Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANAS!! Bob Lokman Kena Tangkap??
- RANKING BLOGGER PRO KERAJAAN TOP 20!!
- GEMPAR!! Bila Pakatan Haram Tak Mengaku Sokong Israel!!
- BONGKARR!! Blogger Pas Dedahkan, Blogger pro UMNO Kedah Di Bayar!!
- PANAS!! Teruknya Rosmah Habiskan Duit Rakyat Kat Australia!!
- PANAS!! Bila Orang Pas Sendiri Kata MB Kedah 'Beruk'?
- TUDIAA!! Siapa Nak Tengok Muka Blogger pro UMNO yang belot masuk Pas?
PANAS!! Bob Lokman Kena Tangkap?? Posted: 02 Nov 2011 10:08 AM PDT Bob Lokman ni cari penyakit sebenarnya. Atau pun dia ni dah tersampuk gila penyakit gila glamor. Kita hormati hak dia nak mengajar orang jadi baik, bercakap pasal Islam. Tapi tengoklah keadaan dan tempatnya. Kalau nak beri tazkirah atau ceramah pada orang ramai, kita kena pastikan diri kita benar2 layak untuk bercakap pasal Islam. Kalau kita tak layak dan takdak tauliah, takut nanti menyongsangkan akidah umat Islam yang lain. Berat tu.. sebab tu JAIS menetapkan perkara ini. Cuma ada baghal2 yang tak faham bahasa, dan memutar belitkan niat suci JAIS yang mahu menjaga kesucian agama Islam dari tercemar! Kalau takdak tauliah, jangan pandai2 nak beri tazkiran kalau tak, jadi macam Bob Lokman ni.. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa. Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah. "Kita akan tahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan kita yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat," katanya. Terdahulu Bob yang popular dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search yang ditulisnya ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat. Bob Lokman sepatutnya hadir memberi keterangan ke pejabat Jais keesokannya, tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinggalah waran tangkap terhadapnya dikeluarkan. Bob Lokman kemudiannya dalam satu kenyataan berkeras tidak akan hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan malah rela menunggu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan sanggup menerima hukuman yang bakal dikenakan sekiranya tindakannya itu dianggap sebagai satu kesalahan besar. Dalam pada itu, Bob Lokman ketika dihubungi berkata, dia tidak dihubungi Jais untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. "Bagaimana saya hendak pergi beri keterangan sedangkan saya tidak dihubungi Jais, malah nombor telefon bimbit saya juga tidak diambil mereka (Jais). "Malah sekiranya dihubungi sekalipun, saya memang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada hari tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Menurutnya, dia kini berada di Kemaman, Terengganu untuk berdakwah sebelum dijangka pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor hari ini. Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan. "Semua itu bergantung pada keadaan kerana saya tidak tahu nak kata macam mana, tetapi semuanya bergantung pada kehendak Tuhan," katanya. - SH McTheory: Ni la payahnya bila diri dah rasa terlebih ISLAM dari orang lain.. | ||||||
RANKING BLOGGER PRO KERAJAAN TOP 20!! Posted: 02 Nov 2011 07:19 AM PDT Ranking ini di ambil dari ALEXA, ni pun Mc cilok dari blog House Pk. Jangan pula ada yang mempertikaikan kebenarannya. Apa pun terima kasih pada pembaca Kedah Ke KL yang masih memberi sokongan, walaupun pelbagai rintangan dan gosip yang kami terima. Pada penyokong pro kerajaan, berikan sokongan padu pada blogger2 pro kerajaan ini. Hargai sumbangan blogger2 yang bersusah payah dan penat lelah memberi info terkini dan sulit kepada rakyat Malaysia. Sesungguhnya kami juga manusia yang ada perasaan dan mahu dihargai. Apa pun Tahniah rakan-rakan blogger yang lain!! Teruskan perjuangan anda, You Are The Best Bro!!.. McTheory: Kepada Papagomo.. comel baby girl..tahniah! | ||||||
GEMPAR!! Bila Pakatan Haram Tak Mengaku Sokong Israel!! Posted: 02 Nov 2011 05:35 AM PDT Belit pi belit mai, kena kat kerajaan pusat jugak. Khalid Gereja ni menafikan dengan pelbagai penipuan. Sebagai penganjur yang mengeluarkan wang RM5 Juta, apakah Kerajaan Selangor tidak diberi detail peserta terlebih dahulu? Takkanlah senang sangat nak keluarkan duit hinggakan proposal dan detail progam tak diberitahu. Nampak sangat la menipu! Sebenarnya cerita peninju dari Israel ni dibawa oleh media pembangkang dengan isu asalnya 'peninju Israel di Malaysia' kemudian di bongkarkan oleh blogger pro kerajaan dengan mengatakan program itu dibawah anjuran kerajaan Selangor. Kelepek! kena muka mereka balik. Dorang pun taktau nak pusing macam mana, tuduh balik kata kementerian pula yang luluskan peninju Israel tu. Kiranya main tuding2 jari lanie. Hang tuduh aku, aku tuduh hang. Tapi kita ni rakyat Malaysia, fikirlah dengan logik. 5 juta tu bukan sikit nilainya. Program Muay Thai tu pun peringkat antarabangsa. Kerajaan Selangor ada exconya, ada syaratnya. Bukan mudah dorang nak percaya dengan kerajaan BN ni. Rasa-rasa logik ka kalau dorang kata taktau langsung pasal peninju Israel ni? Atau Dap yang menyuruh kerajaan Selangor meluluskan segalanya? Cerita macam2 boleh buat.. namun hakikatnya berpeganglah pada logik dan akal! McTheory: Mana ada orang bagi duit tanpa usul periksa? | ||||||
BONGKARR!! Blogger Pas Dedahkan, Blogger pro UMNO Kedah Di Bayar!! Posted: 02 Nov 2011 02:05 AM PDT Bila baca pendedahan dari sebuah blog Pas Kedah, Mc nak tergelak pun ada, nak menangis pun ada. HH blogger yang ubah pendirian sokong Pas tu dibayar RM2000 - RM3000 sebulan oleh UMNO Kedah? kah kah kah.. betui ka? Di sini Mc nak buat pengakuan, Mc mengaku kami semua blogger dan Facebookers pro UMNO Kedah menerima bayaran yang sangat lumayan dari UMNO Kedah. Silap-silap boleh sampai RM10,000 sebulan. Mc akan sertakan list nama blogger dan Facebookers Kedah. Det Guaq (blog Pelantaq Hujah) dibayar rm8000 sebulan. Aloq Staq (Aloq Staq blog) dibayar rm5000 sebulan. Aktivis UMNO Pekan Naka (FB dan sumber blog) dibayar rm6000 sebulan. Pisau Kedah (Media Kedah) dibayar rm5000 sebulan. Pak Teh (blog Pak Teh kata) dibayar rm4000 sebulan. Kedah Times (blog Kedah Times) dibayar rm6000 sebulan. Pemuda Melayu Kedah (Kedah Ke KL) dibayar rm4000 sebulan. Sungguhka (blog Sungguhka) rm3000 sebulan. GMC (blog Gunung Mat Cincang) rm4000 sebulan Duke (blog Duke Of UMNO) rm6000 sebulan Malah McTheory (Kedah Ke KL & Media Kedah) sendiri di bayar rm7000 sebulan. Kami blogger2 Kedah ni semuanya kaya2, banyak duit UMNO Kedah bayaq kami. Hidup kami senang lenang, semua naik kereta besaq2. Hidup kami cuma buat blog dengan FB saja, tak payah kerja lain. Selama ni kami hidup pun makan duit hasil blog saja la. Mana ada makan duit hasil lain. Terima kasih HH, kerana bagitau blogger UMNO Kedah di bayar. Bayar celah mana pun Mc taktau la. Kesimpulan yang Mc dapat, puak Pas ni main bubuh cerita blogger Kedah dibayar.. fitnah-fitnah.. apa nak jadi la dengan puak Pas ni. Dok mengaku Islam terlebih, tapi fitnah macam haram. McTheory: Kalau ada bukti dibayar, minta Pas Kedah dedahkan.. | ||||||
PANAS!! Teruknya Rosmah Habiskan Duit Rakyat Kat Australia!! Posted: 01 Nov 2011 11:08 PM PDT Baca berita dan keterangan ni baik-baik.. Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara. Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu. Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat. Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit. Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia. Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones. Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup. Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London. Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa. Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan. Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu. Sementara itu, sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, berita yang disiarkan Keadilan Daily itu amat spekulatif dan nyata sengaja diadun untuk membakar sentimen rakyat. Katanya, akhbar milik pembangkang mengambil kesempatan sepenuhnya daripada laporan media Australia itu mengenai seorang First Lady yang dikatakan berbelanja A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat. "Tidakkah laporan Australia itu memang banyak salah, umpamanya anak Perdana Menteri yang tidak ikut rombongan dikatakan membeli barangan bernilai ratusan ribu ringgit, ini kali pertama dalam hidup saya melihat perkara seperti ini yakni membeli-belah tanpa ada jasad. "Dan bila akhbar itu menyebut mengenai seorang First Lady, akhbar Keadilan Daily tahu kalau ia dikaitkan nama Rosmah dan dicampur aduk sedikit perencah dan perasa, ramai yang akan tertipu," katanya. Jelas beliau, apa yang berlaku kini adalah pihak pembangkang menumpukan sepenuhnya kepada usaha menjatuhkan Najib melalui Rosmah. "Kini menjelang pilihan raya umum, mereka mahu meraih hasil serangan sistematik ke atas imej Rosmah selama bertahun-tahun. "Mereka tahu, dengan kejayaan membentuk rasa benci dan kurang senang orang ramai ke atas Rosmah, maka tulis apa sahaja, janji ia bersifat negatif terhadap Rosmah, orang ramai akan terus terima tanpa usul periksa," katanya. Kata sumber itu, semua pihak yang menuduh secara membabi-buat harus tampil dengan bukti yang kukuh. "Mutiara yang diletakan dalam gambar itu adalah mutiara yang sudah teralu kerap dipakai Rosmah, sedap hati sahaja mereka kata ia dibeli di Australia," katanya. -mynewshub Bila kita serang anak dan bini mereka. Mereka marah, melenting kata kita ni blogger tak sekolah, bodoh la itu la ini la. Bila mereka serang dan fitnah DS Rosmah dan anaknya bertubi-tubi. Apa pula yang patut kita panggil pada mereka ini? Blogger Pakatan yang mulakan serangan keatas keluarga pemimpin. Kitaorang cuma mengikut jejak langkah permainan korang. Kes ramas nenen pun belum sejuk, nanti akan ada skandal lain pulak yang melibatkan anak pemimpin pembangkang. he he.. tunggu saja la. McTheory: Siapa yang mula dulu? .. heh.. | ||||||
PANAS!! Bila Orang Pas Sendiri Kata MB Kedah 'Beruk'? Posted: 01 Nov 2011 08:36 PM PDT Ha ha ha.. siapa la yang buat papan iklan ni. Tak dak orang Pas yang lebih cerdik untuk buat benda alah ni. Kesian Ustaz Zizan, tiba-tiba kena panggil Mabruk! Bunyinya lebih banyak bunyi beruk dari Mabrur. Tu la, dulu orang suruh pi sekolah, ponteng, terjun sungai. Lani suruh buat papan tanda pun fail. Macam mana la puak-puak ni boleh jaga Kedah kalau benda kecik macam ni pun gagal untuk melaksanakanya. Nak harap pada Pas Pusat? rasanya Pas Pusat lagi banyak masalah dari negeri. Apa pun Mc nak ucap Selamat mengerjakan haji Ustaz Azizan, semoga mendapat Haji Mabrur.. bukan Mabruk. McTheory: Yang Mabruk tu puak Pas saja. heh.. sebab perangai lebih kurang macam beruk. | ||||||
TUDIAA!! Siapa Nak Tengok Muka Blogger pro UMNO yang belot masuk Pas? Posted: 01 Nov 2011 05:37 PM PDT
Mc tak kisah sangat dia nak masuk Pas. Lantak pi kat dia la, dia bukan bagus mana pun. Tapi cara dia membongkarkan semua identiti blogger pro kerajaan, terutamanya blogger Kedah, Mc rasa terpanggil untuk mendedahkan identiti sebenar si Husaini Harun atau lebih glamor di panggil HH. Banyak rahsia pasal UMNO dia dedahkan. Satu pun dia tak simpan. Kiranya dia nak bagitau, masuk Pas, serupa dia serahkan jiwa dan raganya la. Bagus la tu, orang macam HH ni memang sesuai masuk Pas. Dari mula Mc kenal dia ni, sememangnya penuh dengan masalah. Mc malas nak dedahkan perangai buruk mamat HH ni. Kalau dia main lebih, baru kita lebih-lebihkan lagi. Dulu dia guna blog http://husaini.name.my .. sekarang ni tah la, blog tu pun asyik down saja, mereng macam tuan dia la jugak. Tapi ada puak Pas kata dia nak setup blog baru pro Pas. He he.. kalau betul pun, ada aku kisah? he he.. Mc harap puak Pas Kedah bergumbiralah dengan segala 'rahsia' yang dia akan dedahkan tu. Tah betul tah tidak! Apa pun Mc ucapkan selamat maju jaya HH, semoga perjuangan baru hang tu, kekal untuk selamanya. Terima kasih sebab belot sebelum PRU ke 13, kalau tak lagi banyak benda yang akan terpecah. Lagipun, hang ada ka, takdak ka, sama saja. McTheory: Ada tak menambah, takdak alhamdullilah.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment