BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! ISU K-POP BABITKAN DS @SHABERYC !!! KSN PERLU SIASAT KSU BERHUBUNG ISU SALAH BERI MAKLUMAT !!!

Posted: 22 Oct 2013 08:30 AM PDT


Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang.Mereka membangkitkan kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.Antaranya isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.Menteri Belia Dan Sukan,Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan bahawa tajaan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir.Sehingga menyebabkan pihak KBS terpaksa membayar sendiri perbelanjaan tersebut.Sedangkan sebelum ini,DS Shabery mengatakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak swasta.

Malah kenyataan DS Shabery itu turut disokong oleh bekas Setiausaha Kementerian,Datuk Mohid Mohamed pada 2 Jun 2012 yang menegaskan persembahan 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu bukan dibiayai oleh kerajaan.Maka sebagai rakyat biasa,sudah pasti akan timbul tanda tanya berhubung dua kenyataan berbeza mengenai isu yang sama.Pasti mereka dengan mudah akan terus menghadam semua tohmahan yang diberikan pembangkang sebagai pendedahan yang mempunyai asas.Padahal secara realitinya,Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya tidak memisahkan wang tajaan yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara (MSN).Menurut fakta pihak penganjur sebenarnya telah pun memberikan tajaan sebanyak RM20 juta yang dimasukkan ke dalam akaun MSN.Sebaliknya Audit Negara melaporkan ia secara pukal dan beranggapan RM20 juta berkenaan adalah 'pendapatan' KBS.Dengan kata lain,Audit Negara tidak mengambil kira wang tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil kira wang yang keluar dari KBS dan kesempatan itu,dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh para pencacai PR untuk melakukan penyelewengan fakta bagi menghentam KBS. 

Mereka mendakwa kononnya kerajaan BN telah menyalahgunakan wang rakyat dengan berpandukan kepada kenyataan Khairy Jamaluddin.Sedangkan Menteri KBS itu sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Ini berdasarkan kepada kenyataan Khairy kepada media selepas majlis Dialog Bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 9 Oktober lalu apabila diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan DS Shabery yang mempertahankan kenyataan tajaan tersebut.Khairy menjelaskan kenyataan awal beliau itu berdasarkan kepada laporan yang diberikan oleh pihak kementerian atau dalam bahasa mudah ada pegawai pengurusan tertinggi di dalam KBS yang sengaja mahu menyembunyikan fakta sebenar sehinggakan Khairy terkhilaf dalam membuat kenyataan.Menurut sumber,isu ini terjadi ekoran dari dendam dan perbalahan di antara pihak pengurusan baru KBS dengan pengurusan yang lama atau dalam bahasa mudah,ada pihak yang sengaja mahu meletakkan kesalahan kepada DS Shabery sebagai menteri yang bertanggungjawab.Ini kerana secara rasionalnya,adalah mustahil mereka yang berada di dalam kementerian GAGAL atau terlepas pandang terhadap kos perbelanjaan ini.Tambahan pula ia melibatkan jumlah wang yang besar.Oleh yang demikian,Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu segera menjalankan siasatan berhubung isu ini.Jangan disebabkan masalah peribadi di antara rakan kerja,kerajaan pimpinan Perdana Menteri,dijadikan sasaran kecaman pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! TELUR N SURENDRAN HILANG APABILA DIMINTA TANDATANGAN SURAT PELEPASAN TANGGUNGAN !!!

Posted: 22 Oct 2013 05:00 AM PDT


Umum mengetahui pakatan pembangkang sering kali menjadikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai 'kambing hitam' bagi menghentam kerajaan.Mereka mendakwa kononnya PDRM telah dijadikan alat oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional bagi menyekat dan menghalang aktiviti yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.Namun sejak akhir-akhirnya ini,serangan yang ditujukan kepada PDRM dilihat semakin melampaui batas.Mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak polis trigger happy dalam melakukan tugas.Ia ekoran dari beberapa kejadian tembak-menembak antara pihak polis dan penjenayah.Naib Presiden PKR,N,Surendran sebelum ini mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi.Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya.Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang,kata Surendran,hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober telah mempelawa Surendran yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.Pelawaan itu bertujuan untuk membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan,namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani suratperjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.Surat perjanjian indemniti itu,bertujuan untuk membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Dalam erti kata lain,dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia,pihak polis,Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.Paling menarik,apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu penasihat undang-undangnya R. Sivarasa telah menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.Persoalannya bukankah mereka sebelum ini mendakwa,polis DENGAN SENGAJA ingin melepaskan tembakan untuk bunuh dan tidak mengikuti prosedur ??? Sedangkan penjenayah-penjenayah yang ingin ditangkap itu LANGSUNG tidak berbahaya.Jadi apa perlu untuk Surendran takut menurunkan tandatangan tersebut. 

Tambahan pula masakan,penjenayah berbahaya dari keturunan India sanggup menembak Surendran yang ingin memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.Surat perjanjian indemniti itu secara dasarnya bertujuan untuk mengelakkan pihak polis terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan nyawa Surendran.Ini kerana ketika operasi dilakukan,selain menangkap penjenayah,sudah tentu anggota dan pegawai yang menyertai operasi perlu menjaga keselamatan dan nyawa mereka sendiri.Kesimpulannya,Surendran perlu berhenti dari bermain politik murahan atau mencari isu yang mempunyai political mileage.Sekiranya dia inginkan kepastian berhubung SOP yang dijalankan oleh polis sila sahut cabaran tersebut.Kegagalan dia menyahut cabaran tersebut bakal membuktikan mereka di kalangan pembangkang hanya berani untuk bercakap namun takut berdepan dengan realiti atau dalam bahasa kasar,mereka sebenarnya 'tak ada telor'.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KAUM CINA DARI TANAH BESAR,CHINA MEMBONGKAR PERANGAI KAUM CINA MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Oct 2013 01:30 AM PDT


Pandangan Cina China terhadap cina Malaysia !!!

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia,Hong Kong dan Australia,Thailand,Singapura,Britain dan Amerika Syarikat.Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu.Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur,kejam,serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan.Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia,2003),Ye Lin-Sheng menulis : 

2.Pengiktirafan orang cina : 
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu.Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu,mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

3.Keangkuhan orang cina : 
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu,walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.Perkara ini sudah lama saya perhatikan kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini.Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka.Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

4.Perkauman orang cina : 
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu.Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir,cekap serta bagus dalam pengurusan politik,ekonomi dan sosial.Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu.Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina.Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini.Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

5.Penghinaan orang cina :
"Sampai hari ini,sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu.Dalam dialek tertentu,orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna 'orang hutan' atau 'orang liar'.Maknanya,bangsa yang tidak bertamadun.Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan 'masuk Melayu'.Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu.Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun.Umumnya,orang Cina boleh menerima 'ketuanan orang putih' kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus,tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

6.Sikap negatif orang cina : 
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis.Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka.Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga.Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka.Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

7.Isu Tuan Rumah : 
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat.Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta.Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu,saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar.Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina : 
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu,mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar.Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat.Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula.Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan,tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia.Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman.Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis,tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis.Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

9.Dapatkan buku The Chinese Dilemma ini di MPH Bookstore yang menulis tentang realiti orang cina Malaysia serta sikap perkauman mereka yang sangat tinggi lebih dari orang cina di China itu sendiri.


TOLONG SEBAR MAKLUMAT INI !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SARAVANAN VS GURU BESAR DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Oct 2013 09:53 PM PDT


Pasti ramai yang telah mendengar rakaman perbualan telefon yang dimuat naikkan di laman sosial Facebook baru-baru ini.Rakaman di antara seorang lelaki yang dipercayai berketurunan India dengan seorang guru besar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Puchong berhubung isu korban yang dilakukan oleh pihak sekolah.Rakaman berdurasi 8.06 minit mengenai provokasi yang cuba dilakukan oleh lelaki India tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Saravanan itu mendapat perhatian ramai pihak yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakannya.Di dalam rakaman perbualan tersebut dia cuba menimbulkan mempertikaikan keputusan sekolah tersebut menjalankan upacara qurban di dalam kawasan sekolah yang kononnya akan mengganggu sentimen pelajar beragama hindu.Walaupun guru besar tersebut cuba menjelaskan dengan cara berhemah dengan menggunakan nada yang rendah,Saravanan tetap dengan pendekatan kasar dan biadab.Malah dia berulang kali menyebut,sekiranya pihak sekolah membenarkan upacara qurban dijalankan,maka penganut agama lain patut dibenarkan untuk memotong babi di sekolah. 

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh guru besar terbabit,wajar dipuji kerana walaupun diasak dengan sedemikian rupa beliau tetap memberikan respon dengan tenang dan sopan.Malah ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan,beliau menjelaskan walaupun ibadah qurban itu dilakukan di kawasan sekolah,namun para pelajar yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan untuk berada di kawasan yang berhampiran.Oleh yang demikian,tidak timbul soal sentimen atau perkara-perkara yang dirasakan akan menyinggung sensitiviti pelajar.Ini kerana program yang dijalankan itu selain bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama,ia bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Islam tentang ibadah tersebut.Mungkin mereka yang bukan beragama Islam merasakan perkataan babi yang digunakan,hanya merupakan analogi mudah namun bagi penganut agama Islam ia adalah merupakan satu percubaan untuk mencetus sentimen perkauman dan cubaan untuk menghasut.Ini kerana Perkara 11,Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah merupakan Agama Persekutuan. 

Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.Walaupun Saravanan cuba mempertikaikan tindakan tersebut dengan alasan pihak kementerian kononnya tidak membenarkan aktiviti seumpama itu dijalankan di kawasan sekolah.Namun sekiranya diteliti,pihak kementerian secara dasarnya tidak pernah memberikan sebarang arahan bertulis melalui pekeliling untuk tidak membenarkan perkara tersebut.Tambahan pula,ibadah korban adalah merupakan sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Islam.Oleh itu tidak timbul sebarang isu mengenai perkara tersebut.Secara rasionalnya tidak salah sekiranya pihak sekolah berhasrat untuk mengadakan latihan praktikal bagi mendedahkan para pelajar dengan cara dan kaedah yang dibenarkan Islam ketika menyembelih binatang ternakan.Malah melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh guru besar tersebut,beliau secara terang menjelaskan perkara tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat pengurusan sekolah yang turut dihadiri oleh guru-guru yang bukan beragama Islam.Kesimpulannya pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan segera menjalankan siasatan berhubung tindakan Saravanan ini yang secara jelas cuba mewujudkan suasana tidak selesa di kalangan masyarakat.Malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan juga jelas mengandungi sentimen kebencian dan hasutan.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TMI BAKAL BERDEPAN DENGAN SAMAN !!!

Posted: 21 Oct 2013 07:00 PM PDT


Ketika majoriti ahli UMNO sedang sibuk dengan kehangatan pemilihan Umno,masyarakat dikejutkan dengan laporan portal pembangkang,The Malaysia Insider (TMI) yang dikatakan bakal di saman calon Naib Presiden,Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan satu artikel fitnah yang disiarkan mereka.Fitnah yang ditaburkan portal itu memperlihatkan tahap 'profesionalisme' dan etika di kalangan wartawan-wartawan portal itu yang cuba meraih 'hit' yang tinggi dengan menghidangkan laporan palsu sebagai hidangan untuk pengunjung setia mereka.Lebih kurang kesnya TMI ini dengan Surendran,berani tulis tapi tak berani tanggung.Sudah tulis,nak disaman pandai pula minta maaf awal-awal.Sekarang ini,mudah sahaja.Kalau sumber itu benar tak perlu gentar untuk keluarkan kenyataan ataupun buat berita sekali pun.Tetapi kalau subuh-subuh gajah lagi sudah maklum dengan sumber yang kabur dan boleh menimbulkan kemarahan mana-mana pihak,elok batalkan niat untuk menyiarkan artikel sebegitu rupa. 

Sudahnya,TMI sendiri yang malu dan kena minta maaf.Memang banyak kes sebegini,suka menulis sangat sehingga tidak fikir kesan akan datang.Biasalah dengan portal pro pembangkang ini,kalau pasal kerajaan laju sahaja dia hentam,tapi kalau pasal pembangkang yang dijulang itu cepat-cepat sorok bawah karpet.Lepas itu,laju sahaja kalau nak menuduh Umno banyak tabur fitnah,sedangkan sebenarnya mereka yang galak buat fitnah dengan keluarkan artikel yang sebegitu.Artikel yang banyak menjadi penyebab kepada pecah belah antara kaum.Artikel yang banyak menyentuh sensitiviti beragama,perkauman dan sebagainya.Sekarang ini,TMI dok pakat nak hentam Datuk Seri Hishamuddin dengan menggunakan sumber dalaman berkenaan 'wahyu' dari pihak atasan.Mereka ini nampaknya tak kenal serik,rasanya perlu disaman penulis artikel yang 'berani' sangat itu untuk membuktikan kejantanan penulis artikel.Sekadar nasihat kepada para wartawan yang bekerja di portal-portal pembangkang yang kerjanya hanya untuk membuat berita palsu dan fitnah,ada baiknya mula memikirkan untuk mencari kerja lain.Kerana silap hari bulan,mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang memungkinkan mereka menjadi muflis di umur muda.Silap-silap,para wartawan yang bekerja di TMI ini,gajinya habis untuk bayar saman sahaja.nasiblah...

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PEMILIHANUMNO2013 TELAH SELESAI !!! MASA UNTUK BERSATU MANTAPKAN PARTI !!!

Posted: 21 Oct 2013 05:00 PM PDT


kelmarin adalah merupakan detik yang panjang untuk semua baik di kalangan mereka yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di jawatan tertinggi Umno Malaysia.Bagi yang menjadi penunggu setia di PWTC,graf keputusan yang sekejap naik dan turun,ada kalanya cukup meresahkan sehinggakan ada yang tidak senang duduk atau dalam bahasa perumpamaan,mengalahkan saat menunggu ketika bini ingin bersalin.Namun itulah realiti dalam dunia politik dan adat pertandingan.Pasti ada yang akan kalah dan menang.Kepada mereka yang berjaya setinggi-tinggi tahniah diucapkan,namun pada mereka yang gagal diharapkan dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang tabah dan terbuka.Walau apa pun yang berlaku pemilihan Umno untuk sesi kali ini telah 'selesai' dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.Sebagai generasi perwakilan dan ahli Umno yang menjadi perintis kepada inisiatif Presiden Umno,Datuk Seri Najib dalam memperkenalkan sistem baru ini,rata-rata di kalangan mereka nampaknya lebih berpuas hati berbanding sistem terdahulu. 

Sistem yang lebih telus bagi mengelakkan amalan politik wang terus menghantui Umno sedikit sebanyak dilihat bakal membantu Umno untuk menarik minat kumpulan orang muda untuk memberi terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional khususnya Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.Apa yang pasti,pemilihan kali ini sudah selesai dengan baik.Sudah tiba masa untuk semua ahli memperkukuhkan jentera dan berhenti bermain politik.Berusahalah untuk menempuh cabaran yang bakal dihadapi melalui Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menjelang 4 November ini.Kekalkan semangat bersatu padu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Melayu kerana sebagai negara yang berbilang kaum,perpaduan merupakan asas untuk membentuk sebuah negara yang terbaik. 

Walaupun Umno merupakan satu parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu,itu tidak bermakna kepentingan kaum lain akan dipandang sepi.Jadikan lah pemilihan kali ini sebagai satu modul yang paling cantik untuk diikuti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.Tiada senioriti mahupun pilih bulu,siapa yang layak untuk dibantu,haruslah diberikan bantuan.Ini dapat memastikan Umno dan juga Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memimpin dapat mengekalkan relevan mereka pada PRU akan datang untuk terus mengemudi negara ke arah yang lebih maju dan aman.Hapuskan budaya politik wang,hapuskan juga budaya kronisme yang kerap disinonimkan dengan Umno.Demokrasi dan ketelusan yang ditawarkan Presiden Umno adalah satu platform yang sangat baik untuk diteruskan.Jelas Datuk Seri Najib mengambil berat soal rakyat dan juga parti,oleh itu beliau berusaha keras untuk terus memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman untuk ahlinya.Buktikan kekuatan dan juga semangat perpaduan yang ada pada PRK Sungai Limau ini,sama-sama berganding bahu untuk memastikan rakyat Sungai Limau berhak menerima kemajuan seperti yang lain. Umno perlu mara untuk rakyat Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...