BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DATUK AIDIT GHAZALI MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!

Posted: 05 Nov 2012 03:00 PM PST


Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI),Datuk Aidit Ghazali berkata Al Quran tidak perlu diterjemahkan mengikut akal fikiran sendiri semata-mata untuk mendapat undi.

 "Jadi di sini saya menasihati Yang Berhormat tersebut (Izzah) serta mana-mana yang sefikrah dengan beliau supaya fikir masak-masak..jangan disebabkan hendak memperjuangkan agenda politik, kita sanggup untuk memutar-belitkan semangat dan juga tafsiran pada ayat-ayat Allah.Saya sangat kasihan kepada ahli-ahli politik yang mana disebabkan terlalu ghairah dengan agenda politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membelai dan membuat penelitian kepada agenda politik hingga kata-kata mereka itu menunjukkan kejahilan mereka terhadap apa yang terkandung ayat-ayat al-quran dan juga hadis-hadis nabi,"Katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH

   

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!

Posted: 05 Nov 2012 11:00 AM PST


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar,Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum "Islamic State: Which Version; Who's Responsibility?" anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang.Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius.Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah,syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.JATI,Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan.

Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri.Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini. Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT.Beliau dikatakan menerima LGBT.Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi. Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim. Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada "reservation" mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini.Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah,syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan. Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya.Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh. Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu.Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan? 

Pejabat Operasi Jati 153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,Taman Tun Dr Ismail
5 November 2012

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

PETUNJUK DARI ALLAH !!! MASJID TEMPAT ANWAR IBRAHIM SAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB DIMASUKI AIR !!!

Posted: 05 Nov 2012 07:51 AM PST


Kampung Bukit Naga terletak di tengah-tengah antara Shah Alam dan Klang.Pentadbiran pihak berkuasa tempatan dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam.Manakala untuk urusan tanah dibawah Pejabat Tanah dan Daerah Klang.Parlimennya pula di bawah P111 Kota Raja dan Dun N50 Sri Muda.Hampir keseluruhan penduduknya beragama islam.Majoriti penduduk kampung adalah penyokong BN dan kampung itu boleh dikatakan lubuk BN.Untuk keputusan pilihan raya bagi peti undi Bukit Naga ia tidak pernah mengecewakan BN.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak PKR dan PAS sedang berusaha untuk menembusi kampung berkenaan dengan pelbagai majlis dan program.Namun setakat ini usaha mereka belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan.Dalam usaha mereka untuk memikat pengundi-pengundi Bukit Naga,pada penghujung September 2012 PKR dan PAS telah membawa Anwar Ibrahim ke kampung berkenaan untuk bersolat maghrib dan meyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Bakri,yang juga menjadi landmark kampung berkenaan.

  

30/9/2012


30/9/2012


30/9/2012 

Walaupun penduduk-penduduk kampung tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menyampaikan kuliah dan menyatakan bantahan mereka namun pihak pentadbiran Masjid Al Bakri tidak mampu membuat apa-apa kerana arahan daripada kerajaan negeri.Dalam masa yang sama mereka terpaksa melanggar titah Sultan Selangor agar orang-orang yang tidak mempunyai tauliah JAIS tidak dibenarkan mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor.Ramai penduduk kampung yang tidak ke masjid pada hari berkenaan kerana tidak rela bersolat dengan diimamkan oleh Anwar Ibrahim.Ruang-ruang dalam masjid hanya diisi oleh penyokong-penyokong mereka yang datang dari luar yang mengikuti konvoi Anwar berceramah di sebelah petang. 

Namun kini setelah sebulan berlalu satu perkara yang tidak dijangka telah menggemparkan penduduk kampung. Kira-kira tiga hari lepas iaitu pada 2 November masjid yang menjadi tempat seorang pengamal homoseksual yang berpura-pura alim menyampaikan kuliah maghrib tanpa disangka-sangka telah dimasuki air banjir. Petunjuk ini jelas dan nyata.Semoga rakyat Malaysia khususnya yang beragama islam mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.Jangan kita meletakkan seseorang yang bukan sepatutnya di tempat yang tidak patut kita letak. - Selangor Daily

SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH !!!






RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU HUDUD !!! NIK AZIZ ATAU CHUA SOI LEK YANG TERTEKAN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 05 Nov 2012 04:00 AM PST


Angin tak ada,ribut tak ada,sepantas kilat Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam,amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang.Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari,jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga,sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam,sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.Tapi kali ini,tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini. 

Menariknya,baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya,Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam. Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam.Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan ??? Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi,sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam. 

Mengikut fahaman Nik Aziz,barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS,itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas. Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993.Tak terjawab beb.Sah lah,yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN TERSEBAR !!!

Posted: 04 Nov 2012 09:00 PM PST


Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk 'memeriahkan' Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan warna iaitu oren untuk ANAK,kuning untuk BERSIH,merah untuk ROYALTI dan hijau untuk ANTI-LYNAS.Kata mereka,hujan lebat pada awal penganjuran program berkenaan,tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk hadir.

Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam,jumlah yang hadir adalah seramai 30,000 orang! Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan 30,000 orang…barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi mewujudkan angka berkenaan.Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada program sebegitu rupa.Malah,bas,treler dan kereta mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat,turut dipamerkan dan dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu Anwar Ibrahim.



Kehadiran sebegitu ramai orang sebenarnya tidaklah sehebat pada tahun 1998 dan 1999 yang meyakinkan Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu akan jatuh dengan mudah.Bagaimanapun,apabila keputusan pilihanraya pada 1999,Anwar Ibrahim ternyata kecewa kerana sokongan yang jumlahnya puluhan ribu sewaktu dia tampil berkempen,tidak banyak membantu keputusannya pun.Dan menariknya,keadaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat itu juga hampir sama pada tahun 1998-1999 dengan kehadiran paling ramai dan majoriti tetap adalah orang Melayu yang mewakili PAS dan PKR.Manakala kaum Cina dan India dari DAP, tidaklah begitu ramai kecuali mereka yang menggunakan himpunan seperti itu untuk berkempen.Keadaan yang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu!

Bagi generasi baru yang tidak pernah tahu atau ambil tahu tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998-1999 dahulu, jumlah yang mereka lihat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban itu sebenarnya jauh lebih kecil dan kurang memberangsangkan.Dan keadaan yang sama juga berlaku dengan 'amaran awal' yang kemudian ditukarkan dan dikatakan sebagai 'rahmat Allah Taala'. Program yang sepatutnya bermula pada jam 3:00 petang itu terpaksa ditunda apabila hujan lebat yang disusuli dengan ribut petir serta angin keras,melanda kawasan berkenaan.Ramai yang bertempiaran dan mencari tempat perlindungan.Manakala golongan peniaga yang membuka gerai awal,mengalami kerugian apabila kebanyakan barangan jualan mereka basah lencun dan rosak.


Agak aneh melihatkan bagaimana golongan yang menjadi mesin propaganda Anwar Ibrahim boleh berbangga dan beranggapan bahawa apa yang berlaku pada sebelah petang semalam sebagai rahmat Allah Taala untuk perhimpunan berkenaan.Mereka langsung tidak menunjukkan perasaan takut dan gementar dengan ancaman yang didatangkan.Sebaliknya mereka mencabar Allah Taala agar menurunkan bala yang lebih besar seperti yang berlaku kepada penduduk Soddom dan Gomorrah.Puncanya amat mudah.Mereka berasa sudah cukup kuat dengan kehadiran ramai orang dan jumlah yang ramai itu bagi mereka sudah tentu dapat melawan apa-apa sahaja bencana yang didatangkan nanti.Sedikit tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya…

Sasaran kehadiran adalah seramai 50,000 orang.PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahlinya datang meramaikan himpunan yang didanakan oleh Rangkaian PASARAYA FAMILY yang pelanggan-pelanggan utamanya adalah orang Melayu tetapi pemiliknya berbangsa Cina dan penyokong kuat DAP.Padang yang menjadi tapak perhimpunan tersebut adalah tanah milik pemilik pasaraya berkenaan.Bagaimanapun,jumlah yang hadir tidak sampai 20,000 orang walaupun para pecacai cuba menggambarkannya sebagai puluhan ribu orang. Hujan lebat dikatakan menjadi punca Pakatan gagal menepati sasaran hadirin.Walaupun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan orang ramai yang hadir itu adalah rakyat Negeri Sembilan yang datang secara ikhlas dan tidak dibayar, hakikatnya,kebanyakan daripada mereka datang dari negeri-negeri Utara Semenanjung,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor berdasarkan loghat percakapan selain bas-bas rombongan yang tertera alamat serta bernombor pendaftaran negeri masing-masing.Dan perbualan dengan puak-puak berkenaan mengesahkan bahawa kehadiran mereka berbayar,bahkan turut diberikan juga adalah WANG ROKOK !!! - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TONY PUA PERTIKAI PERNIAGAAN ORANG MELAYU !!! APA CERITA NI ???

Posted: 04 Nov 2012 06:00 PM PST


Kenapa tony pua pertikaikan perniagaan yang dimiliki oleh syed mokhtar al bukhari ??? jawapanya mudah sahaja, pasal syed mokhtar tu orang melayu,beragama Islam dan banyak keuntunganya di salurkan untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan... 


Gaya tony pua bercakap,seolah-olah segala perniagaan dalam malaysia nie di kuasai oleh syed mokhtar, kalau betul syed mokhtar menguasai segala-galanya dah dah dia menduduki tempat pertama orang terkaya di malaysia, tapi hakikatnya, masih banyak lagi cina-cina yang lebih kaya,contoh terbaik ialah tan sri robert kwok yang menguasai 60 peratus gula dan tepung melalui syarikatnya gula perai,gula perlis dan federal flour mills (ffm)...Malah banyak lagi cina-cina yang kaya dengan hasil merasuah,judi dan hasil jenayah terancang,kenapa tony pua hanya pertikaikan kekayaan syed mokhtar albukhari ??? pasal dia orang melayu dan cina kelahiran singapura macam tony pua tidak senang adanya orang melayu yang kaya...- DET 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! LEPAS BAS MEWAH !!! KINI ANWAR IBRAHIM DENGAN BASIKAL TUA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 04 Nov 2012 03:00 PM PST


Korang pernah tengok Anwar naik basikal tua tak? Gua pun tak pernah beb..Tapi kalau gambar Anwar berlakon di tepi basikal tu ada laa..Kalau sebelum ni kita dikejutkan dengan gambar Anwar bermewah-mewah dalam Jet Peribadi..,sekarang ni rakyat dimomokkan pulak dengan gambar Anwar dengan Basikal Tua..

Gua rasa, gambar ni disebarkan untuk bagitau rakyat bahawa Anwar berjiwa suci murni dan mampu memahami penderitaan rakyat bawahan.. Kononnya,dengan bergambar ditepi Basikal zaman 50-an tu,Anwar digambarkan sebagai sorang pemimpin yang tahu erti kesusahan.. 

Perghh.., memang poyo gila beb.. Gambar Anwar tu sebenarnya adalah poster kempen PRU13 yang bakal Pakatan gunakan untuk lawan BN.. Awal betul dorang buat poster yee.. Anwar dah kemaruk sangat nak jadi PM gamaknya kot.. 

Satu lagi.., anak sapalah yang jadi mangsa kerakusan politik Anwar tu yee..? Berapalah agaknya upah yang dibayar kepada bebudak tu untuk bergambar dengan pemimpin paling suci Pakatan tu? Nasib baik kecik lagi budak jantan dua orang yang diatas basikal tu.. Kalau besar, mau bergelojak hati Anwar menahan nafsu... Hahahahaha.... - MPP

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...