BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! RM13 MILLION JEWELRY !!! WHO'S CHEATING MALAYSIAN PEOPLE ??? DEEPAK OR RAFIZI ??? MUST READ !!!

Posted: 03 Jan 2013 03:00 PM PST


Rafizi Ramli,PKR's Strategy Director once again raised yet another controversy as he pressures Datin Seri Rosmah Mansor to respond to the claim saying Deepak Jaishikin had paid an amount of RM13 million to purchase 19 jewelries for her,from two firms in Hong Kong to 'smoothen' up a land deal.Rafizi's claim is backed with a purchase document such as invoice and email and it has been spread through the opposition's websites.However,before the issue shoots up like crazy,it somehow turned cold when Deepak uploaded a video on Youtube which raises rage on Rafizi and his boss,Anwar Ibrahim.The footage on Deepak's speech is seen as yet another bomb which will hit Anwar Ibrahim,because it reminds us to an old script,Scorpene.Prior to this,Raja Petra Kamaruddin,a blogger paid by the opposition who thinks that he is a man of integrity,revealed how he was given the order by some sides to tarnish the image of Datuk Seri Najib by trying to link him to a corruption and murder case which is related to the business deal on Scorpene submarine.This exposure is consistent with the chronology of Bala's statutory declaration which took a U-turn before he fled away from the country, just like the blogger. 

This Scorpene's accusation is then taken over by SUARAM,only to fail after the truth came out when the French government came up and made a statement to deny all of claims made by SUARAM.That is why,we see that Deepak's statement is just the thing which we have predicted where it is just another desperate attempt taken by the opposition to proceed with what SUARAM had failed to do. Deepak's statement regarding his relationship with Anwar is consistent with the opposition's modus operandi for the Scorpene issue where he needs to repay the deeds by tarnishing the government's image for the opposition. Hence, Deepak has somehow helped us in completing the puzzle of Anwar Ibrahim's strategy to be in power.However, there are questions regarding Deepak's credibility in the matter of the jewelry issue which is raised by Rafizi.As for now,the jewelry issue is easily responded by pro-government blogs as it does not prove Datin Seri Rosmah's involvement anywhere.Even the invoice can easily be fabricated which the email can be create anytime.The only thing which we can see from what Rafizi claimed from the document would be that the company,Carpet Plus had made a payment to Dehres and Firestone for the purchase of jewelries, that is about it.The owner of the company nor whom does the jewelries belong to cannot be proven.It is probably being sold back, or perhaps a wedding present for some tycoon, or perhaps it belongs to Rafizi,who knows ??? 

With such weak 'attack',Anwar Ibrahim should have fired Rafizi.This is because it is so obvious that he does not deserve to hold the post of PKR's Strategy Director. This is not the first time Rafizi failed,before this,he failed in an attempt to lie in saying as if ICAC Hong Kong will investigate Musa Aman,with the cooperation from the opposition.(The modus operandi is almost as same as the case of Scorpene deal where SUARAM lied by saying that French court was investigating the case when the real fact was, there was no case at all).Rafizi also failed during the NFC issue after violating 21 of BAFIA laws when he gained the access to confidential banking documents by confusing a bank officer. Not just that, Rafizi also failed in the attempt to lie when he mentioned that he has the evidence to prove that LRT Ampang is not safe and that it is given to a company which is not credible.The same thing happen when he ganged up with Nurul Izzah when they claimed that KLIA2's Air Traffic Control (ATC) system is given to a company which is not credible even though the company has been providing its service in KLIA for 17 years with no issues at all.Considering Rafizi's bad records in cheating, and Deepak as a successful businessman,the question of who is actually cheating is not that tough to answer.What is certain,Deepak's statement seem to 'make sense' if we are to look back at the 'path' taken during Scorpene issue, which then went to SUARAM, Bala and Raja Petra Kamaruddin where finally brought us to a single name,Anwar Ibrahim.

GAZE-PONDER 

HOT NEWS !!! HADI AWANG TURNED HIMSELF TO BE A KAFIR ??? MUST READ !!!

Posted: 03 Jan 2013 10:48 AM PST


on April 7,1981,there was an open ceramah in Kampung Banggol,Peradong,Kuala Terengganu which featured Hadi Awang as the main speaker who then created history for breaking up Ummah for more than two decades.All because of his message or fatwa.From his message,it is clear that he urged his followers to go against UMNO as the party practices colonial constitution,kafir laws and jahiliyah rules.He then referred the rejection as a jihad where if anyone dies while fighting against UMNO,they would receive syahid because UMNO is kafir.According to Islam,based on the context above,any resistance which can be referred to as jihad is a resistance in forms of war between Muslims against those who goes against Muslims.Syahid is when someone died as they fight for Allah SWT,as they fight against those who fight against Islam.Kafir refers to those who do not recite the Kalima and do not believe in AllahSWT. 

Thus,we do not have to go far to see how Hadi's message clashes with Islamic teachings as it has been proven that UMNO is not part of the characteristics of kafir like what is stated in the Al-Quran.It is sad for us because quite a lot of Muslims in Malaysia fell with Hadi's message because they refuse to think and go through Al-Quran as reference.From there,Muslims start to hate one another,families broken,siblings fight,marriage broken etc.Even though time has passed,these people still hold on to such message as if there is no end to it.From the status quo,it seems like Hadi woud not take back his message, or in other words, he still want his followers to believe that UMNO is kafir for practicing colonial constitution, kafir laws and jahiliyah rules. 

However,what scares us is as the followers goes for 'jihad' against UMNO which is believed to be kafir, Hadi somehow turn himself to a kafir as he acknowledges colonial constitution,kafir laws and jahiliyah rules which is practiced by UMNO.For that,Buku Jingga which becomes PR Joint Policy is the official document to show how Hadi turn himself as a kafir.Actually, Hadi has turned himself to a kafir even during GE11,back when PAS was looking for the formula to maintain their win and to widen their victory in elections.PAS then decided that working alongside DAP is a must,being together with Anwar is a must.Finally,the policy and laws which was said to be the reason why UMNO turn to a kafir is now acknowledged by Hadi.What is this happening ??? It seems that an egoistic man who describes himself as an Ulama is willing to turn himself to a kafir rather than taking back his message.What else can we say the readers of Badut Rakyat From PAS ???


GAZE-PONDER

KANTOI !!! PAS KELANTAN UTAMAKAN KAUM CINA DARIPADA MELAYU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Jan 2013 07:30 AM PST


Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koh Ham dan sepupunya,Nga Kor Min yang kini adalah pemilik Upaya Padu Sdn Bhd tentu sahaja tika ini sedang tersenyum bangga kerana syarikat milik mereka berpeluang mentekedarah hasil bumi Kelantan untuk tempoh yang lama sehingga 3 Mei 2092.Berkat sokongan mereka bersetuju menerima perlantikan pemimpin PAS sebagai Menteri Besar Perak beberapa ketika selepas PRU 12 2008 berakhir,hasilnya empat tahun kemudian Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min berjaya mendapat laba keuntungan dalam bentuk hak milik tanah pajakan.Pendedahan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar di Hutan Simpan Relai,Mukim Chiku Gua Musang oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada kroni dan sekutunya dari DAP itu nyata telah membangkitkan kemarahan ramai rakyat negeri ini.Rata-ratanya sukar menerima hakikat bagaimana tanah negeri yang mengandungi hasil bumi kayu kayan balak yang bernilai tinggi itu sebegitu mudah terlepas ke tangan orang luar,sedangkan di masa yang sama masih ramai rakyat negeri ini yang berdepan dengan masalah pemilikan tanah.Lebih-lebih lagi isu pajakan hak milik tanah dan penerokaan hasil hutan untuk tujuan pembalakan ini mengingatkan rakyat kepada isu penggadaian tanah yang luasnya lebih 300,000 ekar kepada sebuah syarikat milik Cina Singapura pada tahun 1964 dulu. 

Kini ia berulang kembali, kali ini tidak hanya syarikat Cina Singapura yang sedang menikmati hasil bumi Kelantan malah Cina DAP melalui pelbagai syarikat proksi mereka juga sedang mentekedarah kekayaan bumi negeri ini. Malah mengikut beberapa laporan, daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat yang meliputi Jajahan Gua Musang,Kuala Krai,Jeli dan Tanah Merah, lebih separuh daripadanya atau sekitar 50,000 ekar telah dikuasai oleh tauke balak dan syarikat perladangan yang dimiliki orang Cina dari luar Kelantan.Sebahagian besarnya dimiliki melalui pajakan yang memakan masa berpuluh tahun termasuklah ada yang mencecah tempoh pajakan 99 tahun termasuklah tanah seluas 10,095 ekar di Gua Musang yang diserahkan kepada syarikat swasta Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH). 

Seolah-olah bagi Kerajaan PAS Kelantan,mereka lebih selesa membiarkan tanah-tanah negeri ini dikuasai oleh orang Cina,seolah-olah tiada seorang pun usahawan Melayu Islam negeri ini yang berkemampuan untuk terlibat secara langsung dalam bidang penerokaan tanah dan pembalakan.Susah payah rakyat marhaen meneroka tanah selama berpuluh tahun demi mencari sesuap nasi akhirnya yang mendapat laba besar dan meraih keuntungan pajakan selama berpuluh tahun ialah orang luar khususnya Cina DAP dan Cina Singapura.Kerajaan PAS Kelantan sama ada di era 1960 hingga 1970 dulu dan yang terkini 1990 hingga sekarang yang sedang memerintah negeri ini kelihatannya seperti lebih mengutamakan orang Cina berbanding orang Melayu Kelantan. Tauke Cina diutamakan,orang Melayu Islam dikesampingkan.Mentang-mentanglah kebanyakan tauke-tauke Cina ini sentiasa bermurah hati menyumbang 'derma' wang ringgit untuk tabung pilihanraya PAS,maka itu Kerajaan PAS Kelantan sentiasa bermurah hati menyerahkan hasil kekayaan bumi Kelantan untuk membuncitkan perut tauke-tauke balak kesayangan mereka.Senario yang telah berlaku dan sedang berleluasa ini di negeri yang 95% majoritinya adalah orang Melayu Islam ini saling tak ubah seperti kata pepatah, "anak kera di hutan disusukan, anak sendiri dalam pangkuan mati kelaparan."

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! TENDER TERBUKA !!! TONY PUA MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Jan 2013 04:01 AM PST


Tony Pua, (DAP – Petaling Jaya Utara) dengan bangga dan konsisten sekali terus memainkan peranannya sebagai 'pejuang tender terbuka' atau ketelusan dalam pentadbiran kerajaan BN.Nampaknya,Tony Pua ini telah terlepas pandang akan laporan-laporan akhbar mengenai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib.Jika ini tidak benar,tentu Tony Pua sedia maklum bahawa tender terbuka merupakan antara tunjang program transformasi kerajaan dalam memperkatakan tentang ketelusan.Oleh itu,sistem tender terbuka telah sememangnya diamalkan oleh kerajaan BN dan sudah pun menunjukkan keberkesanan atau kejayaan di mana Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu A.T Kearney sebagai 10 negara terbaik dalam indeks keyakinan pelabur asing 2012.Kalau ada pun projek yang diberikan secara rundingan terus,ia adalah projek yang melibatkan rahsia pertahanan dan rahsia sulit negara atau memerlukan tindakan cepat dan 'khas' seperti yang melibatkan bantuan ataupun projek-projek berskala besar dan signifikan untuk kesejahteraan rakyat atau pembangunan negara.Ini adalah amalan biasa oleh mana-mana kerajaan yang bijak dan mementingkan keselamatan rakyat serta negaranya. 

Justeru,tiada sebab untuk Tony Pua terus menyalak memperjuangkan sesuatu yang telah pun ada di depan mata.Lebih-lebih lagi apabila kerajaan PR sendiri masih bergelumang dengan masalah ketidaktelusan yang amat serius sehingga mampu membawa bencana besar kepada rakyat.Tahukah Tony bahawa rakyat tidak pernah lupa akan 'ketelusan' DAP dalam menangani kes rasuah pemimpin mereka sehingga membawa kepada kematian saksi penting SPRM,iaitu Teoh Beng Hock ??? Tidak cukup dengan itu,DAP bertindak mengalihkan isu rasuah mereka dengan mempolitikkan pula kematian Teoh Beng Hock dengan menyalahkan SPRM.Itu belum lagi dikira aduan rakyat mengenai ahli majlis yang menyonglap peruntukan untuk Pusat Khidmat DAP atau kes salah guna kuasa memberi sokongan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga sendiri.Beberapa kemusykilan juga pernah dibangkitkan mengenai pemberian projek di Pulau Pinang antaranya tender bagi projek di Taman Perindustrian Batu Kawan dan Bukit Jambul Country Club.Antara yang dipersoalkan ialah tindakan Ketua Menteri hanya memanggil satu syarikat sahaja untuk rundingan khas walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang mengambil bahagian serta penganugerahan projek kepada syarikat yang mempunyai masalah kewangan sedangkan syarikat-syarikat yang digagalkan adalah lebih berupaya dan berkredibiliti. 

Selain itu,DAP juga turut dipersoal mengenai syarat yang dikenakan bagi tender melebihi RM10 juta di mana kontraktor yang berjaya perlu membuat sumbangan.Persoalan ini kemudiannya membawa kepada skandal rumah Lim Guan Eng yang dikatakan berkait dengan projek Taman Manggis dan syarikat Winbond Sdn Bhd yang mana laman webnya dipadamkan sejurus selepas skandal ini meletup ??? Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang melantik HDB Singapura bagi projek di Batu Kawan juga menimbulkan tandatanya,kerana ia seolah-olah menunjukkan tiada kontraktor Malaysia yang mampu untuk membina rumah yang berkualiti.Semua persoalan ini masih lagi tinggal persoalan yang tenggelam dalam 'ketelusan' DAP. Bukan sahaja DAP, tetapi kerajaan PKR Selangor juga pernah 'kantoi' memberi projek membekalkan hamper Hari Raya bernilai RM2 juta tanpa melalui tender terbuka sejak 2009 hingga 2011.Mungkin projek hamper dan pembinaan rumah dianggap perkara kecil oleh Tony Pua,tetapi bagaimana pula dengan projek balak di Kedah dan paling hangat kini,di Kelantan.Walaupun kerajaan Negeri Kedah pernah membuat kenyataan penuh bangga bahawa projek balak negeri itu diberikan melalui tender terbuka tetapi sehingga kini tiada siapa yang mengetahui secara terperinci syarikat-syarikat yang terlibat iaitu yang gagal mahupun yang berjaya mendapat projek tersebut.Bagaimana dikatakan terbuka jika tiada siapa yang dapat melihatnya ??? Tony Pua juga perlu bertanya kepada rakannya Ngeh Koo Ham yang pada mulanya beria-ia menafikan menerima tanah dari kerajaan PAS Kelantan tetapi terpaksa mengaku apabila menyedari yang maklumat pemilikan syarikat bukanlah sesuatu yang sukar dicari dan didedahkan oleh sesiapa saja.Apakah semua yang disenaraikan di sini merupakan tindakan telus di pihak DAP, mahupun PR ??? Atau apakah Tony ingin mengiakan tuduhan BN bahawa DAP atau PR sememangnya gemar bercakap tak serupa bikin? Mengamalkan dwi-standard, dia buat tak apa orang lain tak boleh ??? Dengan terus membangkitkan soal ketelusan dan tender terbuka, Tony seolah-olah menyamakan dirinya dengan puak-puak bengap yang menentang Lynas akibat tak faham fakta sains dan kemudian mogok lapar tapi tak tahan lapar.Oleh itu,sebelum bercakap,tengoklah diri sendiri terlebih dahulu.Sebaiknya,mandi dan cucikanlah diri dahulu sebersih-bersihnya,sebelum keluar rumah dan menuduh orang lain berbau busuk.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! FATWA HADI AWANG KINI MAKAN DIRI SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Jan 2013 05:00 AM PST


Alam semesta ini penuh dengan elemen metafizikal atau sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera mata.Satu aspek pergerakan alam yang dicipta Tuhan ialah apa yang dikenali sebagai 'cause and effect' atau sebab dan akibat.Setiap kehidupan manusia yang dianugerahkan akal tidak boleh lari dari prinsip sejagat ini.Umpamanya jika seseorang itu melakukan dosa,samada kecil atau besar,prinsip sebab dan akibat ini akan bergerak di mana lambat laun individu yang terbabit akan melihat kesannya.Begitu juga dengan halnya dengan Presiden Pas,Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan satu buku kecil dipanggil 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981,iaitu hampir 31 tahun lalu.Antara lain buku bersaiz poket ini menyelar dan mengecam prinsip perjuangan UMNO dan perlakuan anggota UMNO.Amanat yang dibukukan adalah ringkasan daripada beberapa siri ceramah berhubung akidah dan iman yang disampaikan oleh Abdul Hadi di Masjid Rusila, Marang,Terengganu.Pada ketika itu Abdul Hadi baru berusia sekitar 34 tahun dan menyandang jawatan Naib Presiden Pas. 

Beliau ketika itu dilihat sebagai bintang baru Pas yang sedang meningkat dan membawa semangat berkobar-kobar menyemarakkan api perjuangan dalam sanubari ahli-ahli parti. Isu yang menjadi senjata paling ampuh untuk terus mendaki tangga kuasa di dalam Pas tidak lain tidak bukan ialah dengan mengeksploitasi isu musuh ketat Pas iaitu UMNO.Antara bahagian buku itu yang paling kontroversi ialah serangan Abdul Hadi terhadap keislaman UMNO dan akidah Islam yang dipegang oleh ahli-ahli UMNO.Abdul Hadi menuduh UMNO adalah sebuah parti asabiyah yang hanya mementingkan bangsa Melayu di dalam perjuangannya dan Pas satu-satunya parti Islam yang tulen. Natijah daripada rumusan beliau yang menyifatkan UMNO telah menyimpang daripada Islam, Abdul Hadi membuat beberapa kesimpulan yang sungguh merbahaya kepada perpaduan umat Melayu dan Islam di negara ini. Dengan berbekalkan segulung ijazah sarjana dari Universiti Madinah,Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman wahabiyahnya,beliau antara lain mendakwa jika mana-mana ahli Pas mati dalam perjuangannya melawan UMNO,kematiannya adalah mati syahid dan syurga adalah balasan tertinggi bagi pengorbanan itu.Banyak lagi yang diharamkan oleh Abdul Hadi berkaitan UMNO termasuk tidak sah bersolat di belakang imam yang menjadi ahli UMNO, tidak sah pernikahan yang dilangsungkan oleh kadhi ahli UMNO,sembelihan orang UMNO haram dimakan,makanan orang UMNO tidak bersih dan banyak lagi fatwa-fatwa mengarut pemimpin Pas muda ini. 

Berlaku perpecahan amat dahsyat dalam masyarakat Melayu dan Islam selepas 'Amanat Haji Hadi' disebar luarkan termasuk dikalangan pelajar-pelajar di universiti tempatan dan luar negara. Sebahagian pelajar-pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara di atas tajaan dan biasiswa kerajaan bertukar kepada golongan fanatik yang menjadi pengikut setia Abdul Hadi.Di dalam negara berlaku solat dua imam, surau berasingan untuk jemaah UMNO dan Pas, malah kematian orang UMNO tidak mahu disolatkan atau dikebumikan oleh ahli Pas.Kemuncak kesan daripada fatwa seleweng yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dilihat dalam insiden Memali pada 19 Nov 1985 yang berlaku di Kampung Memali,Mukim Siong,Baling,Kedah.Aktivis Pas,Ibrahim Libya bersama sekumpulan termasuk wanita,warga emas dan kanak-kanak mengangkat senjata untuk melawan pihak keselamatan yang telah mengepung rumah tempat persembunyian mereka. Misi utama pihak polis ialah untuk menangkap Ibrahim di bawah Akta Keselamatana Dalam Negeri kerana dituduh mengancam keselamatan negara serta melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki pihak berkuasa. 

Pertembungan antara Ibrahim serta kumpulannya dan pihak polis berakhir dengan kematian 14 individu termasuk Ibrahim sendiri serta kecederaan pada anggota polis.Kini isu kafir mengkafir kembali menghantui Abdul Hadi,seperti dosa yang dilakukan kembali mengganggu jiwa seseorang yang bersalah.Sejak lebih tiga minggu,Presiden Pas itu didesak pelbagai pihak termasuk bekas ahli Pas supaya memberi penjelasan kepada umat Islam serta menarik balik fatwa beliau itu,namun Abdul Hadi terus membisu seperti patung.Samada beliau sekarang sudah sedar penyelewengan yang dilakukan ke atas akidah umat Islam tetapi tidak berani tampil ke depan membuat pengakuan atau Abdul Hadi ditekan supaya terus dengan pendiriannya.Nampaknya Abdul Hadi tidak berani melawan cakap Mursyidul Am,Nik Aziz Nik Mat yang mahu beliau terus berpegang kuat kepada amanatnya.Jika ini berlaku bermakna Abdul Hadi meletakkan kepentingan politik dan ketakutan kepada manusia jauh lebih tinggi daripada musibah yang berlaku kepada umat Islam apatah lagi hukuman Tuhan yang menantinya.

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! SHAMSIDAR WAJIB KE MAHKAMAH NAFI SKANDAL SEKS DENGAN ANWAR IBRAHIM !!! ADA BERANI ???

Posted: 02 Jan 2013 09:00 PM PST


Sebagai seorang seorang isteri pemimpin politik yang kaya raya,siap dengan kereta mewah dan rumah berharga berjuta serta pernah juga memegang pendapatan sendiri yang cukup lumayan sebagai pengarah syarikat walaupun tidak perlu bekerja,Shamsidar Tahrin sewajarnya dilihat sebagai wanita yang memiliki segala-galanya.Namun,di sebalik semua ini,Shamsidar dilihat sebagai isteri yang paling malang kerana mempunyai suami yang kalau tidak dayus,tentunya tidak menyayanginya langsung.Ini kerana apabila nama beliau menjadi gah dikaitkan dengan skandal seks bersama Anwar Ibrahim,bekas Timbalan Perdana Menteri,suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakan tegas untuk membela dan membersihkan namanya.Dengan bukti DNAnya yang didapati dari tilam dalam kes liwat 1 yang membabitkan Anwar,nama Shamsidar kini busuk,sebusuk-busuknya.Malah, kisah-kisah dalaman dan terperinci yang didedahkan oleh ahli keluarga suaminya,Ummi Hafilda serta rakan baik Anwar,Nallakarupan menjadikan Shamsidar bagai wanita yang tiada harga walau sesen pun lagi. 

Tidak cukup dengan itu,anaknya Afifa turut terheret sekali apabila didakwa sebagai anak luar nikahnya dengan Anwar.Malang bagi Shamsidar kerana walaupun sehingga begitu sekali aibnya dibuka,suaminya masih tidak tampil ke hadapan membela maruahnya.Tidak juga suaminya bertindak memencilkan diri dan keluarga mereka dari pandangan umum,sebaliknya masih begitu ghairah menonjolkan diri mengejar cita-cita untuk berkuasa sambil membiarkan saja maruah isterinya dipersoal dan dipijak-pijak.Sehingga kini,Nalla dan Ummi terus menjadikan Shamsidar sebagai bahan ceramah dan kenyataan media.Lebih dahsyat,Nalla juga menyatakan yang beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman aksi Anwar dengan Shamsidar yang pasti mengejutkan.Semua ini adalah tuduhan dan dakwaan yang amat berat dan mampu menghancurkan hidup seorang wanita dan sebuah keluarga, apatah lagi suaminya yang bergelar ahli politik.Tidak ada seorang manusia pun yang akan terus berdiam diri jika dirinya dituduh dengan sebegitu rupa dan tiada suami yang boleh menahan diri dari mengambil tindakan sewajarnya jika isterinya dituduh atas kesalahan yang begitu kotor dan hina sedangkan di masa yang sama beliau kononnya percaya yang isterinya tidak bersalah.

Tetapi,inilah yang berlaku kepada Shamsidar.Suaminya hanya tahu membuat penafian secara ringkas terhadap segala tuduhan terhadapnya, tetapi selebihnya enggan mengulas lanjut.Justeru,sudah sampai masanya,Shamsidar bertindak sendiri untuk membersihkan namanya,jika benar beliau tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.Bukankah sudah jelas kini bahawa Shamsidar tidak boleh mengharapkan perlindungan atau pembelaan suaminya.Sesungguhnya,suami seperti Azmin,tidak layak dihormati.Adalah dayus bagi lelaki membiarkan isterinya dihina jika isterinya benar-benar tidak bersalah dan dayus juga bagi lelaki yang rela isterinya dikongsi oleh orang lain.Penting bagi Shamsidar untuk membersihkan namanya jika beliau tidak mahu keturunannya menanggung malu selama-lamanya.Ini kerana,sejarah silamnya tidak akan hilang dan dilupakan begitu saja memandangkan beliau bukannya orang biasa.Beliau adalah isteri seorang ahli politik yang didakwa berhubungan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Malaysia.Justeru,seluruh keturunannya akan dikenang dengan kisah gelap ini yang pasti terpahat kemas dalam sejarah politik negara. Ia bakal menjadi rujukan,sebagai pengajaran kepada pemimpin masa depan.Apakah Shamsidar tidak kisah jika seluruh keturunannya terpaksa menanggung malu memikul beban namanya yang busuk ??? Apa kata cucu-cicitnya nanti ??? Terutama,anak-anak Afifa ?? Apakah Azmin mampu mencantas terus susur galur keturunannya bagi memastikan kisah silam tidak dibongkar kepada keturunannya oleh keluarganya sendiri ?? Semuanya terpulang kepada Shamsidar sama ada untuk bertindak sewajarnya membawa Nallakarupan dan Ummi Hafilda ke mahkamah dan mencabar mereka secara rasmi, atau terus hidup dalam keadaan dan pandangan hina.Jika Shamsidar memilih untuk hidup dalam penuh kehinaan, dipandang serong oleh jiran dan rakan,sentiasa gusar dicemuh di belakang dan mungkin juga berdepan di majlis-majlis hanya kerana beliau enggan membela diri melalui undang-undang, maka kita melihat bahawa mungkin inilah cara hidup yang layak bagi seorang wanita yang bukan sahaja sanggup menduakan suami, tetapi,suatu ketika berbangga dan secara terbuka pula bermegah mengenainya.

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PAKATAN HARAM BAKAL HANCUR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Jan 2013 06:00 PM PST


Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia,Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan Dap berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).Justeru,tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, Dap dan Pas dalam Pakatan Rakyat,Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung Dap,Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.Dap menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak,menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil.Jika Dap benar-benar mahu menjadi jaguh kepada penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian di Malaysia,mengapa isu ini diperjuangkan hanya sejak dua tahun lalu dan tidak dari masa parti itu ditubuhkan ???

Mengapa ketua agama Kristian sedunia,Paus Benedict XVI tidak menggunakan kalimah ALLAH di dalam mana-mana ucapan atau penulisan gereja di negara-negara Barat ???  Mengapa di Malaysia yang mana umat Islam adalah lebih 60 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala penganut Kristian hanya mencecah 9.2 peratus sahaja,isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga ke tahap mencabar Perlembagaan Negara ??? Ini tidak lain tidak bukan kerana pembangkang mahu mempolitikkan isu yang sensitif ini untuk dilihat sebagai hero menjelang pilihan raya.Ia juga menjadi sebahagian daripada agenda licik pembangkang terutamanya Dap untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta melemahkan kedudukan umat Islam di negara ini. Dengan menggunakan logik yang tidak masuk akal dan berselindung di sebalik jaminan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan,pembangkang cuba mengeksploitasi ruang yang diberi bagi kepentingan politik mereka. Pas,yang sekian lama dituduh sebagai keldai tunggangan Dap dan dipaksa tunduk kepada kemahuan parti cauvinis Cina itu dalam beberapa isu sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian keras Dap. 

Ketua Penerangan Pas,Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa penganut Kristian di negara ini tidak harus menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab. Ini kerana jika digunakan tanpa melihat keadaan sosio-politik dan latarbelakang Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, ia menimbulkan kekeliruan di kalangan kedua-dua penganut Islam dan Kristian. Bayangkan tertera kalimah ALLAH pada papan tanda gereja yang sudah tentunya akan menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi mengelirukan umat Islam khususnya golongan belia dan remaja yang masih belum mantap pemahaman agama mereka.Dap hanya memikirkan kepentingan segolongan kecil penganut satu agama sahaja tetapi kerajaan harus menjaga kepentingan dan hak semua rakyat daripada pelbagai agama,bahasa, budaya dan bangsa.Kali ini nampaknya Pas tidak akan berganjak dalam isu ang menyentuh sensitiviti dan kepentingan agama Islam dan sanggup bertarung dengan Dap untuk menegakkan pendapatnya. Jika Pas berundur dan terus akur kepada tekanan Dap bermakna ia tidak layak mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan lebih elok dibubarkan sahaja parti itu. 

Kredibiliti pas akan terjejas teruk jika ia tidak mempertahankan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pendirian rasmi parti itu.Mengalah dalam isu ini akan bererti Pas akan kehilangan bukan sahaja keyakinan ahli-ahlinya sebagai sebuah parti Islam tetapi juga undi pada pilihan raya nanti. Sanggupkah Pas dilabel sebagai parti bacul yang berdegar-degar melaungkan mengenai Islam tetapi cabut lari apabila dicabar oleh Dap sedikit ??? Sudah tentunya dalam polimik isu kalimah ALLAH ini,Anwar akan muncul sebagai hero yang akan menyokong kuat pendirian Dap dengan mengenepikan pendapat Pas.Dap sejak 2008 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13,namun Pas selama ini hanya berdiam diri dan pada muktamarnya baru-baru ini telah mencalonkan presidennya,Abdul hadi Awang.Jadi tidak mungkin Anwar akan membiarkan sokongan kuat Dap kepadanya sebagai calon Perdana Menteri akan dibiarkan digugat oleh Pas.Mesyuarat PR yang akan diadakan untuk membincangkan isu kalimah ALLAH akan mengeruhkan lagi hubungan Pas dan Dap yang sudah pun tegang sejak sekian lama. Mereka adalah musuh politik tradisi dan tidak mungkin sepandai mana Anwar bersilat di gelanggang politik Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang mampu mencemar imej dan maruah Islam.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...