UMNO Online - “MTUC Desak Kerajaan Tegas Laksana Gaji Minimum” plus 9 more | |
- MTUC Desak Kerajaan Tegas Laksana Gaji Minimum
- Transformasi Politik, PRU-13 Tajuk Utama Perbahasan Perhimpunan UMNO
- Pembangkang Mungkin Lupa Lesen Nik Aziz Kepada Pemimpin Bukan Islam
- Pengundi Muda Ayer Hitam Muak Janji Tak Berbayar Pembangkang
- Krisis Air Selangor : Teknologi Membran VS Langat 2
- Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan
- Pas Aneh Dan Pelik Bila Restu Orang Melayu Sertai DAP
- BN Gov’t Has Never Neglected Tamil Schools, Says Devamany
- Doktor Terkemuka Di Kuantan Tolak Pembohongan Isu Lynas
- Wanita Bidas Pemikiran Liberal Cuba Dibawa Nurul Izzah Tentang Kebebasan Pilih Agama
| MTUC Desak Kerajaan Tegas Laksana Gaji Minimum Posted: 05 Nov 2012 05:13 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Nov – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Isnin menggesa kerajaan supaya bertegas dengan pelaksanaan skim gaji minimum bulanan RM900 bermula 1 Januari tahun depan. Presidennya, Khalid Atan memberitahu Bernama majikan telah diberikan masa yang cukup dan kini mereka sepatutnya sedia untuk melaksanakan tindakan itu. Khalid mengulas permintaan Presiden Persatuan Industri Kecil Sederhana (SMI)Malaysia, Teh Kim Sim supaya kerajaan mengkaji semula rancangan itu dan tidak tergesa-gesa melaksanakannya. Khalid berkata majikan tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menangguhkan rancangan itu oleh kerana pekerja telah menunggu hampir 12 tahun. “Malahan MTUC mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1200 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat khususnya di kawasan bandar,” ujar beliau. Beliau menjelaskan RM900 itu dicadangkan oleh kongres pada 1999, tetapi tidak ada respons dari kerajaan pada masa itu. Sementara itu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata kebanyakan anggotanya siap sedia untuk pelaksanaan. “Bagaimanapun, lebih baik jika kerajaan dapat memberikan firma kecil penangguhan, kerana mereka memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan kedudukan dengan skim gaji baru itu,” kata Pengarah Eksekutifnya, Haji Shamsuddin Bardan. Beliau berkata kira-kira 4,500 firma seumpama itu telah memohon kepada Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) bagi mempertimbangkan keadaan mereka. Bernama difahamkan NWC yang akan bermesyuarat lewat bulan ini akan mengkaji permohonan itu berdasarkan merit. |
| Transformasi Politik, PRU-13 Tajuk Utama Perbahasan Perhimpunan UMNO Posted: 05 Nov 2012 05:10 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Nov – Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini perlu memfokus kepada kesinambungan transformasi politik yang dilaksanakan oleh presiden parti di samping membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jurucakap Umno yang mewakili negeri masing-masing harus menjurus perbahasan kepada dua perkara utama itu dan bukanlah masalah dalaman atau masalah di akar umbi. “Sepatutnya perhimpunan kali ini perlu menjadi kesinambungan terhadap tranformasi politik yang dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Ini penting dalam mengekalkan perpaduan serta kesetiaan kepada kepimpinan parti dari peringkat akar umbi di samping memantapkan jentera pilihan raya sedia ada di negeri masing-masing,” katanya dalam sidang media di Parlimen Isnin. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata keutamaan adalah memenangi PRU dan jika perkara itu berjaya dilaksanakan parti, maka apa sahaja masalah dalaman akan terjawab. Katanya pembahas yang akan mewakili negeri-negeri sudah pun dikenal pasti oleh jawatankuasa yang diketuai seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan berlangsung mulai 27 November sehingga 1 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif Suberbike Association Of Malaysia (SAM) berkata kira-kira 5,000 anggota persatuan itu akan menyertai acara mengelilingi Putrajaya dan Cyber Jaya dengan menunggang motosikal berkuasa besar pada 11 Nov, sempena 1Malaysia Bike Week. Kata Ahmad Zahid, seramai 355 penunggang SAM akan mengelilingi Semenanjung Malaysia bermula dari Johor dan akan tamat pada 10 Nov di Putrajaya. |
| Pembangkang Mungkin Lupa Lesen Nik Aziz Kepada Pemimpin Bukan Islam Posted: 05 Nov 2012 04:52 AM PST Tuan Pengarang… Pelik dan ajaib secara tiba-tiba pemimpin pembangkang terutama Pas dan PKR begitu bersemangat untuk berdemonstrasi di depan Bangunan MCA gara-gara kenyataan Presiden MCA berkenaan hudud Pas. Kita pun tak tahu semangat mana yang telah meresapi pemimpin-pemimpin pembangkang ini hingga memberi kata dua kepada MCA. Tapi seperti kata bidalan bahawa "pelanduk selalu lupakan jerat tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk". Kenapa pembangkang terutama Pas marah kepada MCA? Apakah mereka terlupa bahawa Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam. Menurut Nik Aziz, “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam. Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksud pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri. Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims. Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam. Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah. Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada Pas, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula. Berbalik kepada kemarahan pembangkang terhadap Presiden MCA, mereka mungkin lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah. Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam? Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud Pas dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz. Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud Pas, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam. Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong Pas yang sebelum ini kelam kabut berdemo. Ali Maju |
| Pengundi Muda Ayer Hitam Muak Janji Tak Berbayar Pembangkang Posted: 05 Nov 2012 04:27 AM PST KUALA LUMPUR 5 Nov – Pemuda UMNO Ayer Hitam melihat sokongan pengundi muda di kawasan itu khususnya tidak akan goyah sebaliknya akan terus memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti. Ketuanya Mohd Fadil Muskon berkata dengan kerjasama serta pelbagai inisiatif program yang dilaksanakan secara bersama dengan pemuda-pemuda parti komponen BN yang lain, ianya cukup memberikan impak dalam usaha membantu kemenangan parti. Menurut beliau soal strategi dan sebagainya lagi dibincangkan secara bersama termasuklah segala perancangan untuk berdepan dengan pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi. "Pembangkang boleh jaja dan bawa apa jua isu yang mereka mahu..tetapi mungkin mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka bawa itu sudah muak dan kadangkala sesuatu yang tidak masuk akal. "Janji boleh janji sebab ianya tidak berbayar…berbanding dengan kita menerusi BN, bukan sekadar janji tetapi kita laksanakan kerana kita sedar dan tahu apa tanggungjawab dan keperluan yang diperlukan khususnya kalangan generasi muda hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini. Kata beliau lagi pihaknya percaya momentum dan gerakan bersepadu di antara pemuda-pemuda parti komponen bakal menterjemahkan satu gerakan yang cukup padu pada pilihan raya umum nanti. "Tentunya bahang pilihan raya umum sudah terasa..Cuma bilakah ianya akan dilaksanakan kita sendiri pun tidak tahu. Jadi apa yang kita laksanakan hari ini adalah untuk memastikan memontum yang ada pada Pemuda dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. "Insyaallah…Kita penuh yakin dan sama-samalah kita berdoa agar BN terus mendapat kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum nanti," katanya. -MediaUMNO |
| Krisis Air Selangor : Teknologi Membran VS Langat 2 Posted: 05 Nov 2012 04:18 AM PST Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014. Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2. Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan. Akhir-akhir ini pula, hujan telah turun dengan luarbiasa lebatnya hampir setiap hari di Selangor, namun, ia tidak bermakna yang krisis tersebut telah berakhir dan kerajaan PR Selangor boleh mengeluh lega. Ini kerana yang menjadi masalah utama bukanlah berkenaan air mentah, tetapi air yang dirawat atau dalam kata lain, masalah ketidakmampuan loji rawatan yang sedia ada untuk menampung pertambahan permintaan yang mendadak setiap tahun. Loji tersebut juga telah uzur dan memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan secara besar-besaran untuk memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat cukup dan selamat untuk digunakan. Apabila fakta ini akhirnya berjaya menembusi 'kepala otak' kerajaan PR Selangor, maka Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mula bercakap tentang perbincangan yang telah dilakukan dengan pakar-pakar bekalan air dari luar negara berkenaan pembinaan loji rawatan air. Jelas, kerajaan PR Selangor telah dengan sengaja melambat-lambatkan perlaksanaan penyelesaian yang telah dicapai berdasarkan kajian selama 9 tahun oleh kerajaan pusat kerana ingin 'membawa masuk' pihak yang 'dipilih' oleh mereka. Sekali gus membangkitkan soal ketelusan mereka pula. Bertitik tolak dari itu, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor telah menegaskan bahawa Selangor tetap menolak projek Langat 2 dan akan menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan kapasiti air terawat di negeri ini. Debat mengenai penyelesaian krisis air Selangor berterusan sehingga ke hari ini sementara rakyat tertanya-tanya akan kesudahan nasib mereka. Menurut Khalid Ibrahim, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3,000 juta. Di pihak BN pula, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berhujah bahawa teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar dan dalam jangka panjang. Selain itu, kos yang diperlukan untuk satu loji sahaja adalah sejumlah RM95 juta mengikut nilai semasa tanpa mengambil kira pertambahan loji di kemudian hari yang mana adalah sesuatu yang pasti. Berhujah secara akademik dan bukan politik, setiap teknologi pasti ada kebaikan dan keburukannya. Begitu juga teknologi membran atau cara tradisional projek Langat 2. Selain itu, jangan sekali-kali mengenepikan hakikat bahawa kerajaan pusat telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil jangka masa yang lama untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi krisis ini. Teknologi membran digunakan di beberapa negara di dunia termasuk Saudi, Kuwait dan Singapura. Kebaikannya ialah, ia mampu menghasilkan bekalan air dalam kualiti yang tinggi dengan sistem yang agak mudah. Membina sebuah kemudahan penapisan membran juga mungkin tidak begitu mahal namun, beberapa perkara selain kos pembinaan permulaan, wajar diambil kira. Antara yang direkodkan oleh kajian pakar ialah: Teknologi ini memerlukan tekanan yang kuat yang mana walaupun prosesnya pembinaan lojinya adalah mudah tetapi memastikan tekanan yang tepat dan konsisten adalah satu isu dengan kosnya yang tersendiri pula. Bahan buangan dari penyulingan kadangkala tercemar dan ini juga menimbulkan satu lagi isu iaitu isu pembuangan sisa tercemar. Bahagian tekanan tinggi membran berpotensi mengumpul sisa yang menyumbat bahagian penapis. Ini membuatkan membran menjadi tidak efisien, mudah rosak dan akhirnya kehilangan daya menyahkuman. Walaupun pembinaan kemudahan penyulingan membran tidak begitu mahal tetapi membran itu sendiri adalah mahal serta perlu diganti secara berkala. Lebih buruk ialah apabila tiada cara yang cepat dan praktikal untuk mengenalpasti membran yang rosak mahupun membaikinya membaikinya. Akibatnya, keseluruhan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka. Selain itu, teknologi ini juga tidak mempunyai opsyen aliran yang berbeza-beza di mana ia hanya boleh digunakan sepenuhnya, atau ditutup terus. Justeru, ia tidak mampu 'bertoleransi' dengan keadaan yang tidak dijangka seperti aliran berterusan dalam kadar yang tinggi, cuaca yang tidak menentu dan kerosakan peralatan. Sedangkan ketidaktentuan cuaca, adalah masalah utama di Malaysia hari ini. Kesemua fakta di atas menjadi faktor penting yang membawa kepada rumusan bahawa teknologi membran adalah sesuai bagi operasi skala kecil, tetapi adalah tidak sesuai untuk operasi berskala besar, apatah lagi luas dan berganda tahun demi tahun seperti pembekalan air di Selangor. Justeru, sebelum sesiapa menuduh kerajaan pusat tidak telus atau korup, seeloknya terlebih dahulu melihat masalah ini dengan minda yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi emosi politik. Lebih dari itu, kesungguhan kerajaan pusat untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat tidak wajar dipertikaikan dan kehidupan kita yang selesa selama ini adalah buktinya. Apa yang perlu dipersoalkan kini adalah motif sebenar kerajaan PR Selangor untuk terus berdegil menolak Langat 2 dengan berbagai alasan dan jawapan yang tidak relevan pada awalnya sedangkan mereka telah dan sedang merancang projek alternatif sedari awal. isuhot.com |
| Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan Posted: 05 Nov 2012 03:47 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama. Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam. “Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di sini, hari ini. Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam. Sabtu lepas, pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu. Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial ‘Facebook’ beliau hari ini,menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad. |
| Pas Aneh Dan Pelik Bila Restu Orang Melayu Sertai DAP Posted: 05 Nov 2012 03:43 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP. Beliau berkata hubungan politik antara Pas dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain. "Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-Pas bermasalah dan tidak kukuh," katanya selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan Pas. Muhyiddin juga berkata: “Kalau semua orang masuk DAP, Pas tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden Pas itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya. Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik. Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya. Menyentuh tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata bahawa parti itu “memang cakap tak serupa bikin.” “Kita mendengar tentang prinsip perjuangan, menjunjung ketelusan dan sebagainya yang dijadikan asas perjuangan parti itu, tetapi dari segi amalan sebenar, ia tidak begitu,” katanya. Ditanya pandangan timbalan perdana menteri mengenai bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang ingin bertanding di Pekan, beliau berkata :"Itu saya tidak tahu. Kita tengok betul atau tidak,” katanya. |
| BN Gov’t Has Never Neglected Tamil Schools, Says Devamany Posted: 05 Nov 2012 03:35 AM PST PUTRAJAYA, Nov 5 – The government of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has never marginalised or neglected national type Tamil schools in the country, said Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk S.K. Devamany. Hitting out at the opposition Pakatan Rakyat for raising the issue of Tamil schools for political interest, he said the Barisan Nasional (BN) government continued to ensure that Tamil schools were no less important than national schools and national type Chinese schools. “Pakatan Rakyat leaders have no issue other than Tamil schools and temples. They are trying to win over the Indian community with these. Wherever they go, they accuse the BN government of according unfair treatment and neglecting Tamil schools. “These accusations are baseless and lies. The people know what the BN government is doing to develop Tamil schools. The prime minister himself has given the assurance that the government would continue to develop Tamil schools,” he said in a statement. Devamany, who is an MIC vice-president, said the government through Community Chest, an independent charitable organisation, had distributed RM9.139 million to 47 Tamil schools nationwide, even in states held by the opposition. In Budget 2013, Najib, who is also the finance minister, had provided an additional special allocation of RM100 million for national type Tamil schools for new sites, additional school blocks and upgrading work. “Evidently, the era of Datuk Seri Najib is a glorious era for Tamil schools,” he said. He also said that the government had approved the construction of six national type Tamil primary schools which he added would be built in Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah; Heawood Estate, Sungai Siput, Perak; Taman Sentosa, Klang, Selangor; Taman PJS1, Petaling Jaya, Selangor; Bandar Mahkota, Cheras, Kuala Lumpur,; and Bandar Seri Alam, Masai, Johor. From the time he assumed the prime ministership in 2009 and up to 2011, Najib had approved RM302.8 million for Tamil schools, including RM45 million under the Economic Stimulus Package 1 and RM45 million under the Economic Stimulus Package 2, he said. Since 2009, the government had approved RM1.2 billion for the development of infrastructure at vernacular and mission schools, he said. “And, that’s not all. The prime minister also approved RM530,000 for the ‘Road to England’ football tournament among Tamil schools,” he added. |
| Doktor Terkemuka Di Kuantan Tolak Pembohongan Isu Lynas Posted: 05 Nov 2012 03:26 AM PST KUANTAN, 5 Nov – Seorang doktor terkemuka di Pahang menolak “pembohongan” berterusan disebarkan Pembangkang di kalangan penduduk tempatan tentang kebimbangan pelepasan radioaktif dari loji nadir bumi Lynas bernilai RM2.5 bilion yang siap dibina di sini baru-baru ini. Beliau berkata, kempen anti-Lynas itu semata-mata bermotif politik untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang. Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang doktor perunding yang telah memberi perhatian 40 tahun dalam perubatan nuklear dan fizik zarah, berkata aktivis anti-Lynas berusaha mempengaruhi pemikiran rakyat di sini sejak dua tahun lepas walaupun hakikatnya “tidak wujud langsung sisa radiasi atau sebarang sisa toksik’ dari loji itu. Keselamatan Lynas disahkan oleh enam badan bebas, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB, badan tertinggi dunia mengenai tenaga atom. “Bahan yang mereka bawa tidak ada apa kecuali minyak nadir bumi mengandungi cebisan lemah radioaktif thorium 232. Ia merupakan bahan radioaktif yang cukup lemah dan mempunyai jangka hayat amat panjang puluhan bilion tahun. “Dan dengan semua ini kumpulan anti-Lynas kata…oh cucu cicit kita akan menderita selama 14 bilion tahun. Ini semua karut,” kata beliau. Dr Looi berkata, jika seseorang melihat separuh hayat bahan radioaktif (masa diperlukan bagi sesuatu kuantiti menurun kepada separuh daripada nilainya), lebih lama separuh hayat itu, semakin kurang pula bahayanya. “Misalnya, jika separuh bahagian rumah terbakar dalam 14 bilion tahun, adakah ia menimbulkan sebarang masalah? Tidak, ini kerana terdapat hanya secebis api, sedangkan jika ia terbakar dalam masa 40 minit, maka ramai orang yang terbunuh atau cedera. “Begitu juga dengan plumbum, yang kita gunakan dalam bateri kereta kita. Ia juga mempunyai separuh jangka hayat yang lama 19 bilion tahun. Oleh kerana ia mempunyai separuh hayat yang panjang, ia sebenarnya bersifat ‘non-radioaktif’ bila anda gunakannya pada kereta. Jadi thorium amat lemah dari segi radioaktif,” katanya kepada Bernama pada satu temu bual. Ditanya bagaimana beliau berminat terhadap sains nuklear dan fizik zarah, Dr Looi berkata minat timbul ketika beliau seorang pelajar perubatan di Manchester kira-kira 40 tahun lalu oleh kerana seorang daripada tutornya ialah ahli fizik nuklear. Beliau juga pernah meletakkan thorium di tangannya tanpa sebarang kesan sampingan hingga hari ini kerana thorium, bila dilepaskan keluar berhubung dengan elektron bagi menghasilkan gas helium, seperti yang digunakan bagi meniup belon, ia langsung tidak berbahaya. “Thorium 232 atau produk sisa mengeluarkan hanya cebisan elektron, yang merupakan bahan elektrik. Ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Anda dapati radiasi Lynas, sebaik saja anda di luar sempadan loji itu, radiasinya sifar. Tidak ada alat di bumi ini yang begitu sensitif untuk dapat mengesannya,” kata beliau. Dr Looi berkata, maklumat salah mengenai Lynas berdasarkan anggapan karut kerana pada badan manusia pun ada radioaktiviti akibat potassium, yang doktor beri kepada pesakit bagi mengawal pengambilan garam dalam kes hypertensi dan kes-kes lain. “Malahan pada badan kita, kita mempunyai kira-kira 4,400 becquerel (Bq)sementara sisa dan bijih Lynas mengandungi kurang daripada 6 Bq per gram. Ini sudah melebihi 124 kali dari jumlah pada situasi paling buruk di Lynas. “Jadi mengapa bersungut mengenai sebuah Loji Lynas di Gebeng di sini sedangkan terdapat 124 loji Lynas dalam badan anda yang mengeluarkan radioaktif?” Ditanya mengenai kesan terhadap pekerja, beliau berkata apa yang mungkin mereka dapat ialah kurang dari 20 peratus dos yang dibenarkan. Dr Looi juga menyebut kata-kata Dr Nick Tsurikov, pakar radiasi antarabangsa, bahawa tidak ada langsung risiko radiasi di Loji Lynas. Beliau berkata, penentang berhadap loji itu harus mengambil kira lebih daripada 1,000 pekerjaan berkualiti yang dipertaruhkan dan mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai keluarga yang perlu diberi makan. “Sebaik saja wujud sebuah loji nadir bumi, syarikat-syarikat (lain) akan datang, seperti Siemens (yang) bercadang datang dan menggunakan nadir bumi. Mereka akan mewujudkan beribu-ribu lagi pekerjaan hasil kesan limpahan,” kata beliau. Dr Looi merayu kepada pertubuhan bukan kerajaan dan Pembangkang supaya “bangkit” dan sedar bahawa loji Lynas membawa manfaat besar kepada negara. “Anda boleh pengaruhi pemikiran rakyat untuk beberapa ketika, tetapi bukan untuk selamanya,” kata beliau. |
| Wanita Bidas Pemikiran Liberal Cuba Dibawa Nurul Izzah Tentang Kebebasan Pilih Agama Posted: 05 Nov 2012 03:06 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Nov– Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata pergerakan itu menolak sekeras-kerasnya pemikiran liberal yang cuba dibawa Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini iaitu "Melayu Bebas Pilih Agama?" . Tegas beliau lagi pemikiran liberal yang cuba dibawa oleh Nurul Izzah yang mana dengan jelas boleh meruntuhkan institusi agama Islam di Malaysia dan memecah belah serta menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat Melayu di negara. Pada masa yang sama, tegas beliau lagi Wanita UMNO juga ingin mengetahui pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku bapa dan Ketua Pembangkang serta Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu dan Presiden PKR mengenai kenyataan Nurul Izzah yang jelas bertentangan dengan prinsip pembangkang supaya komuniti tidak sepatutnya dijadikan mangsa. "Dengan ini kami menegaskan bahawa orang Melayu Islam tidak sepatutnya dipermainkan oleh pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik dalam mendapatkan sokongan kaum lain. "Kenyataan YB Nurul Izzah juga jelas telah menggadaikan maruah Melayu Islam demi mencapai kehendak politik tanpa memikirkan kepentingan dan kemakmuran komuniti beragama di dalam negara ini", katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini. Justeru, beliau berkata Wanita UMNO menegaskan bahawa kenyataan Nurul Izzah ini amat bertentangan dengan Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam dan Perkara 11, mengenai Kebebasan Beragama yang telah diamalkan dengan penuh harmoni di negara ini. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment