UMNO Online - “Transformasi UMNO Buktikan Beri Keutamaan Ahli Di Peringkat Akar Umbi – Noh Omar” plus 9 more

UMNO Online - “Transformasi UMNO Buktikan Beri Keutamaan Ahli Di Peringkat Akar Umbi – Noh Omar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Transformasi UMNO Buktikan Beri Keutamaan Ahli Di Peringkat Akar Umbi – Noh Omar

Posted: 22 Oct 2013 04:21 AM PDT

SHAH ALAM, 22 Okt – Jika sebelum ini ketika Perhimpunan Agung UMNO khususnya pada tahun-tahun pemilihan tertinggi parti, di mana para perwakilan akan jadi tumpuan namun menerusi sistem pemilihan baru ini sudah pasti Perhimpunan Agung UMNO akan hanya tertumpu pada ucapan dasar presiden dan perbahasan para perwakilan, ujar Pengerusi Perhubungan UMNO anya tertumpu Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Jika dulu perwakilan akan jadi tumpuan kerana keputusan terletak atas tangan perwakilan bagi menentukan pucuk pimpinan parti tetapi tidak kali ini.  Perwakilan G7 dari bahagian-bahagian tidak lagi akan menjadi tumpuan.

najib-presiden-umno-pm-perdana-menteri-semangat-perhimpunan-ucapan-malaysia

"Ini merupakan salah satu transformasi yang cukup berani oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak di mana beliau mengotakan katanya, rakyat didahulukan, dan memberikan kuasa dan keutamaan kepada ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin UMNO," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Tambahnya, jika sebelum ini hanya sekitar 2,500 perwakilan diberikan mandat memilih pemimpin tertingi parti, namun dengan transformasi pada perlembagaan yang dilakukan pada 2009 ia menampakkan ketelusan yang cuba dibawa Presiden, tetapi pemilihan kali ini memberi peluang kepada lebih 150,000 ahli UMNO untuk menentukan hala tuju parti melalui penentuan ahli Majlis Tertinggi dan juga sayap-sayap parti.

"Transformasi parti ini memang jelas mengutamakan ahli, dan satu cara kita untuk menguatkan parti di mana pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lagi diberikan kepada perwakilan.

"Ini kerana jika satu bahagian ada perwakilan G7 berjumlah 7 orang ditambah dengan perwakilan yang automatik 6 orang, bermakna hanya 13 orang sahaja ahli UMNO dari satu-satu bahagian itu akan memilih pucuk pimpinan parti tetapi sekarang, hampir 1000 orang di setiap bahagian yang akan diberikan peluang untuk memilih pemimpin di peringkat pusat.

"Saya nampak ini juga usaha untuk menyekat budaya tidak sihat seperti politik wang ketika pemilihan parti, kerana dengan jumlah 150,000 orang yang akan mengundi, jadi politik wang dapat dibendung. Ini kerana menerusi sistem pemilihan baru pemilihan dibuat serentak, antara pemilihan di peringkat bahagian dan peringkat tertinggi parti, jadi waktu pemilihan Majlis Tertinggi dibuat Ketua Bahagian yang ada ini pun tak boleh nak menumpukan pada calon-calon MT kerana dia di bahagian juga ada pertandingan atau dia akan dilawan.

"Jadi, dia akan menumpukan perhatian untuk memastikan dia menang di bahagian dari dia nak bawa calon-calon di peringkat MT. Cuma pemilihan kali ini nampaknya memberikan peluang kepada calon yang ada nama atau selalu keluar TV atau suratkhabar, khususnya dari kalangan menteri atau timbalan menteri, untuk dipilih oleh para perwakilan," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Ayuh!! UMNO Mesti Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia

Posted: 22 Oct 2013 03:57 AM PDT

Sabtu lalu adalah merupakan detik yang panjang untuk semua baik di kalangan mereka yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di jawatan tertinggi UMNO Malaysia.

Bagi yang menjadi penunggu setia di PWTC pada hari tersebut graf keputusan yang sekejap naik dan turun, ada kalanya cukup meresahkan sehinggakan ada yang tidak senang duduk. Atau dalam bahasa perumpamaan, mengalahkan saat menunggu ketika bini ingin bersalin.

semangat-pemimpin-umno-perhimpunan-majlis-tertinggi-pemilihan

Namun itulah realiti dalam dunia politik dan adat pertandingan. Pasti ada yang akan kalah dan menang. Kepada mereka yang berjaya setinggi-tinggi tahniah diucapkan, namun pada mereka yang gagal diharapkan dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang tabah dan terbuka.

Walau apa pun, yang berlaku pemilihan UMNO untuk sesi kali ini telah 'selesai' dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.

Walau apa pun, yang berlaku pemilihan UMNO untuk sesi kali ini telah 'selesai' dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.

Sebagai generasi perwakilan dan ahli UMNO yang menjadi perintis kepada inisiatif Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam memperkenalkan sistem baru ini, rata-rata di kalangan mereka nampaknya lebih berpuas hati berbanding sistem terdahulu.

Sistem yang lebih telus bagi mengelakkan amalan politik wang terus menghantui UMNO sedikit sebanyak dilihat bakal membantu UMNO untuk menarik minat kumpulan orang muda untuk memberi terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional khususnya UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Apa yang pasti, pemilihan kali ini sudah selesai dengan baik. Sudah tiba masa untuk semua ahli memperkukuhkan jentera dan berhenti bermain politik. Berusahalah untuk menempuh cabaran yang bakal dihadapi melalui Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menjelang 4 November ini.

Kekalkan semangat bersatu padu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Melayu kerana sebagai negara yang berbilang kaum, perpaduan merupakan asas untuk membentuk sebuah negara yang terbaik.

Walaupun UMNO merupakan satu parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu, itu tidak bermakna kepentingan kaum lain akan dipandang sepi. Jadikan lah pemilihan kali ini sebagai satu modul yang paling cantik untuk diikuti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Tiada senioriti mahupun pilih bulu, siapa yang layak untuk dibantu, haruslah diberikan bantuan. Ini dapat memastikan UMNO dan juga Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memimpin dapat mengekalkan relevan mereka pada PRU akan datang untuk terus mengemudi negara ke arah yang lebih maju dan aman.

Hapuskan budaya politik wang, hapuskan juga budaya kronisme yang kerap disinonimkan dengan UMNO. Demokrasi dan ketelusan yang ditawarkan Presiden UMNO adalah satu platform yang sangat baik untuk diteruskan.

Jelas Najib mengambil berat soal rakyat dan juga parti, oleh itu beliau berusaha keras untuk terus memastikan UMNO kekal relevan sepanjang zaman untuk ahlinya.

Buktikan kekuatan dan juga semangat perpaduan yang ada pada PRK Sungai Limau ini, sama-sama berganding bahu untuk memastikan rakyat Sungai Limau berhak menerima kemajuan seperti yang lain.

UMNO perlu mara untuk rakyat Malaysia.

Dr Muslim Umar

 

Tindakan Tegas Ke Atas Penjawat Awam Terlibat Salah Guna Kuasa, Urus Tadbir

Posted: 22 Oct 2013 03:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt -  Tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir sehingga menyebabkan kerugian kewangan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini.

audit negara

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata secara umumnya, terdapat tiga langkah yang akan diambil oleh kerajaan mahupun swasta setiap kali laporan audit dikeluarkan bagi memastikan pengurusan aset dan kewangan yang baik secara berterusan.

“Kesalahan paling serius seperti penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir dalam proses dan prosedur dan menyebabkan kerajaan rugi, akan dikenakan tindakan yang lebih keras,” katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel pada sesi Simposium Pasaran Modal Dunia di sini, Selasa.

Terdahulu, pada sesi panel Abdul Wahid berkata pengurusan dan prosedur yang lemah boleh dibetulkan segera dengan menambah baik proses dan melatih pegawai bagi memastikan mereka mengetahui proses dan prosedur di jabatan masing-masing.

Bagi kesalahan yang tidak membabitkan kehilangan wang atau kerugian yang teruk, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin selepas siasatan dijalankan.

Namun bagi kesalahan yang melibatkan kerugian kewangan kerajaan, tindakan serius boleh diambil, bergantung kepada keputusan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Secara konsepnya, apa yang dilaksanakan oleh pihak swasta boleh dilaksanakan pihak kerajaan. Bagi swasta, sekiranya kesalahan serius, ada panel inkuiri dalaman yang akan melihat sama ada terdapat kesalahan yang serius, tahap kesalahan dan hukuman yang sesuai.

Jadi terpulang kepada Ketua Setiausaha Negara untuk melihat (bagaimana ia boleh dilaksanakan),” katanya.

Satu jawatankuasa khas untuk mengkaji dan meneliti Laporan Ketua Audit 2012 telah ditubuhkan, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai SPRM, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

Jawatankuasa ini dijangka mengambil tindakan susulan termasuk tindakan tegas ke atas penjawat awam yang didapati terbabit dalam sebarang penyelewengan dan salah laku dalam sistem tadbir urus kewangan di pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

SPRM kini menyiasat 15 kes berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Wahid juga berkata dalam konteks kerajaan mahu berbelanja secara berhemah untuk menghadapi cabaran masa depan, ia juga perlu memastikan semua perbelanjaan dilakukan secara bertanggungjawab.

Pembangkang Dibidas Perlekeh Program Angkasawan Negara

Posted: 22 Oct 2013 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt - Pertikaman lidah tercetus dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa apabila seorang anggota Parlimen pembangkang ‘memperlekehkan’ program Angkasawan Negara.

Ia bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Rasah) mendakwa Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah tidak menjawab soalannya berhubung kos rancangan Program Angkasawan Negara kedua nanti.

Keadaan semakin panas apabila Teo mendakwa Program Angkasawan Negara yang pertama adalah program membazirkan wang rakyat Abu Bakar ‘naik angin’ apabila Teo terus mempertikaikan sumbangan program itu dan menuduh angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum lepas.

“Saya sudah kata (jawab), dia (Teo) tak dengar. Program Angkasawan Negara Kedua, kita dalam proses perancangan. Saya sudah jawab, rancangan ini akan mengambil kira pandangan daripada semua pihak termasuk orang awam, saintis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri. Perincian ini sedang dalam penelitian kerajaan dan kos misi ini akan ditentukan kelak.

“Berhubung dakwaan kata program pertama membazir, saya nak terangkan sampai habis supaya dia faham, supaya dia ‘clear’ (jelas). Dia tak faham misi dan hasilnya, saya nak beri dia faham,” katanya.

Semasa menjawab soalan asal Teo yang ingin tahu perkembangan terkini program Angkasawan Negara kedua, Abu Bakar berkata hasil daripada program angkasawan pertama dahulu yang terbahagi kepada lima segmen antaranya penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan 24 kertas kerja penyelidikan telah diterbitkan di jurnal dan persidangan antarabangsa.

“Kita juga berjaya mempatenkan lapan penyelidikan selain pembangunan modal insan melibatkan 99 orang pengkhususan saintifik. Jadi Rasah (Teo), balik nanti baca (jawapan) supaya faham, jangan nak populariti,semuanya telah memberi kebaikan kepada negara, sebab itu kita adaperancangan angkasawan kedua,” katanya.

Mengenai Program Angkasawan Negara kedua, Abu Bakar berkata pada dasarnya kerajaan bersetuju untuk meneruskan program itu yang dilihat penting dalam memastikan pembangunan keupayaan negara di sektor angkasa serta bidang berkaitan sains mikrograviti dan kerjasama antarabangsa.

“Pelancaran misi kedua tertakluk kepada peluang bagi mendapatkan giliran pelancaran yang disediakan kesatuan negara-negara pelancar. Penerimaan tawaran tersebut juga bergantung kepada faktor kedudukan ekonomi negara.

“Buat masa ini tarikh penghantaran angkasawan kedua belum ditetapkan,” katanya.

Abu Bakar berkata kerajaan sedang berusaha membangunkan penyelidikan saintifik mikrograviti dengan kerjasama agensi angkasa seperti Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Russian Federal Space Agency (Roscosmos) dan European Space Agency (ESA).

2014 Budget Likely To Be A Balanced One, Says Azman

Posted: 22 Oct 2013 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 22 – The 2014 Budget, to be tabled on Friday, is expected to be a balanced and fiscally responsible one, said Khazanah Nasional Bhd Managing Director, Tan Sri Azman Mokhtar.

The budget will also be used to maintain the current economic growth as seen in the various transformation programmes undertaken by the government and the private sector.

“The issue for the budget will be on maintaining growth, making sure people at large get access to it, good public administration and yet making sure fiscal challenges are managed,” he told reporters on the sidelines of the World Capital Markets Symposium 2013 here yesterday.

On the capital market, Azman said, it has shown great resilient after having gone through two major crises in the last 15 years, including the 1998 financial crisis as well as global financial crisis in 2008 triggered by Lehman Brothers Holdings woes in the US.

He attributed the resilience of Malaysia’s capital market over the last 20 years to strong savings pool, well-established Islamic capital market on the back of a pool of innovative market players and credible regulators.

Moving forward, he said, the capital market should be used as part of the solution to face challenges arising from the country's New Economic Model (NEM) and not the problem.

“It should be used as a basis to help not just growth but also the country's development as mentioned by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in his keynote address this morning,” he said.

Earlier, Najib said, Malaysians should not confuse growth with development, adding that, “achieving very high growth today does not always mean that we will be developed tomorrow, nor should we judge our development on the basis of per-capita income alone.”

“We should instead aim for a much broader measure of development, one which more accurately captures improvements to the lives and futures of citizens.

“For this reason, our goal should be to optimise, not maximise; with a view on the long term, rather than immediate; to do the right thing, rather than what is expedient,” he said.

One of the objectives of the NEM, an economic plan launched on March 30, 2010 by Najib, is to more than doubled the per capita income in Malaysia by 2020

Implementation Of GST Will Track Down Tax Evaders

Posted: 22 Oct 2013 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 22 – People who evade paying duties and taxes will be easily tracked down by the Royal Malaysian Customs and Inland Revenue Departments once the Goods and Services Tax (GST) is implemented.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala said by introducing GST, the entire record-keeping process would not only become more rigorous but also contribute to an efficient collection of taxes and duties in future.

“GST is a broad-based tax based on the amount of consumption. It is the more well-to-do and the wealthy who consume more, the GST automatically taxes them the most, not the lower-income group,” he said in his blog yesterday.

Idris, who is also Chief Executive Officer of The Performance Management & Delivery Unit (Pemandu), said the implementation of the GST can also track down the country’s capital outflows as studies have shown that Malaysia has a large capital outflow which cannot be reconciled in the national accounts.

He added, as much as 80 per cent of the capital outflows was said to be from transfer pricing where firms transfer costs to various centres around the world to minimise tax.

“Once GST is implemented, it become more difficult to evade taxes because complete records are kept at every stage of the value-adding process.

“There are records of who sells to you and at what price and the same for yourself, all along the chain. It is just a matter of going down the chain to see if you are playing around with your fingers,” he said.

Idris added that if GST is announced in Friday’s 2014 Budget, it was likely to be implemented only in 2015 as the country needed a grace period of between 12 and 18 months to prepare for the value-added tax.

Idris said it was important to remember that when the GST is implemented, Malaysians can set the tax rate at zero for any number of essential goods.

“This is what the government intends to do to ensure Malaysian citizens are not burdened by taxes on essential items.

“Furthermore, the GST will help the government gain extra revenue because we expect more and more people to become affluent as measures to increase income becomes a reality.

“As consumption and affluence increases, government income from GST will increase in tandem,” he said.

Idris also said the GST would also benefit citizens as essential goods and services like food, public transport and education are likely to be     zero-rated hence consumers would not pay extra taxes.

“As government revenue increases, it will have more money to provide social safety net programmes such as the 1Malaysia People’s Aid for low-income groups,” he said.

JLKN Nafi PLKN Membazir, Tidak Berkesan

Posted: 22 Oct 2013 03:06 AM PDT

PORT DICKSON, 22 Okt -  Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksana sejak 2004 itu membazir dan tidak berkesan.

Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keberkesanan program itu harus dinilai dari sudut objektif yang dilihat berjaya melahirkan anak muda dengan semangat nasionalisme dan jati diri yang tinggi.

JLKN sentiasa menyemak tahap keberkesanan program dengan melihat perbezaan yang berlaku terhadap pelatih semasa berada di kem sepanjang tiga bulan latihan dan juga selepas pelatih keluar, selain melalui pemantauan ibu bapa dan masyarakat, katanya di sini, Selasa.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri latihan menembak pelatih PLKN di Lapang Sasar Menyala A, diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan agar PLKN dihentikan kerana program itu membazir, selain mengkaji semua isu berbangkit mengenai PLKN.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata program itu yang bertujuan melahirkan modal insan berkualiti, tidak boleh dibanding dengan pembangunan fizikal lain.

“Saya yakin masyarakat akan dapat menerima program ini, dan saya yakin tahun depan persepsi masyarakat tentang program ini akan tetap sama kerana kita dapati sekarang ini hampir tidak ada ibu bapa yang tidak menyokong program ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata JLKN akan mengadakan usahasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam meningkatkan profesionalisme jurulatih PLKN mulai tahun depan.

Katanya usahasama itu meliputi antaranya perkongsian pintar dan perkembangan profesionlisme jurulatih serta meningkatkan kompetensi pengajaran dan pembelajaran. “Melalui kerjasama dengan pihak UPSI ini membolehkan jurulatih PLKN mendapat pembelajaran tambahan untuk digunakan di dalam kelas serta memastikan semua pelatih mendapat manfaat melaluinya,” katanya.

Laporan TPPA Akan Dibentangkan di Parlimen Apabila Semua Aspek Dibincangkan Secara Terperinci

Posted: 22 Oct 2013 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt -  Laporan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dibentangkan di Parlimen apabila kesemua aspek dalam perjanjian itu telah dibincangkan secara terperinci, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.

Beliau berkata pada masa ini draf TPPA masih dibincangkan dengan peserta industri bagi mengenap pasti kebaikan dan keburukan pelaksanaannya kelak.

“Selagi beberapa perkara asas tidak dapat dirumuskan dalam pembentukan draf perjanjian, maka selagi itu ia sukar untuk dibentangkan di Parlimen.

“Jika draf telah siap dibentuk, (kemudian) baru boleh dibawa ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis “Perbualan bersama Pemimpin”, anjuran Pusat Pengurusan Persembahan dan Kepimpinan Transformasi (PMTLC), sebuah unit di Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Selasa.

Majlis itu membahaskan topik ‘Bagimana Perniagaan Belah Memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas: Membantu Syarikat Malaysia Membangunkan Pasaran Baharu’, di samping membincangkan isu-isu menarik yang menyentuh perjanjian TPPA.

Menurut Hamim antara perkara asas yang masih belum dipersetujui oleh semua negara yang terlibat ialah mengenai isu yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana, alam sekitar, perolehan kerajaan, hak harta intelektual dan perusahaan milik negara.

Ditanya mengenai sama ada perjanjian itu dapat dimeterai hujung tahun ini, beliau berkata tempoh itu merupakan sasaran yang ditetapkan, namun Malaysia tidak semestinya terikat dengan tempoh tersebut.

Sungai Limau : Pilih Calon Yang Boleh Bawa Perubahan – Shahidan

Posted: 22 Oct 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau harus memilih calon yang boleh membawa perubahan dan pembangunan di kawasan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Rakyat khususnya golongan muda kena pilih orang yang boleh bawa perubahan, terutama dalam keadaan Kedah sekarang dipimpin oleh Barisan Nasional dan kerajaan persekutuan juga adalah BN,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini.

Pas pula menamakan Mohd Azam Samat sebagai calonnya. Esok ialah hari penamaan calon bagi pilihan kecil itu.

PRK DUN Sungai Limau diadakan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 Sept.

Dakwaan Polis Bersahabat Dengan Kumpulan Penjenayah Tuduhan Liar

Posted: 22 Oct 2013 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Dakwaan anggota Parlimen DAP bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersahabat dengan kumpulan penjenayah atau gangster adalah satu tuduhan liar, kata seorang penyokong kerajaan.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang turut meminta Anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen supaya mengemukakan bukti, menyifatkan dakwaan itu sebagai merendah dan menjatuhkan martabat anggota keselamatan negara.

“Tadi Yang Berhormat Bandar Kuching sebut, saya dengar kumpulan gangster bersahabat dengan polis, ini tuduhan liar, yang merendah dan menjatuhkan martabat polis.

“Jika betul ada bukti, tunjuk bukti,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Chong kemudiannya bangun memberitahu Dewan bahawa beliau sudah bersedia untuk memberikan contoh dan bukti terhadap kenyataannya itu tetapi tidak berkesempatan apabila Anggota Parlimen Lenggong itu bangun untuk mencelah.

Bagaimanapun, Chong ketika mengemukakan ‘bukti’ mengaitkan kebanyakan kereta yang bercermin gelap terlibat dengan penjenayah.

Sambil memberitahu kereta yang bercermin gelap yang dimiliki Perdana Menteri dan hakim sebagai terkecuali, beliau mendakwa kereta itu mempunyai lambang kelab polis dan kelab pesara polis yang berkaitan dengan pasukan keselamatan negara.

“Kebanyakan kereta itu ada lambang, di mana ada (lambang) kelab polis, kelab pesara polis yang berkaitan dengan polis. Beberapa kali saya tengok ada ‘road block’, kereta yang ada lambang itu walaupun bercermin gelap, tetapi langsung tidak diperiksa, apabila polis tengok lambang itu, jalan sahaja.

“Aduan yang diterima saya hari ini adalah banyak kes pecah rumah berlaku selepas kereta bercermin gelap meronda di kawasan perumahan mereka. Bukankah itu ada satu kaitan dengan kegiatan jenayah? Apa sebabnya mereka perlu kereta bercermin gelap kalau tidak buat apa-apa salah?,” dakwanya.

Beliau juga mendakwa kereta bercermin gelap semakin hari semakin banyak di Kuching dan polis tidak berbuat apa-apa berhubung perkara itu.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...