BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! DIALOG #BN DAN #PEMBANGKANG !!! APA KEBAIKAN NYA ??? CUBA BAGITAHU SAYA !!!
- BOIKOT #PRKKAJANG !!! PENYOKONG PAS KENA SERANG !!! INI SEMUA SALAH #ANWARIBRAHIM ???
- #PRKKAJANG !!! AJK #PAS PUSAT MEMBELASAH #PKR KAW-KAW !!!
- #PRKKAJANG !!! #ANWARIBRAHIM NI KENAPA ??? INGAT TUKAR WAKIL RAKYAT MACAM TUKAR SELUAR DALAM KERR ???
- #PRKKAJANG !!! @KHAIRYKJ SARANKAN #ANWARIBRAHIM DITABAL SEBAGAI SULTAN MELAKA ??? MUAHAHAHAHA !!!
BONGKAR !!! DIALOG #BN DAN #PEMBANGKANG !!! APA KEBAIKAN NYA ??? CUBA BAGITAHU SAYA !!! Posted: 30 Jan 2014 07:30 AM PST saya nak tanya sekali lagi !!! apa kebaikan nya kalau PR dan BN ada dialog ??? saya ceritakan apa yang berlaku pada ahad lepas.pada hari ahad yang lepas,Anwar Ibrahim telah membuat perutusan khas mengajak Barisan Nasional duduk semeja,berbincang mengenai cara untuk menangani masalah perkauman yang kian meruncing.Dalam kenyataan itu,Anwar kelihatan cuba meyakinkan rakyat bahawa apa yang dikatakan sebagai 'ancaman' ke atas agama Islam adalah tidak benar dan bahawa ada usaha untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian juga adalah tidak benar.Dari kenyataan tersebut,jelas terlihat bahawa Anwar bercakap bagi pihak DAP yang kini terjerat dalam permainan perkauman yang dimulakan sendiri.Malah,kenyataan Anwar hanyalah ulangan dari apa yang dicadangkan Lim Kit Siang yang akhir-akhir ini begitu galak mengajak BN duduk semeja di sebuah sidang kemuncak untuk memastikan 13 Mei tidak berulang.Apa yang pasti,masalah polarisasi kaum di negara ini kian meruncing sejak tercetusnya isu Kalimah Allah. Keengganan pihak Kristian untuk menerima keputusan mahkamah dan memutarbelit '10 Penyelesaian' menjadikan keadaan semakin panas sehingga membawa kepada insiden 'molotov cocktail' di Pulau Pinang.Tindakan pihak Kristian mengheret Sabah dan Sarawak ke dalam isu ini pula membuktikan bahawa adanya tangan pembangkang atau lebih tepat DAP,yang mencatur strategi untuk merampas kedua negeri itu dari tangan BN melalui isu ini.Sekali gus membuktikan betapa DAP atau pembangkang itu adalah parti yang amat tidak bertanggungjawab kerana sanggup menimbulkan ketegangan,memperjudikan keamanan dan nyawa rakyat semata-mata untuk berkuasa.apabila isu kebiadapan pemimpin PKR dalam isu kangkung meletup dan DAP menjadi sasaran,maka pembangkang mula tersedar bahawa isu Kalimah Allah telah memakan diri mereka kembali.Orang-orang Melayu semakin curiga terhadap pembangkang,sekali gus memusuhi DAP yang dilihat sebagai dalang menghasut kebencian terhadap Melayu-Islam.Oleh itu,biarpun kangkung tiada kena mengena dengan kaum atau agama, tetapi ia telah dijadikan sebab untuk bertindak balas terhadap DAP. Perkembangan terkini mengenai guru dan penyanyi mualaf dipaksa buka tudung dan kes guru Cina memaksa murid Melayu memakan rumput melonjakkan lagi kemarahan orang-orang Melayu terhadap DAP.Semua ini dilihat sebagai hasil dari keangkuhan dan kesungguhan DAP menyemai kebencian di kalangan orang-orang Cina agar tidak menghormati orang Melayu serta undang-undang negara.Bagaimanapun,laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu ternyata membuatkan pembangkang,terutamanya DAP,tersentak.Sehubungan dengan itu,pembangkang terpaksa membelok tajam mencari jalan untuk memperbaiki kerosakan.Lalu dari situlah laungan mengajak kepada perbincangan dan kerjasama dengan BN pula kedengaran.Kononnya,pembangkang prihatin dan risau dengan keadaan yang semakin meruncing dan ingin sama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan keamanan.Sekali imbas,cadangan pembangkang ini tampak begitu murni sekali.Malangnya,ia tidak mungkin dapat direalisasikan kerana yang menjadi masalah dan punca masalah di sini ialah pembangkang itu sendiri. Pembangkang telah keterlaluan membuat provokasi kononnya UMNO parti rasis,hanya kerana parti itu mempertahankan perlembagaan dan memperjuangkan perpaduan yang sebenar.Penyokong pembangkang dari DAP pula tidak henti-henti mencabar dan menghina agama Islam. Pembangkang juga langsung tidak menghormati Sultan dan juga YDP Agong serta engkar dengan titah perintah baginda.Pembangkang sering menolak keputusan mahkamah serta enggan patuh pada undang-undang,hatta membela penjenayah.Pendek kata,jika benar inginkan keamanan,maka pembangkang haruslah bersikap lebih matang dengan bergerak atas isu rakyat dan pembangunan negara, bukannya cuba melakukan huru-hara, menerapkan sikap prejudis antara kaum,menukar sejarah,mengubah perlembagaan serta cuba membuang identiti Malaysia.Kesimpulannya,perbincangan antara BN-PR bukanlah satu keperluan.Apa yang perlu bagi memastikan keamanan ialah agar pembangkang berhenti menjadi masalah kepada negara. Sesungguhnya,jika pembangkang lebih bertanggungjawab,maka masalah polarisasi kaum mahupun ancaman berulangnya 13 Mei tidak akan timbul sama sekali. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BOIKOT #PRKKAJANG !!! PENYOKONG PAS KENA SERANG !!! INI SEMUA SALAH #ANWARIBRAHIM ??? Posted: 30 Jan 2014 04:00 AM PST Para penyokong Anwar,menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR. "Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya. Bertindak atas kenyataan tersebut,para penyokong Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim mula menyerang Syarhan dan jenteranya.Paling menarik serangan tersebut turut ditujukan kepada Suhaizat Kaiat dan jentera Pemuda Pas Pusat secara keseluruhan dengan pelbagai kata-kata keci dan hinaan.Ada yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak matang,tidak bijak dan terencat akal,malah ada yang menyifatkan Pemuda Pas sebagai pencacai dunia dan akhirat, 'kangkung',mentaliti 'orang ulu' dan sebagainya.Tidak cukup dengan itu,ada mengatakan kenyataan itu sebagai satu tindakan yang tidak bermaruah kerana menyokong isu yang menguntungkan Umno.Tidak tahan dengan cacian dan kejian itu,beberapa orang penyokong Pas mula tampil bagi mempertahankan tindakan tersebut.Mereka menyifatkan ia sebagai bukti bahawa Pemuda Pas bukan menyokong secara membabi-buta atau sebagai lembu yang dicucuk hidung. Kesimpulannya,tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor adalah merupakan satu tindakan tidak boleh diterima sama sekali. Alasan untuk meredakan pergolakan dan pergeseran antara kumpulan Azmin dan Khalid Ibrahim tidak boleh dijadikan alasan sama sekali.Ini kerana selain membuang masa ia juga merupakan satu pembaziran wang rakyat demi nafsu politik dan kepentingan peribadi.Malah ia juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gabungan antara PKR dan Pas sangat rapuh. Walaupun secara luaran mereka nampak seperti menyokong antara satu sama lain,namun pada hakikatnya boleh di ibaratkan sebagai 'gunung berapi' yang hanya menanti masa untuk meletup.Walau apa pun,tahniah diucapkan kepada Anwar kerana tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang telah membuktikan apa yang dikatakan oleh Umno selama ini adalah benar.Iaitu Anwar bukanlah 'pemimpin anugerah tuhan' seperti yang dikatakan tetapi adalah merupakan individu yang tamak dan kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian tersebut. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! AJK #PAS PUSAT MEMBELASAH #PKR KAW-KAW !!! Posted: 30 Jan 2014 12:30 AM PST Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak.Ramai yang melihat,tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Nasrudin Hassan Tantawi,terkejut dengan 'perancangan' untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran.Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main. "Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan.Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu.Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive.Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar .Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya menerusi laman Facebook. Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat. "Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat.Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung,kini wang,masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.Roadshow GST,mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka.Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan". Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang.Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap."Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat.Hukumnya haram bertindak begini.Di dalam perkembangan yang sama,Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.Ketua Pemuda PAS Selangor,Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang. "Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 29 Jan 2014 09:00 PM PST haaaa nganga luas-luas sikit !!! Anwar Ibrahim ni ingat tukar wakil rakyat macam tukar seluar dalam kerr ??? siap bagi alasan macam-macam nak pertahankan kajang.apa pun sebenanya ini adalah rancangan jahat tangan-tangan ghaib yang sepatutnya rakyat negeri Selangor nampak dengan jelas dan nyata.kenapa saya begitu ??? anwar ibrahim siap bagi warning supaya BN ikut tidak bertanding.apa bodoh sangat ker rakyat sampai tak tahu prosidur pilihanraya,nak adakan PRK tapi tak ada pertandingan ???? Habis,orang baris pegi mengundi utk apa ??? Di Thailand yang tengah hangat demonstrasi pun tidak akan buat pilihanraya selagi tak cukup calon bertanding.dia ni ingat rakyat sebodoh itu kah? ?? jawab lah betul-betul apa yang wartawan tanya pasal membazir !!! ni jawapan bodoh juga diberi kononnya nak pertahankan kajang.kalau saya jadi anwar itu bukan jawapan saya.jawapan saya,kami akan teruskan demi untuk rakyat walaupun menang atau kalah dan kami beri balik wang rakyat dengan apa pun bantuan.kan senang.ini nak sangat kata tak payah ada pertandingan.itu kerr dikatakan pemimpin ??? anda perlu ingat 1 benda.sekiranya anwar ibrahim menang di DUN KAJANG beliau boleh jadi MB tau !!! hanya pertandingan di DUN boleh jadi MB dengan syarat alamat di selangor atau anak jati selangor.maafkan saya kalau saya silap.sebab itu anwar terdesak tukar alamat.lihat gambar di bawah sebelum ini tak nak bertanding,nampak sangat hipokrit nyaaa !!! tak percaya ??? YANG ATAS TU APA CERITA ??? JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH ANWAR IBRAHIM KAT WARTAWAN !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! @KHAIRYKJ SARANKAN #ANWARIBRAHIM DITABAL SEBAGAI SULTAN MELAKA ??? MUAHAHAHAHA !!! Posted: 29 Jan 2014 06:00 PM PST Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara.Menurut Khairy,tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan 'lawak' dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka. "Apa punya lawak.Ada baiknya,tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka" ujar beliau di laman sosial Twitter. Menteri Belia dan Sukan itu,sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR,Azmin yang mengatakan "zaman kegilaan'.Menurut Khairy "Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya" sejurus selepas Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang. Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut."Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa," ujarnya.Paling menarik apabila mantan mufti Perlis,Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu.Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat. "Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan- kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja," tulisnya. Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak.Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan. Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini. Mohd Salihin Nadzari Lantik Anwar bertanding.Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka.Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah.Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang. Harimau Malaya II Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang? Harimau Malaya II KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN Triton Hilux Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR) Suzana Elani duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment