Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! Ustaz Pas Tak Sudah-sudah Menyesatkan UMNO!!
- TUDIAA!! Papan Tanda Naik, Projek Jalan Halimunan!!
- EKSKLUSIF! 20 RIBU ORANG HADIRI JAMUAN RAKYAT 1 MALAYSIA DI SERDANG, BANDAR BAHARU, KEDAH!
- PANAS!! Nik Aziz Sedia Mengikut DS Najib..
- Terkini!! Gambar Sekitar Jamuan Rakyat 1Malaysia di Serdang Kedah.
- MESTI BACA!! Teguran Kepada Pemimpin FELDA... BERSATULAH
- PANAS!! Pembangkang Perak Sukakan Pelacur??
- TUDIAA!! Kondom Balun Pondan Bersepah Kat Kedah!!
KASI PANAS!! Ustaz Pas Tak Sudah-sudah Menyesatkan UMNO!! Posted: 24 Nov 2011 07:35 AM PST Tu la kerja depa, asyik dok kafirkan UMNO, murtadkan UMNO. Apa Pas ingat depa ni tuhan ka apa? | ||||||||||||||||||||||||||||||
TUDIAA!! Papan Tanda Naik, Projek Jalan Halimunan!! Posted: 24 Nov 2011 04:35 AM PST Kalau mengikut cerita di rakan blog Kedah Times. Sehingga kini papan tanda masih disitu tetapi projek sumbangan PAS tu masih tak nampak. Cuma nak tanya kerajaan Kedah sekarang, berapa KM jalan mini tar telah dibina? Berapa KM jalan pertanian telah dilaksanakan? Dan tak lupa juga berapa KM jalan negeri yang diturap semula? Kalau tengok papan tanda pun kita sudah tahu jawapan mereka. Sebab itu banyak duit JKR masuk Tabung Yayasan. Hampir seluruh Jalan raya di Kedah teruk. Mc dah pusing satu negeri Kedah. Jalan raya negeri Kedah, diantara paling teruk di Malaysia. Ada duit dok simpan dalam tabung amanah. Bila nak guna buat jalan pun taktau la. MB boleh beli kereta 1.2 Juta tetapi infra untuk kemudahan rakyat diabaikan. Rakyat Kedah tak serik ka dengan Pas Kedah sekarang ni? Makin pelik perangai depa ni. Mau kasi ajar sikit. McTheory: Projek cuma naik papan saja.. jalan takdak.. | ||||||||||||||||||||||||||||||
EKSKLUSIF! 20 RIBU ORANG HADIRI JAMUAN RAKYAT 1 MALAYSIA DI SERDANG, BANDAR BAHARU, KEDAH! Posted: 24 Nov 2011 04:21 AM PST Seperti yang dijanjikan Mc mengupload gambar-gambar sekita Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia. Mc pun tak sangka majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat. Ingatkan kawasan Kelabu ni takdak orang nak mai sokong majlis kerajaan. Rupanya, penuh, nak berjalan pun susah. Layan gambar-gambar dulu..
Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai. Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan. Kehadiran TPM membawa durian runtuh apabila turut menambah perbelanjaan sekolah-sekolah disekitar Kulim Bandar Baru. Projek-projek mesra rakyat juga akan dipertimbangkan. Seperti Hospital Besar, Masjid besar baru, stadium kegunaan orang ramai dan juga kemudahan jalanraya untuk penduduk berulang alik ke bandar Kulim dan Pulau Pinang. Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. Nak mengharapkan kerajaan negeri? Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu. Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah. Rujuk kepada gambar dibawah. McTheory: PRU ke 13 ni.. mai pakat-pakat kita kaleh..kerajaan Kedah.. | ||||||||||||||||||||||||||||||
PANAS!! Nik Aziz Sedia Mengikut DS Najib.. Posted: 23 Nov 2011 11:08 PM PST
KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju agar pembubaran Dewan Undangan Negeri dibuat bersekali dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secara serentak di seluruh negara. Bercakap kepada pemberita di sini pada Rabu, beliau berkata banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum. "Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini," katanya. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan bersekali dengan pembubaran Parlimen jika ini berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan. Kelantan dan Selangor selain Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang | ||||||||||||||||||||||||||||||
Terkini!! Gambar Sekitar Jamuan Rakyat 1Malaysia di Serdang Kedah. Posted: 23 Nov 2011 09:06 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||
MESTI BACA!! Teguran Kepada Pemimpin FELDA... BERSATULAH Posted: 23 Nov 2011 06:08 PM PST Bersatulah Wahai Pemimpin ku.... "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"... Sepatutnya inilah perumpamaan yang di hayati oleh pemimpin-pemimpin di dalam Felda. Di dalam keghairahan untuk menaikkan nama Felda di mata masyarakat dan dunia, pemimpin-pemimpinnya seperti mahu menjatuhkan sesama sendiri. Sudah agak lama saya menyepi dari memberikan komen berkaitan perkara ini, dengan harapan ianya akan berhenti, namun ianya semakin rancak. Semalam, satu blog terkenal berbahasa Inggeris telah membuat ulasan dan secara tidak lansung ianya menjadikan situasi semakin parah. Tidak ada satu pun yang sempurna di dalam satu-satu organisasi. Sepatutnya menjelang PRU 13 yang semakin hampir, semua mempersiapkan untuk menghadapi pembangkang yang sememangnya bercita-cita untuk merampas undi dari kawasan Felda. Bukannya pemimpin-pemimpin ini menggunakan blogger-blogger untuk memburukkan masing-masing dari belakang. Wahai pemimpin Felda, ketahuilah bahawa rakyat terutamanya peneroka benar-benar mengharapkan kalian untuk menguruskan Felda dengan baik. Hingga ke hari ini, saya dan rakan-rakan mempertahankan Felda dari di cemuh dan di fitnah. Kami tidak akan berhenti berjuang untuk Felda kerana kami terhutang budi dan nyawa kepada Felda. Felda lah yang telah memberi ruang kepada kami hingga kami berjaya di dalam kehidupan. Janganlah kalian hancurkan Felda. Marilah sama-sama kita menyusun kembali barisan kita sebelum PRU ke 13. Kami benar-benar memohon supaya kepimpinan Felda dapat mendengar luahan hati kami ini. Akhir kata, marilah kita teruskan dengan kempen "NYAH MAZLAN ALIMAN DARI FELDA" ANAK JATI FELDA & RAKAN-RAKAN | ||||||||||||||||||||||||||||||
PANAS!! Pembangkang Perak Sukakan Pelacur?? Posted: 23 Nov 2011 04:09 PM PST
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang memasuki hari ketiga Rabu, panas dan kecoh apabila pihak kerajaan dan pembangkang bertegang leher gara-gara wakil rakyat pembangkang menggunakan kata-kata "pelacur politik" dan "katak" semasa perbahasan. Timbalan Yang Dipertua DUN Datuk Hee Yit Foong yang mempengerusikan persidangan meminta Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) yang membahaskan Belanjawan 2012 negeri supaya menarik balik kata-kata berkenaan kerana ia menghina golongan wanita termasuk ibu dan nenek kepada wakil pembangkang berkenaan. "Ia menghina (kaum) wanita, tarik balik, kalau tidak saya putuskan jangan berbahas... ibu dan nenek Yang Berhormat juga kaum wanita," katanya pada persidangan DUN di sini. Namun, Nga enggan menarik kenyataan itu dan berkata beliau tidak menuduh sesiapa dan juga tidak menyebut nama tertentu bagi membayangkan maksud "pelacur politik" dan "katak" itu. "Adakah saya tuduh sesiapa? Siapa makan cili dia terasa pedas... saya tidak cakap sesiapa tapi kenapa Timbalan Yang Dipertua terasa sangat?" katanya. Keengganan Nga menarik balik kenyataan itu menyebabkan Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan Dr Wan Nooashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) bangun lantas mendesak dengan keras supaya wakil rakyat itu berbuat demikian. Hee memutuskan persidangan ditangguhkan lima minit seperti dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong Hamidah untuk menenangkan keadaan. Penangguhan itu bagaimanapun tidak meredakan keadaan kerana sebaik persidangan bersambung semula, Nga meneruskan perbahasannya serta masih enggan menarik balik kenyataannya walaupun diberi peluang sebanyak tiga kali oleh Hee. Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) bangun lalu berkata: "Kami di sebelah sini dengar perkataan yang dikeluarkan iaitu "pelacur politik". Saya mahu bertanya kepada sidang ini adakah perkataan ini dibenarkan di sini? Jika tidak diizinkan ia perlu ditarik balik." Beliau berkata jika wakil rakyat Pantai Remis tidak mahu tarik balik perkataan itu, Timbalan Yang Dipertua dewan boleh "menghalau" Nga daripada persidangan hari ini dan cadangan itu disokong Jamaluddin Mohd Rdzi (Bebas-Behrang). Berikutan keengganan Nga menarik balik kata-kata berkenaan, Hee akhirnya mengarahkan Nga keluar dewan kerana menggunakan perkataan menghina serta mencela anggota DUN di samping berkata beliau tidak memberi peluang kepada mereka yang biadap. Beberapa wakil rakyat pembangkang terutama V.Sivakumar (DAP-Tronoh) bangun membantah keputusan itu dan mendesak Hee yang keluar dewan kerana mengatakan "adakah wakil pembangkang minat pelacur, jika betul saya boleh bawa" Nga pula kekal ditempatnya enggan mematuhi arahan Hee. Yang Dipertua Datuk R.Ganesan, yang kemudiannya mengambil alih sesi persidangan menggantikan Hee, berkata Nga telah menimbulkan keadaan haru-biru dengan mengeluarkan perkataan "pelacur politik" serta "katak" malah enggan menarik balik selepas diberi banyak peluang. Bertindak tegas, Ganesan mengarahkan Nga keluar dewan dan meminta Datuk Hamdi Abu Bakar (BN-Pengkalan Baru) meneruskan sesi perbahasan Belanjawan 2012 negeri menyebabkan wakil pembangkang itu akhirnya akur dengan arahan keluar dewan. Selain Nga, wakil rakyat pembangkang lain iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut meninggalkan persidangan sebagai tanda protes terhadap keputusan dewan. - BERNAMA | ||||||||||||||||||||||||||||||
TUDIAA!! Kondom Balun Pondan Bersepah Kat Kedah!! Posted: 23 Nov 2011 01:56 PM PST LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga. Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina. Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat. Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing. Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga. "Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu. "Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat," katanya. Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam. Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan. "Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan. "Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula," katanya. Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina. - SH Untuk pengetahuan pembaca, kawasan Limbung Kapal tu memang terkenal dengan kawasan maksiat. Tapi lebih kepada sesama jenis. Lelaki balun pondan. Tah kenapa kerajaan Pas Kedah tidak mengambil berat mengenai keadaan ini. Mungkin depa lebih sibuk berceramah dari pedulikan keruntuhan akhlak dikalangan rakyat Kedah. Sebab tu Mc kata, bagi Pas, politik lagi penting dari agama. McTheory: Runtuhkan surau, runtuhkan madrasah, akhlak pun runtuh jugak. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment