BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI KEPADA RAKYAT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! MB SELANGOR #KHALIDIBRAHIM MENGAKU PELUANG UNTUK KEKAL 50-50 !!!
- #PRKKAJANG !!! #RIDHUANTEE MEMBELASAH #MCA KAW-KAW !!!
- KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! GAGAL GUGURKAN #SHAFEEABDULLAH PUNCA #ANWARIBRAHIM NAK JADI MB ???
KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI KEPADA RAKYAT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!! Posted: 03 Feb 2014 07:30 AM PST Menyedari tindakan bodoh PKR yang popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat pada ketika ini telah memaksa Pengarah Strategi parti itu,Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.Melalui posting terbaru di laman blognya,Rafizi mengakui tindakan partinya itu,telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. "Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu. Menurut ahli parlimen Padan itu juga,tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu.Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.Paling menarik dia turut mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa.Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu. Dalam erti kata lain,Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum ini.Persoalannya ialah,mereka sebelum ini bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini.Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut,malah telah berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat. Kesimpulannya ialah,permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan 'sarkas' politik ini.Ini kerana sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu.Natijahnya,Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! MB SELANGOR #KHALIDIBRAHIM MENGAKU PELUANG UNTUK KEKAL 50-50 !!! Posted: 03 Feb 2014 04:00 AM PST Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi Dun Kajang kelak.Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50- 50. "Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak'," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama.Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang.Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan. Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini ??? Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.Menurutnya,segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata."Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini. Persoalannya ialah,sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata,apa rasionalnya bekas Adun Kajang,Lee Chin Cheh meletakkan jawatan ??? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut ??? dan yang paling penting,mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya ??? Kesimpulannya,Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya.Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal,kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti 'sarkis' Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI (Mempercayai Apajerr Cakap Anwar Ibrahim).Namun apa yang mereka tidak tahu ialah,Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang,tak dapat jadi Perdana Menteri,tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini : 18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor. 07.05.13 – Saya tidak bersara.Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts. 20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno 27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang 28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar.Saya tidak akan ambil alih jawatan MB. x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti,selepas berjaya menang di Dun Kajang) APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! #RIDHUANTEE MEMBELASAH #MCA KAW-KAW !!! Posted: 03 Feb 2014 01:00 AM PST MCA belum apa-apa lagi sudah membidas Umno yang ingin bertanding di Dun Kajang,yang telah dikosongkan parti ultra kiasu.Pada MCA,kerusi tersebut adalah milik bapaknya.Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi.Jika tidak,mereka akan bertindak balas,boikot.Peliknya,bila kena pada mereka,mesti ikut formula.Bila kena pada kita,tidak ada formula.Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut? Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot.Banyak cantik muka MCA! Cermin diri dahulu.Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA,kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno.Persoalan saya,siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu? Jika tidak ada,duduk rumah diam-diam.Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.Jika adapun calon MCA,cari yang Cina Muslim,baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu. Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu,48%,Cina 41%,India 10%.Pada tahun 2013,PKR menang dengan majoriti 6,824.Tahun 2008 - 3,268,tahun 2004 - 2,773.Maknanya,selama 10 tahun ini,MCA tidak pernah menang. Bayangkan jika kawasan itu majoriti Cina.Lagi putih mata.Jadi,muhasabah dirilah MCA.Selama ini pun MCA tidak pernah kuat.MCA mendapat sokongan dan menang di kawasan majoriti Melayu sahaja.Peliknya,kenapa MCA begitu yakin dapat menawan Dun Kajang.Sepanjang kajian,majoriti pengundi Cina menyokong parti ultra kiasu.Justeru,amat sukar diterima,apabila MCA begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding,seolah-olah tidak tahu malu.Sangat kelakar lagi,pemuda MCA menempelak kenyataan Pemuda Umno melalui kenyataan bahawa kerusi tersebut tidak semestinya ditandingi MCA.Pada saya,kenyataan pemuda Umno itu ada justifikasinya. Kita semua tahu, trend pengundian di negara kita bersifat perkauman.Saya amat yakin jika MCA bertanding,majoriti undinya akan menjadi lebih kecil kerana sudah tentu pengundi Melayu dahulunya menyokong MCA tidak akan mengundi MCA lagi kerana mereka sudah ada calon pilihan lain berbangsa Melayu. Jika calon Melayu diletakkan,sudah tentu Melayu tidak begitu menyampah.Bukan apa,untuk BN menang jauh sekali. Tetapi sekurang-kurangnya menurun majoriti PKR yang terlalu bongkak itu.Lagipun,jika MCA bertanding,saya tidak nampak pengundi Cina akan menyokongnya.Paling tidak,dapat juga dialihkan undi Melayu.Baru agak mudah untuk kita menganalisa sejauh mana Melayu mengundi Pakatan Rakyat.Ingatlah pengundi Melayu sedang marah kepada MCA hari ini.MCA seolah-olah sama sahaja seperti ultra kiasu.Apatah lagi mereka senyap sepi dalam isu guru mualaf di SJKC Nan Ya,Kota Tinggi.Begitu juga isu gantung loceng di dada murid-murid Islam di SJKC Khai Meng, Sungkai.Perjuangan chauvinis MCA seolah-olah tiada bezanya dengan ultra kaisu, meskipun mendakwa memperjuangkan semua kaum.Jika benar-benar MCA mahu mengikut formula dalam BN,mudah sahaja.Bertandinglah di kawasan majoriti Cina.Kawasan majoriti Melayu lepaskan kepada orang Melayu.Kenapa kawasan Melayu juga mahu direbut? Pemimpin Cina Parlimen Ayer Hitam,Johor,mesti boleh jawab.Ingatlah,setiap kali berlaku pilihan raya sama ada PRU atau pilihan raya kecil (PRK),ia melibatkan belanja besar.Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu sahaja! Banyak lagi perkara boleh dilaksanakan.Apatah lagi jika kita yakin tidak boleh menang.Cadangan saya,jika MCA masih terus berkeras,lebih baik BN tidak perlu bertanding langsung.Biarkan MCA terkontang-kanting seorang diri.BN boleh bantu,tetapi biarkan MCA keluarkan semua perbelanjaannya.Parti komponen BN yang lain perlu belajar dan bantu secara sukarela tanpa diberi imbuhan seperti mana dilakukan oleh Pas selama ini.Kejayaan Pas adalah kerana ahli parti mereka bekerja dengan tidak mengharapkan imbuhan,melainkan imbuhan 'pahala' sahaja.Di sinilah kekuatan Pas.Jika ini boleh dilakukan,kalah pun berbaloi.Kita mahu tengok MCA benar-benar ada gigi ke tidak atau sekadar gigi palsu. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! GAGAL GUGURKAN #SHAFEEABDULLAH PUNCA #ANWARIBRAHIM NAK JADI MB ??? Posted: 02 Feb 2014 09:10 PM PST Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan pilihanraya kecil di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti.Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi Menteri Besar.Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir wang rakyat dan tidak bertanggungjawab.Seperti yang diketahui,sesebuah PRK memakan kos jutaan ringgit.Memandangkan Kajang merupakan kawasan berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi.Berdasarkan hakikat ini,mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati tanpa sebab musabab yang konkrit.Apa yang berlaku,membuktikan bahawa PKR langsung tidak mempedulikan rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata atas kepentingan pemimpin dan politik parti.Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan taktikal mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik dan diri sendiri. Azmin, kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin 'nasional' seperti Anwar untuk kukuhkan kedudukan PR.Bagaimanapun,Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar sebagai ADUN dan bukan MB,boleh membantu mengukuhkan PR.Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya Anwar bertanding di Kajang adalah untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal menjadi lebih kuat akibat 'kejatuhan Datuk Seri Najib' nanti.Menurut Rafizi,Datuk Seri Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan yang didalangi oleh bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad.Setelah kejatuhan itu,isu perkauman dan agama akan 'meletup' dan PKR dan PR perlu bersedia untuk menghadapinya.Untuk itu,Anwar diperlukan di DUN Kajang serta tidak menolak kemungkinan yang Anwar juga akan menerajui Selangor.jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak ketawa rakyat, teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang mendengarnya.Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada rakyat akan usaha PR untuk melagakan Tun Mahathir dengan Datuk Seri Najib.Kenyataan Azmin pula memperlihatkan yang beliau sendiri berada dalam keadaan 'bingung' dengan apa yang berlaku dalam partinya akhir-akhir ini. Kedua-dua mereka bagaimanapun,cuba sedaya upaya untuk merasionalkan keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama sekali.Namun,rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.Semua orang tahu bahawa keputusan Anwar untuk melakukan kejutan ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi keputusan rayuan kes liwatnya di mahkamah. Ini berikutan kegagalan rayuan ke-2 Anwar pada 20 Disember lalu, untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes tersebut.Rayuan tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi telah ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidak hadiran peguam Anwar,Tommy Thomas.Maka,kerana itulah kejutan mengenai Kajang timbul dalam rangka masa yang sama.PRK Kajang merupakan strategi yang baik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kes liwatnya. Malangnya,ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.Oleh itu,harapan Anwar,sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan mencetuskan isu besar.Malah,beliau juga akan berpeluang untuk mencipta isu lain di celah-celah kegilaan itu seperti 'menjolok' istana Selangor pula.Pendek kata,Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan kekecohan apabila keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor merupakan platform yang paling sesuai untuk itu selain memberinya capaian kepada dana yang besar. Anwar kini berada dalam 'mode' panik dan Anwar yang kita tahu,akan sanggup berbuat apa saja apabila beliau panik.Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki kerana panik tetapi Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa mengambil risiko diketawakan oleh pihak Turki.Apa yang pasti di sini ialah,Anwar enggan masuk penjara lagi.Justeru,ada baiknya jika kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar untuk memastikan beliau tidak kembali ke penjara. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment