Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Allahyarham Ustaz Azizan Pernah di PIJAK-PIJAK oleh Pas Kedah!! #PrkSgLimau

Posted: 22 Oct 2013 08:18 AM PDT


Terkejut juga Mc apabila Pas mengunakan sentimen anak buah Azizan untuk memperkenalkan si Azam Pengarah Pasti Yang Tak berjaya tu. Pas tak ada modal lain, selain mengagung-agungkan Allahyarham, kononnya seolah Pas sememangnya BAIK BENOR dengan Allahyarham Ustaz.

Semua orang tahu, cerita disebalik kepimpinan Pas Kedah yang huru hara disebabkan ramai yang gila kuasa. Kalau yang belum pernah baca, mai Mc nak ingatkan balik kisah apa yang di Kedah sebenarnya.

Bukan kerana UMNO bagi tekanan kepada Allahyarham Ustaz, tetapi dalaman Pas yang haru-biru membuatkan Allahyarham Ustaz Azizan susah hati dan jatuh sakit. Cerita kat bawah ni bukan Mc yang tulis, tapi bekas SETPOL beliau.

Baca kat bawah ni,

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? Sambung Baca SINI

Kat bawah ni satu lagi bukti, betapa teruknya puak Pas ni, sanggup kutuk Allahyarham Ustaz walaupun Allahyarham sedang sakit teruk!


Itu cerita apa yang terjadi sewaktu PRU yang lepas. Sebelum tu kita jangan lupa bagaimana si Phahrolrazi memanggil Allahyarham Ustaz Azizan dengan panggilan 'MB tiga selinder'. Puak Pas Kedah juga pernah berdemo membantah Allahyarham Ustaz dari terus menjadi Pesuruhjaya Pas. Malah membuat sidang media memaki hamun pentadbiran beliau.

Kami TMK juga pernah bongkarkan bagaimana puak Pas Kedah memaki hamun Allahyarham Ustaz dalam group mereka, dan berdoa supaya Allahyarham Ustaz cepat meninggal. Sebenarnya banyak lagi dosa puak Pas Kedah dan Pas Pusat buat pada Allahyarham Ustaz. Malah Allahyarham Ustaz pernah dipaksa menerima 'PEMANDU" dari Pas Pusat untuk menjaga pentadbirannya di Kedah, atas tekanan musuh politik dalaman Pas sendiri.

Apakah itu cara Pas menyanjung seorang pemimpin? Kini mereka berubah pulak, kononnya mereka hargai dan sanjung Allahyarham Ustaz? Penduduk Sungai Limau kenal dengan Allahyarham Ustaz, dan menganggap Allahyarham Ustaz sebagai pemimpin ulung. Tetapi puak Pas Kedah ramai yang berpura-pura dan menjatuhkan Allahyarham Ustaz.

Mahukah penduduk Sungai Limau menyerahkan kuasa pada musuh yang menyebabkan 'kematian' Allahyarham Ustaz?

McTheory:
Penduduk Sungai Limau patut protes pada Pas.. dan serahkan Sungai Limau pada BN!

INFO! Dato Mukhriz Memberi Tawaran Kepada Penduduk Sungai Limau! #PrkSgLimau

Posted: 22 Oct 2013 01:44 AM PDT




Benarkah Pembangunan yang ditawarkan YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir kepada penduduk Dun Sungai Limau merupakan satu ugutan ??

Bagi yang mahu penjelasan sendiri dari YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir berkenaan dakwaan tersebut adakah ianya benar atau sebaliknya, anda boleh lihat video dibawah ini.

Dalam isu yang dimainkan pihak PAS bahawa kononnya kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir menawarkan pembangunan kepada rakyat di DUN Sungai Limau merupakan satu ugutan terhadap penduduk disitu kerana mahukan sokongan pada Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau.

Bagi menjatuhkan imej YAB Menteri Besar Kedah supaya dianggap Zalim dengan membuat ugutan, PAS telah mendakwa bahawa YAB Menteri Besar Kedah tidak akan membangunkan kawasan DUN Sungai Limau sekiranya BN kalah dalam PRK nanti.

INFO! Siapa Calon BN Sebenarnya? #PrkSgLimau

Posted: 21 Oct 2013 11:38 PM PDT

Dr Sohaimi sewaktu diumum



Barisan Nasional (BN) mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 November ini.

Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

"Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.

"Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.

"Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik," katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas sejak 1995.

Menyentuh kenyataan sesetengah pihak kemenangan BN tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri kerana BN masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata, BN berharap menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam pembangunan di DUN Sungai Limau.

"Kita tidak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.

"Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN, lebih mudah untuk membuat perubahan. Ini yang kita tawarkan," katanya

Disini Mc sertakan detail mengenai Dr Sohaimi,


Dari blog PRK Sungai Limau

INFO! 9 Misteri Kelebihan Kota Madinah Yang Perlu Kita Tahu!

Posted: 21 Oct 2013 12:03 PM PDT



9 KELEBIHAN KOTA MADINAH AL-MUNAWWARAH ADALAH :-

1- Rasullulah S.A.W Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya

Maksudnya:
"Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah."

Menurut riwayat yang lain : "Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah." (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)

Hukum Haram Madinah

madinah al munawwarah 9 Kelebihan Kota Madinah Al Munawwarah

Menurut Jumhur ulama' (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadis :

Maksudnya : "…dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya , jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap bintang perburuannya." (Hadis Muslim No.1362)

Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan bersitighfar bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas mereka.

Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi'b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir; dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau memotong pokok di tanah haram Mekkah.

Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya sahaja. (Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)

2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah.

Maksudnya: "Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E'ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah daripada pada hari kiamat" (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370) .

3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah .

Maksudnya : "Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya".(Sahih Muslim No.1378)

4- Kelebihan Mati Di Madinah

Maksudnya : "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah ." (Dr.Ar-Rifa'i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)

Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. :

"Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw.

5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi .

Maksudnya : "Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain."
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami' As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)

6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun ;

Maksudnya : "Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah."(Sahih Al-Bukhari No.1890)

7- Madinah Sebagai Tapak Iman .

Maksudnya :"Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaiman ular kembali ke lubangnya."(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147)

8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi.

Maksudnya : "Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394)
Juhmur Ulama berpendapat : "Semua bangunan tambahan selepas zaman Rasullulah saw adalah termasuk dalam "Masjidku". Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda."

9- Kelebihan Bersolat 40 Solat Di Masjid Nabawi

Makudnya : "Sesiapa bersolat 40 waktu solat (mengerjakan solat 5 waktu berjemaah selam 8 hari berturut-turut) di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun , maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka , keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya nifaq."

Hadis ini dipertikaikan kesahihnya kerana salah seorang daripada perawinya "Nubait bin Umar" dianggap dhaif (lemah) .

Walaupun begitu , perlu diingatkan kepada sesiapa yang berkesempatan , hendaklah mengerjakan solat di majid Nabawi dengan sebanyak mungkin , kerana sebagaimana yang telah disebutkan bahawa satu solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram Mekah menyamai seratus ribu (100,000) solat.

Syeikh 'Atiyyah ra berkata : Hadis yang menggalakkan bersolat 40 waktu solat di Masjid Nabawi mungkin untuk membiasakan diri dengan solat berjemaah dan beramal soleh yang akan menjadikan dirinya sentiasa terikat dengan masjid. Lebih-lebih lagi jemaah yang datang jauh , semoga selepas pulang ke tempat asal akan istiqamah dengan ibadat solat berjemaah ini. Sekiranya setelah mendapat latihan ini tapi kembali seperti sebelumnya , tidak menunaikan solat dengan baik atau tidak berjemaah maka ini adalah satu kerugian yang besar . (Tafsir (tatimmah) Adwa' Al-Bayan 8/574) .
Sehubungan dengan ini Imam Abu Isa At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Anas ra.

Maksudnya : "Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan sempat bertakbir pertama (takbiratul Ihram), maka ditulis untuknya dua kelepasan; keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada bahaya nifaq ." (Sunan At-Tirmizi 2/7 No.241,Sahih Sunan At-Tirmizi No.200)

Dan banyak lagi hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan Madinah. Untuk penjelasan yang lebih tentang kelebihan Madinah , pembaca di sarankan untuk merujuk kitab Al-Hadis Al Ardahatu Fi Fadilal Madinah .

Nota Luna Nana : Subhanallah..banyak kan kelebihan yang terdapat di Tanah Suci Madinah Al-Munawwarah yang kita baru ketahui. Salah satu kelebihan bagi umat Islam yang meninggal di tanah suci Mekah dan Madinah , pada hari kiamat nanti mereka selamat daripada Dajjal Laknatullah..Wallahualam. Buka mata, buka minda, selami Islam yang sungguh indah dan menakjubkan ini.

Sumber perkongsian
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...