Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! List MT yang Boleh Melingkupkan UMNO Kelak! #PemilihanUMNO

Posted: 16 Oct 2013 08:37 AM PDT

Terkejut apabila mendapat satu cai  Pemilihan Umno untuk Majlis Tertinggi baru-baru ini daripada satu bahagian bernama  'P' .. Cai ini telah disebarkan kepada cawangan-cawangan di kawasan tersebut juga di katakan telah di berikan ke beberapa bahagian lain. 
Kalau kita baca cai di atas ternyata ia telah di buat oleh broker-broker yang hanya mahu keuntungan semata-mata. Bayangkan dalam cai ini terdapat 6 calon untuk Johor dan ada  nama-nama dalam cai ini langsung tak membawa apa-apa perubahan kepada Umno. Di mana keadilan kepada calon-calon negeri lain !!! 

Apakah ini yang di mahukan oleh perwakilan-perwakilan UMNO ?? Ada dalam senarai ini langsung tidak membawa dasar-dasar Transformasi yang dilaungkan !! 
Di mana  orang yang boleh buat kerja seperti Datuk Azeez Rahim dari Baling dan yang lain-lain ?? 
Inilah jenis yang hanya fikirkan keuntungan semata-mata bukannya untuk membawa perubahan dan kebaikan kepada Umno dalam memperjuangkan Agama , Bangsa dan Tanah Air kita !!! Kepada yang buat cai ini jangan jadi 'haprak' !!! 
Ini bukan persatuan atau pertandingan budak sekolah tadika !!! Perwakilan harus membuka mata dan menolak cai seperti ini !!!

INFO! Kenapa Perlu Pilih Mukhriz Jadi Naib Presiden UMNO?

Posted: 16 Oct 2013 06:12 AM PDT


Semalam dalam temubual bersama Bernama TV Mc agak tertarik dengan pertanyaan, "Kenapa perlunya perwakilan mengundi Mukhriz Mahathir menjadi Naib Presiden UMNO?" Satu pertanyaan yang sukar bagi kita jawab, tetapi hanya tuan badan yang menawar diri sebagai Naib Presiden saja yang mampu menjawabnya.

Dengan tenang Dato Mukhriz menarik nafas dan menjawab,

Pertama, sebagai wakil BN Kedah, yang mampu menawan semula Kedah dari tangan Pas. Bukan mudah untuk menawan semula negeri yang kerajaannya telah dikuasai oleh Pakatan. Di Malaysia kita ada 4 negeri yang ditawan oleh Pakatan. Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah. Pada PRU yang lepas cuma Kedah yang berjaya ditawan semula, soo sememangnya layak wakil Kedah untuk jadi Naib Presiden.

Kedua, negeri Kedah menjadi penyumbang baru terbanyak kerusi parlimen Malaysia. Dari hanya 4 kerusi parlimen, Kedah tambah lagi 6 kerusi. Maknanya 10 kerusi parlimen dari Kedah. Dimana semua negeri lain di Malaysia susut kerusi parlimen kepada BN, hanya Kedah yang mampu menambah 6 lagi.

Jadi tak salah Dato Mukhriz menawar diri menjadi Naib Presiden UMNO.

Lebih kurang begitulah jawapan Dato Mukhriz, walaupun ada sebutannya lain, tapi maksudnya lebih kuranglah.

Jangan pula ada yang ingat Dato Mukhriz mahu ganjaran daripada kemenangan BN Kedah. Bukan ganjaran yang beliau mahukan, tetapi taktikal strategi yang berkesan semasa merampas Kedah harus dikongsi pada setiap BN negeri lain.

Bila Dato Mukhriz menjadi Naib Presiden sudah tentu peranan beliau untuk jalankan jentera UMNO dianggap lebih berkesan. Takkanlah seorang Naib Presiden tak ada suara untuk membuat perubahan pada jentera UMNO? Betul tak?

Jadi adalah sangat logik perwakilan nanti mengundi Dato Mukhriz untuk menjadi Naib Presiden. Bukan hanya untuk meremajakan UMNO, tetapi juga mahu Dato Mukhriz memainkan peranan penting dalam jentera UMNO pada PRU yang akan datang.

Mungkin dengan izin Allah SWT dan usaha dari kita, Selangor, Penang dan Kelantan dapat ditawan semula oleh BN. Betul?



McTheory:
Kita cuba guna orang baru.. tak salah kan?

HOT! Mat Sabu Hadir Rasmi Mesyuarat, Tapi di TOLAK Pas Alor Setar?

Posted: 16 Oct 2013 02:13 AM PDT



Memang malang betullah nasib Mat Sabu, tak habis habis kena main ahli Pas walaupun mereka tu terdiri dari rakan rakannya sendiri..

Baru baru ni Mat Sabu hadir merasmikan mesyuarat Pas kawasan Alor Star dengan semangat yang tinggi, mana tau kot2 Pas kawasan Alor Star mencalonkannya sebagai timbalan Presiden..

Tapi kedatangan Mat Sabu merasmikan mesyuarat Pas Alor Star nampaknya sia sia , Pas Alor Star tidak mencalonkan Mat Sabu sebagai timbalan presiden sebaliknya memilih Tuan Berahim dari golongan Ulama..

Kenyataan Mat Sabu dalam Sinar Online baru baru ni menyebut tetap akan bertanding mempertahankan jawatan yang disandang tetapi merahsiakan kawasan mana yang mencalonkannya sebagai Timbalan Presiden..

Nampaknya Mat Sabu dah tak laku dalam Pas.. Aku sarankan Mat Sabu masuk Dap, dah tentu Guan Eng sahabat sebantal Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Pengerusi ganti Tunku Aziz.. Mana tau depa lantik jadi Senator ka penggal akan datang.. hehehe
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan tetap bertanding jawatan itu pada Muktamar Pas bulan depan kerana mendapat pencalonan dari Pas kawasan. 
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencalonan itu termasuk Pas kawasan yang mencadangkan namanya.
"Ada pencalonan… namun saya serah pada perwakilan pada muktamar untuk tentukan sama ada saya dapat pertahan atau tidak jawatan yang disandang," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, beliau bukan mempertahan jawatan itu kerana keputusan terletak pada pemilihan oleh perwakilan.

"Saya serah pada perwakilan, selebihnya tak wajar komen," katanya.

Diasak dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan agar jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama tinggi atau ulama, Mohamad enggan mengulas lanjut.

"Presiden sudah banyak kali komen pasal itu, saya tak mahu komen lagi," katanya.

Mohamad juga enggan memberi sebarang reaksi apabila diajukan persoalan berkaitan peluang golongan ulama dan profesional dalam parti itu pada muktamar.

Medan Tempur Kedah

HOT! Bertudung dan Berserban, tapi perangai macam KAPIR!!

Posted: 15 Oct 2013 10:44 PM PDT




Apa kejadah si Jui Meng ni nak? Sibuk pasal kalimah Allah pulak. Apa yang puak kristian ni nak pulun sangat. Apa kepentingan puak kristian ni sibuk sangat nak guna kalimah Allah? Terdesak sangat ke?

Mereka pun menolak kitab Allah Injil, umat kristian kini bukan lagi ahli kitab...mereka menggunakan New Testesment yang mana telah mengubah kandungan asal Injil, mengikut fahaman mereka, jikalau umat kristian masih menggunakan Injil tak ada masalah untuk mereka menggunakan nama Allah SWT kerana mereka juga ahli kitab.

Sekarang dalam BIBLE takada perkataan 'ALLAH' yang ada cuma 'GOD' dan 'Jesus' cuma BIBLE versi Indonesia, Borneo dan sebelah tanah Arab, saja yang ada perkataan ALLAH. Kenapa perlu ada versi 'lain-lain'?

Si kapir bertudung..
Jika di Malaysia kalimah Allah hak eksklusif umat Islam. Kenapa perlu orang bukan Islam ganggu? Gunakanlah BIBLE kamu yang ada tulisan GOD dan Jesus tu. Sibuk nak guna kalimah Allah juga kenapa? Atau memang tujuan utama puak ni nak kelirukan umat Islam?

Kalau puak kristian ni berniat baik. Dari awal lagi mereka takkan ganggu hak kita. Sebab nama ALLAH memang hak umat Islam di Malaysia.

Bagi Mc, mana-mana pemimpin Islam Pakatan haram yang sokong nama ALLAH digunakan oleh puak kristian, mereka ini tergolong dalam golongan kapir, memang kapir harbi punya manusia ni!

McTheory:
Patut ludah muka puak ni..

HOT! Misteri dan Skandal Menghantui Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia! #PemilihanUMNO

Posted: 15 Oct 2013 08:28 PM PDT


Anda nak calon rendah diri berketampilan pemuda kampung yang educated atau segak, berciri liberal dan korporat?

Antara dua ciri berbeza calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun atau nama glamornya Wan Bro.

Bila terikat keputusan diantara dua Naib Ketua Pemuda UMNO ni, Mc sebenarnya terkejut, kerana tidak menyangka Jamawi yang dilihat agak 'slow' berkempen dimedia massa, media baru dan konvesional menjadi pilihan bagi Pemuda UMNO untuk menemani Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sekarang ini masih dipegang oleh saudara Khairy.

Mungkin pendekatan sederhana yang dilakukan oleh saudara Jamawi menimbulkan detik dihati perwakilan Pemuda UMNO akar umbi memilih beliau menjadi NKPUM.

Sesuailah bila KPUM dengan gaya imej korporat dan mahu pula diselitkan dengan liberalisme, mempunyai seorang Naib yang agak bersederhanaan dan lebih dilihat imej kampung yang menjadi kekuatan UMNO pada PRU yang lepas. Kerana UMNO banyak memenangi kawasan kampung dari bandar.

Perlu ada keseimbangan, kita taknak orang luar melihat Pemuda UMNO hanya terdiri dari golongan korporat yang mengangkat dagu saja kan?

Lagi satu, betul ke akar umbi memilih Khairul Azwan ni disebabkan dia layak menjadi NKP? Atau ada sebab lain yang disembunyikan. Sebab kecoh dibahagian utara ada individu yang menjadi tukang peraih undi sambil diselit pelincir.

Bab bagi pelincir ni yang jadi masalah dalam Pemuda UMNO. Dulu Khairy sendiri pernah disabitkan dengan pelincir ni, hinggakan kemenangan sebagai KP dibantah habis-habisan.

Kali ni calon NKP juga dikatakan terbabit dengan pelincir, takkan kita nak sokong orang yang beri pelincir. Takdak maruah ka kita sebagai Pemuda UMNO tergadai disebabkan dua, tiga ratus?

Mc taktau dakwaan ini benar atau tidak, cuma ia menjadi khabar angin yang kuat. Kalau takdak angin, masakan pokok bergoyang, betul?

Pelik kalau ada pihak yang gunakan pelincir, sebab dulu masa mula-mula bertanding, dikatakan 'Pertandingan Adik Beradik' tapi bila akhir-akhir kempen, adik beradik dah jadi tunggang langang. Malah si KPUM pun Mc nampak seolah-olah berpihak pada calon NKP yang sorang lagi ni.

Apa dah jadi? Sudah ada pilihan hati?

Mc coretkan dalam blog, untuk luahkan rasa. Sebab taknak keputusan undi popular dipengaruhi oleh sesiapa yang berkepentingan, bukan nak tuduh, tapi segalanya berkemungkinan. Kalau tak takkan kira undi pun sampai dua hari ye tak?

Doakanlah semoga demokrasi dalam UMNO subur dan dikekalkan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...