UMNO Online - “Lynas : 20 Ribu Lawan 28 Juta Rakyat… Akhirnya Terbukti Fitnah” plus 9 more

UMNO Online - “Lynas : 20 Ribu Lawan 28 Juta Rakyat… Akhirnya Terbukti Fitnah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lynas : 20 Ribu Lawan 28 Juta Rakyat… Akhirnya Terbukti Fitnah

Posted: 20 Jul 2012 03:59 AM PDT

Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.

Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan 'flash mob'.

Undian yang yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.

Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!

Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang? Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.

Justeru, apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat? Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut?

Hakikatnya, 20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL. Lebih buruk, undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Lebih dari itu, apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil? Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi? Apakah mereka menggunakan dakwat kekal? Sistem Biometrik? Atau menggunakan prosedur apa?

Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL? Kenapakah undian dibuat secara 'main pondok-pondok' sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih?

Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan?

Dan bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock, di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini? Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi 'kunci' yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor.

Lalu, bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian 'orang mereka sendiri' demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka?

Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus, tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.

Kesimpulannya kini, terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia. Dengan itu, secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali.

Dan jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang "adil dan selamat" seperti yang tertulis di banner mereka, maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang. Kata orang, dah kalah, buat cara kalah, jangan lagi terkinja-kinja membuat bising, mengganggu semua orang.

medantempurkedah.blogspot.com

Dosa Pakatan Pembangkang, Khalid Ibrahim Terhadap Rakyat Selangor

Posted: 20 Jul 2012 03:50 AM PDT

Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.

Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.

Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.

Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan Pas, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.

Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.

Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?

Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.

Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu  bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.

Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim, kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini.

Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku.

Berikutan itu, sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.

UiTM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.

Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan untuk selama 5 dekad akan datang, rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak ‘berdosa’ dalam merosakkan masa depan negeri Selangor.

Raja Pelikat

 

Sibuk Main Politik Punca Selangor Haru Biru, Caca Merba

Posted: 20 Jul 2012 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penasihat apabila keadaan ekonomi negeri Selangor tidak mencapai tahap yang memberangsangkan seperti mana yang mereka canangkan kepada rakyat Selangor sebelum ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Dato Megat Zulkarnain Omar Din, ini jelas apabila kerajaan negeri tidak dapat menunaikan segala janji-janji mereka pada PRU yang lepas ekoran kekurangan peruntukan dan dana untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

"Saya yakin, sekiranya kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh, sudah tentu mereka melaksanakan janji tersebut. Namun, sekarang ini tidak ada apa-apa perubahan yang nampak pada rakyat di negeri ini selama empat tahun di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Ini jelas membuktikan, bahawa ekonomi negeri di bawah pemerintahan PKR semakin merudum.

"Dalam pada itu, timbul pula bermacam-macam isu tentang penyelewengan duit rakyat di bawah pemerintahan mereka. Baru-baru ini isu Talam Corporation yang melibatkan wang rakyat hingga berbilion ringgit. Jadi bagi saya jelas, Anwar bukan sahaja gagal sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor, malah beliau juga bertanggungjawab terhadap kepincangan dan kucar kacirnya pentadbiran di Selangor hari ini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, perkara ini berlaku ekoran sikap kepimpinan kerajaan negeri yang lebih banyak berpolitik daripada memikirkan permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Kata beliau, Anwar dan barisan kepimpinan PKR yang menerajui Selangor hari ini lebih banyak memikirkan masalah politik dalaman mereka sendiri  daripada memikirkan hal rakyat. Mereka sibuk mahu menyelamatkan punggung masing-masing daripada dijatuhkan oleh lawan masing-masing yang bergerak dalam satu parti, ujarnya lagi.

"Soal perebutan kuasa antara anak emas Anwar, Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menjadi rahsia umum. Anwar cuba menyusun orang-orangnya untuk berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan Selangor biarpun ia tidak dipersetujui semua pihak.

"Manakala Tan Sri Khalid pula sibuk mahu menyelamatkan orang-orangnya daripada menjadi mangsa percaturan politik Anwar. Jadi, masa bila mereka mahu memikirkan tentang masalah rakyat?," soal beliau tegas.

Sebab itu, keadaan pentadbiran dan ekonomi negeri kini dilihat semakin bercelaru dan kelam kabut. Terlalu banyak isu penyelewengan yang timbul, biarpun mereka baru menerajui negeri tidak sampai lima tahun.

"Justeru itu, saya meminta agar rakyat Selangor buka mata dan lihat sendiri bagaimana PKR dan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri. Lihat sendiri bagaimana Anwar gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penasihat ekonomi yang sepatutnya merancang  bagaimana untuk meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat Selangor.

"Dan apa yang berlaku ini, adalah contoh dan teladan kepada kita sebagai rakyat. InsyaAllah, sekiranya rakyat memberikan semula kuasa kepada BN untuk mentadbir, kita yakin ekonomi dan taraf sosio rakyat di negeri ini akan terus dipertingkatkan. Kita berjanji untuk ditepati, dan bukannya berjanji untuk dikhianati," ujar beliau. -MediaUMNO

Selama Empat Tahun Rakyat Selangor Hanya Ditipu Pelbagai Pembohongan

Posted: 20 Jul 2012 03:18 AM PDT

BATANG KALI, 20 Julai – Kerajaan negeri Selangor banyak mengambil kredit hasil pencapaian cemerlang kerajaan BN sejak mereka memerintah Selangor sejak empat tahun lalu tapi hakikatnya, penambahbaikan dan membangunkan negeri Selangor ini dilakukan oleh kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan mengambil contoh di Parlimen Hulu Selangor, semenjak mereka memerintah tidak nampak satu projek, kemudahan infrastruktur untuk kemudahan awam yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.

"Malah saya jumpa dengan salah seorang ADUN dari Pakatan Rakyat dan bertanyakan apakah pencapaian kerajaan negeri Selangor. Dia kata banyak dan antara dua yang terhebat bagi mereka ialah mereka beri air percuma kepada semua rakyat negeri Selangor. Itu satu penipuan yang lebih teruk dari peristiwa 16 September sedangkan kita tahu, ramai penduduk-penduduk di flat masih membayar bil melalui meter pukal.

“Mereka tidak menerima air percuma. Jadi, jangan menipu. Keduanya mereka kata simpanan wang tunai mereka bertambah kepada billion. Bagaimana tidak bertambah, dia dapat bantuan dari kerajaan persekutuan, dia simpan.. sepatutnya dia belanjakan untuk membela rakyat dengan membina kemudahan rakyat," ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Tambahnya, pada tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan berjumlah RM600 juta untuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Jadi ke mana perginya duit ini. Saya tidak nampak duit yang diberikan oleh kerajaan BN ini untuk membantu rakyat, untuk kerajaan negeri membetulkan semua kemudahan-kemudahan awam, menjaga jalanraya, menjaga tiang lampu tetapi saya tidak nampak duit ini diguna pakai.

“Di kawasan ini, longkang-longkang di sini tidak dibersihkan, rumput tidak dipotong, inikah cara untuk membantu rakyat sedangkan harta-harta kerajaan negeri dijual, bila harta dijual duit dapat daripada kerajaan persekutuan tetapi tidak digunakan untuk rakyat, jadi siapa tidak ada duit. Oleh yang demikian, janganlah mendabik dada mengatakan yang mereka telah banyak membawa perubahan kepada negeri Selangor," tambahnya lagi.

Dalam empat tahun ini, tidak ada pun perubahan yang dibuat sebaliknya kerajaan BN walaupun negeri ini bukan ditadbir oleh BN tetapi kita membantu. Contohnya di Hulu Selangor, kita telah membina persimpangan susur keluar Sungai Buaya.

"Di Hulu Bernam kita membina 300 buah rumah untuk rakyat termiskin, ini rumah yang dibuat kerajaan BN. Mana pergi rumah-rumah yang dibuat kerajaan pembangkang? Baru tahun lalu MB kata dia nak buat 11,000 buah rumah, sebelum ini mengapa tak buat?

“Mereka menipu rakyat. Inilah dia kerajaan yang tidak ada prihatin langsung untuk memastikan rakyat ini dijaga dengan baik. Jangan terpedaya lagi dengan janji-janji mereka, mereka tidak akan melaksanakan janji-janji kerana mereka hanya mementingkan diri mereka untuk mendapat kuasa," tambahnya lagi.

Sila ikuti wawancara bersama P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor dalam Youtube MediaUMNO

Home Minister Assures National Security Fully Under Control

Posted: 20 Jul 2012 02:57 AM PDT

SHAH ALAM, July 20  - Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein made the assurance today that national security was fully under control and the police were on constant alert to prevent any elements of terrorism from infiltrating the country’s political parties.

He said certain police units were responsible for surveillance on the matter and any information they obtained could not be made public before investigations were complete.

“Terrorism in this borderless world is something the police are burdened with and responsible for and we’ll monitor it closely. I confirm that the situation is under control so far.

“I’ve not received any information so far, so I cannot say if it’s true and that’s all I can say for now.  Because information below the radar is very sensitive and may come from international agencies, which we cannot share with the public until it is verified,” he told reporters after a visit to the Selangor police headquarters here.

Hishammuddin was commenting on the reported existence of terrorists from Jemaah Islamiah and individuals linked to the communist movement attempting to infiltrate opposition parties and trying to become candidates for the coming general election.

The matter was revealed yesterday by the Bukit Aman Social Extremist Threat Division, chief assistant director E2 (M), Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin during his lecture on national security at the National Youth Leaders Convention.

PM Calls On Muslims To Set Aside Political Differences For Sake Of Unity

Posted: 20 Jul 2012 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 20 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today reminded Muslims to set aside their political differences for the sake of unity of the Ummah that will bring them to a new and better dimension of Islam.

“Remember that enemies of Islam will always try to create disharmony among the Muslims because they know that the strength of Islam depends on the unity of the Ummah,” he said in his Ramadan message posted on his blog at www.1malaysia.com.my today.

He said factionalisation of the Ummah due to political differences was one of the factors that could weaken Islam in the country.

“Have faith that victory and success will only come when there is unity between the leaders and the people they lead.

“In the spirit of the holy month of Ramadan, I call upon the Muslims in Malaysia to foster unity of the Ummah because unity is the pillar of strength for Muslims in the future,” he said.

The prime minister said the spirit of unity inspired in the War of Badar which occurred on the 17th day of Ramadan should be observed by all Muslims.

“In this holy month of Ramadan, we should also cleanse our souls by helping the poor, orphans and the under-privileged people. Let’s avoid wastage, nurture the attitude of giving alms and don’t forget to pay Zakat Fitrah,” he added.

Najib also wished all Muslims in the country “Happy Ramadan” and happy fasting.

Jangan Iri Hati Nikmat Peneroka – Najib

Posted: 20 Jul 2012 02:48 AM PDT

JERANTUT, 20 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peneroka berhak menikmati apa yang dikecapi kini kerana mereka telah berjuang lebih separuh abad menerusi program rancangan pembangunan tanah untuk mengubah nasib mereka.

Beliau berkata ramai masyarakat luar kini menganggap peneroka sebagai ‘anak emas’ perdana menteri berikutan pelbagai insentif dan nikmat yang mereka peroleh ketika ini seperti bonus, kemudahan pinjaman perumahan, saham, durian runtuh dan sebagainya.

“Kalau hari ini peneroka dapat lebih, jangan iri hati, jangan jaki kerana mereka telah berjuang lebih separuh abad.

“Kalau yang tak tabah, ada yang lari balik kampung lama (mereka),” katanya ketika berucap pada majlis Program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) di Padang Piol, dekat sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Najib berkata kejayaan yang dinikmati peneroka dan Felda bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang 56 tahun membangunkan tanah rancangan itu.

“Ramai yang mahu sertai semula Felda, ada yang hulur surat kepada saya, kepada Ahmad Maslan, kepada Tan Sri Isa.

“Jasa Felda sangat besar sebenarnya, ramai anak-anak peneroka telah berjaya, ada yang menjadi pegawai tinggi kerajaan dan menjadi golongan profesional,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata nikmat yang dikecapi peneroka bukanlah sesuatu yang mudah dan datang sebegitu sahaja.

Kejayaan yang dinikmati Felda sebenarnya turut melimpah ruah kepada masyarakat sekelilingnya seperti Program Kasih Felda yang turut dinikmati penduduk kampung tradisional sekitar tanah rancangan, katanya.

Program Kasih Felda yang dilancarkan perdana menteri hari ini adalah program membaikpulih perumahan bagi penduduk di kampung-kampung tradisional yang berhampiran dengan 317 tanah rancangan Felda.

Program itu memperuntukkan RM5,000 bagi satu keluarga mengikut garis panduan yang ditetapkan Yayasan Felda dalam projek membaikpulih rumah tradisi di kampung bersebelahan atau berhampiran tanah rancangan Felda.

Tun Abdullah Disappointed His Name. Picture Used In Orange Assembly

Posted: 20 Jul 2012 02:44 AM PDT

KEPALA BATAS, July 20 – Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi was disappointed that a group, which had organised the ‘Orange Assembly’, had used his picture in an assembly poster.

Abdullah said the group’s action had damaged his image as former prime minister.

“I am not happy at all when they used my name and picture in the poster as I had nothing to do with the assembly.

“They should not do so and take advantage… I am very disappointed with the action,” he told reporters after presenting a Mara loan cheque, here today.

Abdullah was commenting on the action of a certain group who used his picture and that of an Umno veteran leader, who is also Gua Musang member of Parliament, Tengku Razaleigh Hamzah in the Orange Assembly posters.

The Orange Assembly organised by the National Felda Settlers Children’s Association (Anak) was participated by 12 non-governmental organisations as a mark of protest against the listing of Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) on Bursa Malaysia.

Abdullah, who is also Kepala Batas member of Parliament, said he was never against the listing of FGV.

“I have always supported the government’s effort in improving the people’s economy and the listing of FGVH on Bursa Malaysia was a good thing,” he said.

Golongan Muda Shah Alam Rasai Kehadiran Pemuda BN

Posted: 20 Jul 2012 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Julai – Pemuda UMNO Shah Alam berazam untuk mengembalikan kawasan tersebut sebagai salah satu kubu kuat Barisan Nasional (BN) bersama dengan Pemuda parti komponen BN yang lain menjelangnya pilihan raya umum nanti.

Ketuanya Azhari Datuk Shaari berkata kegemilangan kawasan tersebut yang dulunya merupakan kawasan BN perlu dikembalikan agar rakyat terutama golongan muda mendapat perhatian sewajarnya.

Menurut beliau hari ini rata-rata golongan muda di kawasan berkenaan merasai kehadiran Pemuda BN menerusi pelbagai program yang diatur dan dilaksanakan sesuai dengan minat serta kehendak golongan terbabit.

"Bukan kita bongkak dan angkuh dengan sokongan golongan muda terhadap program kita seperti Autoshow, Xtrem Game dan sebagainya lagi. Tetapi itulah realiti dan hakikat yang mana rata-rata merasi kehadiran Pemuda BN.

"Dengan pengundi muda bawah 40 tahun yang dianggarkan cukup tinggi pada pilihan raya umum kali ini termasuklah di kawasan Shah Alam sendiri, kita mencari dan menyesuaikan program berpandukan kepada apa yang mereka inginkan. Inilah tanggungjawab kita yang kita gembleng tenaga bersama Pemuda parti komponen lain ," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Azhari seterusnya menambah perancangan dan gerak kerja seumpama itu akan diteruskan dengan lebih giat lagi selepas ini dan turut menekankan program yang dijalankan itu bukanlah program yang bermusim.

Sebaliknya tegas beliau ianya adalah program yang berterusan dan memberi jaminan ianya akan diteruskan dengan lebih hebat sekiranya pengundi memberikan kepercayaan kepada BN untuk membuat perubahan pada pilihan raya nanti.

"Inilah janji kita dan inilah komitmen kita terhadap golongan muda dan berharap golongan muda di Shah Alam untuk terus bersama dengan kita kerana banyak lagi yang akan kita rancang untuk manfaat bersama," katanya. -MediaUMNO

Jangan Termasuk Golongan Yang Cuba Sabotaj Usaha Rasulullah SAW

Posted: 20 Jul 2012 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Julai – Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya meminta agar semua umat Islam di negara ini, terutama yang terlibat dalam dunia politik agar tidak menjadikan masjid medan berceramah soal-soal politik yang menjurus kepada umpatan dan kejian khususnya di bulan Ramadan ini.

Menurutnya,  Ramadan merupakan sebuah bulan di mana umat Islam sepatutnya perlu berlumba-lumba dan berusaha untuk dengan memperbaiki akhlak serta amal ibadah selaras dengan pentunjuk Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Katanya lagi,  larangan ini jelas berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud,  "Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, "Sesungguhnya aku berpuasa hari ini"

"Hadis tersebut jelas memperlihatkan bahawa Nabi saw melarang kita bertengkar dan memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi di dalam masjid. Kita sebagai umat Islam tidak boleh menggunakan masjid sebagai medan untuk menyebarkan fitnah, mencerca dan memaki hamun orang lain, yang boleh mengundang perpecahan, " tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelas beliau, jika ada orang-orang yang menggunakan masjid sebagai tempat untuk menghasut, mencerca dan mengata orang lain, mereka itu sebenarnya telah menyalahi sunnah Nabi Muhammad saw di mana baginda menjadi masjid itu sebagai satu tempat umat Islam bersatu, bukan sebaliknya.

"Masjid merupakan simbolik kepada perpaduan ummah. Masjid merupakan usaha Rasulullah saw  untuk menyatukan ummah.  Dan fungsi itu sepatutnya dikekalkan sehingga ke hari ini. Tapi ada di antara kita hari ini cuba menukar fungsi masjid itu kepada medan umpat mengumpat dan mengata sesama sendiri semata-mata kerana perbezaan ideologi politik.

"Golongan yang menggunakan rumah Allah ini sebagai tempat untuk menceritakan keburukan orang lain sebenarnya tanpa disedari, mereka sedang mensabotaj usaha Nabi Muhammad s.a.w. dengan meruntuhkan fungsi masjid sebagai simbolik perpaduan umat Islam  dengan menukar fungsi masjid sebagai medan perbalahan dan perpecahan," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua umat Islam di negara ini agar memanfaatkan sepenuh bulan Ramadan ini, dengan melibat gandakan amalan dan memperkemaskan akhlak diri dengan cara yang bertepatan berdasarkan petunjuk Al Quran dan Sunnah untuk mendapatkan kurniaan syurga Allah di akhirat kelak.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...