CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[HUSAM, BUDAK NAKAL DALAM PAS] Cetus Persoalan Bila Mohon Tidak Hadir Angkat Sumpah & Pesidangan DUN Kelantan

Posted: 13 Jun 2013 11:22 PM PDT


KOTA BHARU 13 Jun - Bekas Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa hari ini mencetuskan persoalan apabila memohon tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Lebih mengejutkan apabila Speaker DUN, Abdullah Ya'kub turut memaklumkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan DUN kali ini yang dijadual bermula Ahad ini.

Sedangkan Husam, pada malam tadi telah menghadiri perhimpunan pakatan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh, kira-kira 20 kilometer dari Kota Darulnaim yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Husam, dua lagi ADUN yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ayer Lanas) dan Exco, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi (Wakaf Bharu).

"Sebelum majlis angkat sumpah ini dimulakan, sukacita saya maklumkan bahawa pihak Dewan Undangan Negeri telah menerima tiga pucuk surat iaitu daripada ADUN Wakaf Baru dan Ayer Lanas yang memohon untuk tidak hadir pada persidangan hari ini (majlis angkat sumpah ADUN).
"
Dan daripada Dewan Undangan Salor, yang memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan pada kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dengan ini saya memberi kebenaran dan kelulusan kepada ketiga-tiga Ahli Dewan Negeri tersebut," kata Abdullah.

Seramai 42 ADUN diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah di hadapan Abdullah hari ini. Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengangkat sumpah tetapi kemudiannya meninggalkan dewan sebelum majlis berakhir.

Yang turut mengangkat sumpah ialah wakil rakyat Barisan Nasional didahului ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Pengguguran Husam daripada senarai Exco sebelum ini mencetuskan polemik kerana dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Husam walau bagaimanapun meminta 'penyingkiran' tersebut tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan.



[PERANG DALAM PAS] Husam HENTAM pemimpin Pas (Nik Abduh, Haron Din & Harun Taib), Kata mereka Pengkhianat

Posted: 13 Jun 2013 05:55 PM PDT


KOTA BHARU 13 Jun - Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Pada saya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya kena berterus terang di sini. Bayangkan kalau kita tidak kuat kita dianggap angkuh membelakangkan saudara-saudara kita, kalau dalam perang saudara-saudara kita berlumuran darah hasil penipuan tapi kita berdiam diri kerana memang kita pengkhianat.

"Kita harus mencetuskan perubahan politik dalam negara, jangan kerana kita baru menang kerusi Parlimen, mentadbir negeri, kita lupa kepada asal-usul perjuangan kita.

"Kita ada wakil rakyat, dia kayuh basikal siang malam, Parlimen akan bersidang kita nak tengok Ahli Parlimen kita daripada Pas dia kayuh basikal dalam Parlimen nanti, kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak tengok, anda semua akan disaksikan oleh rakyat.

"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Perhimpunan tersebut yang diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini, turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Himpunan itu yang ditunjangi Anwar bukan sahaja mendapat kritikan daripada rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin Pas terutama Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang menentangnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat melalui laman facebook pada 20 Mei lalu menganggap himpunan itu sebagai perbuatan yang 'gopoh', justeru mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengakui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu dimenangi oleh BN dan kekalahan kepada pakatan pembangkang telah ditakdirkan Allah.

Selain itu, dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Anwar.

Selain Nik Abduh, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan Dewan Ulama Pas HArun Taib  dalam kenyataannya turut meminta rakyat menolak sebarang perhimpunan haram sekiranya didapati boleh membawa masalah, kemusnahan serta mencetuskan huru-hara kepada negara.

[BOGEL DALAM SELIMUT] Nabila Huda Timbulkan Kontroversi Lagi?

Posted: 13 Jun 2013 04:42 AM PDT

Selepas satu, satu lagi isu timbul.

Semalam, kita dikejutkan dengan isu hubungan antara Nabila Huda dan juga Nas-T yang khabarnya sudah berakhir. 

Namun, kenyataan terbaru Nas-T pula seolah-olah tidak mahu membesarkan perkara yang sedang berlaku dan tidak pula mengiyakan kontroversi yang melanda mereka.
 
Terbaru, menerusi akaun Keek-nya, Nabila Huda sekali lagi telah menimbulkan kontroversi apabila dia  memuatnaik sebuah video yang menarik perhatian ramai penonton. 


Video tersebut telah dikritik oleh peminat-peminatnya kerana melalui paparan video berkenaan, aktres ini dilihat seolah-olah tidak memakai baju ketika tidur.

Menurut respon peminat, ramai antara mereka mengkritik tindakan Nabila sehingga ada yang mempertikaikan hubungan cintanya dengan pelakon, Nas-T.
 
Walau apa pun komen dan respon yang peminat berikan kepada pelakon ini, nampaknya Nabila lebih selesa menjadi dirinya sendiri dan melalui kenyataannya menerusi laman Twitter beberapa jam lalu, dia ada mengatakan bahawa :
Be open,Be Honest and Just….SMILE!
If you don't like my words,don't listen.If you don't like my appearance,don't look. If you don't like my actions,turn your head.Sho sho!haha
-Sumber: OhBulan

Najwa Latif Terharu 'Sahabat' Dinyanyikan Pelajar AS

Posted: 13 Jun 2013 03:32 AM PDT

 

PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia. 

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter. "Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.

"Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya. "Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. 

Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini. 

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata. 

Tambah Najwa, dia menyifatkan lagu itu mempunyai kelebihan sendiri mungkin kerana ia mudah diterima ramai di samping mempunyai mesej berguna kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. 

Beritahu Najwa, keadaan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam mencipta pelbagai lagu pada masa hadapan. 

"Jujur dikatakan saya sendiri tidak terfikir bahawa ada pihak di negara luar yang mahu membawakan lagu Sahabat. 

 "Namun, apabila melihat video tersebut membuatkan saya yakin untuk memperkenalkan muzik saya di Eropah. Mana tahu, kalau diberi peluang, apa salahnya, " tutur Najwa. 

Dalam perkembangan lain, Najwa baru sahaja melancarkan single lagu terbaharunya berjudul I Love You. Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan. 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...