PAPA GOMO |
PRU 13 - MCA Komited Lepaskan Kerusi Yang Tewas Kepada Parti Komponen BN Yang lain. Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST Amat tertarik dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam yang mana : "Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong hari ini berkata MCA bersedia untuk melepaskan kerusi tradisi kepada parti kompenan lain jika cara itu dapat menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Namun, keputusan akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tidak menolak jika kemungkinan berlaku percaturan sama ada pengurangan atau pertambahan kerusi." Lagi Selanjutnya KLIK DISINI Adalah merupakan satu tanggungjawap buat MCA berhubung perubahan kerusi Parlimen ataupun Dun yang ada untuk diberikan kepada parti komponen Barisan Nasional yang lain jika sudah melihat fenomena yang ada waktu ini dalam perubahan corak pengundi terutamanya pengundi pengundi dikawasan Bandar. Gomo mengucapkan syabas buat Ketua Pemuda MCA atas kenyataan ini yang mana memberikan semboyan awal buat pimpinan MCA diperingkat bahagian agar dapat mengukur kemampuan mereka sebelum tiba pilihanraya yang mungkin diadakan sebulan dua ini. Namun demikian Gomo merasakan akan sesuatu masaalah dengan kenyataan ini buat beberapa kerat pimpinan MCA yang ada terutamanya bekas bekas mereka yang berjawatan didalam kepimpinan MCA sama ada sebelum ini ataupun waktu ini. Sebagai contoh Ketua MCA Wangsa Maju Datuk Yew Teong Lock yang merupakan ahli Parlimen Wangsa Maju pada penggal 2004 sehingga 2008 yang kemudiannya tewas pada PRU 12 yang lalu kepada Wee Choo Keong PKR yang sekarang merupakan ahli parlimen bebas dilihat masih dahaga untuk bertanding sekali lagi di Parlimen Wangsa Maju. Gomo tidak menyatakan beliau YTL tidak layak untuk bertanding namun dengan prestasi beliau yang tidak berupaya menawan pengundi di parlimen Wangsa Maju ditambah dengan carak pengundi Melayu, Cina, India di Parlimen ini memberikan fakta bahawa beliau tidak sesuai untuk bertanding pada PRU 13 akan datang. Gomo sendiri difahamkan sudah acap kali beliau selaku Ketua MCA Wangsa Maju melakukan beberapa pekara yang membelakangkan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju iaitu Datuk Dr Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju. Tindakan beliau yang dilihat Erogan telah menjejaskan banyak gerak kerja yang dijalankan oleh Barisan Nasional peringkat pusat dan wilayah. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga sampai waktu ini masih gagal menegur Yew Teong Lock berhubung tindakan tindakan yang dilakukan beliau sehingga menjejaskan parti. Malah Gomo juga amat mengetahui akan pertelagahan antara Chua Soi Lek dan Yew Teong Lock sebelum ini dalam peringkat tertinggi MCA. Justeru itu Gomo harap agar kepimpinan tertinggi MCA dapat melihat kebelakang dan juga masa depan dalam sikap toleransi akan perubahan kerusi yang akan dipertandingkan pada PRU 13 nanti. UMNO, MCA, MIC dan lain lain parti merupakan kekuatan kepada Barisan Nasional. PRU 13 merupakan satu pilihanraya yang kita mahu menang dengan majoriti 2/3 dan adalah menjadi tanggungjawap buat setiap parti bertolak ansor dalam memastikan kemenangan BN pada PRu 13 kelak. Komponen Barisan Nasional tidak sama dengan Pakatan Pembangkang yang mana lain lain matlamat dan hala tuju mereka. PAS dengan matlamat mencari kekayaan, PKR dengan kerakusan kuasa, DAP pula dengan agenda Komunis. Malah perebutan kerusi buat mereka sesama sendiri amat parah sehingga bertumbuk antara pihak pihak yang terlibat. Itu yang membezakan BN yang lebih profesional berbanding Pakatan Pembangkang. MCA yang merupakan rakan komponen kanan UMNO juga sudah boleh membaca pola pengundian masyarakat Cina. Apa yang diperlukan Barisan Nasional sekarang adalah kemenangan dan dengan meletakkan calon yang sesuai atas pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pastinya tidak perlu ada bangkangan dan halangan dari mana mana pimpinan MCA. Masa sekarang adalah kerja kuat dalam memastikan BN menang pada PRu 13 kelak. Untuk rekod bagi Parlimen Wangsa Maju: Parlimen Wangsa Maju sebelum ini pernah diwakili oleh UMNO bermula dengan Tan Sri Dr Kamal Salih pada pilihan raya 1995, diikuti dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique pada piihan raya 1999. Dan pada pilihan raya 2004 parlimen ini telah diwakili oleh calon MCA iaitu Yew Teong Look (YTL). YTL tidak mampu mempertahankan kerusi ini apabila beliau kecundang di tangan Wee Chee Keong dari PKR ( Sekarang Bebas) dalam PRU 2008. MCA bukan sahaja kalah di Wangsa Maju malah semua calonnya di Wilayah Persekutuan turut ditolak oleh pengundi Cina yang menjadi majoriti di kawasan Parlimen yang ditandinginya. UMNO yang bertanding di lima kawasan Parlimen hanya menang di tiga kawasan iaitu di Putrajaya, Labuan dan Setiawangsa. Manakala Parlimen Lembah Pantai dan Titiwangsa yang diwakili calon UMNO tewas bersama-sama dengan calon-calon komponen BN yang lain di parlimen Bukit Bintang, Seputih, Bandar Tun Razak, Cheras, Kepong, Segambut dan juga Batu. Kawasan Parlimen Wangsa Maju yang mempunyai keluasan 1,596 kilometer persegi memiliki 64,583 orang pengundi, dan daripada jumlah itu, 54 peratus adalah Melayu, Cina (36 peratus), India (8 peratus) dan lain-lain 2 peratus. Daripada jumlah itu 13,000 orang adalah pengundi baru. Psssttt.... MCA perlu bermuhasabah diri dalam menghadapi PRU 13 akan datang. Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
2 Klip Video Ini Membuktikan Anwar Ibrahim Dalang Konspirasi Posted: 03 Jan 2013 04:27 AM PST Pada 4hb 2012 Gomo telah mengeluarkan satu klip video rakaman sulit yang mana membuktikan bahawa Deepak Jaikishan mengakui segala serangan dalam merekayasa fitnah ke atas Datuk Sri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor adalah datangnya dari Anwar Ibrahim. Malah didalam rakaman tersebut Deepak mengakui Anwar Ibrahim terbang dari Jakarta dan apabila sampai di Malaysia terus bergegas berjumpa dengan Deepak disebuah rumah milik ahli kanan parti PKR. Segala kenyataan didalam video diatas membuktikan dengan jelas yang Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja bagi menfitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor. Bermacam macam cerita dikeluarkan oleh pihak pembangkang selepas tersebarnya video tersebut yang mana pihak pembangkang memberikan bermacam macam tipu helah menafikan video rakaman sulit Deepak itu. Ada diantara pihak pembangkang menyatakan Anwar Ibrahim tidak terlibat dan Gomo sengaja menfitnah Anwar Ibrahim. Tidak pula dengan kenyataan cybertroopers pembangkang yang menyatakan rakaman tidak jelas dan sebagainya bagi menutup bangkai yang ada pada mereka. Media pro pembangkang meneruskan fitnah ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor tampa henti dan semalam merupakan satu fitnah yang lebih dasyat lagi dikeluarkan oleh Rafizi Ramli yang dipercayai atas suruhan Anwar Ibrahim. Segala galanya terjawap petang semalam juga apabila Deepak Jaikishan menafikan apa yang didakwa oleh Rafizi Ramli berhubung fitnah pembelian berlian oleh Rosmah Mansor. Malah lebih pahit lagi buat PKR apabila Deepak Jaikishan sekali lagi mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah perancang rekayasa fitnah ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor berhubung pekara ini. Video diatas juga menguatkan video yang dikeluarkan oleh Papa Gomo yang mana disahkan sendiri oleh Deepak bahawa memang Anwar Ibrahim berjumpa dengan beliau sejurus pulang dari Jakarta. Malah Deepak mengakui Anwar Ibrahim berjanji kepada Deepak apabila sanggup melangsaikan hutang beliau dengan pihak Bank berjumlah sekitar RM 500 juta. Gomo rasa sampai disini sahaja untuk artikel ini kerana 2 paparan video diatas sudah cukup membuktikan betapa KONSPIRASI yang dirancang oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan PAS,DAP dan PKR cukup jijik sama sekali. Mereka sanggup menfitnah demi mendapatkan kuasa politik walaupun dengan cara yang paling kotor. Panjang Muncung Al Juburi Deepak Jaikishan pada Gomo beliau tetap seorang CONMAN yang mana seorang PENIPU. Elok sangat lah bila PENYANGAK iaitu Anwar Ibrahim berkonspirasi bersama dalam menfitnah kerana akhirnya kedua dua mereka akan jahanam seperti mana waktu ini. Psssttt.... Rafizi Ramli memang terbukti pencacai abadi kepada Anwar Ibrahim Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment