UMNO Online - “Zaid Ibrahim Minta Nyawa Politik Dengan Perlekeh Hadi Awang” plus 9 more | |
- Zaid Ibrahim Minta Nyawa Politik Dengan Perlekeh Hadi Awang
- 13,540 Hektar Tanah Di Pahang Akan Diwarta Sebagai Tanah Rezab Orang Asli
- Slogan “Mesra Rakyat” Selangor Hanya Retorik Politik Kosong
- Sabah Govt Hands Over RM30.9 Million To Schools, Non-Muslim Religious Bodies
- Iskandar Malaysia Inches Closer To Surpassing RM100 Billion Investment Mark
- Siasatan SPRM Bebas Daripada Campur Tangan Mana-Mana Pihak
- Iskandar Malaysia Hampir Lepasi Pelaburan RM100 Bilion
- Rasuah, Kroni dan Penindasan Rakyat Miskin – Lambang Kejayaan Regim DAP
- Tidak Guna Izzah Dolak-dalik, Segala Bahan Bukti Sudah Ada
- Rosmah Visits Flood Victims In Perak, Donates RM10,000 From Bakti
| Zaid Ibrahim Minta Nyawa Politik Dengan Perlekeh Hadi Awang Posted: 09 Nov 2012 03:33 AM PST
Esoknya, kita tertanya-tanya pula, apa kejadahnya Anwar Ibrahim mencabar Dato' Seri Najib bertanding di Marang? Kemudian, tidak semena-mena Zaid Ibrahim membuat kenyataan untuk bertanding di Pekan menggantikan Hadi Awang pula. Alasannya ialah ingin menyelamatkan kerjaya politik Presiden PAS itu. Nampaknya setelah puas Zaid Ibrahim ke sana ke mari mencari tapak dan demi sedikit glamour dengan muncul di akhbar, akhirnya muncul juga peluangnya. Untuk Hadi menyatakan kesanggupannya bertanding di Pekan bermakna beliau sudah cukup yakin yang beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat setanding dengan Perdana Menteri di kawasan Perdana Menteri sendiri. Jika beliau tidak yakin, bermakna beliau sengaja menempah 'maut' dengan menyatakan kesanggupan begitu dan tidak mungkin Hadi ingin 'membunuh diri' dengan sengaja. Oleh itu, tindakan Zaid menawarkan diri untuk menyelamatkan Hadi menunjukkan yang Zaid percaya yang Hadi akan kalah jika bertanding melawan Dato' Seri Najib. Sekali gus menyerlahkan sikap memandang rendah terhadap pemimpin PAS yang wujud dalam diri Zaid yang terkenal dengan pemikiran liberalnya. Sebenarnya, puak-puak liberal yang menyokong pembangkang tidak pernah memandang tinggi pada PAS mahupun pemimpin-pemimpinnya. Kita juga tidak menyalahkan mereka, kerana nampak benar yang pemimpin PAS tidak cerdik belaka dan tidak layak dihormati. Hadi Awang tidak akan membuat kenyataan akan bertanding di Pekan jika beliau cukup cerdik kerana seandainya kenyataan itu menjadi kebenaran, tamatlah riwayat politiknya. Namun, ini bukan soal Hadi atau PAS. Lebih-lebih lagi bila parti itu pun hanya ditolak ke tepi saja oleh sekutunya, PKR dan DAP. Ini adalah soal Zaid mencari publisiti. Zaid tahu, yang beliau tidak mungkin menang bertanding melawan Dato' Seri Najib tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak akan rugi apa-apa. Sebaliknya, beliau melihat ini sebagai peluang untuk meletakkan namanya di akhbar-akhbar sekali lagi. Selain itu, bayangkan liputan publisiti yang mampu diraihnya ketika berkempen nanti. Beliau berharap, rakyat akan kembali 'teringat' dan mungkin tertarik kepadanya. Zaid yakin yang beliau telah berjaya mengenalpasti di mana silapnya serta telah bersedia menyusun langkah yang lebih bijak agar tidak kecundang lagi dalam politik. Zaid adalah seorang yang angkuh juga dan percaya yang beliau lebih layak dan lebih bijak dari semua pemimpin lain. Beliau tidak dapat menerima hakikat yang rakyat tidak melihatnya sebagai pemimpin yang layak ataupun bijak, tetapi sebagai seorang yang angkuh, tidak sedar diri dan gila publisiti. Sedangkan, dalam hal ini juga Zaid telah menunjukkan betapa tidak bijaknya dia dengan memperlekehkan Hadi Awang sedangkan 'orang tua' itu sudah beria-ia menunjukkan keyakinan untuk bertanding di kawasan Dato' Seri Najib. Pernahkah Zaid terfikir yang Hadi Awang akan merasa terhina atau kecil hati kerana Zaid tidak yakin terhadap pengaruhnya? Tindakan Zaid ini juga, dipandang sinis di kalangan rakyat yang telah faham benar dengan sikapnya yang sanggup melompat dan mengemis meminta nyawa politik kepada sesiapa saja. Tetapi apapun, jika Zaid serius ingin bertanding juga di Pekan, apa salahnya……. asalkan dia bahagia!! isuhot.com |
| 13,540 Hektar Tanah Di Pahang Akan Diwarta Sebagai Tanah Rezab Orang Asli Posted: 09 Nov 2012 02:39 AM PST BENTONG, 9 Nov – Lebih 13,540 hektar tanah akan diwarta sebagai tanah rezab Orang Asli di Pahang tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata kerja-kerja mengukur dan menanda tanah yang akan diwartakan di seluruh daerah di negeri ini sedang dijalankan oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah. “Apabila selesai kerja-kerja itu, tanah berkenaan akan terus diwartakan sebagai tanah milik Orang Asli. “Dengan perwartaan itu Orang Asli tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menceroboh kawasan tanah termasuk hutan simpan dan tanah kerajaan yang lain,” katanya ketika merasmikan majlis Program Mesra Minda Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang di Kampung Sungai Gapoi, Pelangai, Bentong di sini, hari ini. Beliau berkata kerajaan turut memproses kira-kira 36,825 hektar tanah yang dimohon oleh Orang Asli di seluruh negeri ini. “Kerajaan terpaksa mengambil masa untuk meneliti permohonan itu sebelum diluluskan kerana tidak mahu kawasan itu melibatkan kawasan tanah tadahan air milik kerajaan, hutan simpan atau sebagainya,” katanya. Adnan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai berkata terdapat 65,000 penduduk Orang Asli yang tinggal berselerak di 265 kampung di seluruh negeri ini membabitkan 13,000 ketua isi keluarga. Beliau turut memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional akan terus mempertingkatkan usaha ke arah memperkasa masyarakat Orang Asli terutama dalam bidang pendidikan, pertanian dan ekonomi pada masa akan datang. |
| Slogan “Mesra Rakyat” Selangor Hanya Retorik Politik Kosong Posted: 09 Nov 2012 02:19 AM PST
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata retorik politik kosong ini boleh dilihat dengan mengambil contoh janji-janji dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. “Mereka mengatakan mahu memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada rakyat Selangor yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi hari ini kita lihat, dalam 15 peratus yang menghadapi darah tinggi, kencing manis dan jantung, yang memerlukan kos perubatan yang tinggi, namun kerajaan negeri tidak menunaikan janji untuk membantu golongan ini. "Kalau benar mereka ada membantu, sila kemukakan bukti. Namun saya lihat ianya sekadar janji manis dalam manifesto mereka sehingga berjaya meraih sokongan rakyat dalam PRU12 yang lalu. “Inilah retorik kosong kerajaan negeri sekarang, dalam masa yang sama kita melihat bahawa mereka ini hanya mentadbir hanya untuk mendapatkan kekayaan. Kita tengok penjualan harta-harta negeri Selangor ini semakin banyak sejak kebelakangan ini," katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Klinik 1Malaysia, Taman Sri Serdang di sini hari ini. Lebih memalukan lagi tegas beliau tanah-tanah anak syarikat kerajaan negeri semakin banyak yang dijual, “Malah kita juga boleh menyaksikan gelombang kebangkitan rakyat seperti isu PKNS, begitu juga gelombang bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang menjual tanah dan aset Selangor yang semakin tidak terkawal sekarang. "Saya juga sedang mengenal pasti satu kawasan seluas (kalau tak silap) 12 atau 15 ekar di Bandar Bukit Puchong, yang dahulunya digazetkan sebagai kawasan lapang dan pusat rekreasi sukan, tetapi sekarang difahamkan kawasan ini telah pun diswastakan dan pembinaan pusat sukan lebih kecil dari yang sepatutnya. “Mereka (kerajaan negeri) lebih suka membuat pusat-pusat perniagaan, bila buka pusat perniagaan ini, kedai dijual dengan begitu mahal dan apabila kedai itu sudah siap, kita lihat di dalam pekan kecil pun sekarang ini dah ada bajet hotel dan pusat-pusat hiburan. Apa maknanya ini? Ini tak mesra rakyat langsung, tetapi macam mengalakkan gejala-gejala sosial" ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang. Justeru beliau melontarkan persoalan apakah ini yang dikatakan pentabiran tidak mesra rakyat? Apa yang pasti tambah beliau lagi pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang Selangor yang hanya menguntungkan mereka semata-mata, tidak mendatangkan keuntungan pada rakyat. -MediaUMNO |
| Sabah Govt Hands Over RM30.9 Million To Schools, Non-Muslim Religious Bodies Posted: 09 Nov 2012 01:52 AM PST KOTA KINABALU, Nov 9 – The Sabah government today handed over funds totalling RM30.9 million to 140 non-Islamic religious bodies and 266 schools including Chinese independent and mission schools in the state. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the religious bodies including churches, Chinese temples and other non-Muslim places of worship will collectively receive a sum of RM18 million while schools have been allocated RM12.9 million. “Of the above sum, non-Islamic religious organisation in the West Coast, Kudat and interior regions will receive RM14.5 million while similar bodies in Sandakan and Tawau are allocated RM3.6 million. Schools in the West Coast, Kudat and interior regions will get RM9.2 million and those allocated in Sandakan and Tawau will receive a sum of RM3.8 million,” he said at the presentation of cheques to the schools and religious bodies at the State Assembly building, here. Musa, who is also state Finance Minister, said the large allocation for non-Islamic religious bodies was reflective of the Barisan Nasional government’s commitment in upholding religious freedom in the country. Musa is confident that this allocation will be used wisely by schools to further strengthen the teaching and learning process and other maintainance needs. He also hoped with the allocation, non-Islamic religious bodies would continue to encourage spiritual growth among their followers. “Although socio-economic programmes and other development demands require funds, the state government will not back down from its commitment to assist schools. “The Barisan Nasional (BN) government will continue to focus on education development at all levels, and we were also constantly striving to bridge the gap between facilities in urban and rural areas,” he said. The funds were the state government’s annual assistance for schools and religious bodies to cover their expenses, mainly for development and repair works that would allow the organisations and schools to carry out their work effectively. |
| Iskandar Malaysia Inches Closer To Surpassing RM100 Billion Investment Mark Posted: 09 Nov 2012 01:48 AM PST JOHOR BAHARU, Nov 9 – Iskandar Malaysia is poised to breach the targeted RM100 billion investment mark after recording RM99.79 billion in total cumulative investment up to the third quarter of this year. Iskandar Region Development Authority (IRDA) chief executive, Datuk Ismail Ibrahim said 42 per cent of the total committed investment had been spent as of September this year. For this year alone until September he said, the economic corridor has managed to attract a total of RM15 billion in cumulative investment. “We have been very aggressive in our promotional efforts to attract more investors to Iskandar Malaysia. I am very happy to note catalytic projects such as Legoland Malaysia has also helped to reinforce the value proposition of the Iskandar Malaysia on the global platform,” he said in a statement today. “We are confident that we will soon breach the RM100 billion mark,” he said in an update on the total cumulative investment Iskandar Malaysia has received since the 2,217 sq km economic corridor, bordering Singapore, was launched six years ago. According to him, 63 per cent (RM62.7 billion) of the total cumulative committed investment received was derived from domestic sources while 37 per cent (RM37.09 billion) was from foreign entities. In 2008, the ratio was 45 per cent domestic and 55 per cent foreign, he said. “We see this shift as something positive and encouraging because while foreign investments continue to flow in, the domestic players are also ensuring they are not left behind,” he said. Of the RM99.79 billion total cumulative investment recorded by Iskandar Malaysia, investments in manufacturing constituted RM33.36 billion, properties RM32.94 billion, government RM7.31 billion, utilities RM9.52 billion, tourism RM2.03 billion and others RM14.63 billion. IRDA said it continued to reach out to various stakeholders through various events such as the JB Transformation Open Day, Iskandar Malaysia Sustainable Summit, Iskandar Learning Festival and Joint Transformation Forum. Next month, Iskandar Malaysia will be playing host to the World Islamic Economic Forum (WIEF) and IRDA and its partners were looking forward to meet some 1,500 delegates who would be participating in the event. |
| Siasatan SPRM Bebas Daripada Campur Tangan Mana-Mana Pihak Posted: 09 Nov 2012 01:42 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov – Semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil. Sehubungan itu, beliau bekata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pun tidak boleh campur tangan dalam urusan siasatan SPRM memandangkan semua hasil siasatan oleh SPRM akan dibentang kepada PPO untuk pandangan ahli-ahli panel. “Hubungan SPRM dengan Menteri adalah beliau hanya bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan isu rasuah atau mengenai SPRM yang dikemukakan di Parlimen berdasarkan maklumat oleh SPRM,” katanya kepada Bernama, Jumaat. Beliau menjelaskan PPO adalah satu daripada lima panel bebas yang ditubuh oleh SPRM tiga tahun lepas ekoran banyak tohmahan dan tuduhan ketika itu kononnya agensi itu tidak mempunyai kebebasan dan banyak kes ditutup sewenang-wenangnya. Dr Hadenan berkata PPO yang dianggotai oleh kalangan profesional yang mempunyai integriti berkuasa untuk memberi keputusan muktamad sama ada sesuatu kes itu boleh ditutup atau tidak. “Kami tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya selalu menyatakan bahawa panel ini bebas. “Selama tiga tahun ini, kami telah membuat keputusan adakalanya tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh SPRM dan juga Peguam Negara untuk kita menutup sesuatu kes. Tidak ada orang yang mengarahkan sama ada ia seorang menteri atau perdana menteri supaya pihak panel dalam menentukan sama ada kes itu hendak ditutup ataupun tidak,” katanya. Beliau berkata hakikatnya ialah sejak tiga tahun beroperasi, PPO tidak pernah menghadapi isu campur tangan daripada pihak luar. Dr Hadenan berkata menangani pencegahan rasuah di Malaysia banyak melibatkan pembetulan persepsi campur tangan pihak luar. “Jadi saya berharaplah pada mereka yang mempunyai persepsi salah mengenai peranan ini, saya memperbetulkan bahawa kami bebas,” katanya. Merujuk kepada kecenderungan pihak pembangkang untuk mempolitikkan isu rasuah, beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan perbuatan itu memandangkan usaha pencegahan rasuah bukan sahaja menghendaki kerja kuat oleh SPRM tetapi komitmen daripada semua pihak rakyat, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan. “Suatu pihak sahaja tidak boleh dipertanggungjawab sepenuhnya dalam pencegahan rasuah. “Ahli politik mempunyai peranan untuk dimainkan, begitu juga rakyat. “Kalau kita hendak mengatasi isu-isu berkaitan rasuah…kalaulah semua orang berpandangan lurus, tidak mempunyai niat-niat terselindung dan tidak mempunyai tanggapan yang salah, saya rasa SPRM lebih mudah menjalankan kerjanya,” katanya. |
| Iskandar Malaysia Hampir Lepasi Pelaburan RM100 Bilion Posted: 09 Nov 2012 01:38 AM PST JOHOR BAHARU, 9 Nov – Iskandar Malaysia telah bersedia untuk mencapai pelaburan RM100 bilion selepas mencatatkan RM99.79 bilion pelaburan terkumpul sehingga suku ketiga tahun ini. Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata 42 peratus daripada jumlah pelaburan yang diperoleh telah dibelanjakan setakat September tahun ini. Untuk tahun ini sahaja sehingga September, beliau berkata koridor ekonomi itu telah berjaya menarik sejumlah RM15 bilion dalam pelaburan kumulatif. “Kami begitu agresif dalam usaha promosi kami untuk menarik lebih ramai pelabur ke Iskandar Malaysia. Saya gembira melihat projek pemangkin seperti Legoland Malaysia juga telah membantu mengukuhkan nilai proposisi Iskandar Malaysia di platform global,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat. “Kami yakin yang RM100 bilion boleh dicapai tidak lama lagi,” kata beliau dalam maklumat terkini jumlah kumulatif Iskandar Malaysia yang telah dicapai sejak koridor ekonomi berkeluasan 2,217 km persegi, bersempadan Malaysia, dilancarkan enam tahun lepas. Menurut beliau, 63 peratus (RM62.7 billion) daripada pelaburan kumulatif yang diterima datang daripada sumber domestik sementara 37 peratus (RM37.09 bilion) ialah daripada entiti asing. Dalam tahun 2008, nisbah ialah 45 peratus domestik dan 55 peratus asing, kata beliau. “Kami melihat peralihan ini sebagai sesuatu yang positif dan menggalakkan dan pada masa yang sama pelaburan akan terus mengalir masuk dan peserta domestik juga dipastikan yang mereka tidak akan ketinggalan di belakang,” kata beliau. Daripada jumlah RM99.79 bilion pelaburan kumulatif yang dicatatkan oleh Iskandar Malaysia, pelaburan dalam pembuatan menguasai RM33.36 bilion, hartanah RM32.94 bilion, kerajaan RM7.31 bilion, utiliti RM9.52 bilion, pelancongan RM2.03 bilion dan lain-lain RM14.63 bilion. IRDA berkata ia akan terus menjangkau ke pelbagai pemegang saham menerusi acara-acara seperti Hari Terbuka Transformasi JB, Sidang Kemuncak Kelestarian Iskandar Malaysia, Festival Pembelajaran Iskandar dan Forum Transformasi Bersama. Bulan depan, Iskandar Malaysia akan menjadi hos kepada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan IRDA dan rakan-rakannya berharap dapat bersama-sama lebih 1,500 delegasi yang akan menyertai acara itu. |
| Rasuah, Kroni dan Penindasan Rakyat Miskin – Lambang Kejayaan Regim DAP Posted: 09 Nov 2012 01:34 AM PST PULAU PINANG, 9 Nov – Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa menyifatkan pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang sebagai kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor semalam. Menurut beliau, tindakan regim DAP itu adalah satu perbuatan yang begitu melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang konon-kononnya ingin prihatin dan ingin membela rakyat di negeri ini. "Saya cabar Lim Guan Eng, adakah dia sudah bersedia mahu meruntuhkan semua rumah yang mempunyai masalah undang-undang seperti itu? Saya yakin ada banyak lagi kes-kes seperti itu dan apakah Lim Guan Eng sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap rumah-rumah lain di dalam negeri ini? "Biarpun pemilik rumah itu ada kesalahannya, tetapi masih ada jalan lain selain meruntuhkan rumahnya dengan cara yang begitu. Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh regim DAP, selain daripada tindak-tanduk mereka yang selama ini bagaikan telunjuk menjolok mata. “Ternyata hari ini, Lim Guan Eng memperlihatkan belang beliau di mana segala janji-janji DAP ternyata amat bercanggah dengan perbuatan mereka hari ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Menurut beliau lagi, sepanjang pentadbiran BN di Pulau Pinang sebelum ini, mereka juga berhadapan dengan kes-kes pelanggaran undang-undang seperti itu. "Tapi dulu kita tidak bertindak membabi buta seperti itu. Masih ada banyak lagi jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya dengan mengambil tindakan seperti itu. ? Apakah kerana pemilik rumah itu seorang warga emas yang tidak berdaya dan tidak mampu berbuat apa-apa, maka Guan Eng secara sombong dan angkuh merestui tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkannya," soalnya tegas. Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh regim DAP ini seolah-olah merupakan satu tindakan politik perkauman sempit yang kejam dan sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di Pulau Pinang . "Kalau pemilik-pemilik rumah yang ada kaitannya dengan regim mereka, pasti akan terlepas. Mereka, wakil-wakil DAP akan menutup mata sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang-orang ataupun kenalan mereka. Tetapi bagi orang miskin dan tidak kenal sesiapa yang berjawatan di dalam pentadbiran negeri, mereka akan diperlakukan dengan hina seperti mana yang berlaku terhadap warga emas pemilik rumah itu," ujarnya lagi. Bagi beliau, rakyat di negeri ini seharusnya membuka mata dan melihat bagaimana regim DAP memerintah apabila mereka diberi kuasa. Katanya, ternyata sepanjang tempoh pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang, rasuah, kroni, menindas orang miskin dan putar belit janji menjadi kejayaan terbesar regim tersebut dalam pemerintahan mereka. -MediaUMNO |
| Tidak Guna Izzah Dolak-dalik, Segala Bahan Bukti Sudah Ada Posted: 09 Nov 2012 01:21 AM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta supaya naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tidak lagi berdolak-dalik berhubung kenyataan kontroversi dalam satu forum baru-baru ini. Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di Youtube. Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar. “Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah UMNO, salah Utusan, salah akhbar. “Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah UMNO di sini, Jumaat. |
| Rosmah Visits Flood Victims In Perak, Donates RM10,000 From Bakti Posted: 08 Nov 2012 11:34 PM PST TELUK INTAN, Nov 9 – Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the prime minister, today visited flood victims at the relief centre at Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, here, and donated RM10,000 from the Welfare Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti), of which she is the president. She handed a cheque for the amount to Datin Seri Saripah Zulkifli, president of Baiduri, the welfare association of wives of Perak state executive councillors and assemblymen, for distribution to the flood victims. Rosmah spent about an hour mingling with the 134 flood victims at the centre which opened on Sunday. She also helped with the preparation of lunch for them. In addressing the flood victims, Rosmah said the government always had the welfare of disaster victims at heart. “Everything is taken care of … there is enough food,” she said, and conveyed the well wishes of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Earlier, Rosmah was briefed on the flood situation in the Hilir Perak district by Hilir Perak Police chief ACP Goh Kok Liang. Perak Social Welfare Department director Datuk Chong Phaik Kee said the floods in Hilir Perak had receded and all the 134 victims were expected to return to their homes today. Five relief centres were opened in the district since Saturday, and four had already closed. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment