Kedah Ke KL - MctHeory |
- PELIK!! Apabila Ular Cuba Menelan Dirinya Sendiri!
- TUDIAA!! Puluhan Ribu Hadir Ceramah Pakatan Di Pulau Pinang!
- TUDIAA!! Pas ada Telur Tak, Soi Lek Cabar Letak Hudud Dalam Manifesto PR!!
- GEMPAR!! Akhirnya Anak Pemimpin PKR Minum Arak Di Dedahkan!!
- PANASS!! Isu #IsuAirSgor Siapa yang Bodoh, BN atau Kerajaan Negeri Selangor?
- TUDIAA!! Fitnah La Pulak, Pemuda Pas Terbukti Takdak Teloq!
| PELIK!! Apabila Ular Cuba Menelan Dirinya Sendiri! Posted: 09 Nov 2012 07:17 AM PST | ||
| TUDIAA!! Puluhan Ribu Hadir Ceramah Pakatan Di Pulau Pinang! Posted: 09 Nov 2012 04:38 AM PST Sekeping gambar yang dihantar oleh penduduk di Pulau Pinang menceritakan segalanya. Penghantar mewakili penduduk-penduduk di kawasan Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang, memberikan bukti bagaimana sambutan yang diberikan kepada "ceramah penerangan" Pakatan Haram yang berlangsung pada 03 November 2012, jam 9.00 malam, gaal memberi impak menarik perhatian penduduk Pulau Pinang, terutama penduduk Bayan Baru. Adalah difahamkan ceramah bekenaan tidak mendapat sambutan dengan kehadiran cuma dalam sekitar 20 orang. Apa yang menjadi rungutan penduduk sekitar adalah tindakan angkuh penganjur yang menutup jalan utama untuk membina khemah-khemah ceramah di tengah jalan. Dengan tidak menyajikan ceramah daripada Maharaja Lawak Negara yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, memang sudah dijangkakan ceramah PR memang akan sunyi sepi, kecuali dengan kehadiran jin-jin yang berada di sekitar tempat ceramah berkenaan. Cucu Tok Selampit | ||
| TUDIAA!! Pas ada Telur Tak, Soi Lek Cabar Letak Hudud Dalam Manifesto PR!! Posted: 09 Nov 2012 01:17 AM PST Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dalam satu kenyataannya awal minggu ini secara terbuka mengakui jika majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan hudud PAS, MCA menerimanya dengan hati terbuka. Serentak dengan itu, beliau juga mencabar PR khususnya DAP dan PAS untuk memasukkan janji perlaksanaan hudud PAS itu ke dalam manifesto PR sempena PRU 13. Hari ini pula, dalam akhbar Sinar Harian, sekali lagi Soi Lek mengulangi cabaran itu. Katanya, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi, PR perlu meletakkan hudud versi PAS dalam manifesto mereka untuk pilihanraya akan datang. Selanjutnya, Soi Lek juga mendesak DAP mengeluarkan kenyataan terbuka dan tidak sesekali lari bersembunyi berdolak dalik dalam isu ini. Persoalannya, siapakah dikalangan pemimpin PAS yang berani menyahut cabaran tersebut? Dan siapa pula dari kalangan DAP yang sanggup berkata, "kami bersedia menerima hudud PAS jika itu kehendak majoriti"? Padahal secara lojiknya, PAS patut menyambut cabaran ini untuk membuktikan kesungguhannya mengutarakan hudud PAS bukannya sekadar omong kosong untuk dipolemikkan sahaja. Malah sewajarnya PAS dapat menyeru DAP dan PKR untuk sama-sama membuat komitmen rasmi sebagai dasar bersama bahawa bahawa sekiranya PR berjaya mengalahkan BN maka usaha ke arah perlaksanaan hukum hudud akan dimulakan secepat mungkin. Namun, percayalah sama ada PAS mahupun DAP apatah lagi PKR, tidak sesekali sanggup mengikrarkan komitmen tersebut, sementelah lagi janji pelaksanaan hudud hanyalah umpan politik PAS untuk mengabui mata umat Islam. Pendirian PR dalam isu hudud sudah lama diketahui umum, mereka sepakat untuk mengesampingkan isu pelaksanaan hukum hudud. Malah dalam Buku Jingga yang ditandatangani bersama oleh DAP, PKR dan PAS juga mengesahkan hudud tiada tempat dalam dasar PR. Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga telah mengikrarkan pelaksanaan hudud bukannya dasar PR selagi persetujuan secara konsensus ketiga-tiga parti dalam PR itu gagal dicapai. Makna kata, jika PR memerintah Malaysia pun, hudud yang sering PAS propagandakan itu tidak akan dilaksanakan tanpa persetujuan DAP dan PKR. Seperti kita maklum sejak dulu hingga sekarang dan selama-lamanya, DAP kekal dengan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan hudud PAS. Dengan demikian, cabaran oleh Presiden MCA itu akhirnya hilang ditelan angin lalu, atau jika tidakpun kita akan mendengar jawapan streotype dari pemimpin dan penyokong PAS yang mengkambing hitamkan UMNO diatas kegagalan PAS menepati janji politik mereka. | ||
| GEMPAR!! Akhirnya Anak Pemimpin PKR Minum Arak Di Dedahkan!! Posted: 08 Nov 2012 10:39 PM PST Akhir penantian yang ditunggu sudah berakhir!! Blog MyMassa, mewajahkan anak pemimpin PKR mana yang kaki mabuk! Baca kat bawah ni. Minggu lepas Rafizi mula bermain kotor dengan menyerang keluarga pemimpin UMNO. Sebagai balasannya, MyMassa dedahkan gambar ini.
Cukup seminggu MyMassa keluarkan gambar anak pemimpin PKR dengan botol arak. Wajah anak pemimpin ini ditutup. Apabila MyMassa keluarkan gambar di atas, maka ramailah pencacai pembangkang yang menyerang blog ini kononnya MyMassa ambil gambar orang lain tetapi tuduh sebagai anak pemimpin mereka. Kali ini MyMassa tak perlu selindung lagi. Semalam, Rafizi masih lagi bercakap pasal anak pemimpin UMNO. Khas untuk pembaca MyMassa, saksikan gambar ini. Kalau tak percaya, boleh tengok gambar anak muda ini dengan ibunya, Shamsidar. Ini baru satu daripada berpuluh-puluh gambar Anak Azmin tak kira yang lelaki atau perempuan sedang berjoli. Kalau PKR masih main kotor, MyMassa juga akan menggunakan taktik yang sama dengan mereka. Harap Azmin Ali tak marahkan kami para blogger. Rafizi yang mengajar kami supaya serang keluarga pemimpin. Kalau nak marah, marahkan si Rafizi tu. *Berani tak Pemuda PAS nak tegur kemaksiatan anak pemimpin PKR? McTheory: Siapa yang mula dulu? Tanya Rafizi pendek! | ||
| PANASS!! Isu #IsuAirSgor Siapa yang Bodoh, BN atau Kerajaan Negeri Selangor? Posted: 08 Nov 2012 07:17 PM PST Ada sebuah portal pencacai yang sering mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan dengan isu air. Kerja mereka hanyalah memutar belitkan isu dan mengelirukan rakyat Selangor, lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu air. Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor dan juga blog pencacai Pakatan, sering mengaitkan isu air di Selangor adalah isu yang berkaitan dengan politik. Bila mereka mentaksirkan isu rakyat, menjadi politik, atas sebab demikian, mereka menjadi tidak serius untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin pada masa sekarang bekalan air Selangor cukup untuk digunakan, tetapi apakah mereka telah mengkaji bekalan air Selangor pada masa akan datang? Rasanya tidak! Pernah Khalid Gagap, Dr Xavier atau mana-mana exco negeri Selangor membuat kajian terperinci tentang masalah air di Selangor? Atau mereka hanya bercakap syok sendiri dan hanya mengunakan andaian mereka sahaja? Patutnya sebagai Kerajaan Negeri, mereka perlu lebih prihatin, kerana itu tanggungjawab mereka. Letih untuk menjelaskan kepada orang yang tak nak faham isu dan punca sebenar. Puak pencacai Pakatan ni anggap, Kerajaan Pusat (BN) sengaja menyerang isu air kerana mahu menjadikan isu ini modal politik bagi memenangi semula Selangor. Mereka beranggapan demikian, mereka ingat Kerajaan Pusat juga bodoh seperti mereka, yang sering mempolitikkan segala isu yang ada walaupun ianya berkaitan dengan kemudahan pada rakyat. Atas sebab demikian mereka takut dan menuduh Kerajaan Pusat juga berbuat demikian (politikkan segala isu). Bermula dengan air percuma, mereka menuduh Pemimpin UMNO Selangor pernah keluarkan kenyataan, jika air diberi percuma, Selangor akan muflis? Benarkah kenyataan sedemikian pernah dikeluarkan? Siapa pemimpin tersebut? Seingat Mc, tidak pernah ada sesiapa yang berani berkata demikian, kerana Selangor takkan muflis (kecuali kalau Khalid Gagap perintah lagi 4 tahun lagi), cuma akan ada masalah lain yang akan timbul. Seperti sekarang, Kerajaan Negeri Selangor menerima beribu saman dari rakyat Selangor sendiri, akibat pengagihan bekalan air percuma yang tidak selari. Itu adalah kegagalan yang pertama isu air oleh Kerajaan Negeri yang merasakan mereka hebat dan bijak dari orang lain. Kemudian, Selangor bakal menghadapi masalah bekalan air pada masa hadapan. Kerana kajian yang dibuat oleh Kerajaan Pusat menjangkakan, Selangor dan kawasan Lembah Kelang akan mengalami masalah air yang serius pada tahun 2016. Atas sebab demikian, Kajian Sumber Air Selangor 2000 mencadangkan projek Loji Air Langat 2 rawat air mentah yang disalurkan dari Pahang untuk kegunaan rakyat Selangor. Kiranya projek ini printis untuk masa depan. Tetapi cadangan ini dibantah oleh Selangor Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Khalid gagap yang mempunyai idea dan cadangannya tersendiri untuk. Mula dengan air lombong, tasik dan air tanah, Khalid kemudian mahukan penstrukturan semula air. Khalid kemudiannya telah menawarkan Langat 2 untuk dimuatkan dalam program jangka masa panjang sekiranya pusat bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula air di negeri itu – antara usaha beliau untuk mengikat tangan kerajaan pusat tanpa menghiraukan kepentingan rakyat yang bakal berhadapan dengan krisis air. Bila cadangan tersebut gagal dan masih dalam perbincangan yang tak sudah, mereka menyalahkan Syabas dan syarikat konsesi serta Kerajaan Pusat kerana tidak membantu mereka untuk membuat penstrukturan air di Selangor. Khalid sebaliknya menegaskan yang teknologi membrane yang diperkenalkan baru-baru ini jauh lebih murah justeru yakin ianya mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Kini Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan pula teknologi membran, dan buka kembali loji air Bukit Jelutong yang di tutup sejak 1995 disebabkan pencemaran Sungai Damansara, sebagai projek perintis teknologi membran. Macam nak masuk rumah yang lama ditinggalkan, apakah itu tidak mengeluarkan modal dan belanja yang besar? Mereka lebih yakin untuk membelanjakan wang kepada jalan yang lain, dari menerima idea Kerajaan Pusat untuk membina Langat 2, yang sudah terang lagi bersuluh dapat menyelesaikan masalah air di Selangor pada masa akan datang. Teknologi membran bukan satu jalan untuk menyelesaikan masalah kekurangan air. Jika tidak, Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng sudah lama memilih untuk berbuat demikian. Kenapa Guan Eng tidak memilih teknologi membran untuk menambah sumber bekalan air mentahnya? Malah beliau memilih membina terowong khas dari Perak untuk membekalkan air ke Pulau Pinang. Tak percaya baca kenyataan Guan Eng semasa pembentangan bajet 2013 baru-baru ini, "Bagi menjamin sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang" kata Guan Eng. Beliau menyambung lagi, "Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri". Jika Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dapat berfikiran waras menerima pelan Kerajaan Pusat, kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak boleh? Yakinkah mereka teknologi membran yang mereka cadangkan tu mampu mengatasi masalah air? Jika mereka pernah yakin pemberian air percuma itu berjaya, kali ini adakah mereka yakin dapat mengatasi masalah air pada masa akan datang. Sedang air bermasalah, ada yang kata pendapatan negeri Selangor meningkat, tetapi berapa pula aset Selangor yang telah Khalid jual? Terbaru Khalid ingin menjual aset PKNS! Tak guna kalau banyak wang pun tetapi harta Kerajaan Negeri digadaikan pada kroni. Agaknya atas nasihat siapa Khalid bertindak begitu? Khalid-Khalid, jangan salahkan orang kalau tak pandai mentadbir, serahkan balik saja Selangor kepada yang berhak, dari terus memporak-perandakan keadaan ni. McTheory: Apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian Kerajaan Negeri Selangor sekarang ni? Gadai harta? | ||
| TUDIAA!! Fitnah La Pulak, Pemuda Pas Terbukti Takdak Teloq! Posted: 08 Nov 2012 04:37 PM PST Mc memang dah syak dah. Dah berapa kali macam ni. Dulu kata nak demo bantah Karpal sebab hina Islam. Last sekali tak jadi sebab arahan orang atas. Lepas tu nak berdemo tentang Dap pulak, tapi tak jadi sebab kononnya soal keselamatan. Depa dok pi demo bersih macam orang gila tak fikir la pulak pasal keselamatan. Nampak sangat Pemuda Pas ni cakap saja kuat, tapi hati kholdu! Kali ni mereka berdolak dalih pasal isu Nurul Izzah pula. 'SMS' Pemuda Pas nak berdemo ni dah lama tersebar. Dah hampir seminggu. Tapi Pemuda Pas tak pernah menafikan. Kenapa bila esok dah sampai masa nak demo, tiba-tiba si Tantawi ni mengatakan SMS itu fitnah. Apakah semua ini arahan dari pimpinan tertinggi Pakatan yang menghalang Pemuda Pas dari berdemo? Tentunya Anwar akan menghalang Pemuda Pas dari berdemo mengutuk anaknya. Pemuda Pas pula bagaikan tiada telur dan pendirian, akur dengan arahan tersebut. Mereka kata mereka pemuda yang memperjuangkan Islam. Tapi bila Islam dipermainkan, mereka hanya berdiam diri dan melihat dari jauh. Dimana kesetiaan mereka kepada Islam? Mereka takut kepada Allah SWT atau takut kepada Anwar al kutty? Kalau dengan Anwar pun takut, tak payah nak burak la nak perjuangkan Islam. Simpan saja nama Islam kat nama parti tu. Buat malu saja! McTheory: Jelas terbukti, Pemuda Pas mana ada telor! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment