PAPA GOMO |
| Posted: 12 Aug 2012 12:00 AM PDT Tidak dapat Gomo gambarkan kegembiraan ini apabila laungan Papa Gomo dalam artikel terdahulu berkenaan sumbangan Malaysia dalam menghantar misi bantuan kepada masyarakat Islam Rohinghya telah disambut dengan baik oleh Datuk Azeez Presiden Kelab Putera 1 Malaysia. (artikel terdahulu KLIK DISINI ) Misi yang ke 27 dan memang Gomo juga menjangkakan bahawa misi Rohinghya kali ini mencabar sepertimana misi ke Somalia yang mana Gomo juga turut bersama pada Syawal tahun lalu yang mana dalam misi Somalia tersebut seorang wartawan BERNAMA telah terkorban akibat tembakan dari tentera African Union. Misi kali ini juga mencabar kerana berhadapan dengan kira kira 40 ribu pelarian yang makan minum mereka tidak menentu ditambah pula dengan keadaan daif dan amat sengsara akibat penghapusan etnik dari junta Tentera Myammar. Malah misi kali ini juga mencabar kerana waktu ini ratusan Etnik Rohinghya diseksa dan dibunuh oleh Junta Tentera Myammar menjadikan pelarian semakin bertambah dan ada kemungkinan bahawa kem yang dijangkakan 40 ribu pelarian boleh meningkat sekali ganda menjadikannya 80 ribu pelarian. Gomo mengharapkan hebahan dari sahabat sahabat Blogger, Facebooker, pelayar Twiiter dan mana mana pejuang maya untuk menyebarkan berita akan misi bantuan dari Kelab Putera 1 Malaysia ini buat mangsa Rohinghya yang dibunuh dengan kejam serta ditindas dengan begitu dasyat sama sekali. ![]() ![]() ![]() Kelab Putera 1 Malaysia juga memohon bantuan dan sumbangan dari kita rakyat Malaysia untuk dibawa kepada ke Bangladesh dalam sumbangan kepada mangsa pelarian Rohinghya. Sumbangan sumbangan yang amat diperlukan adalah seperti berikut: Ubat ubatan Makanan (Barang Dapur) Keewangan Pakaian (BARU) ![]() Sumbangan dari rakyat Malaysia amat ditagih dalam misi kemanusian kali ini dan segala sumbangan boleh dihantar melalui: Nasir Khan Abdul Rahman Mutalib Abdul Rahman ![]() InsyaAllah Gomo akan hadir dalam misi bantuan kemanusian ke Bangladesh. Doa doa dari seluruh rakyat Malaysia adalah amat diharapkan agar memberikan keselamatan buat seluruh peserta misi bantuan kemanusian kali ini. Mereka Saudara Islam Kita Psssttt.... Sumbangan kita adalah satu Jihad.....amin |
| You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment