Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Remaja Sanggup Seks hanya untuk makan Mc'd!!

Posted: 13 Jun 2012 09:12 AM PDT


Seorang remaja Valley menghadapi pertuduhan pelacuran kanak-kanak setelah cuba untuk berdagang seks untuk mendapatkan makanan. Faelyn Ritz, 18, telah ditangkap selepas dia dan seorang gadis berusia 14 tahun telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan dua lelaki dan sebagai balasannya mereka dapat makan di McDonald. Polis menghampiri Faelyn Ritz selepas melihat dia dan gadis berusia 14 tahun itu bersama dua orang lelaki membincangkan perjanjian di kawasan Priest and Broadway.

Ketika bercakap dengan pegawai-pegawai, Faelyn Ritz mengakui bahawa dia telah mencapai persetujuan dengan lelaki itu untuk menukar khidmat seksual dan makanan di McDonald. Dist juga mendedahkan bahawa dia telah menjadi pelacur sejak usia 15 dan mengenakan caj $ 200 sejam untuk perkhidmatannya.

Faelyn Ritz berkata dia berkenalan dengan gadis berusia 14 tahun itu melalui seorang kawan, tetapi tidak mengetahui umurnya sehingga mereka masuk ke sebuah bilik di Motel 6. Faelyn Ritz juga menyatakan bahawa dia dan gadis itu telah bersetuju pada ketika itu untuk melacur demi McDonald. Faelyn Ritz menambah bahawa dia ada merancang untuk mengambil sebahagian wang gadis 14 tahun itu hasil daripada kerja pelacuran. Faelyn Ritz telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara Tempe.

TUDIAA!! Video Seharian Kehidupan DS Rosmah tak bersolat? @NajibRazak

Posted: 13 Jun 2012 05:38 AM PDT


Mc tak nampak apa yang salah dalam video ni. Menunjukkan kegiatan harian Datin Seri Rosmah Mansor. Tak nampak pulak Rosmah ke pejabat PM seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pendengki-pendengki beliau. Tak nampak pula beliau bagi arahan pada PM seperti mana fitnah yang selalu kita dengar.

Ada yang pertikaikan tentang kemewahan, sebelum jadi PM pun memang keluarga DS Najib dah mewah dan kaya.  Layaklah beliau dengan gelaran dan apa yang beliau ada. Takkan beliau nak berpakaian koyak rabak dan bertampung-tampung, sedangkan kita sendiri pun tak sanggup nak berpakaian macam tu. Guna akal la beb..

Ada juga mangkuk yang mempertikaikan.. bila masa Rosmah bersolat dalam video ni. Di sini Mc nak tolong beritahu laa.. solat tu bukan aktiviti, solat tu kewajipan. Tunjuk atau tidak, memang kena buat. Kalau diselitkan dalam video ni, dah nampak macam video stail Pakatan Haram. Jenis puak gila glamor, sampai sanggup sembahyang atas rumput, sembahyang atas jalan, sembahyang atas kereta, bas mini, cicak, kura-kura dan lain-lain.

Sembahyang tak perlulah dipolitikan, tak perlu nak tunjuk-tunjuk. Bila dok tunjuk tu namanya tak ikhlas. Silap-silap yang dok sembahyang pun tak khusyuk sebab dok kontrol hensem orang dok ambil gambar.

Sudah-sudahla kutuk Rosmah ni.. daripada korang kutuk Rosmah, baik korang beli cermin besar. Cermin diri sendiri, tengok kesalahan diri daripada kesalahan orang lain. Sebab nanti, dosa pahala kita yang nak kena timbang, bukannya orang lain. betul tak?

Nak sangat gambar Rosmah sembahyang? Meh sini Mc tunjukkan.. mana tau pada yang tak sempat tengok tu, mati terbeliak la pulak nanti. he he..



McTheory:
Dok sebok dengan orang, diri sendiri dah sempurna ke?

PANASS!! Pas Kedah Mula KUMPUL IC Pengundi di Kedah!!

Posted: 13 Jun 2012 02:12 AM PDT



Pas Kedah dah mula menjalankan aktiviti promosi haram untuk mendapatkan nombor bombor IC pengundi yang berasal dari Kedah tetapi menetap di luar Kedah..Dek kerana takut dengan kebangkitan gelombang Merah UMNO/BN yang semakin kuat hingga terpaksa menagih dari anak anak kedah yang berada diperantauan untuk memberikan nombor ic kepada mereka secara sukarela..Ini lebih memudahkan kerja jahat mereka untuk menyimpan nombor IC tanpa kebenaran..

Modus operandi mereka ialah meminta nombor ic kononnya untuk semakkan daftar pemilih..Tapi yang peliknya nombor penerima itu mengunakan nombor handfon biasa, bukannya nombor servis yang didaftarkan dengan telco..Apa tujuan sebenar mereka minta nombor ic pengundi ??

Adakah nombor ic pemberi akan didaftarkan sebagai ahli pas tanpa pengetahuan mereka?? Kalau nak semak daftar pemilih boleh saja semak dekat lama web SPR atau boleh SMS  seperti gambar di bawah ni




SPR dan JPN perlu memantau pekara ini kerana boleh berlakunya salah guna terhadap nombor nombor ic tersebut..

Medan Tempur Kedah

PANASS!! Bil Internet KUIN Pulak Kena POTONG?!! #TukarKedah

Posted: 12 Jun 2012 11:12 PM PDT


Difahamkan Bil Internet di Kuin tak dibayar dan telah dipotong. Ini menyebabkan kakitangan Kuin tak boleh buat kerja kerana capaian ke Sistem menggunakan Internet. Segala proses permohonan pelajar baru dan lain-lain proses tak boleh dilakukan. Ini 1 lagi tamparan hebat kepada Pengurusan Kuin yang diterajui oleh Pengerusinya iaitu Azizan Razak. Semasa Ketua Pembangkang DUN Kedah mendedahkan permasalahan berkaitan Bil Perubatan Azizan dah kena. Bil Internet ni nak jawab apa pula wahai MB kedah yang kuat tidur?


Kata tak ada masalah kewangan, tetapi bil internet pun tak mampu bayar ke? Wak difahamkan bahawa ada bil-bil lain juga sedang menunggu hari untuk dipotong. Khabar lain dari Kampus stargate ada menyatakan bahawa bil air telah dipotong di kampus tersebut. Bil elektrik pula dah dapat surat merah. Apa nak jadi dengan Kuin ni?

Sambung baca di SINI



McTheory:
Lorr.. kena potong? ha ha ha... kesian..

GEMPAR!! Tangguh Haji! Sawan penyakit gila babi Pas dah sampai dah..

Posted: 12 Jun 2012 08:30 PM PDT



Apa kejadahnya puak Pas ni? Sanggup tangguh haji semata-mata demi pilihanraya? lawak-lawak.. inilah parti yang mengaku perjuangkan Islam. Tetapi, sanggup tangguh rukun Islam semata-mata untuk mendapat kuasa dunia.

Islam macam mana pun Mc taktau la.. Paling pelik pula, macam mana puak ni tahu PM nak bubar parlimen pada waktu orang pergi haji? Apa yang pergi Haji cuma orang Pas saja kah? Orang UMNO dan rakyat biasa ni tak pergi haji?

Ehh laa.. pelik betul mangkuk betui la puak Pas ni. Yang keluar kenyataan si Tuan Man tu lagi lah bertambah-tambah mangkuknya.



McTheory:
Islam Politik.. jadi macam tu laa..

PANASS!! Kulim Hi-Tech Lingkup di tangan Pas Kedah!! #TukarKedah

Posted: 12 Jun 2012 06:12 PM PDT


Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah. Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.

Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.

Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS. Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru. Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.

Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah. Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.

Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah. Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.

Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya. Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian. Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.

Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS. Ini menyebabkan ramai orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja. Pengurusan baru juga mengambil tindakan 'membuang' pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN. Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti. Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC.

Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC. Membawa sikap biasa seorang 'lebai PAS', Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.

Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan. Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.

Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.

Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun. Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.

Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa. Pastinya, satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.

Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat, bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru?

Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato' Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang 'ditendang' oleh PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup?

Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan. Bayangkan, jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan?

Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil. Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.

Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri, malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.

Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP? Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali?

Apapun, buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP. Beruang biru
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...