PAPA GOMO |
BREAKING NEWS - Kak Jat Punca Zizie Ezzete Tinggalkan Bung Mokhtar? Posted: 04 Dec 2011 05:00 PM PST Bung Mokhtar oh abang Bung..... Gomo merupakan salah seorang peminat YB Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin. Pada Gomo beliau seorang yang lantang dan juga paling segak dalam parlimen sampaikan ramai pemimpin pembangkang tidak sebulu dengan beliau. Namun demikian minat pada beliau tidaklah menghalang untuk Gomo melemparkan kritikan kepada beliau dalam isu Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mana Bung Mokhtar telah sebanyak dua kali mengesyorkan agar Kak Jat meletakkan jawatan sama ada dalam barisan Kabinet mahupun sebagai Ketua Wanita UMNO. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," - Bung Mokhtar Siapa Bung Mokhtar? Siapa beliau untuk menilai Shahrizat sesuatu yang tidak bernilai kepada parti UMNO? Jika ditanya para wanita malah kaum lelaki juga mengakui Kak Jat berjaya membawa satu "TRANSFORMASI" dalam UMNO yang mana sebelum ini tidak ada sama sekali. Cuba Bung Mokhtar jelaskan sebelum Kak Jat menjadi ketua Wanita berapa banyak Kuota Wanita yang ada? Dan Bung Mokhtar nyatakan sekarang ini siapa yang perjuangkan Kuota wanita UMNO? Itu dari segi kuota yang Kak Jat perjuangkan buat wanita UMNO bagaimana pula dengan gerak kerja wanita UMNO ketika ini? Boleh Bung Mokhtar jelaskan Kegagalan yang dilakukan Kak Jat selaku ketua Wanita UMNO sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut dan juga penilaian yang dibuat sepanjang Pilihanraya Kecil yang diadakan? Bung Mokhtar tidak melihat segala gerak kerja yang dilakukan Kak Jat selaku Ketua Wanita UMNO. Bung Mokhtar tidak mampu untuk membawa "TRANSFORMASI" yang digerakkan Kak Jat dan para jentera wanita lain sebaliknya Bung Mokhtar hanya membawa "Tranformasi" Berkahwin dengan artis ternama dan Menceraikan Isteri yang pertama. Itu beda nya Tranformasi yang ada pada Bung Mokhtar, tidak semestinya hebat bercakap dalam parlimen maka hebat dalam menilai seseorang. Tidak semestinya Bung Mokhtar hebat mendapatkan Zizie maka beliau boleh bercakap hal wanita UMNO yang beliau sendiri tidak mengetahuinya. Gomo lihat kenyataan Bung Mokhtar yang minta Kak Jat letak jawatan adalah kerana Amarahnya Bung apabila ditegur dua kali oleh Kak Jat berhubung soal MARUAH Wanita didalam parlimen.Kak Jat pembela wanita dan ianya tidak dapat dinafikan sama sekali oleh wanita UMNO, rakyat Malaysia malah pakatan pembangkang itu sendiri. KLIK DISINI Bung Mokhtar seharusnya tampil dengan lebih bertanggungjawap dengan menyatakan BAB mana yang menjelaskan Shahrizat Jalil bersalah dalam isu NFC sepertimana yang Bung nyatakan "Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan" Adalah lebih baik jika Bung Mokhtar membongkarkan dengan lebih jelas kepada Rakyat penglibatan Shahrizat Jalil dalam isu NFC. Gomo rasa itu lebih bernilai daripada desakan letak jawatan yang Bung Mokhtar sendiri tidak mengetahui perjalanan cerita NFC dan juga Kak Jat. Buat ahli UMNO, ingatlah bahawa wanita merupakan tulang belakang UMNO yang penting malah sudah acap kali dibuktikan bahawa wanita begitu gigih dalam memperjuangkan para wanita wanita. Kak Jat memimpin wanita ketahap lebih tinggi pada peringkat ini sehinggakan Muslimah PAS mengakuinya dan tidak menyerang Kak Jat. Peperangan yang ada hari ini adalah berkisar pada Persepsi. Isu Kak Jat terlibat dalam NFC penternakan lembu adalah satu Persepsi semata mata dalam menghancurkan tulang belakang UMNO dalam meraih kemenangan pada PRU 13. Buat Bung Mokhtar Radin anda dinasihatkan tidak beremosi dengan apa yang pernah Kak Jat suarakan kepada anda mengenai Hak kaum wanita. Bung Mokhtar sendiri sepatutnya perlu mempersoalkan pakatan pembangkang yang menfitnah Kak Jat ini dan cabar pemimpin PKR keluarkan bukti penglibatan Kak Jat. Gomo ingat waktu diparlimen satu tempoh lalu bila ada orang cakap yang Bung Mokhtar ini dalam parlimen jual UBAT KUAT jenama beliau. Tidak tahulah betul atau tidak ubat Kuat tetapi jika Kuat Kote sekalipun namun tidak bijak menggunakannya maka sama lah seperti Anwar Al Juburi. Bung Mokhtar mungkin ingat Tragedi 16 September...... Psssttt..... Bung Mokhtar pandai bercakap tetapi kadang kala Bodoh bodoh Suam DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
"UMNO Siap Bersama Bala Tentera Cyber" - Terima Kasih Zahid Hamidi Posted: 04 Dec 2011 12:30 AM PST Naib Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi semalam ketika berucap di Persidangan UMNO telah menyatakan untuk UMNO bersama sama dengan Jentera Perang Cyber Pro Kerajaan. Walaupun ringkas apa yang diucapkan oleh Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO ianya memberi makna besar kepada seluruh angkatan Blogger, Facebooker, Twiiterjaya dan mana mana laman yang berperang dalam mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional. Gomo dan juga rakan rakan lain petang semalam merasa bangga apabila seorang Naib Presiden yang tertinggi dalam kepimpinan UMNO mengiktiraf sumbangan dan juga gerak kerja yang kami para pejuang media cyber lakukan walaupun tampa Upah dan juga penghargaan. Ini contoh jelas kepada kita semua para pejuang Cyber bahawa kepimpinan UMNO semakin membuka mata dan tidak melihat disatu sudut sahaja dan ianya adalah merangkumi semua pihak tidak kira sama ada ianya UMB yang diiktiraf UMNO mahupun Pejuang Jalanan yang tidak terikat dengan UMNO. Harus kita ingat pejuang yang ada hari ini bukanlah dijanakan oleh UMNO sebaliknya ianya adalah usaha individu itu sendiri dalam meluahkan kekecewaan dan bosan dengan karenah Pakatan Pembangkang yang sentiasa menipu rakyat demi kuasa politik mereka. Unit Media Baru yang SAH dibawah UMNO semestinya mendapat banyak keistimewaan ibarat RTM yang duduk dibawah kerajaan. Namun pejuang jalanan yang lain juga memainkan peranan yang besar buat BN sepertimana ASTRO yang tidak bertuan. Mahu tidak mahu UMNO mesti mengambil tahu keadaan hari ini yang mana UMNO tidak lagi boleh untuk mengharapkan ahli ataupun pejuang UMNO itu sendiri sebaliknya mekanisma lain diperlukan dalam memastikan tentera Perang Cyber pro kerajaan mematikan langkah yang dimainkan Pencacai Cyber Pakatan Pembangkang. Dato Seri Najib Razak menyatakan "Winning Candidate" dalam meletakkan calon PRU 13 kelak, tetapi mungkin ramai tidak sedar dalam media baru juga maksud tersebut haruslah diguna pakai. Gomo mengambil contoh mudah buat semua, sebagai contoh Bekas PKR dilantik menjadi Senator dan menjadi aset buat Kerajaan dalam menentang Pembangkang. Kenapa pula UMNO tidak mengambil pendekatan yang sama iaitu dengan turut sama Mengiktiraf Pejuang Cyber yang bukan UMB dibawah UMNO tetapi menyokong Kerajaan sebagai Panglima panglima dalam peperangan Cyber ini? Harus diingat bahawa PRU13 merupakan satu pilihanraya yang sengit dan segala yang ada akan digunakan dalam memastikan menang pilihanraya. Adalah satu kerugian kepada BN jika mengabaikan pejuang pejuang maya yang ada ini. Adalah satu kerugiaan apabila UMNO hanya mengiktiraf UMB tetapi tidak kepada pejuang pejuang Cyber yang lain. Gomo harap dengan apa yang dinyatakan oleh Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi akan kesudian UMNO untuk bersama pejuang maya membuka mata pihak pihak lain agar tidak hanya melihat Agen Rasmi kepada UMNO sahaja. Buka mata, buka telinga dan lihat peperangan yang ada dalam dunia Cyber hari ini. Kesemua pihak sama ada UMB, Indidvidu, ataupun Polong Tak bertuan mestilah dijaga dalam memastikan kita pro Kerajaan tidak tewas dalam peperangan media baru. UMNO tidak perlu lagi merasa takut untuk berkerjasama dengan para tentera Cyber kerana ini adalah perjuangan yang dituntut dalam mencapai matlamat yang sama iaitu demi Agama Bangsa dan Negara. Psssttt.... Terima Kasih kepada Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO atas ucapan beliau. "Nice to Meet U Sir" DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment