tun faisal dot com |
Ranking Blog : Blogger Pro-BN masih honeymoon dan main candy crush? tunfaisal #13, Klout Score 73 Posted: 03 Feb 2014 09:18 PM PST Blogger Pro-UMNO/BN masih honeymoon dan main candy crush? Blog tunfaisal.blogspot.com di tangga 13. Naik 4 tangga lagi. Terima kasih di atas sokongan para pembaca. Nampaknya kedudukan ranking ramai blogger pro-UMNO masih belum begitu berubah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kemungkinan terdapat 8 faktor UTAMA yang menyebabkan kejatuhan ini. Mungkinkah kejatuhan ini diakibatkan oleh :- 1. kurang penghargaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan kepimpinan tertinggi UMNO, atau 2. mungkinkah kerana penubuhan Jabatan Media Sosial (JMS) tidak melibatkan mereka sehingga mereka berasa fed-up dengan UMNO, atau 3. adakah kerana kebajikan dan nasib mereka tidak terbela sehinggakan ada blogger yang terpaksa menjual kad pre-paid Tone Excel, burger bakar dan memotong rumput sehingga menghadkan waktu berblog, atau 4. mungkin juga kerana mereka mengikut saranan untuk mengurangkan masa berblog tentang politik sebanyak 50% dan lebih menumpukan kepada penulisan #Lifestyle, atau 5. mungkin mereka ketagih main Candy Crush, atau 6. Mungkinkah kerana BLOGGER UMNO marah dan meluat dengan PEGUAM UMNO dan BERUANG UMNO yang bersetuju tarik saman Mustafa Ali DAN terima kenyataan Mustafa bahawa video itu kerja BLOGGER UMNO? Atau, 7. kerana mereka tak mahu Syok Sendiri? 8. Atau kerana mereka yakin dengan kenyataan wartawan pencen ini yang kata mereka sebenarnya tidak membantu kepimpinan UMNO? Jadi biar Kadir sajalah yang buat dan tulis blog. Mungkin Kadir rasa 8 artikel panjang berjela sebelum PRU13 tu adalah FAKTOR UTAMA yang membantu kemenangan BN dalam PRU13. Suka lu lah Kadir..... |
Serangan blogger @YuseriYusoff ke atas `Blogger Tun Daim' melampau Posted: 29 Jan 2014 04:52 AM PST Hayati kata-kata hikmah Rocky-Bru Nota: Saya TIDAK BERSETUJU dengan tindakan rakan blogger DoubleY atau Yuseri Yusoff menyerang blogger Apanama secara keterlaluan. Bagi saya, Apanama dan Out Syed the Box pun kawan-kawan juga. Saya setuju dengan Datuk Rocky Bru, tidak ada masalah jika seseorang itu kritikal. Menjadi kritikal bukan bermaksud memberontak. Cuma ada garisan pemisah di antara kritikal yang membina dan kritikal yang memberontak. Janganlah kita melampaui batas tersebut sekiranya kita takut diri kita di label sebagai pemberontak. Sebab itu saya sendiri kritikal terhadap Kadir Jasin. Kenyataannya bahawa BLOGGER UMNO SEBENARNYA TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah melampau dan tidak wajar. Ia bukan kritikan yang membina dan bukan sekali-kali kritikan yang bijak. Lagipun setakat 8 artikel panjang berjela sebelum PRU13, belum tentu dapat membantu BN memenangi PRU13. Jadi tak payah lah bangga dan sombong sehingga menidakkan sumbangan orang lain. Sebab itu juga saya tidak setuju apabila ada blogger yang melambakkan semua kesalahan ke atas bahu Datuk Seri Najib, walaupun `kesalahan' itu tidak berlaku dalam zaman Najib, dan berlaku dalam era pemerintahan Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Kritikan seperti ini TIDAK ADIL, TIDAK OBJEKTIF dan TIDAK PROFESIONAL! Kritikan di atas ini TIDAK ADIL, TIDAK OBJEKTIF dan TIDAK KRITIKAL Kritikan Double-Y terhadap Apanama dan Out Syed The Box dalam tulisan yang sebelum ini, agak objektif, tetapi mengaitkan kedua mereka dengan Tun Daim, agak tidak wajar lebih-lebih lagi jika dakwaan tersebut tidak benar. Kritikan seperti ini juga agak melampau, lebih-lebih lagi jika ianya tidak sahih. Jika sahih, itu cerita lain la pula... Saya dulu ketika memegang jawatan dan bergelar pemimpin juga pernah dikritik. Jika ada kritikan yang membina, tidak mengapa. Tetapi, jika mengkritik peribadi, mewujudkan persepsi di atas berita yang tidak benar dan menghentam membuta tuli kerana tidak boleh menerima perbezaan pandangan itu melampau. Apalagi jika, si pengkritik menyerang, mengaitkan atau mengadu, `mention' dan `tag' Datuk Seri Hishammuddin yang ketika itu merupakan boss saya pula boleh dikatakan sebagai tindakan yang tidak profesional dan bersifat pondan. Kalau sebelum ini, saya sebagai pemimpin, boleh dikiritik, Perdana Menteri juga boleh dikritik sesuka hati, agak janggal jika pemimpin atau rakan si pengkritik tidak boleh dikritik. Seolah-olah menjadi satu `dosa besar' untuk mengkritik pemimpin dan rakan si pengkritik. Kenapa jadi defensif jika Kadir Jasin yang dikritik? Dia bukan pemimpin pun.... SIAPA YANG MENENTUKAN PERATURAN TENTANG PEMIMPIN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIKRITIK NI? Kalau nak ikut hukum betul-betul, then fahamkan apa yang Fathul Bari kata di sini. Itu baru ikut hukum. Lebih berat lagi, jika si pengkritik sampai sanggup menggelar blogger dan cybertrooper yang kritikal ini sebagai anjing. Takkan sampai begitu sekali. Kalau semasa mereka mengkritik anda, anda menggelar mereka sebagai anjing; jika anda mengkritik mereka pula, mereka nak panggil anda apa ? Sampai bila nak habis kalau macam ni? U all hentam sajalah Rafizi ni, kan lebih elok biar dia saja yang makan rumput dan pakai loceng? Artikel blogger DaoubleY yang melampau... Blogger Rebel @firdyfire Kata Mereka Yang Bantu PM @NajibRazak 'ANJING' @HishammuddinH20?Inilah dunia bloggers, setiap daripada beranggapan kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kritikan kita sahaja yang betul, kritikan pihak lain terhadap kita tidak betul dan tidak boleh. Kadir Jasin, Syed Akhbar kritik Najib Razak boleh, mereka bermain dengan persepsi ke atas Najib Razak boleh tapi apabila kawan-kawan kamu diserang kamu mengatakan ia salah dan tidak boleh. Lebih keterlaluan kamu menggelarkan mereka sebagai 'anjing'! Hahaha... Mungkin itulah pegangan sahabat blogger Firdaus Abdullah antara blogger yang turut terlibat dalam menjatuhkan Pak Lah tahun 2008. Gelaran anjing mungkin ditujukan kepada individu yang menyerang Kadir Jasin sebelum ini. Petikan tulisan apanama2020 : Hello brader... Adakah peribadi you, kaum kerabat you, atau apa-apa berkaitan kepentingan you telah terjejas di atas serangan yang telah berlaku. Saya yakin, jika kawan-kawan dalam circle saya mereka tidak akan menyerang peribadi. Rasanya Apanama merujuk kepada Kadir Jasin yang mengadu diserang secara peribadi melalui laman pembangkang tanpa satu bukti sahih. Kisah mengenai dia memiliki dua isteri dikatakan disebarkan oleh blogger UMNO. Saya tahu Apanama tidak maksudkan saya, kerana setakat ini saya tidak menyerang Kadir Jasin secara peribadi. Cuma soalan saya untuk apanama - bila Kadir Jasin diserang, bersungguh-sungguh you pertahankan tapi bila Hishammuddin diserang, difitnah, dilabel sebagai pondan, you di mana bro? Saya tekankan di sini saya tiada masalah jika teguran daripada kawan-kawan blogger terhadap kepimpinan Najib Razak jika ia demi kebaikkan - saya juga menegur termasuklah ke atas isteri beliau sendiri. Malangnya serangan Kadir Jasin lama kelamaan bersifat serangan peribadi, lebih bermain dengan persepsi dan ia dilihat bukan lagi bertujuan menegur kelemahan pentadbiran Najib Razak. Mungkin manusia seperti Kadir Jasin, Syed Akhbar dan you sekali Firdaus Abdullah fikir hanya you boleh bersikap kritikal di media sosial - tetapi apabila orang lain kritikal mereka adalah anjing. Jika begitu, selepas ini kalau you jadi kritikal lagi saya akan panggil you This not 2008 la moron...! |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment