Selangor Sedia Biaya Kos Guaman Rafizi

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor sedia membiayai kos guaman bagi membantu bekas Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli, yang hari ini didakwa berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim  dalam  Twitternya pagi tadi menyelar tindakan penahanan tersebut selepas Rafzi mendedahkan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin.

“Kerajaan Negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman Rafizi Ramli.
“Kerajaan Negeri juga mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent,” katanya. – Sinar Harian Online

Selangor Sedia Biaya Kos Guaman Rafizi
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...