Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Cerita Menarik Mengenai Banduan yang Gersang!!
- TUDIAA!! Kamera AES dah sembah Bumi!!
- TUDIAA!! Ketua "CyberTroppers" Pas Kedah BODO MENGHEPUT!! #TukarKedah
- EKSKLUSIF! #AirSelangor: Khalid Gagap Patut Cermin Diri Sendiri!!
- EKSKLUSIF!! Bukti Kerajaan Negeri Kedah Cekap Mentadbir Negeri!! #TukarKedah #AuditKedah
- GEMPAR!! Bila Cikgu UMNO PUKUL Cikgu PAS? #PasSukaTipu
HOT!! Cerita Menarik Mengenai Banduan yang Gersang!! Posted: 22 Oct 2012 08:18 AM PDT
Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.." Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.. – kedaionlinesu | ||||
TUDIAA!! Kamera AES dah sembah Bumi!! Posted: 22 Oct 2012 05:36 AM PDT Gambar ni Mc ambil dari blog TM Kamera AES ini tak akan menyembah bumi dengan sendirinya, ini adalah perbuatan biadap manusia yang tak berguna, yakin kamera ini dijatuhkan dengan menggunakan lori yang besar dengan sengaja, tak susah pun kalau nak buat, pandu lori dan geselkan bahagian badan kepada tiang kamera, pasti tumbang tiang tersebut. hatta tiang eleltrik jenis konkrit pun boleh tumbang angkara lori , ini lah tiang keluli yang kosong. Hmm.. Apo Nak Di Kato Lagi? | ||||
TUDIAA!! Ketua "CyberTroppers" Pas Kedah BODO MENGHEPUT!! #TukarKedah Posted: 22 Oct 2012 02:17 AM PDT
Kepada barisan barisan penulis blog kedahla tu mai baca sat, lebih2 lagi si botak enggang qadha dengan tok senapi tu yang duk buta perut hijau yang tak habis habis pertikai bidang KCS dengan cara politik gampang pas laknatullah ni.. Aku gelak besar bila baca entri blog upahan PAS, Kedah La, yang dipercayai milik Zul Yahya dan ditulis oleh Enggang Qadha, bertajuk "Rasli ni barua UMNO? Lepas laporan Audit babitkan penyelewengan orang Rasli... pikiag ambiklah!". Memang lawak la mamat yang diupah Zul Yahya ni. Bodo megheput kata orang Kedah! Tapi pasal Zul Yahya suruh tulis belasah Datuk Rasli, maka dia pun tulis la dengan gaya IQnya yang cetek dan tidak rasional...heh! Kesiannn... Rasanya, depa pun tak tau KCS tu apa dan apa bidang kuasa depa. Dan aku yakin, depa pun tak tau bidang kuasa MB tu lagu mana....heh! KCS tu bawah DYMM Sultan, sebuah badan eksekutif yang boleh dikatakan tertua di negara ni dan tidak ada kena mengena dengan sebarang fahaman politik. KCS ni depa melaksanakan dasar kerajaan sebagaimana yang ditentukan oleh MB... Untuk pengetahuan hangpa, jawatan SUK ni pulak dilantik oleh DYMM Sultan setelah mendapat nasihat MB. Alaaa..macam jawatan Ketua Hakim Negara laaa...dilantik DYMM Agong atas nasihat PM..lebih kurang lagu tu la.. SUK adalah jawatan di dalam Kerajaan Negeri, di mana dia diberikan sebuah kerusi setaraf exco dalam sidang DUN. Satu lagi jawatan yang dapat kerusi macam tu ialah SFO atau State Financial Officer. Kedua jawatan ini adalah wakil kuasa eksekutif DYMM Sultan dalam sidang DUN.. Tapi, KCS ni lain sikit. KCS ni adalah satu kumpulan dalam JUSA Kedah State di mana ia directly bawah Sultan. Lebih kurang macam "kelab eksklusif" JUSA Kedah laaa...dan MB takdak kuasa atas depa ni...paham ke Enggang "Bengong" Seperkara lagi, selalunya ketua KCS dilantik jadi SUK dan penjawat jawatan tu selalunya dilantik berdasarkan rekod perkhidmatan, KPI, seniority dan pengalaman dalam handle hal ehwal negeri..paham? Dalam kes Datuk Rasli ni, dia hanya jalankan tugas sebagai ketua KCS. KCS ni perlu ditukar dari satu kawasan ke satu kawasan bila tiba masanya. Ikut kesesuaian dan budi bicara SUK tu laaaaa... Dalam kes Ahmad Fisol yang ditukar dari jawatan YDP MDKP tu, ia adalah proses normal. Semua KCS bertukar-tukar kawasan dan bidang kuasa. Tak pelik pun! Aku ada ramai sedara mara dalam KCS..aku tau laaa... Ni la Fisol tu...KCS yang sokong PAS nehhh... Tapi yang peliknya, Fisol ni tak mau pindah! Tak mau ditukarkan! Khabarnya dia seronok kerja kat situ sebab ahli-ahli Majlis (orang PAS la tu..) yang ada kat Kubang Pasu tu. Lagipun, anak dia pun kerja kat situ. Jadi kalau boleh dia nak kerja kat situ sampai mati laaaaa... Jadi, bila dia dapat surat tukar, dia kalut! Dia panggil puak-puak PAS meeting tergempar kat office dia. Lepas tu depa sepakat dalam meeting tu untuk pertahan Fisol kat situ dan kalau SUK nak tukar Fisol jugak, depa akan buat demo! Hahahahahahaaaa..!!! Macam budak kecik!!! Padahal, sebagai JUSA dan salah seorang KCS, Fisol ada saluran untuk berbincang untuk tidak ditukarkan. Dia boleh personally berjumpa dengan SUK dan negotiate... Tapi, ada ke bebalnya Fisol ni ajak puak-puak PAS meeting pertahankan dia! Patutnya, sebagai penjawat awam, dia larang dari sebarang kekecohan berlaku disebabkan dia. Tapi dia pulak yang tumpang sekaki! Aku tau la Fisol tu orang PAS totok. Lantak dia la nak sokong DAP sekali pun, aku peduli apa! Tapi, bila masuk bab kerja tu profesional dan rasional la sikit! Yang pi guna sentimen politik dalam badan eksekutif tu apahal? Bila SUK dapat tahu, Fisol diminta berikan surat tunjuk sebab atas apa yang berlaku. Khabarnya, lepas diminta surat tunjuk sebab tu, dia pi mengadu pulak kat geng-geng PAS dia tu. "Geng" punya pasal, depa pun "balun" la Datuk Rasli dengan tuduhan macam-macam...
Frankly, aku malas nak sentuh pasal KCS ni pasal macam-macam jenis orang ada dalam KCS tu. Ada yang PAS totok, ada yang UMNO macam aku. Tapi, ada yang memang tak campur politik dan hanya taat pada DYMM Sultan saja. Dan tak kurang jugak ada yang jadi "businessman" dalam KCS..heh! Jadi, ada yang baik dan ada yang kurang baik dalam KCS ni. Ada yang nakal dan ada yang warak dalam KCS ni..macam-macam ada. Malah ada jugak KCS yang memang tak sokong mana-mana parti politik, depa tau kerja saja setiap hari berkhidmat untuk rakyat... Jadi pada aku, kes ni sepatutnya bukan satu isu. Tapi bila Fisol gelabah bewak dan ajak geng-geng politik dia masuk campur, maka benda ni jadi panas.. Peliknya, MB relax je aku tengok. Puak-puak PAS pulak yang lebih-lebih...heh! Kenapa MB relax je? Sebab dia tahu dia takdak kuasa nak defy kuasa yang ada pada SUK. Dia takdak kuasa pun nak pecat KCS..heh! Dan sebab MB tau undang-undang tubuh negeri dan tau puak-puak PAS yang dok menyalak tu "bodo megheput", pasal tu dia diam! Malangnya, Zul Yahya pikiaq dia bijak dan tahu. Padahal dia pun dungu! Kesian kat Azizan, dapat ketua cybertroopers pun "bodo mengheput"! Elok tukaq je mamat tu jadi tukang kerat newspaper cutting kat Wisma tu...heh! Pagi tadi Mc dah kasi hentam puak Pas bodoh mengheput ni, kali ni sahabat Mc si DUKE OF UMNO pulak bubuh. Memang bodo mengheput la puak Pas ni.. he he.. | ||||
EKSKLUSIF! #AirSelangor: Khalid Gagap Patut Cermin Diri Sendiri!! Posted: 21 Oct 2012 11:18 PM PDT Apa kena la dengan si Khalid Gagap ni. Segala tindak tanduk yang beliau buat dan beliau rancang tidak pernah ada yang benar-benar bagus dan hebat. Cadangan atau rancangan yang Khalid buat, kadang-kadang kita fikir tidak masuk akal. Contoh, Khalid kata Syabas tak hormati perjanjian sebab nak beli paip dari Indon. Pelik, kenapa Khalid marah Syabas nak beli paip tu? Khalid lupa kah yang kerajaan negeri ada 30% pegangan dalam Syabas. Dan Sedangkan dalam Syabas sendiri ada wakil Khalid dalam Board of director. Jadi tindakan yang Syabas ambil juga mencerminkan keputusan kerajaan negeri atau Khalid juga. Tak cukup itu, dikatakan Syabas beroperasi di bawah keupayaan sebenar dan Syabas gagal kurangkan jumlah air tidak berhasil. Pokoknya apa saja yang Syabas buat tidak betul. Kenapa "kekurangan" ini tidak diselesaikan semasa board of Director bersidang? Bukankah menceritakan "kekurangan" ini adalah seperti menceritakan kekurangan Kerajaan Negeri atau Khalid sendiri? Rasanya kalau nak kata yang kerajaan negeri cuma pemegang minoriti juga tak munasabah. Maklum sajalah, pemegang minoriti ini adalah tuan punya konsesi yang Syabas sedang laksanakan. Rasanya kalau wakil kerajaan negeri dalam lembaga pengarah Syabas bersuara, mestilah pengarah yang lain fikir masak-masak sebelum nak tolak. Beliau kata lain, tetapi tindakan yang beliau buat adalah lain. Memang ada masalah mental si Khalid ni. Atau demi permainan politik, beliau terpaksa mencari sebab untuk menghalang segala tindak-tanduk Syabas dan membantah apa jua cadangan, walaupun apa yang Syabas cadangkan itu bernas. Apakah Khalid sengaja mahu menunjukkan bahawa Syabas tidak cekap dalam menguruskan air di Selangor, lalu ia menjadi sebab utama kenapa Kerajaan Negeri Selangor mahu membeli Syabas. Sedangkan, selama ini Khalid sendiri yang cuba mensabotaj Syabas dalam setiap perancangan bagi memperbaiki sistem air di Selangor. Kalau Syabas lemah bermakna Kerajaan Selangor pun lemah. Serupa seperti kalau Elizabeth ambil tanah Yayasan Selangor tempiasnya pergi ke Khalid. Tapi bila part Syabas, Khalid tai-chi balik kat Syabas. Ade ke patut.. Pulang Pinang juga negeri dibawah pemerintahan Pakatan Haram. Pulau Pinang diantara negeri yang hampir langsung tiada masalah air. Patutnya Khalid contohi cara Guan Eng handle air di Pulau Pinang. Guan Eng selalu beri kerjasama dan tidak pernah menolak sebarang projek menaik taraf berkenaan air yang dicadangan oleh Kerajaan Pusat. Atas sebab demikian Pulau Pinang tidak ada masalah air. Guan Eng nampak yang perancangan program penstrukturan air Kerajaan Persekutuan boleh memanfaatkan penduduk dan industri Pulau Pinang. Jika Guan Eng, DAP boleh memberi kerjasama baik terhadap Kerajaan Pusat, kenapa Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai oleh Khalid Gagap PKR tidak boleh berbuat demikian? Apa masalah sebenarnya? Masalah sebenarnya berpunca daripada Khalid sendiri. Khalid seorang Menteri Besar yang terlalu mementingkan diri dan tidak pandai membuat keputusan yang mana perkara lebih penting, dan yang mana kurang penting. Malah Khalid juga tidak serius untuk menyelesaikan masalah air di Selangor, beliau lebih pentingkan cita-citanya untuk membeli syarikat konsesi air dari membina Loji simpanan air yang lebih besar untuk keperluan rakyat Selangor. Apakah pemimpin seperti Khalid ini layak menjadi pemimpin di sebuah negeri maju seperti Selangor? Bagi Mc, Khalid langsung tak layak jadi Menteri Besar, apatah lagi untuk memimpin sebuah negeri maju seperti Selangor ni. Jika beliau terus mentadbir Selangor, Mc percaya akan ada masalah lain pula yang lebih kritikal akan muncul. Rakyat Selangor seharusnya sedar akan keadaan ini, kerana setiap keputusan yang dibuat bakal membawa kemajuan, atau memakan diri sendiri. McTheory: Khalid ni, patut jaga kedai runcit saja, tu pun bankrup kot rasanya nanti.. hehe.. | ||||
EKSKLUSIF!! Bukti Kerajaan Negeri Kedah Cekap Mentadbir Negeri!! #TukarKedah #AuditKedah Posted: 21 Oct 2012 09:07 PM PDT
Kat bawah ni bukti-bukti kukuh bahawa Pas Kedah memang bijak mentadbir dan pandai mencari duit untuk dihabiskan. Harap pembaca semua sudilah membaca petikan dari laporan audit ni. Nak lebih best, baca kat kotak merah yang Mc buat tu. Untuk mengetahui cerita sebenar.. Itu baru satu, ada lagi nih.. Kedah Agro yang sekarang ni bangunan dia dah jadi macam gajah putih, membazir duit rakyat saja buat (Ulang balik kata-kata orang Pas semasa UMNO jadi kerajaan) Rasanya cukuplah dua dulu Mc tunjuk. Mc tahu, laporan audit ni buat Pas panas pungkoq. Habis semua kerugian dan kesalahan dia tuding jari kat UMNO dan KCS. Apa kuasa UMNO nak buat benda ni? Siapa kerajaan Negeri Kedah sekarang? Siapa yang sebenarnya yang berkuasa di Kedah? Tentu jawapannya Pas Kedah yang ditadbir oleh Azizan Razak. Jadi apa kena mengena dengan UMNO? Dulu ada kes Highway MRR2 retak di Selangor, JKR bertanggung jawab sepenuhnya. Samy Vellu di serang habis-habisan. Tapi tak pernah la pulak Samy Vellu kata, "Dalam JKR ada itu orang PAS dan PKR sabotaj sama saya" Tapi Pas Kedah pula, bila depa buat salah, dok sibuk tuding jari kat KCS dan orang UMNO. Wahai la Pas Kedah yang bengong nak mampuih kalau tak reti jadi kerajaan sila bagi kat orang lain la, jangan dok sibuk nak cari salah orang. Pas Kedah memang pandai buat lawak, baca elok-elok kat bawah ni, perkara pelik tapi benar. KERAJAAN NEGERI, PAS KEDAH, LANTIK KONTRAKTOR ORANG PAS, KENYANG DUIT ORANG PAS, SELEWENG DUIT ORANG PAS, TETAPI UMNO JUGAK YANG SALAH!! macam mana tu? kah kah kah... Perkara pelik tapi benar!! McTheory: Depa sedap main, kantoi kembung, suruh UMNO tanggung jawab, ada akai ka? | ||||
GEMPAR!! Bila Cikgu UMNO PUKUL Cikgu PAS? #PasSukaTipu Posted: 21 Oct 2012 05:42 PM PDT Mc ada tertengok satu video di blog pro Pakatan Haram. Tajuk video tu, 'guru tumbuk guru'. Video tu menunjukkan satu sidang media oleh Normala Calon Pas untuk PRK Tenang dulu. Dalam video tu, Normala dok merepek mengenai penganiayaan cikgu-cikgu pro Pakatan di Sekolah. Katanya, ada cikgu yang dipecat, ditukar, diberi amaran dan bermacam-macam lagi. Malah si Mala KFC ni juga bercerita mengenai seorang guru Pro Pas yang dibelasah oleh Cikgu Pro UMNO. Mc taktaulah sejauh mana kebenaran cerita tu. Benarkah cikgu yang pukul tu Pro UMNO. Sebab takdak bukti pun. Hanya Mala KFC yang kata Cikgu Pro UMNO. Boleh percaya ka kata-kata Mala KFC ni? Namun apa yang si Mala ni tak cerita pulak ialah tentang perangai cikgu-cikgu pro Pakatan yang selalu ponteng kerja semata-mata nak berdemo, berpolitik dalam kelas semasa mengajar, menghukum dan mengagalkan pelajar yang bertentangan ideologi politik dengan mereka. Bila seseorang guru yang diamanahkan untuk mendidik pelajar, menyalahgunakan kuasa mereka dengan menghukum pelajar yang tak sefahaman. Apakah tindakan seperti itu tidak patut diambil tindakan? Kita selalu di longgokkan dengan cerita ramai cikgu yang menyokong pembangkang mempunyai masalah disiplin. Bila mempunyai masalah disiplin, tentunya pihak pentadbir sekolah akan mengambil tindakan kepada guru tersebut. Takkan nak tengok saja bila masalah dah keterlaluan. Bila dah diambil tindakan, mulalah cikgu-cikgu tadi tak puas hati dan menyalahkan pentadbiran, sedangkan mereka tidak nampak diri mereka yang bermasalah. Sama seperti suami si Mala ni yang kononnya MC cuti sakit, tapi sebenarnya pergi meneman si Mala KFC ni berkempen (PRK Tenang). Apakah itu bukan satu pembohongan? Takkan pihak kementerian dan sekolah nak tengok saja cikgu yang menipu tentang MC nya dan berpolitik secara terang-terangan? Jadi, segala punya masalah ini sebenarnya datang dari guru itu sendiri. Bila mereka bermasalah, mereka berpolitik dan tak ikut peraturan menjadi seorang guru, sudah tentunya mereka akan di ambil tindakan. Semuanya ini demi menyelamatkan anak bangsa dari terus dimomokkan dengan politik dimasa mereka hanya perlu belajar. Kita taknak otak mereka diracuni dengan politik kotor puak pembangkang. Lainlah Pas yang menubuhkan PASTI dan SAR tajaan Pas, semata-mata untuk meracuni budak-budak kecil untuk membenci kerajaan. Mc sendiri pernah lihat seorang budak darjah 2 meludah gambar Tun Dr Mahathir, kerana mempercayai Tun orang jahat. Bila Mc tanya siapa yang beritahu dia macam tu, dia jawab 'cikgu'. Apakah kita mahu otak dan minda anak-anak kita dirosakkan sebegitu? Atau kita perlu mencegah cikgu-cikgu durjana Pakatan Haram ni dari terus berpolitik didalam kelas? Atas sebab itulah mereka dipindahkan tanpa henti, hanya untuk membuat mereka insaf, dan fokus terhadap kerjaya, tetapi puak ni mana ada otak, mereka hanya melihat diri mereka betul dan orang lain salah. Kalau Mc, biar pecat saja cikgu macam tu. Menyusahkan orang, dan menghabiskan duit rakyat bayar cikgu yang tak berguna dan merosakkan negara!! McTheory: Depa yang jahat, UMNO juga yang salah!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment