Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


'JANJI DITEPATI' SLOGAN KOTOR SAMBUTAN MERDEKA 2012..!!?

Posted: 20 Jul 2012 07:21 PM PDT



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim nampak steady saja bila menjawab bab pembangkang kecoh mengenai tema Hari Kemerdekaan 'Janji Ditepati' kerana sama dengan slogan pilihanraya Barisan Nasional.

Ketika ditanya Agendadaily dalam sidang akhbar selepas majlis anugerah kecemerlangan kementeriannya di Kuala Lumpur Khamis beliau menegaskan tidak ada salahnya hal itu.

Beliau menjelaskan ia juga  perkara biasa yang turut dilakukan beberapa negara lain seperti Singapura dan  Jepun.






Pembangkang mendakwa kononnya BN sudah hijack Hari Kemerdekaan dengan pengunaan tema yang sama.

Mereka tidak mahu tema itu sama.

Serentak dengan itu Rais menyindir dengan berkata parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong.

Pembangkang juga boleh berkata 'kami telah buat ini dan ini, dan ini adalah janji kami',katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Beliau berkata Najib telah melunaskan konsep 1Malaysia itu dengan menterjemahkannya antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang.

"Apabila kita buat sesuatu yang baik kita mengatakan komitmen kita sudah selesai, sudah dibuat, jadi tidak salah...," katanya.


SALAM NUR RAMADHAN..!!

Posted: 20 Jul 2012 09:13 AM PDT

 
Tanpa mengira ideologi parti politik, Blogger Gelombang Rakyat mengucapkan Selamat Berpuasa buat kesemua umat Islam.

Perbanyakkan ibadah dan eratkan tali persaudaraan sujud pada Ilahi.



KDN SAHKAN PARTI POLITIK TERLIBAT GERAKAN JI - KOMUNIS..!!?

Posted: 20 Jul 2012 07:24 AM PDT




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat wujudnya pengaruh pengganas dan bekas komunis meresapi mana-mana parti politik di negara ini.
  
Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan melakukan risikan bagi mengesan sekiranya wujud perkara seperti itu.
  
"Setakat ini saya tiada terima maklumat hubungkait dengannya...jadi saya tidak boleh menyatakan ia benar," katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
  
Sebarang maklumat mengenai ancaman itu tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai, katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan polis bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dalam syarahannya di Parlimen semalam, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Polis Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Hishammuddin berkata maklumat seperti itu cukup sensitif kerana ia mungkin datang daripada badan dan agensi keselamatan antarabangsa yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam sehingga ia disiasat dan diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta polis Selangor mengadakan sidang media mingguan bagi menyebarkan sebarang isu berbangkit termasuk kadar jenayah semasa di negeri itu.

Katanya, perkara itu perlu bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan mengetahui keadaan tahap jenayah sebenar yang berlaku di negeri itu


MB KEDAH DIDAKWA SUBAHAT ROMPAK SAHAM FELDA..!!

Posted: 20 Jul 2012 02:17 AM PDT





Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan pembabitan dalam isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) hanya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai Menteri Besar, Azizan yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pasti tahu mengenai pembelian 500,000 unit saham FGV itu.

"Saya pernah menjadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK. Setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh salah seorangnya ialah pengerusi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kes FGV yang harga sahamnya RM4.55 seunit itu, PKNK perlu mengeluarkan cek bernilai RM2.275 juta.

"Cek untuk tujuan itu mesti ditandatangani oleh Azizan dan saya hairan kenapa dia berbohong kepada rakyat dengan mengatakan 'terlepas' dari pengetahuannya," katanya.

Mahdzir berkata sikap Azizan itu amat dikesali kerana sering mengambil pendekatan 'melepaskan diri' dan enggan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu yang tidak berpihak kepadanya.

"Isu ini sebenarnya bukan 'terlepas' tetapi 'melepaskan'," katanya.

Baru-baru ini, PKNK telah membeli 500,000 unit saham FGV pada harga RM4.55 seunit walaupun pakatan pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham.

Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu, dilapor berkata ia 'terlepas' daripada pengetahuannya dan menyifatkannya sebagai amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan.

PKNK kemudian diarah menjual kembali saham terbabit.-


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...