Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! KAUM YAHUDI WUJUD DI PENANG

Posted: 11 Nov 2011 09:12 AM PST

Mungkin ada lagi rakyat Malaysia belum tahu tentang kewujudan kaum yahudi di Malaysia satu masa dahulu..sejarah menunjukkan kehadiran mereka bermula pada abad ke 18,Kehadiran orang-orang Yahudi Sephardic Baghdadi di Pulau Pinang mungkin berlaku pada awal abad ke-19 sebagai pedagang.

Sejak Pemerintahan British di Pulau pinang makin berkembang telah menarik perhatian ahli keluarga perdagangan Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India untuk datang berdagang di Pulau pinang.Terdapat juga penghijrahan orang-orang Yahudi dari wilayah Turki Uthmaniyyah Baghdad sebagai hasil daripada penganiayaan gabenor, Daud Pasha,bermula dari 1817 hingga 1831.

Yahudi Baghdadi kaum yahudi yang menetap di Pulau Pinang adalah Yehezkiel Harun Menasseh, yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Menasseh mendakwa masyarakat yahudi hanya menjalankan amalan Perniagaan di Tanah Melayu selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia I,apabila sejumlah besar orang-orang Yahudi Baghdadi mula menetap di Tanah Melayu.



Semasa penjajahan Jepun di Tanah Malayu,masyarakat yahudi Pulau Pinang telah dipindahkan ke Singapura,dan ramai yang telah dikebumikan oleh Jepun semasa pendudukan jepun di Tanah Melayu dan Singapura.Selepas peperangan, majoriti telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat.Menjelang 1963, hanya 20 ahli keluarga Yahudi Pulau Pinang kekal di negara ini.

rumah ibadat yahudi di Pulau Pinang, yang terletak di 28, Jalan Nagore, telah ditutup pada tahun 1976 kerana mereka tidak dapat memenuhi kuorum sepuluh orang atau lebih orang-orang Yahudi.

Hari ini, kira-kira 100 orang yahudi yang tinggal adalah pelarian dari Rusia berkata untuk menetap di Malaysia,komuniti Yahudi Pulau Pinang yang asal tidak lagi wujud dengan kematian Mordekhai (Mordy) David Mordekhai pada 15 Julai 2011.saki baki bangsa Yahudi di Pulau Pinang sama ada memeluk Kristian atau lain telah berhijrah ke negara-negara lain, terutamanya dengan peningkatan sentimen anti-semitik dan dasar-dasar anti-Israel yang diperjuangkan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1970-an.

Yahudi Road (atau Jalan Yahudi)di Pulau Pinang, di mana majoriti penduduk Yahudi Pulau Pinang tinggal, telah ditukar nama ke Jalan Zainal Abidin, memadamkan satu lagi warisan kehadiran Yahudi di Malaysia.yang tinggal hanyalah tanah perkuburan Yahudi lama dan rumah ibadat yahudi.






Kebanyakan keturunan Yahudi Pulau Pinang dapat dilihat di Singapura (seperti bekas Ketua Menteri David Marshall, seorang Yahudi Baghdadi).Ramai juga yang tinggal di Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, terutamanya di New York, tetapi bilangan mereka tidak diketahui. Majoriti Yahudi Pulau Pinang bercakap bahasa Melayu dan Inggeris, manakala yang lain bercakap terutamanya Yiddish, Parsi, Ibrani dan juga Bahasa Arab.

PMK
akhirnya pupus juga yahudi di Malaysia

KASI PANAS!! Sukan Terbaru Di Selangor, Main Ping Pong Pelacur..

Posted: 11 Nov 2011 05:09 AM PST



He he.. ni nama jenis sukan ka? Atau nama jenis urutan? Apa kejadahnya dengan nama Ping Pong tu? Ishh.. macam-macam jenis pelacuran ada kat Selangor ni. Semakin menjadi-jadi nampaknya. Malam penguatkuasa serbu, esok petang bukak balik. Buang masa saja serbu.

Sepatutnya kaji dan buat tindakan yang lebih keras. Sita terus premis ini untuk beberapa lama. Kalau tidak, perkara yang sama akan berulang. Apakah tindakan serbuan ini hanya untuk menutup mata masyarakat?

Kerajaan negeri dan majlis pembandaran Selangor patut membuat tindakan yang lebih berkesan, bukannya dengan lakukan serbuan 'ali baba' macam ni. Mereka tak takut langsung.

Kenapa agaknya kes pelacuran makin menjadi-jadi selepas Pakatan Haram memerintah?


McTheory:
Bagaimana nak benteras, kalau ketua umumnya pun langgan pelacur??

PANAS!! Gosip Politik Orang Kedah, Gaji Depa Besaq-Besaq!!

Posted: 11 Nov 2011 02:07 AM PST



eh eh..tersilap...bukan nak tulis hal PKNK...tapi pasal YIKED..
Bos gaji puluhan ribu tapi hasil kosong.....
Adik Exco yang tah apa apa diberi gaji tapi apa kerjanya di YIKED...
Inilah budaya PAS.....
Akhirnya yang kering ialah kantung YIKED....

bukan pakteh yang bukak cerita tapi ahli PAS sendiri yang mula bersuara bukak pekung PAS...

Eh Eh...tuan haji Sanusi pun terpalit?...apa ke halnya?....Pasir?? Balak??....
Iskk...takkan la pulak....Tuan Haji Sanusi ni bukanka dah bersumpah dalam blog pakteh dia tak ambik duit balak di Sik tu....

Oi Pakteh....di Sik memang la dia tak ambik...pasir di Sik pun memang la dia tak sebat....

Dah tu kalau Tn Haji Sanusi tak ambik...apa masalahnya?.....

Masalah sekarang ni orang dok kata dia guna proxy....rembat sana sini...
Iskkk...tak mungkin....Pakteh masih yakin dan percaya dengan Tn Haji Sanusi walaupun berbeza fahaman politik. Pakteh suka cara anak muda ni bekerja...malah sikap toleransinya jugak tinggi. Lagipun...Tn Haji Sanusi ni kalau tolong orang...dia tak tanya hang Pas ka atau hang hang UMNO....bab tu Pakteh suka kat Tn haji Sanusi nii....

Eh eh...Pakteh...bodek nampak.....??

Bukan Pakteh bodek..tapi benda yang betoi kena cerita....cuma susah sikit Pakteh nak buckup Tn Haji Sanusi bila orang dok tanya berapa gaji SETPOL MB?....Mat Pokok Sena bulih tulung habaq kaa?...

Gosip dari rakan blog Kata Pak Teh

TUDIAA!! Kes Liwat Anwar Tangguh Lagi, Sebab Teloq Anwar Hilang!!

Posted: 11 Nov 2011 12:16 AM PST



Penggulungan hujah peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau di sini, pagi ini.

Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan disebabkan masalah tersebut.

Dengan kebenaran penangguhan itu, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah lisan oleh kedua-dua pihak telah dilapangkan oleh mahkamah.


Tarikh keputusan sama ada Anwar disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan itu hanya akan ditentukan selepas selesai penggulungan hujah berkenaan.

Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya setelah memanggil tujuh saksi termasuk tiga pakar dari luar negara untuk memberi keterangan iaitu lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.

Anwar yang sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan pula memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh pada 22 Ogos lalu menyebabkan soal jawab tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada 16 Mei lalu memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas tuduhan tersebut selepas berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan ialah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu menyebabkan perbicaraan hanya bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan 26 saksi. - Utusan

PANAS!! Pas Kedah Mahu Rampas Tanah Wakaf dan Robohkan Surau!!

Posted: 10 Nov 2011 09:07 PM PST










Pihak Madrasah Salihiah juga mempersoalkan


tentang Kenyataan & Fatwa dari Jabatan Mufti Negeri Kedah yang difikirkan ada sesuatu yang mempengaruhi kepada perkara yang sedang hangat di perkatakan ketika ini..


Gambar dari blog PadiJantan

Baca beritanya..

Pemegang amanah Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, di sini yang berusia kira-kira 100 tahun, terkejut dengan keputusan kerajaan PAS Kedah untuk mengambil alih tapaknya bagi membangunkan semula Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai pembinaannya sejak 30 tahun lalu.

Mereka mempersoalkan cadangan pengambilan tapak dan bangunan madrasah itu kerana hartanah berkenaan berstatus wakaf khas untuk dijadikan madrasah dan surau serta mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Ia susulan notis siasatan bertarikh 3 Julai lalu yang meminta pemilik tanah atau pihak berkepentingan terhadap tanah yang terbabit dengan pembangunan plaza berkenaan supaya hadir ke Pejabat Tanah Daerah Kota Setar pada 25 Julai ini bagi membincangkan pampasan untuk membolehkan pengambilan tanah dilakukan.

Pemegang amanah yang juga bendaharinya, Fadzil Ishak, 60, berkata pihaknya tidak pernah dihubungi atau menerima surat daripada pentadbir tanah mengenai pengambilan itu dan terkejut apabila turut dipanggil untuk membincangkan pampasan.

Katanya, tapak madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli adalah berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

"Kita tidak sangka sama sekali pembinaan semula Plaza Tunku Yaacob akan membabitkan kawasan ini sehingga kami menerima notis berkenaan. Namun, bagi kami ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.

"Justeru, kerajaan negeri perlu menghormati status tanah wakaf khas ini kerana mungkin terlepas pandang dan tidak perasan mengenai perkara ini berikutan tidak mendapat maklumat tepat. Kami harap mereka mengkaji semula tindakan ini.

"Kita juga sudah menghantar surat bantahan bertarikh 13 Julai lalu, namun belum ada sebarang pihak menghubungi kami untuk berbincang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Fadzil berkata, jawatankuasa madrasah itu turut mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang memutuskan supaya premis itu dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan.

Katanya, tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar, namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

"Madrasah ini kini menjadi pusat kegiatan kelas Bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran," katanya.

Difahamkan, projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium. Ia dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju swasta.-bh

Ini la kerja kerajaan Pas Kedah. Inikah hasil daripada 'Islam Terlebih' hinggakan sanggup nak merampas Surau dan tanah wakaf? Biaq betui ni Pas?

Di mana kerajaan kebajikan yang dijanjikan oleh Pas? Takkan tunggu nak tawan Malaysia baru ada kebajikan?

Macam ni nak percaya dengan kerajaan Pas Kedah? Islam lagu mana pun tak la..

McTheory:
Pikiaq elok-elok la orang Kedah oi..

GEMPAR!! Barang di Kedai 1 Malaysia Mahal?? Atau Pembangkang Bangang!

Posted: 10 Nov 2011 07:07 PM PST



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyifatkan dakwaan bahawa harga produk di Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) lebih mahal daripada harga pasaran adalah tidak berasas kerana perbandingan yang dibuat adalah salah.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan itu yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah satu pembohongan dan cubaan mengelirukan rakyat.

"Dia telah membuat perbandingan yang salah kerana membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk Carrefour Big Savers yang mempunyai perbezaan daripada segi kualiti.

"Dia sepatutnya membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk yang berjenama dan bukannya dengan produk yang tidak berjenama di pasaran," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Turut hadir Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan Pengurus Perhubungan Awam Carrefour, Salmieah Mohd. Zin.

Tony yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP sebelum ini menyatakan bahawa harga dan kualiti produk Kedai Rakyat tidak seperti yang digambarkan.

Menurut Ismail Sabri, perbandingan perlu dilakukan ke atas produk yang mempunyai persamaan daripada segi berat, pembungkusan dan kandungan khasiat.

"Kita kena banding epal dengan epal dan kalau kita banding epal dengan durian, memang harganya jauh berbeza kerana durian lebih mahal.

"Semalam dia bandingkan produk teh Ceylon Kedai Rakyat dengan teh hitam Carrefour, memanglah teh Ceylon lebih mahal kerana kualitinya berbeza dengan teh hitam.

"Selain itu, dia juga bandingkan produk pencuci pinggan Kedai Rakyat 400 gram berharga RM1.90 dengan produk Carrefour 350 gram yang berharga 99 sen sedangkan produk sama bagi 400 gram di Carrefour dijual dengan harga RM2.15," jelasnya.

Menurut Ismail Sabri, itu semua adalah pembohongan Tony kerana pembangkang sengaja memainkan isu tertentu untuk menutup kelemahan memandangkan mereka gagal mencari alternatif bagi membantu pengguna.

"Mereka (pembangkang) semakin bimbang dengan usaha kerajaan dalam membantu rakyat apabila Kedai Rakyat dan Menu 1Malaysia semakin mendapat sambutan daripada peniaga serta rakyat," ujarnya. - Utusan


McTheory:
Siapa la yang bangang sangat bandingkan harga tu.. sekolah ke tak dulu?

HENTAM BALIK!! IBADAH HAJI DS NAJIB TAK SAH??!

Posted: 10 Nov 2011 05:06 PM PST

Tatkala para blogger pro pembangkang dan portal fitnah no 1 Malaysia memutarbelit isu rukun haji Ds najib tidak lengkap,dan mereka juga turut putarbelit kenyataan yang kononya mufti perlis terkejut ibadah haji ds najib selesai.

sejak dari itu mereka terus memainkan dan memutarbelit isu tersebut dan hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Jamil Khir Baharom telah memperjelaskan secara terperinci




Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.


Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah.

Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin... barangkali soalan itu ditanya petang itu... selesai itu, selesai Arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik.

Jadi ini yang mungkin disilap faham


PMK
Nampaknya Malaysiakiniyahudi kantoi menipu lagi
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...