House PK

House PK


PANAS BERAPI! KENAPA DAP SEMAKIN PANAS HATI DENGAN SYED MOKHTAR AL BUKHARY?

Posted: 20 Jul 2012 05:00 AM PDT

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, satu nama besar yang dikenali umum di negara kita. Ramai diantara kita tahu beliau seorang hartawan dan dermawan. Tetapi tidak ramai diantara yang tahu bagaimana kehidupannya sebelum menjadi hartawan.

Tahukah anda bahawasanya Syed Mokhtar tidak dapat mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran ?

Beliau membantu ibunya menanam sayur bagi menampung kehidupan keluarga dan menjual roti canai bagi mencari wang untuk membayar yuran peperiksaan. Akhirnya beliau dapat juga mengambil peperiksaan SPM.

Beliau juga membantu bapanya menternak lembu dan kerbau. Kemudian datang pula penyakit kuku dan mulut. Semua lembu dan kerbaunya mati. Selepas mengambil peperiksaan SPM beliau memulakan karier baru sebagai penjual daging lembu dan kerbau pada usia 19 tahun.

Selepas itu beliau mendapat empat buah permit untuk lori Kelas A dan pinjam duit daripada MARA untuk membeli lori . Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan. Kemudian beliau mohon lesen beras dari Lembaga Padi Negara dan dapat peluang membekal beras kepada Felda.

Itu serba sedikit gambaran yang saya nak tunjukkan bagaimana seorang yang susah boleh mendaki tangga kejayaan.

Kini Syed Mokhtar seorang budak yang tidak mampu untuk bayar yuran peperiksaan SPM satu masa dulu adalah antara orang yang terkaya di Malaysia.

Sebab apa Allah beri kejayaan kepadanya ?

Sebab beliau berkongsi dengan orang ramai apa yang Allah berikan kepada dia. Beliau telah banyak menggembirakan orang dan orang-orang yang gembira itu berdoa kepadanya. Lagi banyak beliau dapat lagi banyak beliau curah. Tidak sombong dan tidak berlagak. Serta sentiasa merendah diri. Padanya rezeki yang diberi Allah perlu dikongsi beramai-ramai. Sebab itulah Allah limpahkan kekayaan , kejayaan dan rahmat kepadanya.

Read more...

CILI KASI TARUK! APA KATA PAS BILA 'KHALIFAH RAINBOW' MEREKA KANTOI MENIPU?

Posted: 20 Jul 2012 02:49 AM PDT

ISU penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang atau Penang Port mula hangat apabila pelabuhan di bawah Kementerian Kewangan itu dikatakan bakal diswastakan dan akan diambil alih oleh Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Dan sebagaimana maklum, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sememangnya tidak senang duduk melihat perniagaan anak Melayu berkembang lebih maju sudah tentu akan mencari jalan untuk mengagalkan penswastaan tersebut.

Lagipun, rakyat di Pulau Pinang sememangnya sudah arif dengan sikap semulajadi "Khalifah" Guan Eng yang sememangnya tebal dengan sifat chauvinis ultra kiasu yang hanya memberikan sokongan kepada kaumnya yang menyokong perjuangan DAP.

Justeru itu, dikhabarkan bahawa Guan Eng telah menyusun satu tipu muslihat untuk menggagalkan rancangan penswastaan tersebut.

Apatah lagi dikatakan bahawa sekiranya Syed Mokhtar mengambil alih Penang Port, dijangka hasil aktiviti haram yang dikhabarkan sedang rancak berlaku di perlabuhan itu akan tergendala dan Guan Eng akan kehilangan punca dana politik DAP menjelang PRU ke-13 nanti.

Maka dengan wajah yakin, Guan Eng memanggil para media menghadiri sidang akhbarnya dan menyatakan bahawa bahawa dia dan para pemegang saham Penang Port "telah bermesyuarat" dan memutuskan untuk menolak pengambil alihan Penang Port oleh Syed Mokhtar.

Dia juga menjelaskan bahawa "mesyuarat" itu memutuskan lima resolusi membantah penswastaan yang akan diserahkan kepada Syed Mokhtar atas alasan bahawa ahli perniagaan berprofil tinggi itu "bukan anak Pulau Pinang".

Read more...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...