PAPA GOMO |
- "Ahli UMNO Suka Ikut Rentak Pembangkang" - Md Alwi
- 4 Sasaran Menjadi Keutamaan - Najib Razak
- "Hitam Metalic" Shabery Chik Dan Rais Yatim Balun Ngah DAP Komunis
"Ahli UMNO Suka Ikut Rentak Pembangkang" - Md Alwi Posted: 03 Dec 2011 09:24 PM PST Hebat dan cukup bertenaga itulah yang Gomo boleh nyatakan akan ucapan yang dibuat oleh Datuk Md Alwi Che Hassan dari kelantan ini ketika Perhimpunan Agong UMNO yang baru berakhir semalam. Video diatas banyak menjelaskan makna TRANSFORMASI yang dinyatakan oleh Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak. Banyak intipati penting yang ada dalam ucapan Alwi ini yang menuntut kita rakyat Malaysia menilai apa yang dilakukan UMNO demi Agama Bangsa dan Negara. Gomo tertarik dengan apa yang Md Alwi nyatakan iaitu dimana ahli UMNO jangan mengikut rentak pembangkang yang mana UMNO sendiri bertepuk tangan apabila UMNO dicerca, dihina, difitnah dan sebagainya oleh pakatan Pembangkang. Apa yang dinyatakan oleh Md Alwi jelas buat ahli UMNO untuk bersatu hati dan tidak terikut dengan rentak pembangkang. Kita adalah kerajaan dan bukannya pembangkang mengapa kita sebagai sebuah Kerajaan harus terpedaya dengan rekayasa yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang sehingga memecahbelahkan ahli UMNO itu sendiri? Tidak mahu untuk mengulas panjang namun dipinta setiap ahli UMNO yang membaca artikel ini untuk menyaksikan video Datuk Md Alwi yang paling terbaik pada PAU2011 ini. Renungkanlah wahai ahli UMNO...... Psssttt... Jangan kita ikut rentak pembangkang sebaliknya mainlah lagu kita agar mereka mengikutinya.... DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
4 Sasaran Menjadi Keutamaan - Najib Razak Posted: 03 Dec 2011 08:25 PM PST Terdapat 4 sasaran yang menjadi perhatian Presiden umno,Dimana Beliau mahu persidangan ini menjadi utuh dan kukuh dengan UMNO sebagai teras.sasaran kedua,Kata Presiden UMNO ini mahukan gerakan didalam keadaan siap sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang mendatang dan menyiap nyediakan UMNO sebagai Parti yang bermaruah. Selain daripada itu,tegasnya mahukan sokongan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Negara ini,dan diharap dapat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada UMNO untuk membela nasib rakyat di masa akan datang.Tidak ketinggalan juga,UMNO akan membawa perubahan besar kepada rakyat dan pembangunan. Akhir sekali,Beliau mahukan segala isi yang dibentangkan di persidangan ini membawa kebaikan kepada seamua pihak terutama 27.0 juta penduduk rakyat Malaysia dan mengharapkan mereka tidak akan kecewa memilih UMNO sebagai Pilihan mereka. Psssttt. . . Harap ahli UMNO merealisasikan apa yang dinyatakan Najib Razak Published with Blogger-droid v1.7.4 |
"Hitam Metalic" Shabery Chik Dan Rais Yatim Balun Ngah DAP Komunis Posted: 03 Dec 2011 02:44 AM PST Pemimpin UMNO menyifatkan pemikiran Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 'hitam metalik' sebagai jelik, hodoh dan hina. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbuatan pemimpin DAP itu, yang mungkin menganggap ia gurauan biasa yang keluar dari mulut apabila berucap pada satu ceramah Pas, menjadi lebih memalukan kerana diketawakan penyokong Pas yang rasa terhibur dengan hinaan sedemikian. "Apabila hitam metalik itu merujuk kepada individu tertentu dalam UMNO, ia menggambarkan apa yang disebut pemikiran separa sedar, kerana itulah yang sebenarnya bermain dalam hati mereka, kawan-kawan mereka dan di kalangan pemimpin DAP. "Mereka sebenarnya tidak melihat rakyatMalaysiasebagai rakyatMalaysiatetapi melihat rakyatMalaysiadari segi warna kulit dan ia seolah-olah menceritakan orang yang berkulit putih seperti bangsanya adalah superior dan lebih tinggi (darjatnya) dari yang berkulit gelap," katanya lapor Bernama di sini hari ini. Menteri Belia dan Sukan itu berkata walaupun Nga meminta maaf tetapi ia tidak memadai kerana perkataan yang digunakan bukan sekadar menyentuh warna kulit tetapi juga menggunakan perkataan haram jadah yang merujuk kepada keturunan seseorang. "Perkataan itu menyinggung perasaan semua orang Melayu kerana haram jadah ialah perkataan paling hina yang bermaksud dalam Bahasa Inggeris ialah `bloody bastard'," katanya. Beliau berkata orang begini tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi menjadi wakil rakyat sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun kerusi Parlimen. Katanya sekiranya kepimpinan DAP masih menamakan Nga untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, ia menggambarkan bahawa DAP merestui sikap biadap seperti itu. "Dia kata dia anti perkauman tetapi bila dia melihat orang lain atas dasar warna kulit dia adalah parti yang rasis," katanya. Katanya semua pemimpin politik dalam negara perlu dididik tidak berpandangan dan menolak perkauman sempit serta tidak mengeluarkan kata-kata yang bersifat rasis, bukan sahaja pembangkang malahan Barisan Nasional (BN). "Tidak boleh menghina seseorang berasaskan warna kulit. Ini ciri-ciri penting kepada sistem politik yang moden dan maju. Di Amerika Syarikat sendiri perkataan `black' sudah ditukar kepada Afrika Amerika. Beliau berkata ini menunjukkan DAP dan rakan angkatan pembangkang amat diskriminasi terhadap masyarakat dan pemimpin-pemimpin BN. "Kalau diibaratkan ini cara-cara mereka untuk menang tetapi kemenangan berasaskan kata-kata diskriminasi tidak akan bawa ke mana-mana," katanya. Dalam permohonan maafnya semalam, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis turut mendakwa kenyataannya disalah tafsir dan tidak membenci Zambry dan hanya merujuk pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN yang dianggapnya tidak sah. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata ucapan Nga itu jelas amat keterlaluan dan langsung tidak menampakkan budaya negara ini. "Bukan setakat hitam metalik, tetapi penggunaan perkataan haram jadah menampakkan kebiadapan dan keangkuhan beliau. Satu kesalahan yang wajib dihukum dan dikenakan ke atas beliau oleh DAP yang mengaku memberikan keadilan untuk rakyat," katanya. Razali berkata Pas juga mesti bertanggungjawab kerana kenyataan Nga itu dibuat atas pentas ceramah Pas dengan sambutan dan sorak anggota mereka. "Sehingga kini Pas masih membisu. Apa pendirian mereka dalam hal ini? Apakah diam bermakna mereka merestui kenyataan rasis Nga itu ? Permohonan maaf juga tidak dapat diterima. Beliau perlu dihukum," katanya. Sumber BERNAMA Psssttt...Itulah yang DAP gunakan dalam menghasut Melayu itu sendiri membenci Melayu....Jangan jadi Melayu Bodoh macam PAS dan PKR DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment