PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


KETAGIH S3KS: WANITA DICABUL REMAJA!!

Posted: 03 Jan 2013 11:12 PM PST


MELAKA, 2 Jan - Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mencabul kehormatannya dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah.

Lareece Low Mei Yuet memuat naik cerita tersebut di laman sosial Facebooknya, mendakwa kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.25 petang Isnin apabila tiba-tiba seorang remaja lelaki meluru ke arahnya ketika dia sedang keluar daripada tandas tersebut.

"Saya sedang meninggalkan tandas itu ketika dia meluru ke arahnya dan segera menutup mulut dia.

"Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri," dakwa Low.

Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu.

"Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya," katanya.

Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit.

Suspek ditahan oleh polis ketika berada di tempat kejadian dan daripada soal siasat yang dijalankan mereka mendapati remaja berkenaan baru berusia 13 tahun.

Ketua Polis Negeri, Asisten Komisioner, Raja Sharom Raja Abdullah mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Tatacara Jenayah atas kesalahan mencabul, katanya.
 

GEMPAR!! TUN DR MAHATHIR KELUAR KENYATAAN BAHAYA PILIH ANWAR!!!

Posted: 03 Jan 2013 04:39 PM PST


Penasihat PKR jadi Perdana Menteri boleh bawa kemusnahan negara

Kuala Lumpur: Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.

Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan.
Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan.



Jangan beri peluang


Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa, malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk 'gemparkan' bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan.

"Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.

"Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai," katanya dalam entri terkini bertajuk 'Perubahan' dalam blog chedet.cc semalam.
Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.


Ancaman muflis


"Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar. Kos import meningkat, begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya. PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.

"Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun," kata Mahathir.


Jangan terpedaya


Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara.

Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...