Gelombang Rakyat |
- LIVE - 10 RIBU BELIA SERBU PM DI KLCC..!!
- DATO' HISHAM SAHKAN - PM HAMPIR B'DEPAN UGUTAN PEDANG 'IMAM MAHDI'.
- HIMPUNAN BELIA HARI INI BAKAL 'SERANG' PM DI KLCC..!!?
- WAKIL PEMIMPIN UMNO HADIR BERI SOKONGAN PERHIMPUNAN OREN PETANG TADI..!!
- TAN SRI MUSA HASSAN KRITIK KERAJAAN..!!? - "ORG. POLITIK BANYAK ROSAKKAN NEGARA."
LIVE - 10 RIBU BELIA SERBU PM DI KLCC..!! Posted: 14 Jul 2012 11:41 PM PDT Program 1MALAYSIA For Youth (1M4U) di Perkarangan Taman KLCC dibanjiri 10 Ribu rakyat Malaysia setakat ini dari segenap lapisan masyarakat. Malah pengunjung yang hadir berpusu2 tatkala diumumkan kehadiran Perdana Menteri Najib Tun Razak bersama beberapa barisan Menteri yang turut kelihatan bersama termasuklah Menteri Belia dan Sukan Shabery Cheek dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. PM turut teruja dengan kehadiran ribuan belia dan segenap lapisan keluarga yang turut mengambil kesempatan bersantai menikmati aktiviti yang disediakan. Jom kita datang beramai program yang kini sedang berlangsung sehingga jam 7 malam. |
DATO' HISHAM SAHKAN - PM HAMPIR B'DEPAN UGUTAN PEDANG 'IMAM MAHDI'. Posted: 14 Jul 2012 07:20 PM PDT Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O: Khalil Afandi - sah tujuan berdepan dgn @NajibRazak dan mengakui dirinya Imam Mahadi,kebal tak akan mati dan boleh menghentikan waktu. Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O: Ajaran sesat - Khalil Afandi : sah tak melibatkan rangkaian besar atau ada kaitan kumpulan2 extrimis/penganas. Syukur alhamdullilah. 2 kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Hishamuddin Tun Hussein yang dikeluarkan menerusi laman twitter miliknya itu telah mengesahkan bahawa sememangnya ada ugutan jahat yang dilakukan pasangan yang melakukan kekecohan menyerang pintu masuk kawasan Jabatan Perdana Menteri dengan menggunakan Pedang. Adakah ianya tidak sengaja diperlakukan? Atau ada agenda dan misi tersembunyi dari pihak anti PM Najib Tun Razak? Siapakah Kumpulan yang dilihat acap kali membangkitkan kebencian terhadap PM secara langsung mahupun sebaliknya??? Berfikir sebelum bertindak. Dari segi perlakuan apatah lagi kata2. Kerana apa yang berlaku pastinya membawa kesan besar. |
HIMPUNAN BELIA HARI INI BAKAL 'SERANG' PM DI KLCC..!!? Posted: 14 Jul 2012 12:30 PM PDT Hari ini Malaysia bakal menyaksikan satu episod sejarah berkumpulan puluhan ribu Belia2 di seluruh Negara bagi menyatakan luahan rasa mereka kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak. Luahan ini nyata berbeza dengan Perhimpunan Belia yang lain. Ia tanda sokongan dan kasih sayang dari mereka yang tidak berpegang mana2 ideologi politik. Akan tetapi kagum dengan kepimpinan Najib selaku Pemimpin No. 1 Negara. Jom kita sertai misi ini. Dengan aktiviti2 yang bakal mempamerkan bakat belia Negara ini. Program hanya pada hari ini bermula jam 10 pagi hingga 7 malam di Perkarangan KLCC. |
WAKIL PEMIMPIN UMNO HADIR BERI SOKONGAN PERHIMPUNAN OREN PETANG TADI..!! Posted: 14 Jul 2012 05:16 AM PDT Mungkin gimik penganjur meletakkan gambar Pak Lah di poster2 promosi dilihat tidak menjadi. Namun penganjur tetap mengumumkan pada Perhimpunan Oren yang berlangsung petang tadi kehadiran wakil dari Pimpinan UMNO bagi menyatakan sokongan terhadap pemberontakan bodoh FELDA tersebut. THAMRIN GHAFAR. Dengan bangga menjadi salah seorang pencacai Anwar/Pakatan menyatakan dirinya mewakili Pimpinan UMNO yang menyokong penuh kepimpinan Pakatan. Bila masa UMNO mengikhtiraf menghantar beliau sebagai wakil parti? Adakah anak kepada wira UMNO Tun Ghafar Baba ini layak digelar Pemimpin UMNO? Thamrin juga mengambil contoh tindakan Tun Mahathir satu ketika dahulu mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai penyebab tindakan beliau adalah releven. Thamrin silap. Adakah Tun Mahathir pada ketika itu merelakan dirinya menjadi pencacai Pembangkang menyatakan sokongan kepimpinan PAS dan DAP paling layak mentadbir Negara? Jangan hendak menumpang populariti Mahathir pula. Kerana Mahathir ini dipandang Pembangkang seperti 'alas kaki' sahaja. Mengkritik Pimpinan UMNO itu tidak salah. Akan tetapi merelakan diri dibayar menjadi pencacai Anwar dan sekutunya itu perjuangan palsu. Mungkin Thamrin lupa bagaimana bapanya dihina dan ditindak Anwar pada ketika merebut jawatan No.2 dalam parti satu ketika dahulu. Mungkin Thamrin lupa Pimpinan Pembangkang termasuklah Anwar dan penggerak Reformasi satu ketika dahulu pernah menggelar arwah ayahnya Tun Ghafar Baba sebagai 'Anjing BULDOG.' Siapa yang gelar? Pemimpin2 yang kamu sanggup kamu jilat sekarang ini. PS : Yang pasti, jumlah kehadiran yang dicanang dan disasarkan penganjur sebelum ini seramai 100 Ribu 'tumpas' dengan kehadiran hanya tidak lebih dari 3 Ribu sahaja. Jumlah peneroka yang hadir? Tak sampai 1000 pun. SYOK SENDIRI. KLIK DI SINI untuk lagi berita berkaitan PERHIMPUNAN OREN. |
TAN SRI MUSA HASSAN KRITIK KERAJAAN..!!? - "ORG. POLITIK BANYAK ROSAKKAN NEGARA." Posted: 14 Jul 2012 03:10 AM PDT Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, mengenai polis cawangan khas (SB) yang dikatakan hanya memberikan tumpuan memantau aktiviti politik berbanding memerangi jenayah. "Polis menjaga keamanan dan keselamatan semua dan mana-mana orang yang jaga keselamatan negara, dia perlu memantau. "That means, pemantauan-pemantauan perlu dibuat bukan sahaja kepada penjenayah-penjenayah, termasuk juga kepada orang-orang politik yang nak merosakkan negara dan yang selalunya merosakkan negara ini orang politiklah" kata bekas KPN itu (gambar) semasa diwawancara oleh The Malaysian Insider semalam. Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini, Dr Wan Azizah turut mempersoalkan tentang mengapa masih belum ada maklumbalas dari menteri dalam negeri tentang persoalan yang beliau bangkitkan minggu lepas. "Mengapakah pihak SB melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah? "Rakyat dan PKR akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab," kata Dr Wan Azizah lagi. Menurut bekas KPN, ahli-ahli politik tidak kebal dari undang-undang baik dari parti kerajaan mahupun pembangkang. "Tidak betul dakwaan dia (Wan Azizah) itu, polis memantau semua perkara termasuklah ahli-ahli politik sekali. "Kalau dia (orang politik) buat sesuatu yang menggugat keselamatan negara, kita (polis) perlu bertindak. "Orang politik tidak kebal dari undang-undang baik dari pembangkang mahupun kerajaan," kata Musa lagi. Beri Pandangan Anda menerusi komen dari artikel berkaitan kenyataan terbaru Tan Sri Musa Hassan ini. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment