PAPA GOMO |
Ekslusif - Bila Wartawan Dipijak, Diherdik Dan Dimaki Hamun Oleh Mereka Yang Berjawatan Posted: 02 Nov 2011 07:00 PM PDT Wartawan Bukan Pengganas Semalam Gomo terima satu SMS dari seoang sahabat media dari Portal Agenda Daily. Bukan baru kenal sahabat ni tetapi sudah lama dan banyak kali berkerjasama dan kadang kala melepak sekali dengan beliau. Dan Gomo boleh katakan belia ni memang otai dan orang lama dalam bidang kewartawanan. Bila membaca mesej dari beliau Gomo mengeleng kepala kerana apa yang berlaku keatas dirinya adalah tidak patut sama sekali. Kenapa Gomo nyatakan demikian? Anda baca dan nilaikan sendiri penghinaan yang beliau perolehi: SESUATU YANG MEMALUKAN... Apa peranan setiausaha akhbar sebenarnya, saya rasa ramai dikalangan wartawan tidak begitu mendalaminya, kebanyakkan hanya tahu tugas atau peranan setiausaha akhbar ini hanyalah tukang buat ucapan bos dan tukang atur sidang media saja...tukang gunting berita yg disiar...tukang cari jawapan utk bos...lebih pada itu, hanya boleh dianggap Pegawai Menteri sajalah. Saya tak dapat tidur terkenang apa yg berlaku pada saya ekoran kedangkalan seorang setiausaha akhbar...Apahalnya ni, saya yang sudah berpuluh tahun bertugas sebagai wartawan belum pernah sekali diaib dan dimalukan oleh seorang setiausaha akhbar. Tetapi malam tadi di majlis penyampaian bantuan khas rakyat bandar tun razak dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri (ts) Muhyiddin Yasin. Ketika ts melawat pejabat dan bilik2 umno bhg bandar tun razak, saya seperti biasa hanya mengambil gambar kerana dapat tahu tidak ada sidang media. Tiba2 setiausaha akhbar ts yg bernama hafiz menegur saya dengan kasar sambil mengatakan saya tidak faham yg tempat itu tidak dibenarkan ambil gambar dan tanya saya mana ada jurugambar media lain ada disitu. Hafiz marah benar pada saya dan anggap saya tak reti bahasa hingga menyusahkannya yg terpaksa memantau pergerakan saya...tindakan dan sikapnya yg agak berang itu dilihat oleh pemimpin2 umno, yg jelas ada disitu datuk wira syed ali yg juga setiausaha badan perhubungan umno wp yg sebelum itu memanggil saya supaya ambil gambar disitu. Ramai pemimpin yg mengenali saya terkejut melihat saya dimarahi spt budak baru jadi wartawan. Saya sempat bertanya, apahal ni..dalam keadaan agak tegang itu, tiba2 dato ainun panggil saya dan beri amaran supaya saya jangan tanya apa2 soalan@istilah wartawan kini 'jangan jolok' pada tpm. Apakah Hafiz seorang pegawai tpm yg tak tahu adab...apakah saya melaku kesalahan dan melanggar etika kewartawanan...apa kena mengena jurugambar media lain dgn saya...apakah saya hanya boleh buat liputan ikut aturan saja...serabut betul dgn tabiat kurang ajar ni...adakah ts muhyiddin tak ajar budak ni cara kerja... Tolong jelaskan pada saya apa maknanya wartawan...adakah kerana saya boleh dapat berita dan orang lain tak dapat maka saya tak layak utk buat berita itu...etika wartawan mana yg dia pakai. Saya amat kecewa dengan sikap seorang pegawai kepada tpm seperti ini...itupun baru bertugas dgn tpm, andaikatalah ts muhyiddin jadi pm...tentu lagi besar kepalanya... Oleh kerana kita saling memahami dan memerlukan antara satu sama lain, saya mahu Hafiz memohon maaf atas sikap kurang ajarnya... Dikirim kepada Gomo Brother Lokman Agenda Daily. Bila membaca apa yang diluahkan oleh Brother Lokman ini Gomo melihat satu pekara yang sebenarnya lazim berlaku kepada para wartawan waktu ini. Jika dulu para wartawan tidak mendapat banyak kesulitan dalam menjalankan tugas malah nak dihambat mereka ini pun pasti tidak dilakukan terutama pemimpin mahupun orang Politik. Dulu wartawan satu hati dan bila seorang wartawan dimarah ataupun diherdik pastinya seluruh wartawan yang ada akan meninggalkan program yang berjalan ataupun sidang media yang ada pada waktu itu. Itulah betapa kuatnya semangat Soliditari para wartawan waktu itu. Berbalik kepada luahan Brother Lokman wartawan Agenda Daily ini Gomo melihat bahawa para Pegawai mahupun Setiausaha Akhbar pemimpin Politik kini sudah semakin angkuh dan bongkak dalam mengalas tugas mereka. Mereka ini tidak pandai lagi berfikiran menjaga Majikan iaitu Boss mereka sebaliknya beremosi dalam tugas mereka. Bodek tetap bodek tetapi nak meguruskan para wartawan memang mereka ni beremosi seolah olah mereka lah yang terhebat. Tindakan Mengaibkan Wartawan dihadapan orang ramai satu tindakan yang seharusnya dikutuk oleh para wartawan yang ada memandangkan para Wartawan ini menjalankan tugas melalui bidang dan skop mereka. Apalah lagi dengan wartawan yang sudah berpuluh tahun ada dalam bidang tersebut sepertimana Brother Lokman kita. Hina sangatkah dengantugasan wartawan yang mencari berita buat rakyat? Sebenarnya apa yang berlaku pada Brother Lokman Wartawan Agenda Daily ini bukanlah satu pekara yang baru kerana untuk pengetahuan semua sudah acap kali berlaku pekara sebegini dalam program program lain. Jika tidak tindakan mengaibkan para wartawan ada pula Bodyguard pemimpin politik ini yang menyiku mahupun menolak para wartawan dah macam para wartawan ni Pengganas pulak dibuatnya. Paling banyak yang berlaku kepada para wartawan adalah Maki hamun dan kata cacian yang dilemparkan dan Gomo berminat nak nyatakan dua contoh yang mana Wartawan yang bertugas telah dimaki hamun dan dicerca oleh pemimpin Politik. Lihat video dibawah ini. PRN Sarawak 2011 Balai Polis Dang Wangi 2011 Itulah pemimpin politik yang ada pada hari ini, jika tidak pemimpin maka Pegawai mahupun setiausaha Akhbarnya pula yang lebih sudu dari kuah.Adalah amat memalukan bidang Kewartawanan dalam negara kita ini bila Wartawan yang bertugas menjalankan liputan tidak dihormati oleh mereka yang dimaksudkan. Lihat negara luar bagaimana Wartawan dihormati dan juga dihargai tugas mereka dalam melaporkan berita buat rakyat dan bukannya dicerca mahupun diherdik. Gomo dengan ini meminta agar setiap Setiausaha Akhbar ataupun pegawai Media yang ada tidak kira siapa pun anda dan majikan anda agar menghormati para wartawan. Jangan angkuh dengan jawatan yang ada pada diri anda kerana jawatan tersebut anytime boleh dilucutkan dan belum tentu anda merasai nikmat ketika anda berjawatan. Para Wartawan pula mestilah bersatu hati dalam mejalankan tugas anda dan para wartawan perlu menolak mana mana Setiausaha Akhbar, Pegawai Media mahupun Pemimpin Politik yang tidak menghormati anda sebagai wartawan. Jangan kita terlalu lemah kepada mereka ini sehingga kepala diinjak injak. Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas!!! Psssttt.... Gua dengan wartawan Ngam oooo....depa buat kerja kita pun para Blogger lebih kurang sama je macam depa. DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
I'm The Greatest Papa In The World Posted: 02 Nov 2011 09:02 AM PDT Semalam 1.11.11 merupakan satu hari lagi yang bermakna dalam hidup Gua dan wife bila menerima cahaya mata yang kedua seorang bayi perempuan pada jam 7.35pm dengan berat 2.4kg. Gua sekarang dah menjadi bapa kepada dua orang anak perempuan dan terus terang gua cakap yang gua berasa bangga dengan wife yang merupakan insan yang paling cekap dalam memberikan zuriat Gua. Semalam Gua sekali lagi menemani wife sewaktu dalan wad bersalin, dulu waktu anak pertama Gua turut menamani wife ketika waktu keperitan beliau mengharungi cabaran melahirkan anak. Fuh memang perit bila kita lihat waktu tu, memang sukar apa yang wife lakukan. Gua ni memang Jantan Tulen tapi bila berhadapan dengan situasi begitu nak taknak air mata meleleh juga sewaktu Bayi dilahirkan. Sungguh besar pengorbanan seorang isteri kita. Disinilah yang patut kita ketahui bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang Ibu dan juga isteri ketika melahirkan kita dan juga zuriat kita. Memang cekal hati seorang wanita dan memang besar keberanaian mereka menempuh saat sukar itu. Gua temankan Wife dari mula sampai selesai semuanya bagi memberi dorongan buat wife agar beliau tidak keseorangan dalam mengharungi penderitaan itu. Anak Gua yang Girl kali ni ikut Mama nya, kulit putih macam mama nya yang Chiness,mata sepet pun ikut mamanya. Hope Baby Girl no 2 ni akan ikut macam Kakak nya yang sulung cerdik dan bijak macam Papanya. Hehehehe Apa pun Gomo lelaki Tulen dan mission lepas ni untuk dapatkan 6 Orang lagi cahaya mata yang mana 2 Baby Girl dan 4 baby boys. Harap my Wife sanggup dengan permintaan ni hehehehe. I Love My Family So Much psssttt . . .nama anak? Emmn rahsia hehehe |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment