BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! NURUL IZZAH KINI LIABILITI BESAR KEPADA PKR !!!

Posted: 09 Nov 2012 03:00 PM PST


Nurul Izzah,anak Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim,tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.Jika ini benar,maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah! Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia,Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai' ??? Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya,Nurul juga membawa pemikiran yang sama.Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian,Biseksual,Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidak hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama. 

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic,Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik,ekonomi,pendidikan malah agama.Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara. Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu,tetapi juga pemimpin-pemimpin politik,para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu. 

Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu,Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.Apa pula kata ibunya,Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu ??? Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam ??? Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT,sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! PROJEK LEMBAH SIREH !!! PIMPINAN PAS KELANTAN SEDANG MENGGELABAH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 09 Nov 2012 01:00 PM PST


Suka atau tidak,pemimpin PAS Kelantan terpaksa akui skandal Lembah Sireh mempunyai impak besar yang mampu menambah parah kedudukan parti itu di negeri Serambi Mekah ini pada PRU 13 nanti.Senario ini jelas kelihatan apabila para pemimpin kerajaan negeri bermula dari exco hinggalah Menteri Besarnya terpaksa tampil ke depan mengulas isu itu dengan pelbagai kenyataan mempertahankan projek tersebut.Masing-masing kalut ribut dibuatnya apabila skandal ini semakin mendapat perhatian ramai,lebih-lebih lagi dikalangan rakyat Kelantan pun isu ini semakin hangat diperdebatkan baik kedai-kedai kopi mahupun di ruang maya internet.Dalam usahanya yang terbaru untuk menolak kebenaran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN 2011) berkenaan kelemahan dan kegagalan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,tiba pula giliran Exco kanan negeri untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan.

 Kata Husam Musa,adalah mustahil projek Lembah Sireh dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri tidak memberi hakmilik tanah kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd. Selanjutnya kata Husam lagi,seandainya projek tersebut gagal atau syarikat swasta itu tidak mematuhi perjanjian maka kerajaan negeri memiliki kuasa untuk mengambil semula tanah seluas 716.8 ekar itu.Nampak gayanya Husam cuba cuci tangan bagi pihak PAS Kelantan berikutan kritikan ramai terhadap skandal Lembah Sireh yang sekarang ini telahpun dilaporkan kepada pihak SPRM.Ulasan Naib Presiden PAS itu merujuk secara langsung pada Laporan Audit yang antara lainnya menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan membelakangi prosedur penukaran hak milik tanah kepada Liziz Standaco,sehingga mendedahkan kepada risiko besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.


Kredibiliti LKAN 2011 jauh lebih tinggi berbanding Husam yang diketahui pernah gagal dalam perternakan kambing Jamnapari. Soalnya sekarang pandangan siapa yang selayaknya digunapakai? Tanah itu yang nilainya dianggarkan RM318.29 juta kini sudah pun menjadi milik syarikat tersebut selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.Jika jawapan Husam itu diterima pakai, mudah benarlah untuk mana-mana individu atau syarikat berkepentingan dengan pemimpin PAS mengajukan proposal projek pembangunan tanpa perlu memiliki modal yang kukuh.Hantar saja proposal sekian-sekian,bila diluluskan,mohon pula penukaran hakmilik tanah. Semudah A,B,C. Patutlah mudah sangat tanah-tanah di Kelantan terutama di Gua Musang berkaitan isu Ladang Rakyat dan tanah seluas lebih 80,000 ekar berpindah milik kepada Cina pro DAP dan Cina Singapura. 

Realitinya, syarikat Liziz Standaco bukan sahaja telah gagal mematuhi syarat perlaksanaan projek malah keutamaan projek pembangunan pula hanya tertumpu pada kepentingan yang bersifat komersial yang menguntungkan mereka sahaja. Sedangan projek pembangunan yang mempunyai signifikan dengan kepentingan orang ramai seperti menyiapkan pembinaan Jambatan Palekbang, Stadium Tertutup Wanita, masjid serta beberapa komponen lain gagal dibina hingga kini. Syarikat itu juga sehingga kini gagal menyerahkan gantian wang tunai sekurang-kurangnya RM90 juta selepas gagal membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sekarang ini telahpun diambil alih pembinaannya oleh Kerajaan Pusat. Selain itu, daripada tanah seluas 716.8 ekar itu, 13.52 ekar daripadanya telah dicagarkan kepada bank untuk membolehkan syarikat itu mendapat pinjaman RM75 juta bagi membiayai projek pembangunan Lembah Sireh. Senang-senang saja Liziz Standaco dapat tanah kemudian dapat pula cagarkannya untuk mendapat wang ringgit. Agak-agak Husam dan lain-lain pemimpin PAS, bagaimana pula dengan nasib tanah seluas 13.52 ekar itu kelak? Apa pula jaminan tanah itu tidak akan tergadai pada bank? 

Bila diimbas pada kegagalan syarikat Liziz Standaco memenuhi pembayaran sumbangan RM15 juta untuk skim perumahan kos rendah dan sehingga kini hanya mampu melunaskan RM3 juta sahaja,payah kita nak melegakan hati bahawa tanah tersebut takkan jadi milik bank di kemudian hari. Rakyat sudah memberi peluang kepada PAS Kelantan memerintah negeri sejak 22 tahun lalu sebetulnya bukan untuk pemimpin PAS sesuka hati memindah milik tanah kepada syarikat kroni sambil menabur janji itu ini kemudian gagal ditepati. Perkara ini tidak akan berlaku jika Kerajaan PAS Kelantan membuat pemantauan rapi serta mengkaji dahulu setakat mana kemampuan kewangan serta kelayakan syarikat itu untuk menjayakan projek PTSK lembah Sireh yang keseluruhan kosnya adalah RM2 bilion ini.Tapi nampaknya,PAS tidak mengambil iktibar kejatuhannya pada 1978 dulu berkait rapat dengan isu tanah serta konsesi balak. Jadi janganlah marah bila PRU 13 kelak sekali lagi PAS jatuh tertunggeng dek kerana penangan skandal Lembah Sireh dan Ladang Rakyat. - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AZWAN ALI MENGHINA PEJUANG NEGARA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 09 Nov 2012 10:17 AM PST


apa cerita ni ??? mulut laser ni dah start balik.kali ni nak menghina pejuang bola sepak negara.Tak habis-habis nak cari publisiti murahan dengan bahasa-bahasa bodoh.BAHASA KITA BUDAYA KITA !!! ADA FAHAM ??? tak ada semangat patriotik langsung la mamat jambu tua ni..dah tak ada kerja lain ker ??? kalah dan menang itu adalah adat lah.tak perlu nak sibuk lah.kalau dah tak suka tak perlu tweet bukan-bukan.jom lihat apa yang azwan ali tweet 


RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SKANDAL LEMBAH SIREH !!! KERAJAAN PAS CUBA CUCI TANGAN !!!

Posted: 09 Nov 2012 04:00 AM PST


Suka atau tidak,pemimpin PAS Kelantan terpaksa akui skandal Lembah Sireh mempunyai impak besar yang mampu menambah parah kedudukan parti itu di negeri Serambi Mekah ini pada PRU 13 nanti.Senario ini jelas kelihatan apabila para pemimpin kerajaan negeri bermula dari exco hinggalah Menteri Besarnya terpaksa tampil ke depan mengulas isu itu dengan pelbagai kenyataan mempertahankan projek tersebut.Masing-masing kalut ribut dibuatnya apabila skandal ini semakin mendapat perhatian ramai,lebih-lebih lagi dikalangan rakyat Kelantan pun isu ini semakin hangat diperdebatkan baik kedai-kedai kopi mahupun di ruang maya internet.Dalam usahanya yang terbaru untuk menolak kebenaran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN 2011) berkenaan kelemahan dan kegagalan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,tiba pula giliran Exco kanan negeri untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan.Kata Husam Musa,adalah mustahil projek Lembah Sireh dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri tidak memberi hakmilik tanah kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.Selanjutnya kata Husam lagi,seandainya projek tersebut gagal atau syarikat swasta itu tidak mematuhi perjanjian maka kerajaan negeri memiliki kuasa untuk mengambil semula tanah seluas 716.8 ekar itu. 

Nampak gayanya Husam cuba cuci tangan bagi pihak PAS Kelantan berikutan kritikan ramai terhadap skandal Lembah Sireh yang sekarang ini telahpun dilaporkan kepada pihak SPRM.Ulasan Naib Presiden PAS itu merujuk secara langsung pada Laporan Audit yang antara lainnya menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan membelakangi prosedur penukaran hak milik tanah kepada Liziz Standaco, sehingga mendedahkan kepada risiko besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.Kredibiliti LKAN 2011 jauh lebih tinggi berbanding Husam yang diketahui pernah gagal dalam perternakan kambing Jamnapari. Soalnya sekarang pandangan siapa yang selayaknya digunapakai ??? Tanah itu yang nilainya dianggarkan RM318.29 juta kini sudah pun menjadi milik syarikat tersebut selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.Jika jawapan Husam itu diterima pakai,mudah benarlah untuk mana-mana individu atau syarikat berkepentingan dengan pemimpin PAS mengajukan proposal projek pembangunan tanpa perlu memiliki modal yang kukuh. Hantar saja proposal sekian-sekian, bila diluluskan, mohon pula penukaran hakmilik tanah.Semudah A,B,C. Patutlah mudah sangat tanah-tanah di Kelantan terutama di Gua Musang berkaitan isu Ladang Rakyat dan tanah seluas lebih 80,000 ekar berpindah milik kepada Cina pro DAP dan Cina Singapura. 

Realitinya,syarikat Liziz Standaco bukan sahaja telah gagal mematuhi syarat perlaksanaan projek malah keutamaan projek pembangunan pula hanya tertumpu pada kepentingan yang bersifat komersial yang menguntungkan mereka sahaja. Sedangan projek pembangunan yang mempunyai signifikan dengan kepentingan orang ramai seperti menyiapkan pembinaan Jambatan Palekbang,Stadium Tertutup Wanita,masjid serta beberapa komponen lain gagal dibina hingga kini.Syarikat itu juga sehingga kini gagal menyerahkan gantian wang tunai sekurang-kurangnya RM90 juta selepas gagal membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sekarang ini telahpun diambil alih pembinaannya oleh Kerajaan Pusat. Selain itu, daripada tanah seluas 716.8 ekar itu,13.52 ekar daripadanya telah dicagarkan kepada bank untuk membolehkan syarikat itu mendapat pinjaman RM75 juta bagi membiayai projek pembangunan Lembah Sireh. Senang-senang saja Liziz Standaco dapat tanah kemudian dapat pula cagarkannya untuk mendapat wang ringgit.Agak-agak Husam dan lain-lain pemimpin PAS,bagaimana pula dengan nasib tanah seluas 13.52 ekar itu kelak ??? Apa pula jaminan tanah itu tidak akan tergadai pada bank ??? Bila diimbas pada kegagalan syarikat Liziz Standaco memenuhi pembayaran sumbangan RM15 juta untuk skim perumahan kos rendah dan sehingga kini hanya mampu melunaskan RM3 juta sahaja,payah kita nak melegakan hati bahawa tanah tersebut takkan jadi milik bank di kemudian hari. Rakyat sudah memberi peluang kepada PAS Kelantan memerintah negeri sejak 22 tahun lalu sebetulnya bukan untuk pemimpin PAS sesuka hati memindah milik tanah kepada syarikat kroni sambil menabur janji itu ini kemudian gagal ditepati. Perkara ini tidak akan berlaku jika Kerajaan PAS Kelantan membuat pemantauan rapi serta mengkaji dahulu setakat mana kemampuan kewangan serta kelayakan syarikat itu untuk menjayakan projek PTSK lembah Sireh yang keseluruhan kosnya adalah RM2 bilion ini.Tapi nampaknya,PAS tidak mengambil iktibar kejatuhannya pada 1978 dulu berkait rapat dengan isu tanah serta konsesi balak. Jadi janganlah marah bila PRU 13 kelak sekali lagi PAS jatuh tertunggeng dek kerana penangan skandal Lembah Sireh dan Ladang Rakyat. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT VIDEO !!! BUKTI NURUL IZZAH MENYOKONG GEJALA MURTAD TERSEBAR !!! KENAPA NAK NAFI ???

Posted: 09 Nov 2012 01:00 AM PST


DI BAWAH ADALAH BUKTI YANG NURUL IZZAH SEBUT BERKENAAN DENGAN ISU KEBEBASAN AGAMA !!!

APA LAGI BELIAU NAK NAFI ???

APA CERITA NI ???

KALAU ANDA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS CUBA CARI GOOGLE TRANSLATE WAHAI PUAK PAKATAN !!!

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

 

APA LAGI YANG DI NAFIKAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CHUA SOI LEK CABAR PR MASUKKAN HUDUD DALAM MANIFESTO PILIHANRAYA !!!

Posted: 08 Nov 2012 10:00 PM PST


Presiden MCA,Datuk Seri Chua Soi Lek dalam satu kenyataannya awal minggu ini secara terbuka mengakui jika majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan hudud PAS,MCA menerimanya dengan hati terbuka.Serentak dengan itu,beliau juga mencabar PR khususnya DAP dan PAS untuk memasukkan janji perlaksanaan hudud PAS itu ke dalam manifesto PR sempena PRU 13.semalam,dalam akhbar Sinar Harian,sekali lagi Soi Lek mengulangi cabaran itu.Katanya,demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi,PR perlu meletakkan hudud versi PAS dalam manifesto mereka untuk pilihanraya akan datang.Selanjutnya,Soi Lek juga mendesak DAP mengeluarkan kenyataan terbuka dan tidak sesekali lari bersembunyi berdolak dalik dalam isu ini.Persoalannya,siapakah dikalangan pemimpin PAS yang berani menyahut cabaran tersebut ??? Dan siapa pula dari kalangan DAP yang sanggup berkata,"kami bersedia menerima hudud PAS jika itu kehendak majoriti"? Padahal secara lojiknya,PAS patut menyambut cabaran ini untuk membuktikan kesungguhannya mengutarakan hudud PAS bukannya sekadar omong kosong untuk dipolemikkan sahaja.Malah sewajarnya PAS dapat menyeru DAP dan PKR untuk sama-sama membuat komitmen rasmi sebagai dasar bersama bahawa bahawa sekiranya PR berjaya mengalahkan BN maka usaha ke arah perlaksanaan hukum hudud akan dimulakan secepat mungkin. 

Namun,percayalah sama ada PAS mahupun DAP apatah lagi PKR, tidak sesekali sanggup mengikrarkan komitmen tersebut,janji pelaksanaan hudud hanyalah umpan politik PAS untuk mengabui mata umat Islam.Pendirian PR dalam isu hudud sudah lama diketahui umum,mereka sepakat untuk mengesampingkan isu pelaksanaan hukum hudud.Malah dalam Buku Jingga yang ditandatangani bersama oleh DAP, PKR dan PAS juga mengesahkan hudud tiada tempat dalam dasar PR.Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga telah mengikrarkan pelaksanaan hudud bukannya dasar PR selagi persetujuan secara konsensus ketiga-tiga parti dalam PR itu gagal dicapai.Makna kata,jika PR memerintah Malaysia pun,hudud yang sering PAS propagandakan itu tidak akan dilaksanakan tanpa persetujuan DAP dan PKR. Seperti kita maklum sejak dulu hingga sekarang dan selama-lamanya, DAP kekal dengan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan hudud PAS.Dengan demikian,cabaran oleh Presiden MCA itu akhirnya hilang ditelan angin lalu atau jika tidakpun kita akan mendengar jawapan streotype dari pemimpin dan penyokong PAS yang mengkambing hitamkan UMNO diatas kegagalan PAS menepati janji politik mereka.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! ZAID IBRAHIM MINTA NYAWA POLITIK DENGAN PERLEKEH HADI AWANG ???

Posted: 08 Nov 2012 06:00 PM PST


pada mulanya apa yang terjadi,saya nak bertanya sikit,apa kejadahnya Datuk Seri Hadi Awang ingin bertanding di Pekan ??? Esoknya,kita tertanya-tanya pula,apa kejadahnya Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib bertanding di Marang ??? Kemudian,tidak semena-mena Zaid Ibrahim membuat kenyataan untuk bertanding di Pekan menggantikan Hadi Awang pula.Alasannya ialah ingin menyelamatkan kerjaya politik Presiden PAS itu.Nampaknya setelah puas Zaid Ibrahim ke sana ke mari mencari tapak dan demi sedikit glamour dengan muncul di akhbar, akhirnya muncul juga peluangnya.Untuk Hadi menyatakan kesanggupannya bertanding di Pekan bermakna beliau sudah cukup yakin yang beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat setanding dengan Perdana Menteri di kawasan Perdana Menteri sendiri.Jika beliau tidak yakin, bermakna beliau sengaja menempah 'maut' dengan menyatakan kesanggupan begitu dan tidak mungkin Hadi ingin 'membunuh diri' dengan sengaja.Oleh itu,tindakan Zaid menawarkan diri untuk menyelamatkan Hadi menunjukkan yang Zaid percaya yang Hadi akan kalah jika bertanding melawan Datuk Seri Najib.Sekali gus menyerlahkan sikap memandang rendah terhadap pemimpin PAS yang wujud dalam diri Zaid yang terkenal dengan pemikiran liberalnya. 

Sebenarnya,puak-puak liberal yang menyokong pembangkang tidak pernah memandang tinggi pada PAS mahupun pemimpin-pemimpinnya.saya juga tidak menyalahkan mereka,kerana nampak benar yang pemimpin PAS tidak cerdik belaka dan tidak layak dihormati.Hadi Awang tidak akan membuat kenyataan akan bertanding di Pekan jika beliau cukup cerdik kerana seandainya kenyataan itu menjadi kebenaran,tamatlah riwayat politiknya.Namun,ini bukan soal Hadi atau PAS.Lebih-lebih lagi bila parti itu pun hanya ditolak ke tepi saja oleh sekutunya,PKR dan DAP. Ini adalah soal Zaid mencari publisiti. Zaid tahu,yang beliau tidak mungkin menang bertanding melawan Datuk Seri Najib tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak akan rugi apa-apa.Sebaliknya,beliau melihat ini sebagai peluang untuk meletakkan namanya di akhbar-akhbar sekali lagi.Selain itu,bayangkan liputan publisiti yang mampu diraihnya ketika berkempen nanti. Beliau berharap, rakyat akan kembali 'teringat' dan mungkin tertarik kepadanya.Zaid yakin yang beliau telah berjaya mengenalpasti di mana silapnya serta telah bersedia menyusun langkah yang lebih bijak agar tidak kecundang lagi dalam politik.Zaid adalah seorang yang angkuh juga dan percaya yang beliau lebih layak dan lebih bijak dari semua pemimpin lain.

Beliau tidak dapat menerima hakikat yang rakyat tidak melihatnya sebagai pemimpin yang layak ataupun bijak, tetapi sebagai seorang yang angkuh,tidak sedar diri dan gila publisiti.Sedangkan,dalam hal ini juga Zaid telah menunjukkan betapa tidak bijaknya dia dengan memperlekehkan Hadi Awang sedangkan 'orang tua' itu sudah beria-ia menunjukkan keyakinan untuk bertanding di kawasan Dato' Seri Najib.Pernahkah Zaid terfikir yang Hadi Awang akan merasa terhina atau kecil hati kerana Zaid tidak yakin terhadap pengaruhnya ??? Tindakan Zaid ini juga,dipandang sinis di kalangan rakyat yang telah faham benar dengan sikapnya yang sanggup melompat dan mengemis meminta nyawa politik kepada sesiapa saja.Tetapi apapun,jika Zaid serius ingin bertanding juga di Pekan,apa salahnya.asalkan dia bahagia

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...