CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GWIYOMI] Rasukan sindrom comel Selepas Gangnam Style

Posted: 28 Apr 2013 02:38 AM PDT


Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.


Artis muda yang 'dirasuk' sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.

Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.

Perhatian: aksi ini hanya sesuai untuk gadis comel dan cute sahaja. 

[TERKINI] Calon Pas DUN Lenggeng dirawat di ICU kerana Serangan Angin Ahmar

Posted: 27 Apr 2013 09:36 PM PDT

Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar

SEREMBAN - Calon Pas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar,49, kini dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur semalam dipercayai mendapat serangan angin ahmar.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa mengesah calon itu dirawat di ICU bagaimanapun tidak menyatakan hospital mana di Kuala Lumpur.

"Saya memang dimaklum Zulkefly dalam ICU, tetapi tidak pasti di hospital mana," katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairul merupakan calon Pas di DUN Labu pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. - KOSMO!

[GAMBAR] ARTIS-ARTIS Turun Berkempen PRU13

Posted: 27 Apr 2013 08:04 PM PDT

Liza Abdullah dan Zila Jalil
Ridzwan Hashim
Lan Pet Pet
Erra Fazira
AC Mizal
Zizie Ezette
Datuk Michelle Yeoh


[TUDUNG] Memey Belajar Bertudung Dengan Abby Abadi?

Posted: 27 Apr 2013 07:12 PM PDT

KL, 22 APRIL 2013: Kagum Murai Batu bila melihat gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza serta Norman Hakim yang bersama-sama hadir ke hari sukan anak mereka pada hujung minggu lalu.

Lebih manis lagi apabila Murai Batu lihat Memey hadir ke sekolah anak tirinya itu dengan memakai tudung litup.

Wahh betulkah Memey kini sudah berubah imej kepada penampilan bertudung dan sedang berhijrah? Kalau betul, baguslah.

Lagipun sebelum ini, Murai Batu ada dengar Memey sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby mula bertudung.

Jika benar Memey mahu terus dengan imej bertudung itu, Murai Batu tumpang gembira dan sokong 100%!

Seronok lihat mereka sekeluarga, Murai Batu lihat mereka seperti keluarga bahagia apabila ada sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagram Abby memperlihatkan gambar Norman bersama isterinya Memey dan anak kecil mereka serta Abby.

Mereka semua mengenakan pakai warna merah, mungkin kerana anaknya mewakili rumah warna merah.

Murai Batu memang sangat kagum dengan 2 wanita ini kerana susah untuk melihat wanita setabah mereka.

Sumber:Murai.com

[ISU ARAK] Rakyat Diperbodohkan, Hadi hipokrit & putar belit isu

Posted: 27 Apr 2013 02:08 PM PDT


KUALA KANGSAR 28 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat hipokrit apabila menjadikan isu penjualan arak sebagai bahan memburuk-burukkan UMNO sedangkan kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas turut membenarkan penjualan minuman itu sejak sekian lama.

Dalam ceramah di Arena Square Kuala Kangsar di sini malam tadi, Abdul Hadi berkata, UMNO yang menunjangi pentadbiran Barisan Nasional (BN) gagal menunjukkan contoh pentadbiran Islam yang baik.

"Pas kata arak haram, judi haram, orang DAP kata arak halal, judi halal. Tidak jadi masalah. Yang kita pening UMNO kata kalau ada lesen halal, tidak ada lesen haram.

Ini masalah, itu beza yang kita kena faham. DAP menghormati kita dalam masalah ini," ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan Pas Kelantan pernah mengakui tidak pernah mengharamkan penjualan arak di negeri itu sebaliknya bertindak mengawal penjualannya di premis tertentu.

Walaupun arak masih lagi dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sebenarnya mengeluarkan permit bagi premis-premis tertentu yang menjualnya.

Malah, Pas Kelantan pernah menyatakan kesediaan untuk menimbang cadangan masyarakat Cina di negeri itu yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak.

Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz "kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, "Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya ( tentulah termasuk sama babi ) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mereka?".

Sama juga semasa PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, " Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah ".

Manakala di Selangor, jualan arak secara terbuka di pasaraya serbaneka di seluruh Selangor adalah berpunca daripada sikap PAS yang berdiam diri, kata bekas Setiusaha AMK PKR, SD Johari Yassin.
"PAS walaupun mendakwa sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi gagal mengawal penjualan arak. Di Selangor, tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun PAS sebahagian daripada pemerintahan Pakatan.
"Saya yakin rakyat dapat menilai betapa teruknya kegagalan PAS yang sepatutnya menjadi wakil suara pengundi Islam. sebaliknya tunduk sujud kepada penguasan DAP dalam menentukan apa sahaja yang perlu dilakukan walaupun bercanggah dengan Islam," katanya 
Menurutnya, bukan setakat penjualan arak secara terbuka, malah PAS turut mendiamkan diri dalam isu rumah urut, pelacuran, pusat-pust hiburan dan pusat judi mesin kuda yang semakin berleluasa di Selangor.
"Kewujudan PAS di Selangor hanya sebagi pelengkap kuasa DAP dan PAS terpaksa menjilat DAP demi semata-mata undi kaum Cina, di samping mahu menumpang kuasa.
"Jika tidak mampu mengawal perkara-perkara mungkar seperti ini, jauh dari mampu untuk melaksanakan hudud.
"Dalam kaca mata DAP, kewujudan PAS penting untuk memecahbelahkan umat Islam dengan fatwa-fatwa songsang ikut pertimbangan politik yang menguntungkan mereka,"katanya.

DAP Sepakat Dengan PR, KECUALI Hudud, 'Letak Sebelah' - Guan Eng

Posted: 27 Apr 2013 09:50 AM PDT

Lim Guan Eng

IPOH: DAP sepakat dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam hampir semua perkara kecuali penubuhan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata setiap parti dalam PR mempunyai pendirian masing-masing dan dalam masa yang sama tidak menolak wujudnya perbezaan pendapat.

"Kita tak nafikan PAS-DAP ada pendirian masing-masing dan kita tak nafikan ada perbezaan. PAS mahu perjuangkan hudud tapi kita DAP ada pendirian kita...kita tak setuju.

"Biarkan kami bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa yang telah disepakati," katanya dalam satu majlis minum petang dekat sini, Sabtu.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata DAP telah mencapai 95 peratus kesepakatan dengan PAS dan PKR dalam perkara-perkara yang diperjuangkan.

"Kita setuju 95 peratus, lima peratus kita tak setuju. Apa yang kita tak setuju kita letak sebelah," katanya.

Antara yang disepakati DAP ialah untuk menghapuskan rasuah, menuntut kebebasan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

[BIADAP] Husam Musa DAKWA Pembunuhan Timb. KP KASTAM Kerana KERAJAAN KORUP

Posted: 27 Apr 2013 08:09 AM PDT


KLUANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya, patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Putrajaya semalam.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.

[INTERNET SALAH LAPOR] Polis nafi lelaki mati ditembak berkait pembunuhan timbalan KP Kastam

Posted: 27 Apr 2013 08:01 AM PDT

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh

Polis hari ini menafikan beberapa berita di Internet yang mendakwa seorang lelaki ditembak mati berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya semalam.
  
Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang motif pembunuhan itu kerana ia masih dalam siasatan polis.
  
"Berita yang mengatakan suspek kejadian telah berjaya dikesan dan ditembak mati manakala rakannya berjaya melarikan diri adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan akhbar yang disiarkan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.
    
Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira jam 8.15 pagi.
  
Mohmad berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi DSP Hamzah Buman (ketua bahagian siasatan jenayah IPD Putrajaya) di talian 012-2342122, ASP Irwan Saimi (pegawai penyiasat kanan IPD Puyrajaya) di 019-6007772.
  
"Orang ramai juga boleh menghubungi Supt Yahya Abd.Rahman (pegawai turus siasatan khas D9 IPKKL) di talian 019-4708946 dan ASP Ng Man Fatt (ASP D9 IPKKL) di talian 012-2348802," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi Bernama berkata siasatan masih dijalankan.
  
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya sambil menafikan insiden berkenaan ada kaitan dengan satu lagi kes tembak yang berlaku di Taman Billion Cheras, semalam.
  
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, R. Karikaalan, 29, yang dalam perjalanan ke rumahnya di di Taman Puchong Hartamas maut ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dia yang menaiki kereta Nissan Livina berwarna hitam berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion.

[INGATKAH LAGI] Lima Telefon Bimbit Yang Popular Ketika Dahulu

Posted: 27 Apr 2013 06:07 AM PDT


Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android,sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya! Jom lihat telefon yang popular bermula dari nombor lima.

5. Nokia 3210


Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.

4. Ericsson T10


Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis 'flip' yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, 'cover' mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!
3. Nokia 8210


Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.

2. Motorola RAZR


Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi 'design', Nokia bukanlah yang paling 'seksi'.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .

1. Nokia 5110


Dan inilah handphone 'sejuta umat' yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.


-Sumber-
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...