Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PAU2011!! USTAZ KAMAL SAIDIN BIKIN DEWAN PANAS

Posted: 04 Dec 2011 08:08 AM PST




Akhirnya jumpa juga video perwakilan dari kedah Ustaz Kamal Saidin,walaupun tak berapa panjang tapi ianya cukup lantang memperjuangkan UMNO..Ucapan yang serba ringkas tapi penuh dengan semangat mengkritik pas,pkr dan dap..beliau juga meminta supaya mat sabu tidak ditangkap kerana mat sabu adalah aset bagi UMNO.lagi banyak mat sabu buat salah lagi ramai rakyat menyokong UMNO




terima kasih kepada DUNSERKAM yang muat naik video ini

PMK
USTAZ KAMAL TOKOH PERJUANG UMNO YANG HEBAT

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA LAA!!! BOB LOKMAN DI TAWAR MASUK UMNO??

Posted: 04 Dec 2011 06:33 AM PST



Cerita ni Mc ambil dari blog CTS. Bila baca, rasa nak macam nak guling-guling pun ada. Siapa la menteri mangkuk yang nak tawar Bob Lokman tu.. ha ha ha..

Lucu! Amat lucu! Bob Lokman, pendakwah tetap harapan PAS PIS PUS, mendakwa beliau telah dihubungi dua orang Menteri dan menawarkan sesuatu kebendaan kepada beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut di dalam ceramah beliau dua malam lepas di Markaz PAS PIS PUS Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.


Menurut Raja Lawak dan Maharaja Kelentong ini, Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman, "Engkau nak apa?" "Engkau nak berapa?" Walaubagaimanapun, Bob Lokman sehingga ke akhir ceramahnya tidak mendedahkan nama kedua-dua Menteri tersebut.

Hamboiihhh! Hebat bebenor Bob Lokman sehingga dua Menteri berjumpanya untuk memujuk beliau masuk BN (Mana ada Menteri Pakatan Haram kan). Kau ingat kau siapa Bob Lokman? EXCO, Ahli Parlimen, ADUN, artis terkenal seperti Lisa Surihani? Kau hanyalah pencacai DAP yang melalak sini sana siang dan malam untuk menampung hidup. Tidak lebih daripada itu!

Nampak sangat la Bob pelawok Pas ni pembohong!! Kalau benar, dah lama rasanya dia dedahkan. Ni nama menteri pun dia tak sebut. Menteri negara lain kot, Menteri Bangladesh ka menteri papua ne guene yang dok tawar kat dia tu. ha ha ha.. elok juga kalau Bob terima tawaran depa tu, boleh blah cepat sikit dari Malaysia. Ada pun dok menambah masalah saja.


McTheory:
hentikanlah buat cerita merapu hang tu bob.. macam orang bodo..

KASI PANAS!! USTAZ FATHUL BARI MENGEGARKAN DEWAN !!

Posted: 04 Dec 2011 04:35 AM PST


Ulama Muda UMNO yang semakin menunjukkan belang yang sebenar. Malah peranannya semakin hebat sejak akhir-akhir ini.

TUDIAA!! PENDEDAHAN BERANI DARI SEORANG ASKAR FANATIK PAS!!

Posted: 04 Dec 2011 01:11 AM PST

Perjuangan sebenar Pas..

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi.

Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun.

Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Sambung Baca Sini

PANAS! PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI INI GAGAL?

Posted: 03 Dec 2011 10:11 PM PST

Perhimpunan Agung Melayu Islam paling keramat ini membuktikan bahawa UMNO masih lagi kukuh dan kuat untuk menarajui Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Perhimpunan Agung UMNO 2011 berjaya menggambarkan parti itu kini bersatu dan ampuh serta bersiap sedia mengembalikan kedudukannya sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Ia antara empat sasaran yang ditetapkan oleh Presiden UMNO itu selain kejayaan mendapatkan mandat sepenuhnya daripada sidang perwakilan untuk menyokong gagasan kerajaan membawa perubahan melalui pelan transformasi nasional.

Najib berkata, persidangan kali ini juga berjaya memberi isyarat dan mesej yang amat jelas kepada 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia bahawa mereka boleh meletakkan keyakinan kepada parti itu untuk membawa negara dan rakyat ke arah masa depan yang lebih cemerlang,



"Mereka tidak akan kecewa kalau meletakkan pengharapan atas batu jemala UMNO ini," tegasnya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam ucapan penuh bersemangat selama 45 minit itu, beliau berkata, penilaian dibuatnya bukan kerana bias tetapi setelah melihat kejayaan para perwakilan menggarap dengan baik empat sasaran tersurat dan tersirat yang ditetapkan beliau pada awal perhimpunan.

Najib turut menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai amat bersejarah apabila membuat kejutan di saat akhir dengan menyaksikan Timbalan Presiden UMNO mengetuai ikrar dan baiah para perwakilan.

Sementara itu, menyentuh isu Gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri menegaskan ia akan tetap memastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya mencecah taraf bangsa yang maju.

"Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu ataupun agenda bumiputera? Memang kita ada. Apabila saya laksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak kata ketepikan agenda Melayu bumiputera.

"Bila saya turun ke bawah, ke ladang estet, ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa kerajaan kurang komitmen terhadap kepentingan orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Sebaliknya tegas Perdana Menteri, semua itu dilakukannya bagi mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik.

Sebagai pemimpin kerajaan, Najib berkata, beliau perlu memikirkan hala tuju negara agar rakyat yang sentiasa menilai, baik secara senyap mahupun terbuka akan terus yakin dan percaya terhadap kepimpinan sedia ada.

Justeru, katanya, perancangan yang cukup rapi, teliti dan kemas perlu dibuat untuk memastikan dalam tempoh 10 tahun lagi, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN). - Utusan

PANAS!! PROJEK SULIHH SATU LAGI PROJEK GAGAL MENGHABISKAN DUIT RAKYAT KEDAH!!

Posted: 03 Dec 2011 07:11 PM PST


Perancangan projek SULIHH (sungai limau hidrocarbon hub) yang di anggap satu projek mega bagi kerajaan Pas kedah telah membuka mata banyak pihak yang melihat projek berkenaan masih gagal di laksanakan sampai sekarang walaupun telah merasmikan projek tersebut pada julai 2009.

Kegagalan projek berkenaan menjadi tanda tanya seolah olah telah di sembunyikan oleh kerajaan pas kedah akan kegagalan projek tersebut.Belum pun projek berkenaan di laksanakan,


Pada bulan Jun 2011 kerajaan pas Kedah pula bercadang menjadikan Pulau Bunting di daerah Yan sebagai pelabuhan antarabangsa apabila projek landasan kereta api berkembar Kunming, China ke Ipoh siap pada 2013.

Selain itu, ia dapat merancakkan aktiviti perniagaan apabila projek penapisan minyak Hab Hidro Karbon Sungai Limau (SULIHH) beroperasi.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selain membuka pelabuhan baru itu, Kerajaan Negeri bercadang membina landasan kereta api yang menghubungkan Pulau Bunting ke Kobah di Pendang.

"Saya yakin hasrat ini akan tercapai kerana beberapa pelabur dari Kunming, China menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan bagi memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia," katanya.

Menurutnya, dengan adanya SULIHH dan pelabuhan di Pulau Bunting kelak, pembangunan di sekitar kawasan Sungai Limau akan berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan penduduk setempat.




Adakah projek SULIHH tu memang gagal sepenuhnya??kenapa pas kedah masih lagi menyembunyikan tentang status projek tersebut..Apakah dengan menjanjikan projek pelabuhan antarabangsa yang baru sebenarnya mahu mengantikan kegagalan projek tersebut..kerja kerja menambak laut sudah dilakukan.tapi projek berkenaan masih gagal naikkan..

Menurut kenyataan ostad jijan " Projek SULIHH yang berlokasi di Yan Kedah ini akan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Kedah,ujar Ustaz Azizan.

Projek ini juga akan memberi peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya, kata beliau.

Projek ini juga katanya adalah kejayaan besar dan bersejarah kepada kerajaan Kedah dalam memacu pelaburan masuk ke negeri itu.

Beliau turut membayangkan kejayaan ini kelak akan memberi kesan besar kepada pertumbuhan masuk pelaburan ke Kedah, selain pembangunan kawasan berhampiran.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada usaha keras Merapoh Resources Corporations dan Kedah Investment Centre (KIC) yang merealisasikan impian rakyat Kedah ini.

Projek yang SULIHH dijangka siap padatahun 2013 ini katanya adalah loji penapisan yang terbesar setakat ini yang diusahakan di Semenanjung.

Kerajaan Kedah ujarnya memberi sokongan penuh ke atas pembangunan SULIHH ini selain mengalu-alukan pelabur untuk melabur di Kedah. "


Nampaknya projek yang di canang canangkan paling gah di kedah tu hanyalah satu projek tin kosong satu pembohongan kepada rakyat..kerajaan Pas pula pandai menutup isu berkenaan dengan memainkan isu nasional sebagai modal bagi mengalihkan isu berkenaan.


PMK
PROJEK LYNAS JUGAK YANG KOMITED.WALAUPUN DAPAT TENTANGAN DARI SI POZIAH TORON YANG BONGOK TU,TAPI DATUK MARSHAL TETAP MEMBUKTIKAN PROJEK BERKENAAN MEMANG MEMBAWA KEBAIKKAN UNTUK RAKYAT..SYABAS DATUK MARSHAL ANAK JATI KEDAH..

PANAS!! AZNIL HJ. NAWAWI BERHENTI ERA FM NAK BERTANDING JADI ADUN?

Posted: 03 Dec 2011 04:11 PM PST


Apa agaknya si pengacara paling popular Aznil buat kat Perhimpunan Agung UMNO ni? Malah tak sudah-sudah dok menaip dari tadi. Macam tak berapa minat nak ikuti pergulungan dari DS Najib.. mari kita lihat..




Ohh rupanya Aznil sedang menaip tweet untuk memberitahu followersnya mengenai apa yang PM ucapkan sewaktu pergulungan semalam.

Hmm.. sejak bila Aznil berminat untuk mengikuti perkembangan politik ni? Dulu tak pernah nampak pun? Setahu Mc, Aznil atau yang digelarkan Pak Nil oleh orang muda. Baru saja meletakkan jawatan sebagai DJ Era Fm. Katanya untuk menumpukan pada kariernya yang lain.

Tup tup, Aznil muncul di PWTC dan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. Apakah Aznil mahu mengaktifkan diri dalam politik secara serius?

Atau sememangnya beliau berniat untuk menganggotai UMNO dan membantu jentera parti kelak?

Atau beliau diantara calon boleh menang yang patut UMNO ketengahkan?

Namun kehadiran Aznil ke PAU rasanya sudah cukup membuktikan beliau amat berminat untuk membantu UMNO dalam kempen PRU ke 13 nanti.

Sumber gambar ambil dari SINI.

McTheory:
Pertahankan Hak Melayu Islam, dari tergadai!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...