Pekara ini bukan baru tetapi sudah banyak kali berlaku sehinggakan semakin ramai meluat dengan karenah orang kanan Tuanku yang Ambo boleh katakan Tuanku amat sayang dan percayai itu. Handal sangat orang kesayangan Istana ini sampai apa sahaja yang hendak dilakukan nya boleh dibuat sesuka hati walaupun tampa kelulusan. Sebelum ini Ambo ada mengeluarkan artikel mengenai Wang Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh yang mana telah digunakan oleh Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad V. KLIK DISINI Sehingga kehari ini Tuanku Sultan Muhammad V tidak mengambil sebarang tindakan atas tomahan yang didakwa itu malah masih lagi membiarkan Haji Sukri ataupun lebih dikenali dengan nama Tengku Sukri ini bermaharajalela. Minggu sudah Ambo ada mengeluarkan artikel mengenai Wang RM700 Ribu yang telah diperolehi oleh seseorang dalam negeri Kelantan. Wang RM700 Ribu yang mana merupakan Komisyen projek kayu balak di Kelantan yang telah dikaut hasilnya tampa rakyat Kelantan memperolehi apa apa habuan hasil penebangan balak negeri. Wang Balak RM700 Ribu Dilesapkan KLIK DISINI & DISINI Dan hari ini Ambo memberikan Dokumen Tulen Kronologi atas apa yang berlaku dan siapa pelaku yang mendapat Habuan RM700 Ribu hasil dari penebangan Balak Rakyat Kelantan. Jelas dan terbukti sekali lagi Titah Tuanku Sultan telah dicabul oleh Haji Sukri, Wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Akaun Yayasan Sultan Kelantan telah disonglap oleh Haji Sukri. Banyangkan bila wang Sultan pun boleh si Sukri ni Rompak bagaimana dengan hal hal lain? Adakah Tuanku Sultan tidak berani untuk mengambil tindakan atas penyelewengan yang dilakukan Penasihat Sultan ini? Atau ada pekara lain yang menjadi rahsia Besar? Rakyat Kelantan menderita dengan pelbagai bagai masaalah, hasil ekonomi Kelantan yang sepatutnya mampu memberikan pembangunan kepada Kelantan juga gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Sekarang ini penasihat Sultan pula yang berleluasa merompak wang yang sepatutnya untuk Sultan Kelantan dalam membantu rakyat. Mengapa begini Kelantan negeri yang MELAYU bangsanya dan Islam agamanya? Untuk makluman semua Tuanku Sultan Muhammad V sudah mengetahui akan penyelewengan RM700 Ribu ini yang disonglap oleh Haji Sukri penasihat Sultan. Namun sehingga kini Haji Sukri masih terus berkedudukan Penasihat Sultan tampa dikenakan sebarang tindakan walaupun telah jelas penyelewengan Wang Yayasan SUltan Kelantan dilakukan beliau. Ambo selalu tertanya tanya, begitu hebat Haji Sukri ini sampaikan Tuanku Sultan tidak mengambil tindakan atas penyelewengan yang dilakukan. Apakah ada apa apa RAHSIA besar sehingga menyebabkan Tuanku Sultan tidak mengambil tindakan keatas Haji Sukri? Mungkin ada mungkin tidak namun apabila pekara ini berlanjutan dan sudah acap kali berlaku maka kita sendiri boleh simpulkan apa RAHSIA yang ada disebalik menjaga Istana Kelantan. Ambo anak Kelantan bukan hendak Menderhaka kepada Sultan Muhammad V, tetapi Ambo sebagai anak Kelantan tidak mahu musang yang hidup dalam Istana merompak wang yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Kelantan. CUkup cukup lah Kerajaan PAS Menyamun wang Hasil rakyat jangan Pula Istana menjadi sekutu rapat pada mereka. |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment