CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[KABINET NAJIB] 12 ISU Yang PERLU Diberi PERHATIAN, Satu NASIHAT Yang Tidak DIMINTA

Posted: 11 May 2013 02:51 AM PDT

Datuk A. Kadir Jasin
KITA pun tidaklah terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Orang macam kita tidak ada hak dan bukan "prerogative" kita melantik anggota Kabinet. Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan "prerogative" kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.

Atas dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan, boleh jadi juga, sangat-sangat tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang kita semua tahu mempunyai banyak penasihat, perunding dan pegawai khas, termasuk lima yang kalah PRU 5 Mei lalu.

Pembaca dan pembahas pun bebas bersetuju dan tidak bersetuju dengan saya, dan bebas juga membuat cadangan.

Berikut adalah pemikiran dua sen saya mengenai Kabinet yang bakal Perdana Menteri tubuhkan.

1. Ia hendaklah jangan terlalu besar. Kita tidak perlu sampai 30 orang Menteri. Yang kita mahu bukan kuantiti tetapi kualiti. Maksimum mungkin 25 sahaja.

2. Mohd Najib perlu jadi Perdana Menteri sahaja. Seperti sudah berbuih mulut saya katakan, Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan atau Menteri lain kerana beliau adalah "adjucator of last resort". Lagipun tugas Perdana Menteri sudah cukup berat.

3. Wajib beri keutamaan kepada calon yang menang pilihan raya, tetapi mereka perlulah bersih dan dilihat bersih oleh rakyat jelata.

4. Hanya calon tewas yang luar biasa kebolehannya dan besar jasanya kepada negara sahaja boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini, saya setuju dengan Lim Kit Siang supaya Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor yang beliau kalahkan di Gelang Patah, diberikan jawatan Kerajaan Pusat.

5. Tambah bilangan menteri dan timbalan menteri di kalangan YB muda dan wanita. Saya ulangi cadangan agar YB Khairy Jamaluddin diberikan jawatan menteri penuh dan diberikan portfolio Luar Negara. Dia Ketua Pemuda Umno, pintar dan petah berhujah dalam bahasa Inggeris. Kalau YB Mukhriz Mahathir yang kalah pertandingan Pemuda diberikan jawatan timbalan menteri dan kini Menteri Besar Kedah, adalah tidak adil meminggirkan Khairy.

6. Wanita Umno wajib diberikan semula jawatan menteri yang hilang apabila ketua mereka, Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa berundur akibat kontroversi yang membabitkan suami beliau. Dalam PRU kali ini, Pergerakan Wanita tawar hati dan nyata tidak 100 peratus komited kepada parti kerana kurang pengiktirafan kepada mereka dalam pelantikan calon. Lagipun, perwakilan wanita dalam dewan perundangan di negara kita adalah antara yang terhambar di dunia.

7. Hidupkan semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Dalam Negeri) kerana keselamatan negara nyata sangat membimbangkan dengan jenayah semakin berleluasa dan lantik seorang penjawat yang benar-benar berwibawa, tegas dan berwawasan. Tolonglah.

8. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya (sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

9. Kementerian Sumber Manusia perlu dinaikkan taraf dan diberikan kepada seorang menteri yang kreatif dan boleh berunding secara berkesan dengan negara-negara jiran yang membekalkan pekerja kepada kita. Masalah kita dengan Indonesia dalam hal pekerja adalah kerana kita menghantar menteri "junior" berunding dengan mereka. Menteri Melayu/Bumiputera lebih sesuai untuk kementerian ini.

10. Tamatkan amalan mengekhaskan kementerian tertentu kepada kaum atau parti tertentu. Jangan kosongkan kementerian atau buat pemangkuan semata-mata kerana parti dan kaum tertentu tidak diwakili.

11. Berikan keutamaan yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah melalui pelantikan Kabinet (dan jawatan-jawatan pusat yang lain) kerana menyelamatkan BN daripada kekalahan dengan mengakui bahawa kedudukan kaum dan agama di dua buah negeri itu adalah unik.

12. Dan boleh lantik perwakilan Cina dan India dari kalangan bukan politik, misalnya perniagaan, profesional dan akademik, tetapi mereka bukanlah wakil orang Cina dan India sebaliknya berkhidmat atas kapasiti individu.

Itulah yang terlintas dalam fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.

* Dipetik dari blog The Scribe A Kadir Jasin

[VIDEO BODOH] TAK SABAR TUNGGU DiKUTUK, Sharifah Sakinah: Saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah

Posted: 10 May 2013 10:35 PM PDT



Menerusi laman Keek Anzalna beberapa jam yang lalu, seorang pelakon wanita yang terkenal menerusi drama bersiri Bunga Merah Punya, Sharifah Sakinah telah memuat naik rakaman video yang sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak.
Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender  merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.
Ekoran daripada itu, ada segelintir peminat melabelkan Sharifah Sakinah sebagai seorang pelakon yang teruk perangainya.
Keek Anzalna
Keek Anzalna
Persoalannya, adakah Sharifah Sakinah sedar bahawa video seperti bakal mengundang kritikan penonton? Atau, memang berniat nak mencipta populariti murahan semata-mata?
Anda tonton dan nilaikan sendiri.

[TERBUKTI] DAP Rasis dan Cauvinis - Ahli DAP & Tan Sri Khoo Kay Kim

Posted: 10 May 2013 07:50 PM PDT


KUALA LUMPUR 10 Mei - Ideologi dan fahaman DAP yang menjurus kepada semangat perkauman menyebabkan orang Cina menganggap parti itu sebagai 'penyelamat' mereka berbanding Barisan Nasional (BN). 

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Taman Nesa, Skudai, A. K. Murugan berkata, DAP berjaya meyakinkan pengundi Cina hanya parti itu yang akan membela dan memperjuangkan nasib mereka sampai bila-bila.

Dakwanya, DAP telah lama memainkan sentimen perkauman terutamanya dengan menanam politik kebencian melampau terhadap kerajaan BN sehingga masyarakat Cina gagal menilai kebaikan kerajaan terhadap golongan itu.
"
Apa yang orang Cina lihat dan percaya ialah DAP sahaja dan parti itu seolah-olah telah berjaya 'memukau' kaum tersebut untuk hanya bersama dengan mereka dan membenci kerajaan.
"
DAP adalah parti cauvinis yang memiliki sifat perkauman yang sangat kuat walaupun pada luaran mereka sering gah mengatakan mereka sebuah parti untuk semua kaum, DAP yang rasis, bukan BN sebenarnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang melihat masyarakat Cina tidak faham pentingnya perpaduan kerana semangat perkauman dalam jiwa mereka masih menebal.

Kay Kim menyifatkan pengundi Cina sebagai rasis apabila tidak berusaha untuk memakmurkan semangat masyarakat majmuk yang sentiasa disuarakan oleh pemimpin negara termasuk ketika di bawah penjajahan British.

Beliau menegaskan, situasi itu boleh mendatangkan malapetaka kepada Malaysia suatu hari nanti jika tidak diselesaikan dengan bijak termasuk kemungkinan berlaku pergaduhan kaum

Murugan berkata, percaturan politik perkauman DAP telah memberi impak besar kepada negara apabila parti itu muncul dominan dalam pakatan pembangkang malah berjaya menumbangkan beberapa pemimpin besar BN.
"
Politik perkauman bukan sahaja membimbangkan malah menyebabkan kita tidak harmoni di bawah konsep negara berbilang kaum kerana masyarakat Cina seolah-olah sudah mempunyai hala tuju mereka sendiri.
"
DAP juga dilihat tidak 'berpuas hati' walaupun selepas menang begitu banyak kerusi dan mereka masih dilihat mengeluarkan provokasi berbaur perkauman sehingga media sosial berterusan memainkan isu itu dengan menyalahkan BN," ujarnya.

Sementara itu, bekas ketua cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy berkata, DAP harus tampil memberi penjelasan bagaimana beberapa kerusi yang ditandingi oleh calon India DAP boleh kalah.
"
Jika DAP bukan rasis dan cauvinis, sila terangkan bagaimana kerusi yang ditandingi oleh calon India DAP boleh kalah? Adakah pengundi Cina hanya berminat dengan calon Cina DAP sahaja?
"
Mengapa kepimpinan tertinggi DAP bertindak mengurangkan kuota calon India DAP pada pilihan raya lalu ? Semua ini menimbulkan keraguan terhadap slogan dan perjuangan 'Malaysian Malaysia' yang sering menjadi modal mereka," tegasnya.

[SOI LEK GAGAL] 15 Veteran MCA Gesa Dr Chua Segera Letak Jawatan

Posted: 10 May 2013 07:44 PM PDT

 

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemimpin veteran MCA mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya segera meletak jawatan memandangkan beliau perlu memikul sepenuh tanggungjawab terhadap kekalahan parti dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Mengakui bahawa mereka berasa sedih dan malu dengan pencapaian parti pada PRU-13, kumpulan itu turut menggesa supaya pemilihan pemimpin baharu parti diadakan untuk menentukan halatuju parti, terutamanya berhubung isu perwakilan Cina dalam kerajaan.

Kumpulan 15 pemimpin veteran MCA itu terdiri daripada bekas presiden Tan Sri Lee San Choon dan Tan Koon Swan; bekas timbalan presiden Tan Sri Lim Ah Lek, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Michael Chen, bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Lee Kim Sai dan bekas Ketua Pengarah Pentadbiran MCA Tan Sri Wong Seah Wah.

Selain itu bekas Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Sri Dr Sak Cheng Lum, bekas Bendahari Agung Tan Sri Lau Yin Pin, Datuk Jimmy Lau, bekas anggota majlis presiden Datuk Fu Ah Kiow, Datuk Wong See Chin, Datuk Wong Kam Hong, Datuk Freddie Long, Datuk Seri Kee Yong Wee dan Wang Choon Wing.

"Kami dengan merendah diri meminta presiden kami supaya melepaskan jawatan dan membenarkan pemimpin baharu untuk melakukan perubahan, memulihkan dan memberi kesedaran kepada parti.

"Kami tidak ada agenda diri ataupun menentang Dr Chua secara peribadi. Kami hanya merayu demi kecintaan kami kepada parti dan komuniti," kata jurucakap kumpulan itu, Tan Koon Swan, dalam sidang akhbar bersama di sini.

MCA mengalami satu daripada kekalahan terburuknya dalam pilihan raya setelah sekadar memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya dalam pilihan raya umum 5 Mei, berkurangan lebih daripada separuh kerusi yang dimenangi parti itu pada 2008.

Sementara itu, dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2011, MCA meluluskan resolusi bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya pencapaiannya lebih buruk daripada pilihan raya umum ke-12.

Pada 2008, parti itu memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN, daripada sejumlah 130 kerusi yang ditandinginya.

"Hati saya hancur luluh ketika melihat berita tentang anggota parti yang menurunkan papan tanda di pusat khidmat mereka. Oleh itu beliau (Dr Chua) mesti melepaskan jawatannya segera dan biarlah jawatankuasa pusat menerusi perlembagaan parti memutuskan kepimpinan baharu dan usaha ke arah pemulihan semula parti.

MB Selangor Patut Diputus Oleh Pakatan Rakyat, Bukan Hanya PKR – Guan Eng

Posted: 10 May 2013 07:38 PM PDT


GEORGE TOWN: Calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor adalah satu perkara untuk diputuskan oleh Pakatan Rakyat dan bukan hanya satu pihak, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sebagaimana rakyat mengundi untuk pakatan itu dan bukan hanya PAS, PKR atau DAP, ia adalah penting untuk ketiga-tiga pihak untuk terlibat dalam proses berkenaan.

"Ia adalah satu perkara untuk Pakatan Rakyat," katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang meminta supaya DAP dan PAS tidak campur tangan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Zuraida berkata, jawatan itu adalah milik PKR dan parti itu perlu diberi ruang untuk menentukan individu yang terbaik untuk berkhidmat tanpa gangguan daripada pihak ketiga.

Lim berkata, Zuraida telah memperlihatkan politik yang berpuak-puak.

"Kita melihat dari kedudukan Pakatan, bukan sebagai Pasukan A atau Pasukan B. Kita menyertai pilihan raya sebagai Pakatan PKR, PAS dan DAP tidak seperti PKR Pasukan A atau Pasukan B, dan rakyat mengundi Pakatan, bukan untuk PKR Pasukan A atau Pasukan B.

"Biar rakyat membuat keputusan sama ada mereka lebih suka politik berpuak-puak atau DAP dan PAS yang melihatnya sebagai berasingan daripada kedudukan Pakatan," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Lim mengulangi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, dengan berkata bahawa Khalid mengetuai pasukan Selangor dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Beliau perlu diberi satu lagi peluang untuk berkhidmat," kata beliau.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, parti itu mengekalkan pendiriannya bahawa Khalid harus berkhidmat penggal kedua sebagai Menteri Besar, mengulangi kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang dibuat awal minggu ini.

[DIANA] Minta dijauhkan Daripada BERSUAMIKAN Orang KELANTAN

Posted: 10 May 2013 05:51 AM PDT


Baru-baru ini seorang wanita menulis di laman Twitternya meminta dijauhkan daripada mendapat suami orang pantai timur, terutama dari Kelantan kerana dikatakan berperangai pelik.

Untuk lebih jelas, ini yang ditulis wanita itu: "Mintak2 dijauhkan la drpd calon suami orang pantai timur ni esp kelantan...tak suka la orang Kelantan ni... pelik2." Lalu, Twitter berkenaan tersebar di laman sosial Facebook, malah boleh dilihat sehingga kini.

Kata seorang rakan, bijak sungguh wanita itu dan akibat kebijaksanaannya berbakul kata makian diterimanya. Katanya lagi dalam loghat Kelantan, "Mu ingak mu comel sangak...huduh...huduh..huduh" sambil menggayakan babak Jani memarahi Shima dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing.

Apakah yang cuba dilakukan wanita itu dengan berbuat sesuatu yang terangan-terangan mampu menimbulkan kemarahan orang lain? Adakah mahu menambah lagi garam di luka?

Semai kebencian

Penulis katakan demikian kerana sebelum ini, banyak tampalan sama ada di Facebook atau laman web tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyemai kebencian kepada orang Kelantan.

Tidak perlulah dinyatakan di sini apa yang tidak disukai pihak berkenaan sehingga 'ringan tulang' menulis yang bukan-bukan mengenai orang Kelantan.

Hakikat yang perlu diakui, mana-mana negeri ada penduduknya yang berperangai tidak senonoh, ini tak kena dan itu tak kena dan bukannya hanya orang Kelantan. Bagaimanapun, tidak perlulah meluahkannya di alam siber yang boleh mengundang kemarahan.

Zaman sudah berubah dan orang Kelantan tidak seperti dulu. Mengambil contoh bola sepak, orang Kelantan akan menjadi mangsa tuduhan dengan ungkapan "kalau kalah, mesti nak gaduh...kalau kalah, mesti pecah memecah". Tidak adil untuk terus mengungkit peristiwa rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV pada April 2009 kerana perbuatan itu dilakukan hanya segelintir penyokong dan bukannya semua orang Kelantan.

Kembali meriah bola sepak

Penyokong bola sepak Kelantan kini semakin matang dan bertanggungjawab, malah mereka boleh diibaratkan tulang belakang yang menghidupkan kembali suasana meriah bola sepak di negara ini.

Tidak perlu takut untuk duduk bersama mereka jika menonton bola, walaupun anda penyokong dan memakai jersi negeri anda. Minat terhadap bola sepak pada diri penulis juga kembali membara ketika ditukarkan ke negeri ini pada Mac 2011. Atmosfera bola sepak di negeri ini memang memberi impak, itu belum lagi jika The Red Warriors melangkah ke final Piala Malaysia atau Piala FA.

Jika ada yang mengatakan orang Kelantan masih kuat semangat kenegerian, mengapa pula hendak dipersoalkan? Orang Jawa seperti penulis juga ada semangat Jawa, jika bertemu orang Jawa, seboleh-bolehnya mahu bercakap Jawa.

Penulis bukan orang Kelantan dan bukannya mahu mengangkat orang Kelantan. Apa yang penulis hendak sampaikan, tidak kiralah orang Kelantan, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar, orang KL, orang utara, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Perbuatan mencetuskan sentimen kebencian terhadap penduduk negeri lain, apatah lagi di alam siber perlu dihentikan supaya tidak menjadi ikutan. Jangan jadi seperti watak Dollah Jin, juga dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing yang menjadi 'kepalo pengat' (individu paling samseng dalam kumpulan) dan gemar 'bergocoh' (bergaduh) dengan membayangkan dirinya Tony Jaa.

Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan

PKR BERMIMPI kata PEMUDA PAS: Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR

Posted: 10 May 2013 05:18 AM PDT


SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi Dun (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi Dun.

Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...