House PK

House PK


PANAS BERAPI! BABI INI WAJIB DIMASUKKAN DALAM PENJARA

Posted: 25 Mar 2014 01:16 AM PDT

Bangkai pesawat MH370 yang hilang lebih 3000 kilometer ke selatan Perth, masih belum ditemui. Pengesahan yang dibuat oleh Perdana Menteri malam tadi bahawa pesawat tersebut berakhir di kawasan berkenaan, hanyalah berdasarkan kepada rumusan pakar dan imej satelit. Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemui untuk memberikan kepastian bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas jauh dari luar laluan asalnya.

Pecacai Pakatan melihat tragedi ini sebagai satu konspirasi terutama sekali pengisytiharan tersebut dibuat selepas PRK DUN Kajang. Mereka percaya, tragedi tersebut adalah konspirasi. Mereka yang sudah lama diasak dengan teori pembunuhan Altantuya Shiiribu dan dikaitkan dengan kapal selam Scorpene, kini mengaitkan pula dengan penghumbanan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan kematian 239 anak kapal dan penumpang sebuah pesawat.

Dari satu pihak yang lain pula, kaitan antara juruterbang itu dengan Anwar Ibrahim dan PKR dijadikan sandaran, apatah lagi dengan penambahan faktor bahawa pesawat itu dilencongkan secara manual, transponder dimatikan secara sengaja dan masalah rumahtangga juruterbang tersebut selain pesawat tersebut diterbangkan rendah untuk mengelak radar penerbangan awam.

Masing-masing sibuk menuding jari antara satu sama lain.

Di luar negara, media-media antarabangsa turut memainkan peranan dengan menjadikan Kerajaan Malaysia dan MAS sebagai sasaran untuk diburuk-burukkan. Fakta bahawa hampir 30 buah negara bekerjasama mencari pesawat tersebut dengan menggunakan pelbagai teknologi tetapi masih gagal menemui pesawat itu, cuba dilupakan dan langsung tidak diambil kira. Bahkan sebahagian media asing memberikan gambaran, Malaysia cuba menyembunyikan maklumat sebenar berhubung nasib pesawat tersebut.

Dan di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Malaysia dan kerajaan negara ini, muncul pula satu kumpulan lain yang sebelum ini cukup terkenal dengan pendedahan mereka berhubung politik Amerika Syarikat yang sanggup mengorbankan ribuan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menyerang beberapa negara yang menjadi laluan dan telaga minyak di Timur Tengah menerusi Projeksi 9-11 yang sangat terkenal itu.

Segala-galanya bercampur baur!

Dalam keadaan ini ada hikmah yang sepatutnya diteladani oleh rakyat Malaysia. Ada banyak ilmu yang sedang Allah Taala taburkan kepada kita. Ada banyak pelajaran yang seharusnya dipelajari dan diamalkan. Namun berapa ramai daripada kita yang melihat dari sudut positif berbanding menuding jari dan melihat politik adalah segala-galanya?

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 120 bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."

Walaupun dari satu segi, mungkin ramai yang tidak melihat perancangan atau konspirasi pihak berkenaan tetapi kalau kita perhatikan dari susur galur punca kepada Perang Salib, perkara sebegini berlaku terus-menerus walaupun dalam bentuk yang lebih moden dan lebih berkredibiliti.

Dituduh menyembunyikan maklumat, tidak bercakap benar, berkonspirasi atau lebih jahat lagi, sudah ada yang berteori, apabila Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara, sebuah lagi jet penumpang akan dikorbankan… semua itu memerlukan perhatian dan pemikiran yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang dihidangkan atau disuapkan kepada kita.

Janji Allah Taala itu benar. Janji Rasulullah s.a.w juga benar. Penghujung dunia akan menyaksikan umat Islam ditindas dan difitnah. Penghujung zaman dikenali sebagai Zaman Fitnah akan menimbulkan pelbagai haru-biru sehinggakan yang benar dikatakan palsu, penyamar dikatakan ulama, si bodoh dikatakan cendekiawan dan si penjahat dikatakan pembela.

Sebagai umat Islam dan mengaku berkalimah Thoiyibbah, seharusnya kita sudah menerima petunjuk dan hidayah ini dengan ilmu pengetahuan. Kita kena kembali kepada-Nya. Kena berfikir secara Islam. Kena berfikir sebagai orang Islam. Bukan berfikir secara orang politik atau akidah politik. Bukan bertindak secara sembrono tanpa berfikir sepertimana yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Sebabnya, melihat kepada sepanjang tragedi MH370 ini, terlalu ramai daripada kita yang tiba-tiba menjadi PAKAR sekalipun sekadar berimaginasi dan langsung tidak berpandukan kepada ilmu, sehinggakan yang tidak pernah naik kapal terbang pun, boleh pula menerangkan rupa bentuk kapal terbang dan jajaran penerbangannya.

Sumber: MyKMU

TAKZIAH DAN AL FATIHAH BUAT MANGSA MH 370 - APA YANG BERLAKU PADA MH370!??

Posted: 24 Mar 2014 11:28 AM PDT

Setelah 17 hari akhirnya PM malam tadi mengumumkan yang MH370 akhirnya hilang atau dalam bahasa kasarnya terhempas kat Lautan HINDI! Klik sini untuk berita penuh.

Berat dan sedih untuk menerima berita ini, aku percaya jauh disdudut hati kita semua mahu MH370 ditemui dalam keadaan selamat. Namun ini tidak berlaku.

Apa yang kita mahu tahu ialah kenapa pernerbangan yang sepatutnya ke Beijing boleh terbang hingga ke Lautan Hindi berhampiran Australia! Kenapa responden ditutup secara sengaja? Kenapa langsung tiada SOS atau apa-apa saja berita dari kokpit? Apa yang telah berlaku sebenarnya. Satu dunia nak tahu.

Aku tertarik dengan artikel yang ditruliskan oleh Mazidul Akmal seperti berikut:

"Berita itu pastinya disambut sedih tetapi tidak mengejutkan kepada ahli keluarga 239 penumpang dan kru kabin pesawat malang itu. Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh 26 negara selama 17 hari, membabitkan penggunaan aset berteknologi tinggi.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Al-Fatihah.

Apapun, pengumuman terkini itu tentunya tidak menoktahkan pelbagai persoalan lain di minda masyarakat tempatan dan dunia.



Antara soalan itu, apakah faktor utama mendorong MH370 mengubah arah laluan ke Lautan Hindi? Apakah sebenarnya terjadi di dalam pesawat itu sebelum mengakhiri penerbangan di lautan paling terpencil itu? Adakah MH370 dirampas?

Biarlah soalan itu dijawab oleh pakar terbabit dalam siasatan kes ini. Kita berharap, penjelasan kelak dikongsikan secara telus tanpa keraguan.

Bukan seperti kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Pada 22 Mac lalu, portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan tindakan Anwar mempertikaikan bagaimanakah maklumat hubungannya dan juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dibocorkan kepada akhbar United Kingdom, Daily Mail.

Klik di sini.




Sebenarnya, di laman sosial, Instagram, menantu Anwar telah berkongsi maklumat mengenai status Azaharie digelar sebagai 'uncle'.


Klik di sini.

Anwar sepatutnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia, Zaharie, 'uncle' kepada menantunya, isteri anak lelaki dia, Ehsan. Biarpun hubungan persaudaraan itu barangkali jauh, tidak salah sekiranya Anwar memberikan penjelasan TELUS, lebih awal.

"Menantu saya, Syaheedah, isteri Ehsan, memanggil Zaharie sebagai 'uncle' tetapi dia tidak begitu saya kenali biarpun Zaharie, ahli seumur hidup dan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat, PKR"
Kenyataan sebegitu pastinya membunuh semua spekulasi negatif terhadap Anwar. Hairan, mengapakah dia perlu menjelaskan status itu melalui CNN? Lebih tidak dijangka, Anwar tersilap mengeluarkan kenyataan mengenai Zaharie.

"... dia (Zaharie), ahli kepada parti pemerintah," kata Anwar.

Klik di sini.

Mengapakah sejak dari awal, Anwar enggan berterus-terang dan menghuraikan hubungan sebenar di antara dia dengan Zaharie? Apakah ditakutkannya? Mengapakah dia bak mengelak untuk dihubungkaitkan dengan juruterbang berusia 53 tahun itu?

Terkini, polis menyiasat ramai individu berhubung kes kehilangan MH370. Dilaporkan, tiada kesangsian timbul mengenai pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 tahun. Manakala isteri Zaharie , Faizah Khan, dijangka bakal disoal siasat oleh petugas Biro Persekutuan Amerika, FBI.

Baca di sini.

Kes panggilan telefon wanita tanpa identiti diterima oleh Zaharie, 2 minit sebelum MH370 berlepas tentunya akan disiasat oleh polis secara lebih terperinci. Nombor telefon didaftar menggunakan dokumen palsu.

Saya melihat pengumuman MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi, bermulanya titik memburu kebenaran."

House PK: Kenapa Anwar kalut semacam je ni? Menarik betul persoalan yang ditimbulkan oleh Mazidul, cuma aku harap rakyat yang sudah pun menghalalakan perbuatan liwat Anwar tidak akan terus-terusan sesat dan tak bagi pihak berkuasa untuk menyiasat apa kaitan Anwar dengan kes ni ok..

Takziah sekali lagi aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, Insya'allah aku dan sahabat-sahabat blogger akan berjuang untuk bongkarkan kebenaran walau sepahit mana sekalipun. Tak kira la siapa yang terlibat pun, salah tetap salah.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...