Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


SOSIAL!! Gara-gara Video Seks, Budak2 ni Lakonkan semula..

Posted: 01 Nov 2011 11:09 AM PDT


tak dak orang nak larang ka budak2 ni dok main macam tu.. kecik2 ajuk-ajuk pakai baju, besar-besar nanti, terus tiru tak pakai baju..

KASI PANAS!! MB Selangor Mabuk Todi kot.. Lain Yang Di Tanya Lain Yang Jawab!

Posted: 01 Nov 2011 09:08 AM PDT


Khalid Jamban ni ada masalah mental ka? he he.. lain macam saja..

KASI PANAS!! Cerita Pasal Wardina Si Artis Perasan Bagus!!

Posted: 01 Nov 2011 06:08 AM PDT



Sebenarnya, saya pelik dengan kerenah seorang artis dan selebiriti wanita yang merasakan dirinya bagus, intelek, seolah-olah 'berkasta tinggi' dan sentiasa menganggap pandangannya itu betul. Siapa lagi artis wanita itu jika bukan Wardina Safiyyah.

Sebagaimana kita tahu, sejak Wardina mengubah imejnya dari tidak bertudung kepada imej yang lebih baik dan mengenakan tudung, identiti baru Wardina itu dipuji serta diakui sebagai satu tindakan yang sangat baik. Saya sendiri suka dan puji dengan tindakan Wardina tersebut.

Dijelaskan di sini, pujian dan sokongan tersebut adalah kerana penghijrahan dan penampilan imejnya yang lebih Islamik. Meskipun masih lagi mengenakan pakaian yang agak menampakkan bentuk tubuhnya dan menayangkan bentuk dengan menjadi model produk kelansingan badan, tindakan Wardina itu boleh dikira sebagai satu permulaan yang baik untuk menutup aurat. Itu saja.

Namun malangnya, penghijrahan identiti Wardina itu tidak sekata dengan penghijrahan minda dan sikap Wardina. Setelah bertudung, dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang mencetuskan kekeliruan serta dikatakan sering berlagak lebih bagus dari orang lain, termasuk rakan-rakan artisnya.


Suatu ketika dahulu, Wardina pernah mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap Dato' Seri Shahrizat Jalil dan seolah-olah mencabar Menteri itu untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Komen "retweet"nya di laman twitter Shahrizat menggambarkan dia seolah-olah mahu menceburi bidang politik dengan bercita-cita untuk duduk ditempat Shahrizat di Parlimen.

Ekoran itu, dia "dibelasah" teruk oleh beberapa blogger politik semasa yang mempertikaikan tindakan bodohnya itu. Tidak tahan dengan serangan blogger tersebut, Wardina bertindak mengadakan sidang media menjelaskan bahawa dia tidak punya kaitan atau minat dengan dunia politik! Munasabahkah kenyataan Wardina itu jika dibandingkan dengan kenyataannya pada Shahrizat?

Setelah insiden itu reda, Wardina sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mengecam sebilangan artis yang ditanya wartawan mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kata Wardina, selain mengutuk wartawan yang berartis-artis tersebut tidak layak memberikan komen mengenai perkara itu kerana tidak berilmu.

Saya tertanya-tanya, dengan penghijrahan Wardina dari sudut pakaian, apakah dia berhak menghukum rakan-rakan artisnya sebagai tidak berilmu? Apakah semata-mata kerana Wardina kini bertudung maka dia berhak untuk menafikan rakan-rakan artisnya memberikan pandangan? Jika benar pun rakan-rakan artisnya itu tidak berilmu, apakah mereka diharamkan oleh hukum Islam untuk memberikan pendapat mengenai hudud dari perspektif mereka? Siapa Wardina untuk menafikan hak mereka bersuara?

Terbaru, Wardina yang sering rasa dia semua betul itu telah dibidas oleh anak gadis Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyiddin. Dalam insiden di twitter itu, Wardina sekali lagi turut campur soal politik dengan mengandaikan bahawa anak-anak Menteri tidak ada seorang pun yang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Meskipun Wardina meletakkan tanda soal dalam andaiannya itu, kenyataan di twitter tersebut jelas cuba memburuk-burukkan keluarga Menteri-Menteri. Setelah di"terjah" Najwa, baru dia "terbongek" dan "cover" malu! Pada pandangan saya, jika Najwa tidak bersuara, sudah tentu Wardina akan tersenyum puas!

Begitulah Wardina Safiyyah. Seorang wanita cantik bertudung yang menafikan terlibat atau menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini. Namun, dari gaya bahasa dan sikap yang ditunjukkan, rasanya budak mentah pun tahu dia berpihak kepada parti mana. Pada saya, Wardina tak perlu hipokrit untuk mengaku menyokong mana-mana parti pada ketika ini kerana ramai sudah nampak "belang" sebenar pendiriannya.

Tak payah takut, Wardina. Kalau berpihak kepada DAP sekali pun, saya akan hormati pendirian Wardina itu, tapi tak perlulah hipokrit untuk menafikan sesuatu yang kini menjadi "open secret". Ramai yang dah tahu…

MyKMU

Video Pas Mengaku hudud bukan agenda Pakatan Rakyat!!

Posted: 01 Nov 2011 03:07 AM PDT


Depan cina cakap lain, depan puak Taliban Pas cakap lain pulak. Jenis manusia pembelit ni susah nak percaya..

GEMPAR!! Apabila Pemuda Taliban Marahkan Ustaz AF!!

Posted: 01 Nov 2011 12:09 AM PDT



Apabila puak taliban tak mengaku mereka taliban. hehe..

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai "keterlaluan" menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar "jangan tiru Taliban" dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bulan depan.

"Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban," kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.


Sambil menganggap pandangan Asri sebagai "belum mengenali Pemuda PAS", Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

"Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain," kata beliau.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.

"Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka," kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.

"Ada pilihan yang lebih baik," kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia

Biasa la, mana ada orang gila mengaku dia gila. Mana ada orang jahat mengaku dia jahat. Cuba pergi tanya banduan dalam penjara, depa mengaku jahat tak? Sahih tak mengaku punya, sama juga macam puak Pemuda Taliban Pas ni.. hehe..


McTheory:
Marah benor nampak Tantawi.. hehe..

PANAS!! Sememangnya Tony PUAka, anti Melayu!!

Posted: 31 Oct 2011 09:08 PM PDT



Macam-macam puak komunis moden ni gelarkan kepada Melayu yang memperjuangkan hak Melayu. Fasisme la, rasisme la, kronisme  la dan pelbagai lagi.


Mana buku dia cilok buat rujukan pun taktau la. Fasisme tuboleh diandaikan lebih kurang macam zaman pemerintahan Hitler dulu. Mahu ideologi dan kefahaman satu puak saja. Tak boleh berbeza pandangan nanti kena hukum. Kebanyakkan kerajaan zaman dulu menguna pakai kan sistem tersebut. Apakah Malaysia sudah mencapai tahap sampai macam tu?

Hanya kerana ada pihak yang tidak gemar dengan 'gerakan hak asasi manusia' si Tony PUAka ni kata Malaysia mengamalkan fasisme?


Sistem parti Dap pula macam mana? bukan Fasisme kah? Atau Napotisme? memperjuangkan hak kaum cina dan mengamalkan sistem keluarga dalam parti. Bukankah itu lagi teruk? Sistem tersebut boleh digelar sebagai Regim. Mewariskan takhta kepada keturuanan keluarga.

Kalau nak dibandingkan Kerajaan Singapork dengan kerajaan Malaysia, kerajaan Singapork, lagi teruk berkali ganda berbanding Malaysia. Di sana langsung pembangkang tidak diberi kebebasan. Malah kaum lain selain kaum cina tidak diberi peluang untuk majukan diri. Hak asasi manusia? Seolah-olah tidak ada dan wujud langsung. Sepatutnya Kerajaan Malaysia juga harus berbuat sedemikian untuk mengekang masalah sensitif berkaitan kaum Melayu.

Biar la si beruk2 Dap ni nak kata apa pun, asalkan Malaysia aman makmur dan bahagia.

Bila bangun membela kaum Melayu saja, dah mula panggil Fasisme! Kepala otak ko Tony PUAka!

McTheory:

Tony ni asal Singapork, patut dihantar balik negara asal..

TERGOLEK!! Apabila Anwar Nak Tunjuk Dia Pandai Dari DS Najib!!

Posted: 31 Oct 2011 06:08 PM PDT

Sekarang ni Anwar dok bercerita mengenai kisah lama. Kisah semasa dia jadi TPM dan menteri kewangan pada tahun 1991. Dia kata hutang negara tak banyak serupa sekarang. Kiranya dia nak tunjuk dia hebat dan pandai dari DS Najib la. Namun hakikat yang sebenar, disebalik tabir, sebelum si Anwar ni jadi menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang memegang jawatan tersebut.

Pada yang tidak mengenali Tun Daim ni, beliau merupakan ahli perniagaan yang tersohor dan amat bijak dalam menguruskan kewangan. Atas sebab demikian, beliau di minta oleh sahabat baik beliau iaitu Tun Dr Mahathir, pada waktu itu Perdana Menteri Malaysia, untuk menguruskan kewangan negara.

Setelah negara mempunyai aset dan rekod kewangan yang stabil, barulah beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri kewangan (secara sukarela) dan menyerahkan kepada Anwar yang ketika itu anak emas kesayangan Tun Dr Mahathir.

Anwar hanya menjawat jawatan tersebut ketika ekonomi negara berada di puncak dan digelar sebagai "Harimau Ekonomi Asia" pertumbuhan KDNK pula lebih daripada 8% selama 5 tahun, mengalahkan negara Asia lain di termasuk Australia antara musuh ekonomi terdekat Malaysia.


Itu hasil dari Tun Daim dan Tun Dr Mahathir, bukannya hasil dari Anwar.


Hasil dari Anwar menjelma pada 1997, apabila ekonomi negara merudum disebabkan penyangak matawang. Malah tindakan bodoh Anwar yang mahu meminjam sumber kewangan dari IMF menyebabkan Tun Dr Mahathir mengambil alih jawatan menteri kewangan dan menyelamatkan Malaysia dari bankrup!

Jika Anwar mengambil pinjaman dari IMF, separuh negara akan tergadai kepada kuasa luar. Kemungkinan ekonomi semakin parah dan rakyat akan terbeban dengan situasi tersebut.

Apakah itu dipanggil penjana ekonomi mesra rakyat apabila sanggup membebankan rakyat demi menyelamatkan negara?

Anwar hanya pandai bercakap, tapi bodoh dalam tindakan. Tengoklah Selangor, dimana dia menjadi penasihat ekonomi, apa dah jadi?

LINGKUP, gadai sana, gadai sini.

Selangor, declare kata kewangan paling banyak dalam sejarah, macam mana tak banyak kalau semua harta negeri korang gadai!

Declare kan sekali aset kerajaan negeri dari dulu hingga sekarang, kita tengok perbezaannya.

Macam ni nak jaga Malaysia? Macam ni nak dipanggil hebat?

Jaga Selangor pun lingkup, ada hati nak jaga Malaysia?


McTheory:
Pada yang dikurniakan akal oleh Allah, fikir la baik2 ye..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...