CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[SALAH LAKU] Pas Perlu Bertindak Mencari Kebenaran Yang Sebenar

Posted: 13 Apr 2013 08:59 PM PDT


SELAMA ini Pas dikatakan terpaksa menanggung pelbagai tekanan akibat tingkah laku rakan-rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tetapi sejak beberapa hari ini, Pas berhadapan dengan cabaran cukup besar apabila tersebarnya video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanannya.

Seperti biasa, semua itu dianggap fitnah, tohmahan dan konspirasi, manakala UMNO pula dipersalahkan.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas seharusnya bertindak adil dan bersedia menjalankan siasatan.

Pas hakikatnya sebuah parti yang jauh lebih bermaruah. Pas ditubuhkan bukan atas dasar kebencian atau membalas dendam tetapi demi melaksanakan perjuangan Islam, biar pun kini sudah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

Oleh itu adalah lebih baik, jika isu rakaman video seks ini ditangani Pas dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya melihat ia sebagai satu serangan politik semata-mata.

Dalam soal ini, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai peranan cukup penting untuk mendengar keluhan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahukan siasatan rapi dijalankan.

Siasatan bukan bertujuan memalukan atau menyalahkan pemimpin berkenaan tetapi bagi mencari kebenaran kerana sejak isu itu tercetus imej Pas telah dipersendakan.

Hakikatnya, tiada apa yang perlu Pas bimbang jika mereka yakin bahawa individu dalam rakaman video itu bukan pemimpin mereka.

Kita memahami Pas berkawan rapat dengan PKR tetapi janganlah terikut-ikut dengan amalan politik penafian parti tersebut.

Adalah lebih baik jika Pas menunjukkan ketegasan dengan merehatkan pemimpin yang dikaitkan buat seketika, ia bukanlah satu hukuman atau mengatakan ia menunjukkan beliau bersalah tetapi demi memberi keadilan kepada pemimpin itu dan Pas.

Sudah cukup selama ini Pas dilihat semakin hilang keberaniannya apabila sehingga ke hari ini tidak mampu menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, justeru takkanlah dalam isu rakaman video ini juga Pas terus mahu mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.

Pas perlu faham rakyat kini sudah bijak, mereka sudah tahu yang mana satu fitnah, yang mana satu realiti, dan yang mana satu perangkap oleh musuh dalaman sendiri.

Begitu juga dalam isu ini, tidak perlulah Pas hendak menuding jari menyalahkan UMNO, UMNO mempunyai banyak kerja lain daripada hendak mengintip setiap pergerakan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Tambahan pula, pemimpin yang dikaitkan bukanlah berjawatan penting sangat atau mempunyai kuasa seperti Presiden parti, oleh itu tidak ada kepentingan bagi UMNO hendak menjatuhkan beliau.

Dan selama ini, belum pernah terbukti UMNO menggunakan politik kotor seperti itu untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Satu perkara yang perlu diingat, dalam kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang memerangkap mereka bukannya UMNO tetapi orang yang rapat dengan pemimpin tersebut.

Kita faham Pas begitu teruja mahu ke Putrajaya dan semakin kemaruk kuasa untuk memerintah bersama-sama DAP dan PKR tetapi janganlah cuba menafikan kebenaran.

Justeru adalah wajar jika Majlis Syura Ulama Pas mendengar suara akar umbi yang mahu sesuatu dilakukan.

Percayalah, kalau Pas tidak bertindak dalam isu ini secara adil, maruah Pas akan semakin tercalar dan mereka akan menerima akibat yang amat buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti.

[GADUH] Berita Ahli PKR CEDERA PARAH Ditetak kerana bendera MERAGUKAN

Posted: 13 Apr 2013 07:14 PM PDT

Hasri berehat di rumahnya selepas menerima rawatan di HTAA, semalam.
KUANTAN -  Berita yang menyatakan seorang ahli PKR ranting tanah Rancangan Felda CEDERA PARAH DITETAK oleh penyokong parti lawan agak meragukan kerana berdasarkan gambar di atas, mangsa Hasri Hassan,40, hanya diberi rawatan seperti mana pesakit luar, tidak ditahan di wad dan dibenarkan berehat di rumah.

Berita itu menyatakan " KUANTAN - Hasrat seorang lelaki cuba menyelesaikan salah faham yang timbul berhubung dakwaan penyokong parti lawan kononnya bendera parti mereka dibuang pihak tertentu hampir meragut nyawanya apabila dia parah ditetak dalam kejadian di Felda Neram 1, Kemaman dekat sini, awal pagi, semalam."

Tindakan Hasri yang dikatakan cuba menyelesaikan salah faham yang timbul juga tidak masuk akal, kerana berita tersebut juga menyatakan telah berlaku cabar mencabar diantara Hasri dan penyokong parti lawan kerana dikatakan mereka akan mencabut bendera Pakatan Pembangkang sebagai membalas perbuatan penyokong Pembangkang yang telah mencabut bendera mereka sebelum itu.

Hasri yang berasa tercabar telah memberhentikan motosikal sebelum berlaku pergelutan, walau bagaimanapun pergaduhan itu tidak berlanjutan.

Selepas kejadian itu, Hasri telah pulang ke rumah dan keluar semula bersama rakannya sebelum bertembung dengan kumpulan penyokong parti lawan dan telah berlaku pergaduhan kali kedua.

[VIDEO] Pesawat Tambang Murah LION Air TERHEMPAS di Laut

Posted: 13 Apr 2013 08:43 AM PDT


13 April, Sabtu, BALI, Indonesia: Lion Air jet yang membawa lebih daripada 100 penumpang dan anak kapal telah terhempas ke dalam laut ketika cuba mendarat di pulau peranginan Bali, Indonesia, dan telah mencederakan sehingga 45 orang. 

Semua 101 penumpang dan tujuh anak kapal telah diselamatkan dari bangkai kapal terbang, kata I Made Krisna Maharta, seorang pegawai agensi penyelamat Bali.  

Terdapat lebih kurang 45 orang mangsa telah dibawa ke beberapa hospital untuk rawatan, tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan, kata jurucakap lapangan terbang, Alfasyah. Dipercayai hanya terdapat tiga warga asing di dalam kapal terbang tersebut iaitu dua orang warga Singapura dan seorang rakyat Perancis. Ketiga-tiga mreka hanya mengalami kecederaan ringan. 

Pegawai-pegawai pada mulanya melaporkan bahawa pesawat telah tergelincir dari landasan dan jatuh ke dalam laut, namun jurucakap Lion Air, syarikat penerbangan kos rendah itu pula menyatakan sebaliknya pada sidang akhbar. Beliau menyatakan pesawat telah terhempas ke dalam laut sebelum mendarat yang dikatakan berpunca daripada cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai pada masa kemalangan.







TUN M SAHKAN Tidak Tanding Kerusi PUTRAJAYA Lawan HUSAM

Posted: 13 Apr 2013 08:11 AM PDT


PENDANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun ada yang mengatakan beliau kemungkinan turun gelanggang kerusi Parlimen Putrajaya.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

"Saya sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

"Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan BN," katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen Pendang di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan seorang pemimpin PR yang memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kerana tidak ada jawatan dalam parti, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab.

"Saya cuma amalkan kebebesan bersuara, saya ada hak. Dia tiada hak untuk halang saya daripada bercakap," katanya.

Tun Mahathir Ganti Ku Nan Sebagai CALON PUTRAJAYA untuk LAWAN Husam?

Posted: 13 Apr 2013 05:34 AM PDT

SHAH ALAM – Apakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan menentang calon Pas, Datuk Husam Musa merebut kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

'Arkitek' pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun beliau berkempen dengan kuat bagi Umno dan BN sejak empat tahun lalu khususnya selepas Najib menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

"Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

"Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu," katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.

Mohamad yang juga ada mendengar berita mengenai hasrat Dr Mahathir bertanding di Putrajaya itu memberitahu, pemimpin berstatus negarawan itu akan berhadapan dengan dua implikasi jika bertanding kali ini.

"Pertamanya, jika Mahathir kembali bertanding dalam pilihan raya, ia akan melambangkan BN kini ketandusan calon boleh menang," katanya.

Keduanya, kata Mohamad, Dr Mahathir akan dilihat telah mengambil pendirian bertentangan dengan semangatnya sebelum ini yang sering menasihati pemimpin veteran berundur bagi memberi laluan muka baru.

"Sebelum ini Mahathir lantang menegur pemimpin veteran seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berundur.
"Jika Mahathir bertanding pada PRU13 ini akan lebih memperlihatkan BN terdesak dan ketandusan calon," katanya.

Mohamad juga tidak menolak kemungkinan faktor kenegerian memainkan turut memainkan peranan mempengaruhi undi.

"Penduduk di Putrajaya majoritinya adalah Melayu, generasi kelas menengah yang kini hidup selesa di mana mereka tidak kisah parti mana yang memerintah sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

"Malah ia satu yang tidak mengejutkan jika ada yang mengatakan majoriti penjawat awam di situ berasal dari negeri Kelantan," katanya.

Sekarang terpulang kepada Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada mahu beralah melepaskan kerusi itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...