asas diperlukan mencukupi untuk kegunaan pelarian bagi tempoh enam bulan akan datang.

Sehubungan itu, KP1M katanya, memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya yang ketika ini amat memerlukan bekalan air bersih, tuala wanita, pakaian dan makanan.

Read more...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...