BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! TAHNIAH @NAJIBRAZAK !!! MALAYSIA SEMAKIN TEGUH SELEPAS KRISIS YANG BERLAKU !!!

Posted: 20 Jul 2012 12:07 PM PDT


New York, Hong Kong, London...Kuala Lumpur? Malaysia kini sedang giat berkembang.Kini,negara ini hanya perlu mengekalkan momentum.Negara Asia Tenggara ini mempunyai tawaran awam permulaan (IPO) kedua dan ketiga terbesar dunia bagi tahun ini - RM10.4 billion bagi penyenaraian Felda Global Ventures dan IPO IHH Healthcare sebanyak RM6.3 billion. Manakala tanda aras bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pula memecahkan rekod pada hari Rabu lalu kerana mencapai kenaikan sebanyak 7% bagi tahun ini.Sokongan terhadap ekuiti Malaysia adalah antara faktor utama. IPO Felda sebagai contoh, banyak dibeli oleh pelabur yang berlatarbelakangkan kerajaan seperti anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Simpanan persaraan yang wajib diambil adalah antara perkara yang banyak membantu meningkatkan pasaran tempatan.

Ekonomi Malaysia turut menjana pendapatan yang baik. kadar pengangguran adalah rendah, kadar inflasi adalah pada kadar 2%. Kadar pertumbuhan produk domestik kasar adalah pada kadar 5%. Perkara-perkara tersebut adalah penting kerana pasaran saham Malaysia kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat domestik.Kadar eksport juga semakin meningkat. Komoditi-komoditi seperti minyak sawit,petroleum dan gas merangkumi suku daripada keseluruhan kadar eksport, manakala selebihnya dirangkumi oleh barang-barang elektronik dan barangan kilang.HSBC menyatakan bahawa kadar eksport Malaysia hanya turun sebanyak 2% sejak Ogos lalu, berbanding dengan 13% bagi Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Bank-bank Malaysia juga kelihatan teguh. Kualiti aset yang kuat dan pengurangan kadar hutang bagi bank-bank Eropah tidak memberikan sebarang ancaman. Namun, masih lagi terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira.Kadar pasaran dunia yang agak lemah mungkin akan menjatuhkan ekonomi. kadar keseluruhan eksport adalah pada kadar 16% - lebih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Politik juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan kadar ekonomi. Perdana Menteri Najib Razak mahu menaiktaraf infrastuktur dan menaikkan kadar pelaburan bagi sektor-sektor seperti minyak dan juga pelancongan. Para pelabur perlu berharap agar agenda ini kekal walaupun keputusan bagi PRU yang akan datang masih lagi tidak dapat dipastikan.Kadar indeks dagangan pula berada pada kadar 15 daripada pendapatan semasa. Beberapa penganalisis yang menyatakan bahawa ini sudah cukup banyak dan mewah. Malaysia mempunyai momentum. Namun, kini segalanya bergantung kepada keadaan politik dan juga kadar kelemahan pasaran dunia. - Cynthia Koons

Dipetik dari The Wall Street Journal
Khamis,19 Julai 2012

BONGKAR !!! KRISIS AIR BAKAL MENJAHANAMKAN EKONOMI SELANGOR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Jul 2012 08:30 AM PDT


Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah,akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996,sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.Namun setelah Pakatan Haram (PAS) mengambil alih kerajaan negeri,kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Semacam sudah menjadi badi dikalangan pemimpin Pakatan Haram apabila diberi peluang memerintah negeri,mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu',mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan,tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.Apabila MB Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih,kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.Para pelabur mula menjauhkan diri,yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka,kini masing-masing mengambil keputusan samaada membatalkan atau menangguhkan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.

Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan haram yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.Tapi,kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka ???

Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai,sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang,ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.Tapi,perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar.Mahu tidak mahu,loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.

Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat.Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian,masuk angin keluar asap.Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam,silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ARTIS PAS DI BAYAR LUMAYAN SELEPAS HABIS CERAMAH ???

Posted: 20 Jul 2012 05:00 AM PDT



Sejak kebelakangan ini begitu ramai artis yang mula melibatkan diri dalam bidang politik tidak kira pro atau anti-kerajaan.Namun,rata-rata selebriti yang memilih untuk menyertai Pas adalah dengan alasan ingin berhijrah.Ya,itu menjadi hak serta prinsip masing-masing. Tidak menjadi satu kesalahan mahupun satu pertikaian.Cuma apa yang ditulis seorang blogger pro-pembangkang ini agak menarik untuk diperkatakan

entrynya di http://orangni.blogspot.com/2012/07/artis-wanita-sekali-ceramah-rm2500apa.html mempertikaikan kewajaran penganjur yang sanggup membayar RM2,500 setiap kali artis wanita 'itu' memberi ceramah Pas walaupun artis itu belum menyerahkan borang keahlian parti.Kalau benar dakwaan itu,penulis rasa pelik juga bagaimana pihak penganjur sanggup membayar lebih kepada artis yang baru berjinak dalam bidang politik sedangkan pejuang-pejuang parti yang begitu lama menegakkan prinsip parti kadang-kala hanya diberi saguhati apabila naik ke pentas ceramah.


Kita buat pengiraan mudah.Jika setiap kali ceramah dibayar RM2,500 dan sebulan artis itu menyertai 10 ceramah,dia akan dibayar RM25,000.Itu jika 10 kali dalam sebulan,jika lebih?

Mungkin ini sekadar khabar angin,namun jika ia benar,apakah nasib mereka yang sudah 'veteran' memperjuangkan prinsip parti?

Tidak hairan apabila ada suara-suara di dalam parti itu yang mempertikaikan isu ini.Isu ini sesuai dengan ungkapan 'Kera DiHutan Disusukan,Anak Di Rumah Mati Kelaparan'.Bagi penulis,seperti tidak adil jika penceramah veteran yang sudah lama memperjuangkan parti menerima hadiah atau bayaran yang sedikit berbanding mereka yang baru menyertai politik dan sudah beraksi 'ghairah' di pentas ceramah menerima bayaran yang lebih mahal atas tiket 'selebriti'.Namun,yang masih menjadi persoalan,adakah artis-artis itu mahu benar-benar berubah kerana dirinya dan agama, atau kerana parti ataupun mengejar bayaran yang tinggi setiap kali memberi ceramah. - MyNewsHub

ANDA NAK SATU LAGI CERITA ???

Kawan 1 : Mahalnya bayaran artis tue, macamana nak sebarkan dakwah kalau tinggi sangat. Satu program sampai RM2500.Mana kawasan @ parti mampu,cawangan jangan citer laa
Kawan 2 : Ish ish Betul ker,kan baru-baru ni diorg cakap sebab-sebab sertai gerakan islam nie untuk sebarkan dakwah,bukannya nak cari untung.lagi satu diorg cakap diorg lebih yakin dengan rezeki Allah
Kawan 1 : Betul lah,aku sendiri tipon PA dia,PA dia cakap satu hari dua program RM2500,bila aku mintak kat PA dia no. tpon artis tue dia x bagi,mesti berurusan dengan dia jugak.jenuh la macam nie
Kawan 2 : Ntah2 PA dia "makan" jgk kot,orang mana PA dia tue
Kawan 1: Org ………. Keje pun biasa-biasa jerr, sebelum nie katanya dia uruskan beberapa artis terkenal yang sertai Jemaah.Tapi sekarang dia urus ………. Dan ………
Kawan 3 : Ish takkan laki kot urus artis pompuan, bahaya nie…. Patutnya artis pompuan diuruskan oleh muslimat, artis laki diuruskan oleh muslimin
Kawan 2 : Muslimat tak take over kerr peranan nie
Kawan 1 : Ntah….. patutnya mcm tue laa
Kawan 3 : Aku risau la…. Artis2 nie patunya dibimbing untuk paham keadaan Jemaah, bukannya amik kepentingan atas popularity artis tue
Kawan 2 : Betul tue,aku stuju….Ingat kata-kata arwah Ust Fadzil Noor,duit PAS nie dalam poket ahli, jadi kalau golongan nie kenakan bayaran sampai rm2500 mmg tak patut lah……

Inilah antara dialog sahabat-sahabat aku ketika bertemu baru-baru nie.Alkisahnya ialah untuk dapatkan tarikh daripada seorang selebriti yang telah berhijrah.Maka untuk dapatkan tarikh daripada selebriti tersebut mestilah melalui PA nya iaitu orang dari negeri.PA selebriti nie dikhabarkan keje biasa-biasa jer dan bila dapat uruskan selebriti nie maka keje asalnya itu di alai balaikan.Jadi berbincang sahabat aku nie dengan PA ni tentang hajat untuk dapatkan tarikh, bila si PA nie bagi tarikh seronoklah sahabat aku nie.Tapi bila smpai bab bayaran sahabat aku nie terkejut berok "untuk satu hari,tuan buat dua program bayarannya ialah RM2500".

Kiriman Dari Email

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DATUK SOHAIMI SHAHADAN MEMBELASAH KHALID GAGAP BERKENAAN ISU AIR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Jul 2012 02:00 AM PDT



Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan membidas kerajaan negeri Selangor kerana lebih sibuk mahu mencampuri hal pengurusan Syabas,daripada menumpukan usaha untuk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka serta menambah baik sistem pentadbiran negeri Selangor yang kini dilihat semakin kucar kacir dan bercelaru.Menurut beliau,tindakan pengambilalihan serta campur tangan kerajaan negeri dalam isu Syabas ini adalah semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada kegagalan kerajaan negeri,dalam melaksanakan segala janji-janji dan manifesto mereka pada PRU yang lepas kepada rakyat di negeri ini.

"Kenapa kerajaan negeri Selangor sibuk-sibuk mahu ambil tahu tentang hal-hal pengurusan air,sedangkan mereka bukannya pakar dalam hal tersebut ??? Biarlah pakar yang uruskan hal itu.Masalah kutipan sampah pun masih tak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri,sekarang ada hati pula nak uruskan hal air yang menjadi perkara penting dalam kehidupan rakyat.Kalau sampah pun tak mampu nak kutip,bagaimana nak uruskan hal air yang sudah tentu perlukan kepakaran yang lebih besar dari hal-hal kutipan sampah.Tindakan kerajaan negeri ini kelak bakal mengundang masalah bagi rakyat Selangor.Silap-silap haribulan,isu air di Selangor akan menjadi lebih kritikal seperti mana yang berlaku Kelantan hari ini," tegas beliau.

Sepatutnya menurut beliau,kerajaan negeri perlu menumpukan perhatian terhadap isu-isu rakyat yang sehingga kini masih banyak lagi isu-isu permasalahan rakyat yang masih belum selesai.


"Selesaikan dulu permasalahan rakyat dan tak payah sibuk-sibuk mahu ambil alih Syabas dan biarkanlah mereka saja yang menguruskan hal air ini kerana Syabas merupakan syarikat yang pakar dalam hal-hal pengurusan air," ujar beliau.

Tambahnya lagi,lihat saja isu penyelewengan yang berlaku dalam isu Talam Corporation apabila kerajaan negeri mula campur tangan dengan alasan kononnya untuk membantu syarikat tersebut.

"Kita sebagai rakyat di negeri ini,tidak mahu isu air yang menjadi punca utama kehidupan manusia dipolitikkan oleh kerajaan negeri sehingga memberi kesan terhadap kehidupan dan kesihatan rakyat.Kita di Selangor tidak mahu menjadi seperti rakyat di Kelantan yang menderita dan kesusahan apabila krisis air yang berpanjangan itu masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan seolah-olah tiada kesudahannya.Kami nasihatkan Tan Sri Khalid sebagai ketua kerajaan,agar tidak sibuk-sibuk dengan hal Syabas,sebaliknya tumpukanlah perhatian bagaimana untuk melaksanakan janji-janji mereka yang sehingga kini masih banyak yang tidak dapat ditunaikan lagi," akhiri beliau.

BONGKAR !!! MB ARAH JUAL SAHAM FGVH !!! BUKTI KEDAH TAK PANDAI BERNIAGA !!!

Posted: 19 Jul 2012 11:00 PM PDT


Demi menjaga 'air muka' partinya,Dato' Seri Azizan Razak membuat kenyataan merelakan PKNK melepaskan 'tuah' dan membiarkan negeri kerugian.Walaubagaimanapun,ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat,mahupun agama.Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah 'masalah teknikal' membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa.Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya,membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK ??? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri ??? Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai 'masalah teknikal' ???

Sebenarnya,'masalah' di sini bukan pembelian saham tersebut,tetapi Azizan itu sendiri.Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini.Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan Pakatan Haram,sedangkan isu besar di sini ialah 'Pakatan Haram menentang keras penyenaraian Felda'.Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan 'tiada pertentangan' antara keputusan PKNK dengan Pakatan Haram ???

Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau "menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut".Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK.padahal,peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri. Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi. Sebagai Pengerusi,Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.

PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan,tetapi PKNK adalah organisasi paling utama atau nadi bagi negeri Kedah.Justeru itu,tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta.Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.

Sepatutnya,Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya,bukan partinya.Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti.Justeru,beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan.Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain,maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! RUPANYA KERAJAAN SELANGOR ADA MUSLIHAT POLITIK DI SEBALIK KRISIS AIR !!!

Posted: 19 Jul 2012 07:00 PM PDT


Usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air di negeri tersebut daripada Syabas Konsortium dilihat mempunyai muslihat politik tertentu memandangkan terdapat beberapa percanggahan dalam kenyataan kerajaan negeri dan senario sebenar yang berlaku dalam isu ini.Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam,Datuk Ahmad Nawawi Datuk M.Zin,berdasarkan kenyataan kerajaan negeri Selangor,antara punca-punca tindakan campur tangan itu terpaksa diambil ekoran beberapa kegagalan Syabas dalam menangani masalah air.

"Kerajaan negeri mendakwa Syabas gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus serta mendapati Syabas tidak melaksanakan kerja-kerja CAPEX (capital expenditure) atau perbelanjaan modal mereka dengan baik.Namun hakikat sebenarnya, CAPEX itu sudah dihentikan dan tidak ada lagi sebarang peruntukkan terhadap CAPEX yang sepatutnya menyelenggarakan kerja-kerja membaik pulih paip-paip air di Selangor.Agak pelik apabila kerajaan negeri sendiri yang menamatkan CAPEX tetapi selepas itu menyalahkan Syabas kerana tidak menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan paip-paip di Selangor," ujar beliau.

Selain itu tambah beliau,syarikat Syabas hanyalah bertanggungjawab untuk kerja-kerja pengagihan air yang telah dirawat dan tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip itu pula telah diberikan kepada beberapa syarikat lain.

"Saya bukan nak menangkan Syabas tetapi adalah tidak logik menyalahkan syarikat tersebut di atas sesuatu yang bukannya tanggungjawab mereka. Malah, Syabas juga telah membuat laporan kepada kerajaan negeri tentang beberapa permasalahan air di Selangor, namun kerajaan negeri mengambil sikap acuh tak acuh.Ketika di bawah pemerintahan BN,kita telah berikan kontrak CAPEX sehingga tahun 2020 berjumlah lebih kurang tujuh bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan paip air di negeri Selangor.Tetapi apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang,kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghentikan kontrak tersebut.Jadi,bagaimana syarikat yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut mahu menjalankan tugas mereka, apabila dana dan peruntukan untuk itu telah dihentikan?," soal beliau.

Jelas beliau,Syabas telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja CAPEX sehingga mendapat persetujuan semua pihak, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.Tambahnya,apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, maka kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan.Sebab itulah jelas beliau lagi paip lama yang kesemuanya berjumlah lebih 6000 kilometer tetapi hanya 800 kilometer saja yang dapat dibaiki.

"Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain.Dalam hal ini,yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor.Syabas juga dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif berpunca dari sekatan ini.Sekarang ini,Kerajaan Negeri Selangor melihat Syabas gagal dalam kerja-kerjanya untuk melaksanakan peningkatan perkhidmatan air," ujar beliau lagi.

Jelas beliau,isu sebenarnya bukanlah tentang penyelenggaraan atau pengurusan, tetapi isunya ialah tentang kekurangan loji air di sekitar Selangor.

"Sekarang ini ada 36 buah loji di sekitar Selangor yang berfungsi membekalkan air di seluruh negeri ini.Loji ini perlu ditambah selaras dengan peningkatan penduduk dan kawasan industri-industri yang bertambah.Jika tidak ditambah, pembekalan air bagi 36 buah loji itu tidak akan mencukupi untuk membekalkan air di seluruh Selangor.Sebagai contoh,gerabak keretapi.Apabila penumpang penuh dan berlebihan,apakah kita patut menukar pengurusan ataupun bertindak menambah gerabak bagi mengatasi masalah ini.Sudah tentulah kita perlu menambah gerabak bagi menyelesaikan masalah penumpang yang begitu ramai dan melebihi had.Begitulah jugalah dengan isu air ini.Loji perlu ditambah untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat dan bukannya menukar sistem pengurusan.Jika tukar sistem pengurusan pun, ia takkan menyelesaikan apa-apa masalah kerana punca utamanya ialah kekurangan loji dan bukannya masalah pengurusan," tegas beliau.

ADAKAH ANDA MAHU AIR DI SELANGOR TIADA UNTUK KEHIDUPAN AKAN DATANG ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KETUA EKSEKUTIF PKNK BAKAL DI PECAT ???

Posted: 19 Jul 2012 04:00 PM PDT


Y.Bhg Dato' Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim,Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.Dato' Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pakatan haram.Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato' Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan pakatan haram.Mazlan Aliman,yang menjadi 'juara' isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH.Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut,telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar,malah pelik,manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil.Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya.Justeru itu,tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar.Untuk itu,seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.Dato' Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur,keliru dan 'kosong',cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.Jelas,beliau yang merupakan Pengerusi PKNK,telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab,seperti biasa.Oleh yang demikian,kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato' Abdul Rahman,Ketua Eksekutif PKNK.Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato' Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi,tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK.Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato' Abdul Rahman adalah 'orang lama' dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan.Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University,USA dan University Malaya,beliau adalah antara 'beberapa kerat' pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa,berdedikasi dan berkelayakan.Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah,pelaburan,pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara,Bina Darulaman,KTPC,KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi,beliau merupakan aset penting,bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau,cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak.Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya,segala pengalaman dan ilmu Dato' Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya.Dato' Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.Jika ini berlaku,maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato' Abdul Rahman.Namun,semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS,asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti.Jika tindakan mereka merugikan rakyat,negeri atau negara,ia bukanlah masalah bagi mereka.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...