UMNO Online - “Kejayaan Pemilihan Sayap Parti Bukti UMNO Utamakan Demokrasi – Dr Noor Sulastry” plus 9 more |
- Kejayaan Pemilihan Sayap Parti Bukti UMNO Utamakan Demokrasi – Dr Noor Sulastry
- Melaka Perkenal Dasar Baharu Bagi Kelulusan Perlombongan Pasir – Idris
- PM’s Science Adviser Appointed Into UN Science Advisory Board
- Jangan Terpedaya…. Kuffar Pembelit 64
- Antara ‘Lembu’ Shahrizat Dan ‘Liwat’ Anwar Ibrahim
- Pemilihan Semula CEC DAP Tidak Ubah Seperti “Tupai Membaiki Labu”
- Malaysia Also Mourns People Killed In Philippine Earthquake – Najib
- Pas Rosak Gara-Gara ‘Anai-Anai Perosak’ Bergerak Bebas
- Ahli Terjemahkan Semangat Tinggi, Matang & Rasional Menerusi Pemilihan UMNO 2013
- KLIA2 Hampir Siap, Beroperasi Pada 2 Mei 2014 Seperti Dirancang
Kejayaan Pemilihan Sayap Parti Bukti UMNO Utamakan Demokrasi – Dr Noor Sulastry Posted: 16 Oct 2013 03:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt – Proses dalam pemilihan UMNO telah berlangsung membabitkan pergerakan sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dan Sabtu ini pula, peringkat bahagian dan pusat akan mengambil tempat bagi melengkapkan proses keseluruhan sebagaimana dalam Perlembagaan UMNO. Penganalisis politik tempatan, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad menganggap secara keseluruhannya, pemilihan UMNO peringkat sayap parti berlangsung lancar walaupun terdapat juga insiden-insiden yang negatif di beberapa tempat. "Kita perlu faham bahawa transformasi yang dibawa oleh UMNO sangat besar dan pemilihan ini amat berbeza dengan pemilihan-pemilihan parti yang berlangsung sebelum ini biarpun usia UMNO itu sendiri telah mencapai 67 tahun, inilah perubahan yang dilaksanakan demi untuk memperteguh perjuangan mereka," katanya kepada UMNO-Online. Terang beliau, mana-mana pihak pun sebenarnya berasa bimbang dengan pembaharuan yang dibawa oleh kepimpinan tertinggi parti kerana ia melibatkan jumlah perwakilan yang amat besar dengan pemilihan berlangsung serentak di semua negeri termasuklah di Sabah. "Bagi orang UMNO sendiri, secara terang pada mulanya mereka juga melahirkan kebimbangan terhadap keberkesanan dan kelancaran pelaksanaannya namun dengan keyakinan pucuk pimpinan parti yang mahu anggotanya di akar umbi turut serta maka mereka juga menyemat azam untuk menjayakan demokrasi baru yang diaplikasi UMNO. "Namun bagi musuh politik UMNO atau musuh kerajaan maka tentunya mereka ternanti-nanti kepincangan yang akan mencacatkan parti dan boleh diambil sebagai bahan untuk menunjukkan kepada rakyat kegagalan yang telah diaplikasi oleh UMNO, namun sehingga kini ia amat kecil." Ujar beliau, barangkali dari segi teknikalnya ada kelemahan yang boleh diperbaiki tetapi apabila diukur dari keseluruhannya, maka dilihat bahawa UMNO telah melaksanakan proses demokrasi secara terbuka dengan memberi ruang dan peluang yang luas kepada anggotanya untuk menentukan kepimpinan parti. "Jika dilihat dari ukuran kelancaran pemilihan, ada juga segelintir pihak yang membandingkan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) namun itu adalah tidak wajar kerana PRU hanya melibatkan satu calon bagi satu parti untuk menentang parti yang lain sedangkan pemilihan UMNO adalah untuk memilih kepimpinan bagi kelompok yang mempunyai idealogi dan hala tuju perjuangan yang sama. "Ini bukanlah melibatkan idealogi yang berbeza sebagaimana PRU yang membabitkan pertandingan tetapi pemilihan UMNO adalah untuk menentukan ketua bagi satu bangsa yang sama dan mempunyai matlamat sama dengan perjuangan untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi agama, bangsa dan negara. "Kalah atau menang, pada akhirnya mereka ini akan bersatu untuk memastikan agenda memenangi PRU-14 yang menjadi keutamaan dalam politik kerana PRUlah yang akan menentukan kuasa apatah lagi jalinan ukhwah dan persaudaraan akan dapat dijadikan tauladan kepada pihak lain untuk lebih menghormati UMNO." Tegas beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains dan Sosial, Universiti Malaya, UMNO adalah satu-satunya parti yang ambil dari perspektif demokrasi sebenar dengan pemilihan untuk satu tempoh yang tidak lama iaitu untuk sekitar tiga tahun bagi satu penggal. "Ini adalah langkah yang amat berani kerana penglibatan perwakilan yang amat berbeza iaitu sebelum ini cuma seramai dua ribu lebih sahaja berbanding dengan sekitar 146,000 pemilih maka kejayaan pemilihan ini tentunya akan menutup banyak perkara yang selama ini dipalitkan dengan UMNO." Ujarnya, jika sebelum ini UMNO dikaitkan dengan politik wang, tidak demokrasi, tidak terbuka, bersikap nipotisme dan macam-macam lagi tuduhan namun kejayaan pemilihan sayap Sabtu lalu mampu menutup musuh politiknya kerana mereka sendiri tidak akan berani bertingkah sebagaimana UMNO. "Soal siapa yang menang dan siapa yang kalah sudah tidak boleh dipertikai kerana pemilihan ini membabitkan jumlah yang ramai, inilah pilihan akar umbi yang menentukan siapa pemimpin yang mereka mahukan untuk bekerja dalam satu pasukan. "Pemilihan ini bukan segala-galanya dalam politik kerana matlamat akhir adalah kemenangan dalam PRU yang mana mampu direncana berdasarkan kepada ketokohan dan nilai kepimpinan yang dipilih sendiri oleh akar umbi, inilah masanya," tambahnya lagi. Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bakal berlangsung pada Sabtu ini dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013. Pada 2009, pindaan Perlembagaan UMNO telah dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO Khas. – MediaUMNO |
Melaka Perkenal Dasar Baharu Bagi Kelulusan Perlombongan Pasir – Idris Posted: 16 Oct 2013 03:39 AM PDT MELAKA, 16 Okt – Kerajaan negeri Melaka memperkenalkan dasar baharu bagi kelulusan aktiviti perlombongan pasir dalam usaha memastikan ekosistem dan alam sekitar di negeri ini tidak terjejas dengan aktiviti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron. Beliau berkata melalui dasar baharu itu, syarikat yang ingin mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi melombong pasir di negeri ini perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Mineral dan Geosains; Jabatan Alam Sekitar; dan Jabatan Tanah dan Galian berserta ulasan anggota dewan undangan negeri kawasan terlibat. Idris berkata sebelum ini syarikat hanya perlu mengemukakan kepada kerajaan negeri kertas cadangan yang telah diluluskan Jabatan Perhutanan dan kerajaan negeri meluluskan kertas cadangan itu setelah kajian dibuat tanpa perlu mendapatkan kelulusan tiga jabatan berkenaan. “Mesyuarat exco kerajaan negeri tadi telah meluluskan polisi baharu ini dan polisi ini berkuatkuasa serta merta,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Program Kesiapsiagaan Sekolah 2013 di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di sini, hari ini. Program anjuran Mercy Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Melaka itu bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar sekolah itu tentang cara menghadapi bencana seperti banjir dan kebakaran. Idris berkata dasar baharu akan mengetatkan proses untuk aktiviti perlombongan pasir di Melaka dan ia dilihat bakal menyelesaikan masalah perlombongan pasir di Bukit Senggeh, Selandar yang mengakibatkan banjir lumpur, keruntuhan pasir dan pencemaran air di kawasan itu. Beliau berkata kerajaan negeri dijangka kerugian RM1.6 juta dalam pendapatan pungutan cukai dengan perlaksanaan dasar baharu itu, bagaimanapun menegaskan pendapatan itu tidak membawa sebarang makna sekiranya mendatangkan kesusahan kepada rakyat. Sementara itu, Idris berkata 450 deligasi dari seluruh dunia antaranya Namibia, Mozambique dan Costa Rica dijangka menghadiri Persidangan Pelancongan Dunia 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 Okt di sini. “Persidangan itu bakal mempromosi Melaka sebagai bandar raya pelancongan utama Malaysia juga dunia di mata pengusaha pelancongan dan pelbagai pengisian unik antaranya persembahan teater sejarah di replika kapal Flor de la Mar, Muzium Samudera telah diatur,” katanya. |
PM’s Science Adviser Appointed Into UN Science Advisory Board Posted: 16 Oct 2013 03:35 AM PDT PUTRAJAYA, Oct 16 – The science adviser to the prime minister is among seven Asian figures appointed as members of the Science Advisory Board to United Nations Secretary-General Ban Ki-Moon. In a statement today, Malaysian Industry-Government Group for High Technology said Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid would join the new board to advise Ban and the chief executives of UN agencies on science, technology and innovation relating to sustainable development. According to the statement, 26 international experts were appointed into the board encompassing various backgrounds – science, engineering and technology, social science and humanities, ethics, health, economy, behavioural science, agriculture, as well as environmental science relating to sustainable development. Zakri was appointed science adviser to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in 2010. |
Jangan Terpedaya…. Kuffar Pembelit 64 Posted: 16 Oct 2013 03:33 AM PDT Benarkah dakwaan segelintir missionary dan peliwat democrazy bahawa keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Kerajaan dan melarang kristian daripada menggunapakai kalimah ALLAH bercanggah dengan Surah Ali-Imran: 64? Nampak gaya segelintir yang telah diliwat otaknya sengaja tidak mahu dan tidak mengerti menghormati keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi mereka. Kalau keputusan Mahkamah memihak kepada mereka, maka mereka akan melolong betapa Mahkamah kini bebas dan pro-pembangkang. Tetapi jika tidak menyebelahi mereka, mereka akan melalak mengutuk Mahkamah sebagai barua dan agen UMNO dan BN! Terbaru mereka mendakwa Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Kerajaan melarang kristian menggunapakai kalimah ALLAH telah menjadi balaci UMNO. Malah mereka mendakwa UMNO sekarang sudah menjadi 'Almighty UMNO' kerana mengatasi Al-Quran sedangkan kata mereka Al-Quran sendiri membenarkan kristian, seperti juga Islam, boleh menggunakan kalimah ALLAH. Dan mereka merujuk kepada Surah Ali-Imran: 64 dengan memetik seperti berikut, 'Say (O Muhammad): (O people of the scriptures (Jews and Christians)! Come to a word that is just between us and you, that we worship none but ALLAH'. Di dalam Bahasa Melayu disebut, 'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH!'. Sebahagian ayat 64 Surah Ali-Imran Memang sesiapa yang membaca petikan ayat seperti diatas akan terpengaruh; ya tak ya, ALLAH sendiri berfirman kalimah ALLAH boleh diguna oleh Islam, Yahudi dan Kristian; jadi mengapa mereka dilarang daripada menggunakannya? Untuk menjawab soalan ini, saya merujuk selang tujuh ayat iaitu Ali-Imran: 71, dimana ALLAH menempelak golongan ahli kitab (Yahudi & Kristian) dengan firman Nya, 'O people of the scriptures (Jews & Christians)! Why do you mix truth with faslehood, and conceal the truth while you know?'. Dalam Bahasa Melayu ia bermaksud 'Wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan kebenaran?' Surah Ali-Imran: 71 Putar belit dan berbohong, cuba untuk menyesatkan kita! Dan itulah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh segelintir diantara mereka, dengan memetik hanya sebahagian daripada ayat 64 Surah Ali-Imran, dan menyembunyikan sebahagian daripadanya. Dan tujuannya jelas. Ini disebut sendiri oleh ALLAH dalam ayat 69, 'Some of the people of the scriptures (Jews & Christians) wish to lead you astray. But they shall not lead astray anyone except themselves, and they perceived not'. Bermaksud 'segolongan ahli kitab ingin menyesatkan kamu. Padahal sesungguhnya mereka tidak menyesatkan melainkan diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedari'. Surah Ali-Imran: 69 Adalah jelas mereka cuba meliwat ayat Al-Quran dengan hanya membaca sekerat sahaja ayat 64 Ali-Imran, dan menutup sebahagian yang lain. Sedangkan kalau dibaca sepenuhnya, ayat 64 sebenarnya menempelak Yahudi dan Kristian. Dan jika dibaca sehingga ayat 80, sebenarnya ALLAH bukan sahaja mengutuk mereka, malah mendedahkan pekung dan niat busuk mereka. Di ayat 78, ALLAH mendedahkan, 'And verily, among them is a party who distort the Book with their toungues (as they read), so that you may think it is from the Book, but it is not from the Book, and they say, 'This is from ALLAH', but it is not from ALLAH, and they speak a lie against ALLAH while they know it' bermaksud 'Dan sungguh diantara mereka niscaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca kitab, agar kamu menyangka yang mereka baca itu sebahagian daripada kitab, padahal itu bukan daripada kitab dan mereka berkata 'Itu dari ALLAH', padahal itu bukan dari ALLAH. Mereka mengatakan hal yang dusta terhadap ALLAH, padahal mereka mengetahui'. Surah Ali-Imran: 78 Cubaan mereka adalah untuk berbohong dan memutarbelitkan ayat 64 dengan menyembunyikan sepenuhnya ayat itu konon untuk menunjukkan ALLAH menyatakan kalimah ALLAH boleh diguna oleh Islam dan Kristian! Betulkah? Mari kita perhatikan sepenuhnya ayat 64: 'Say (O Muhammad): 'O people of the Scripture (Jews and Christians)! Come to a word that is just between us and you, that we worship none but ALLAH (Alone), and that we associate no partners with Him, and that none of us shall take others as lords besides ALLAH'. Then if they (the Jews and Christians) turn away, say, 'Bear witness that we are Muslims'. 'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH, dan kita tidak mempersekutukan Nya dengan sesuatu pun, dan bahwa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain ALLAH. Jika mereka berpaling maka katakanlah, :Persaksikanlah bahawa kami orang Muslim!'. Surah Ali-Imran: 64 Adalah jelas ayat 64 bukan sahaja tidak membenarkan mereka menggunakan kalimah ALLAH, malah menempelak mereka yang cuba menyengutukan kalimah ALLAH dengan seseorang atau sesuatu! Dan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh kristian zaman ini! Mereka menyekutukan Tuhan dengan seseorang dan sesuatu; mereka mendakwa ALLAH ada anak bernama Jesus, dan ada sekutu bernama Holy Spirit! Dan mereka cuba menamakannya dengan ALLAH The Father, ALLAH The Son & ALLAH The Holy Spirit; ALLAH Bapak, ALLAH Putra & ALLAH Ruh Suci! Dan ALLAH memerintahkan Nabi Muhammad saw (dan kita umat Islam, supaya memperbetulkan amalan syirik dan kufur ini dengan mengajak mereka kembali menyembah ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Yang Satu, dengan menyeru mereka bahawa; 'He is ALLAH, The One. He is ALLAH the Self-Sufficient Master, to whom all creatures need. He begets not, nor was he begotten. And there is none co-equal or comparable unto Him'; 'Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH, Tuhan tempat meminta segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang sekufu setara dengan Nya'. Surah Al-Ikhlas Dan jika mereka, Yahudi dan Kristian, tidak mahu mengangkat syahadah pengakuan bahawa ALLAH itu Maha Esa, maka kita umat Islam disertu supaya berkata kepada mereka: KAMI ADALAH MUSLIM. KAMI MENYEMBAH HANYA ALLAH MAHA ESA! Dan kita diseru memberi amaran kepada kaum kristian: 'O people of the scripture (Jew and Christian)! Do not exceed the limits in your religion, nor say of ALLAH but the truth. The Messiah 'Isa (Jesus), son of Maryam (Mary), was (no more than) a Messenger of ALLAH and His word, ("Be!" – and he was) which he bestowed on Maryam (Mary) and a spirit (Ruh) created by Him. So believe in ALLAH and His Messengers. Say not: "(ALLAH is) Three (Trinity)!" Cease! (it is) better for you. For ALLAH is (the only) One Ilah (God), Glorified is He (Far Exalted is He) above having a son. To Him belongs all that is in the heavens and all that is in the earth. And ALLAH is All-Sufficient as a Disposer of affairs'. 'Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putera Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung'. Surah An-Nisa' 4: 171 Dan jika mereka masih terus mahu mensyrikkan ALLAH, dan bersikap kufur, maka ALLAH berfirman: 'Say (O Muhammad) to these musyrikin dan kaafiruun: "O Al-Kaafiruun (disbelievers in ALLAH, in His Oneness, in His Angels, in His Books, in His Messengers, in the Day of Resurrection, and in Al-Qadr)! "I worship not that you worship, nor will you worship that which I worship; And I shall not worship that which you are worshipping, nor will you worship that which I worship. To you be your religion, and to me my religion (Islamic monotheism)'; 'Katakan (wahai Muhammad), "Wahai orang-orang kafir (yang ingkar tidak percaya ALLAH, kepada keesaan ALLAH, kepada Malaikat Nya, kepada Kitab-Kitab Nya, kepada Rasul utusan Nya, kepada Hari Kebangkitan, kepada Qada' & Qadar)!. "Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk mu agama mu, untukku agama ku'. Surah Al-Kaafirun Saya menyeru kepada semua umat Islam, tidak kira apa fahaman politik dan patar-belakang kita, berpeganglah kepada tali ALLAH, dan bersatu-padulah dibawah ukhwah Islamiyyah. Puak kafir, musyrikin dan munafiq sedang menyerang kita dari segala penjuru; dan segala arah. Ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw kepada kita akan berlaku di akhir zaman, di zaman fitnah. Kita sedang melalui zaman itu sekarang. Kita sedang mengharungi fitnah itu sekarang! Janganlah kita menjadi seperti ahli kitab Yahudi dan Nasara, yang telah diberitahu melalui Rasul, Nabi dan utusan-utusan ALLAH melalui wahyu, kitab dan peringatan. Namun mereka menolak kebenaran itu bila ia datang; dan mereka menjadi kufur, syirik dan sesat! Al-Quran ditangan kita, Hadis Nabi saw bersama kita; segala kitab peringatan ada di pundak kita. Mengapa kita meilih untuk menolaknya? Mengapa kita memilih untuk bersekongkol dengan kebatilan, kekufuran, kesyirikan dan kemunafikan? Kembalilah ke jalan ALLAH! Kembalilah kepada Al-Quran. Kepada kaum kafir, we know what you are up to! Don't think we Muslim are stupid fools, although you have succeeded in making a fool from some of us who are plainly stupid! Please remember Al-Quran is not a comic book like Doraemon comic! Al-Quran is not a story book! Al-Quran is Al-Quran! There is strict discipline in reading it! Don't do to Al-Quran what you did to your own book! Please, we know what you know, we know what you may not know! For ALLAH is All-Knowing! And we say to you: Lakum dii nukum waliyadiin! Wallahua'lam dan Wassalam. zul4kulim.blogspot.com |
Antara ‘Lembu’ Shahrizat Dan ‘Liwat’ Anwar Ibrahim Posted: 16 Oct 2013 03:15 AM PDT Media yang ada hubung kait dengan PAS macam berpesta mengutuk UMNO bila Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatan itu dalam pemilihan yang dijalankan baru-baru ini. Kononnya UMNO masih di takuk lama kerana mengekalkan orang seperti Shahrizat yang terpalit dengan 'skandal lembu' syarikat yang dimiliki suaminya. Tapi PAS terlupa, Shahrizat dipilih secara demokrasi oleh wanita UMNO, bukan apa-apa unsur diluar dari semangat demokrasi yang diamalkan parti tersebut. Sejak bila persepsi mengambil alih tempat demokrasi, dan parti mana dalam dunia (kalau ada) yang menentukan pucuk pimpinan berasaskan persepsi, bukan undi? Justeru, apa pun pendapat masing-masing mengenai Shahrizat ini tapi keputusan untuk mengekalkan beliau atau tidak di jawatan itu adalah atas perwakilan yang mempunyai untuk hak memilih atau senang cakap, selaras prinsip demokrasi. Yang tak setuju, masuk UMNO, jadi perwakilan dan pilihlah siapa yang disukai. Bukan duduk luar, lepas tu melalak dan melolong macam anjing lapar, itu tidak akan mengubah apa-apa. Lagipun, PAS ada hak apa nak mempersoalkan pilihan perwakilan UMNO untuk mengundi Shahrizat? Mat Rock kata, "lu sapa?" Sememangnya, Shahrizat layak kerana diikutkan keputusan semalam, beliau memang berada di atas sekali berbanding lain-lain calon untuk jawatan Ketua Wanita. Bukan macam Guan Eng, dapat nombor lima dalam pemilihan CEC, tapi duduk jawatan nombor satu (Setiausaha Agung). Atau macam jawatan Ketua Umum PKR yang kini disandang Anwar Ibrahim. Jawatan itu tidak boleh dicabar, tapi masih ada kuasa penuh, kalah pulak Presiden PKR yang kebetulan bini dia jugak. Malah PAS sendiri pun ada masalah itu, Nik Aziz pemimpin paling tinggi parti, tapi bukan dipilih oleh ahli-ahli parti, sebaliknya oleh anggota Majlis Syura Ulama yang separuh bilangannya dilantik oleh Nik Aziz sendiri!! Semua ini menunjukkan demokrasi mati dalam parti-parti pembangkang, tapi lagaknya macam dialah pejuang demokrasi tulen!! Jadi lebih baik diam dan uruskan masalah parti sendiri yang tak selesai-selesai sampai sekarang. Tak payah nak tunjuk bagus dengan urusan parti orang. Penulis sendiri ada komen tersendiri tentang pemilihan Shahrizat, tapi sebab Shahrizat menang atas undi perwakilan di peringkat bahagian (bukan sebab alasan budak sekolah seperti MS Excel silap dan sebagainya), maka penulis tidak rasa komen itu penting sekarang. Cuma pada firasat penulis, perwakilan UMNO tidak rasa 'skandal lembu' oleh syarikat suami Shahrizat, ada kaitan dengan kelayakan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO, sama macam status Anwar sebagai peliwat (disahkan oleh 10 Mahkamah), tidak menjejaskan sokongan PAS kepadanya kerana itu adalah hak asasi manusia Anwar nak buat apa. Lagipun 3 tahun nanti (2016), akan ada pemilihan lagi, dan pemilihan itulah yang lebih penting kerana siapa pun yang menang dalam pemilihan itu nanti, akan mengemudi UMNO menghadapi PRU14 yang kita jangka pada 2018. Bukan yang sekarang ini. Pemilihan sekarang pada penulis, hanya formaliti setelah 4 tahun tak ada pemilihan. Status quo di sana sini, memang sudah dijangka. Adamyan |
Pemilihan Semula CEC DAP Tidak Ubah Seperti “Tupai Membaiki Labu” Posted: 16 Oct 2013 03:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt – Tidak ubah seperti tupai membaiki labu… Inilah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baru lalu. Apa tidaknya jika pemilihan lalu DAP dikecam kerana tidak telus, penuh kesangsian termasuk 753 perwakilannya hilang , kini dalam pemilihan semula CEC perkara sama terus berlaku malah lebih teruk dari sebelum ini. Pada pemilihan DAP yang baru jumlah perwakilan yang hilang terus meningkat kepada 851 orang. Ahli DAP terus menggesa Pengerusi DAP Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng memberi penjelasan namun sehingga kini DAP terus mengamalkan sikap 'kunci mulut'. Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Senator Norliza Abdul Rahim apa yang DAP lakukan bukanlah menjawab segala persoalan namun meletakkan kesalahan kepada pihak lain termasuklah terus mempersalahkan Pendaftar pertubuhan (ROS) malah mengugut untuk menyaman ROS. Jelas beliau sebenarnya ramai yang telah menyangka bahawa DAP tidak akan mampu bersikap telus dan hanya menanti bagaimanakah pemilihan semula ini akan ditangani dan ternyata perkara yang sama berulang. Malah katanya demi memastikan 'orang-orang' mereka terus berada di dalam pucuk pimpinan parti, cawangan yang dahulunya berada di dalam kategori B (hanya layak menjadi pemerhati) telah dinaiktaraf kepada kategori A sekaligus melayakkan mereka ini mengundi. "Status cawangan yang dinaiktaraf ini juga menjadi kesangsian ahli DAP. Harus diingat, yang protes adalah ahli mereka sendiri. Bukannya UMNO jadi mereka harus memberi penjelasan kepada segala kemusykilan ahli DAP. "Seperti biasa DAP dilihat tidak akan menjawab segala persoalan yang akan menjerut leher mereka sendiri termasuklah isu Jenice Lee yang dikatakan telah dipecat tetapi tiba-tiba dilihat turut mengundi di dalam pemilihan tersebut. "Apa yang terjadi di dalam DAP ini ini benar-benar satu silap mata yang aneh. Sukar untuk ditafsirkan…. Yang pasti semuanya penuh muslihat dan penipuan," ujarnya kepada UMNO-Online. Jelasnya lagi, pemilihan semula CEC ini sebenarnya boleh diibaratkan hanya sekadar wayang untuk mengelirukan rakyat kerana yang jelas DAP tidak pernah telus dalam semua perkara. Beliau turut melahirkan harapan agar ROS perlu mengambil tindakan drastik kali ini sekiranya menerima aduan daripada ahli DAP. "ROS telahpun mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula dan ianya telah dilakukan tetapi tetap terdapat kepincangan yang nyata dan amat meragukan. "Sekiranya terdapat aduan, ROS harus mengambil tindakan drastik berlandaskan terma yang termaktub. Jangan terus DAP mempergunakan undang-undang untuk menutup kesalahan mereka. Jangan biarkan orang lain makan nangka tapi orang lain yang terkena getahnya," jelasnya lagi. – MediaUMNO |
Malaysia Also Mourns People Killed In Philippine Earthquake – Najib Posted: 16 Oct 2013 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 16 – Malaysia joins the people of the Philippines in mourning those killed in the earthquake there yesterday, said Datuk Seri Najib Tun Razak. The prime minister said this in his Twitter account today. At least 99 people have been confirmed dead and 276 others injured in a 7.2-magnitude earthquake in the central Philippines, the disaster relief agency said today. The Philippine National Disaster Risk Reduction and Management Council (NDRRMC) said 90 people were killed in Bohol, eight in Cebu and one in Siquijor. A total of 166 people were injured in Bohol and 106 in Cebu. About 558,390 families with a total of 2.84 million people were affected in three provinces. |
Pas Rosak Gara-Gara ‘Anai-Anai Perosak’ Bergerak Bebas Posted: 16 Oct 2013 02:06 AM PDT KUALA LUMPUR 16 Okt – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin percaya anai-anai perosak yang bergerak di dalam Pas telah merosakkan parti berkenaan dan tidak mustahil keretakan yang boleh dilihat hari ini terus berpanjangan. Menurut beliau perkara tersebut sememangnya tidak boleh dinafikan lagi dan umum boleh melihat bagaimana senario yang melanda parti berkenaan seperti isu kalimah Allah swt yang menimbulkan percanggahan pendapat sesama sendiri dan sebagainya lagi. "Anai-anai di dalam Pas sudah saya sebutkan pada muktamar Agung Pemuda Pas pada 2005 kalau tidak silap saya. Saya sebagai jurucakap negeri pada waktu itu membangkitkan perkara ini iaitu anai-anai di dalam parti. "Hari ini kesannya kita sudah boleh nampak dan boleh lihat…Sebab itulah saya bersyukur ada kalangan ulama di dalam Pas khususnya ulama-ulama muda mula bangkit dan menyedari perkara ini. "Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt. Saya bukan nak bangga diri tetapi untuk sama-sama melihat perjuangan Pas seumpama sirih pulang ke gagang. Kita mahu mencari redha Allah…" katanya. Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas perkembangan terkini Pas menjelangnya muktamar agung parti itu dalam masa terdekat. Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah Pas perlu memperbetulkan diri mereka dan bukannya terikut-ikut dengan mana-mana pihak khususnya di kalangan parti pembangkang lain. "Pas mestilah betul barulah orang akan hormat..Ini tidak…. terikut-ikut dengan gaya sekutu sendiri. Kalau dah sebut kepimpinan ulama mestilah jelas. Jangan ikut orang lain. Ikutlah ulama. "Kalau ulama dah putuskan janganlah bersikap sebaliknya. Saya masih sayang Pas. Jangan pedulikan ideologi orang lain barulah perjuangan kita akan nampak betul. Kesannya bukankah akan terpalit kepada Pas itu sendiri," ujar beliau. -MediaUMNO |
Ahli Terjemahkan Semangat Tinggi, Matang & Rasional Menerusi Pemilihan UMNO 2013 Posted: 16 Oct 2013 01:40 AM PDT SEREMBAN, 16 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan melahirkan rasa syukurnya kerana 98 peratus mesyuarat cawangan telah berjaya diadakan dalam keadaan yang harmoni tanpa ada insiden-insiden yang memalukan parti. Ujarnya yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, mood setiap ahli semasa mesyuarat juga dilihat tinggi kerana Negeri Sembilan telah berjaya mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang lalu. Malah tegasnya lagi apa yang lebih membanggakan di Negeri Sembilan ini boleh dikatakan kerajaan UMNO berjaya dibentuk di sini. Ini kerana jelas beliau UMNO berjaya memenangi lima kerusi Parlimen daripada lapan yang dipertandingkan dan memenangi 21 kerusi DUN daripada 36 malah UMNO berjaya merampas dua kerusi daripada tangan pembangkang iaitu Paroi dan Ampangan. “Kemenangan ini amat membanggakan dan ianya jauh berbeza dengan parti komponan BN yang hanya menyumbang satu kerusi melalui MIC manakala MCA dan Gerakan gagal menyumbang sebarang kerusi. "Inilah yang menyebabkan semangat orang UMNO terus kuat dan ianya diteruskan untuk menghadapi Pemilihan UMNO 2013 ini pula seterusnya bersedia merangka strategi bagi menghadapi PRU ke-14. "Apa yang saya harapkan adalah agar pemilihan ini akan berlangsung dalam suasana pemilihan adik beradik. Pemilihan kali ini juga merupakan pemilihan pertama selepas pindaan Perlembagaan dibuat maka ianya penting dan akan menjadi tumpuan," ujarnya dalam satu sesi temubual ekslusif bersama UMNO-Online. Ketika diminta mengulas mengenai keterbukaan seluas-luasnya pada pemilihan kali ini jelas beliau, sebenarnya, pada awalnya ketika Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan meminda dan membuka membuka pintu UMNO seluas-luasnya agar ianya tidak dianggap terlalu ekslusif terdapat sedikit kebimbangan di hati Majlis Tertinggi (MT). “Ini kerana sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk jawatan Presiden. Maka timbul rasa bimbang sekiranya berlaku perpecahan yang akan merosakkan UMNO itu sendiri. “Namun ternyata kerisauan tersebut meleset sekali. Lonjakan transformasi yang dibawa oleh Presiden parti telah membawa satu makna baru dalam UMNO seterusnya menggambarkan bahawa ahli UMNO sebenarnya jauh lebih matang dan profesional dari apa yang dijangkakan”, katanya. Buktinya jelas beliau dapat dilihat apabila semua ahli sepakat untuk tidak mencabar jawatan Presiden dan Timbalannya malah jawatan MT juga yang dijangkakan akan melebihi 100 pencalonan tidak menjadi kenyataan kerna hanya 64 pencalonan diterima. "Maka tidak benarlah sekiranya ada yang menuduh ahli UMNO terlalu mementingkan kuasa dan pangkat. Langkah transformasi Datuk Seri Najib betul," ujarnya lagi. Tambah beliau, apa yang berlaku semasa PRU-13 berlangsung juga menyebabkan ahli UMNO menjadi lebih matang dan rasional. kerana ahli UMNO mula sedar bahawa penyatuan sesama ahli amat penting demi masa hadapan parti. Walaupun UMNO menang dengan penambahan kerusi semasa PRU yang lalu namun tegasnya perkara tersebut bukanlah kegembiraan yang mutlak. “Secara keseluruhannya jumlah kerusi BN merosot berbanding PRU sebelumnya. Pada 2004 kita menang 189 kerusi, 2008 (140) dan 2013 (133). Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan sesuatu perlu dilakukan. Walaupun UMNO terus kukuh tetapi tidak BN secara keseluruhannya. "Jangan sesekali kita alpa. Orang UMNO sedar akan perkara ini. Seruan dan gagasan agar ahli UMNO bersatu termakan di hati mereka. UMNO perlu kukuh dan bersedia menerokai segala memungkinan. Oleh itu UMNO perlu kuat untuk menghadapi pancoroba politik di masa hadapan," jelasnya lagi. Secara keseluruhannya ujar beliau, proses yang hendak diterjemahkan oleh Yang berhormat Perdana Menteri iaitu transformasi politik itu jelas telah dapat menusuk hati setiap ahli UMNO dan inilah yang diterjemahkan dalam proses pemilihan kali ini. "Saya berharap ini dapat diteruskan dan kepada calon yang kalah jangan sesekali berasa kecewa dan memburukkan parti. Terima hakikat bahawa belum tiba masanya untuk mereka yang kalah itu dipilih oleh suara majoriti. "Kepada yang menang pula jangan pula menjadi sombong dan lupa akan tanggungjawab. Bersatulah kembali selepas pemilihan ini kerana kita perlu bekerja dari sekarang untuk menghadapi PRU ke -14 pula. "Seperkara lagi, bawalah mood yang bersemangat ini di Perhimpunan Agung UMNO nanti bagi terus memastikan UMNO itu terus relevan dan kukuh untuk diwarisi oleh anak bangsa. – MediaUMNO |
KLIA2 Hampir Siap, Beroperasi Pada 2 Mei 2014 Seperti Dirancang Posted: 16 Oct 2013 01:22 AM PDT SEPANG, 16 Okt - KLIA2, lapangan terbang dibina khas terbesar dunia untuk syarikat penerbangan tambang rendah, telah 94 peratus siap dan dijadualkan dibuka pada tarikh akhirnya 2 Mei, 2014. Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Abd Hamid Mohd Ali berkata bangunan terminal telah pun siap 99 peratus dan “kini di peringkat akhir kerja”. MAHB menjangkakan 80 peratus kadar penghunian pada hari pertama operasi, kata beliau kepada media selepas penyampaian penghargaan konsep jenama cemerlang di KLIA2 kepada rakan perniagaan komersil oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi di sini hari ini. Abd Hamid berkata 33 peratus daripada penender yang berjaya untuk lot runcit sama sekali baharu kepada persekitaran komersil lapangan terbang tempatan. Beliau berkata MAHB juga mencatatkan 40 peratus penender Bumiputera berjaya, komposisi tertinggi dalam kompleks runcit pada masa ini, “oleh itu, kami telah memperoleh gabungan seimbang jenama tempatan dan antarabangsa.” Abdul Aziz berkata memandangkan lapangan terbang itu telah bersedia untuk memulakan operasi pada Mei, beliau yakin menjelang Disember tahun ini, “kesemua peruncit boleh masuk dan buat pengubahsuaian dan hiasan semula ke atas ruang kedai mereka.” “Rakan perniagaan akan diberikan dua atau tiga bulan untuk menyiapkan pengubahsuaian. Pemeriksaan akhir akan dilakukan pada 15 Mac, 2014 bagi membolehkan lapangan terbang itu memulakan operasi pada 2 Mei seperti dirancangkan. “Apabila beroperasi kelak, klia2 akan mengendalikan sehingga 45 juta pengguna dan ini mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan pesat berkembang di rantau ini,” kata beliau. Mengenai kemalangan pesawat Twin Otter MASWings di Kudat, Sabah, Khamis lepas, Abdul Aziz berkata kementerian belum lagi menerima laporan penuh mengenai insiden itu. “Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi. Kemalangan ini masih lagi disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam,” tambah beliau. Seorang pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden berkenaan. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment