PISAU.NET |
- Quran Benarkan Melayu Murtad - Nurul Izzah
- Nik Aziz Atau Soi Lek Yang Tertekan?
- Apa Salahnya Melayu Murtad - Nurul Izzah
| Quran Benarkan Melayu Murtad - Nurul Izzah Posted: 05 Nov 2012 05:59 AM PST Anak anugerah tuhan PKR menggunakan ayat quran sebagai dalil kebebasan beragama. Nak murtad boleh sebab dalam Islam tiada paksaan.Setelah didedahkan oleh Malaysiakini haprak pakatan salahkan pula Utusan. Nurul Izzah yang mendapat didikan pluralisme dan liberalisme dari Anwar turut menggunakan skill yang diajar oleh Nik Aziz,Hadi dan para pemimpin PAS lain. Masakan tidak apabila isu ini menjadi panas Nurul bertaichi katanya kenyataan beliau tidak ada yang salahnya. Kenyataan terbaru,Nurul Izzah pertahankan kenyataannya dengan dalil sepotong ayat suci quran maka halal untuk melayu keluar dari Islam jika tidak lagi mempercayai atau menganut agama itu. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam. Sepotong ayat beb..maksudnya sekerat sekerat...dia tak habiskan ayat tu sebab memang ini skill taichi yang diajar oleh PAS dan Anwar.
Nurul tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu: "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui," Surah Al-Baqarah, ayat 256. Apabila penganut pluralisme dan liberal di hentak,ibarat cubit paha kiri yang kanan pun terasa juga maka Khalid Samad pemimpin Anwarinas PAS mula pertikaikan Melayu sama ada Islam baka atau tidak . Dalilnya menghalalkan kenyataan Nurul Izzah dengan persoalkan kepercayaan bangsa melayu terhadap agama Islam.Akhirnya melayu juga jadi mangsa... apa macam bagus tak spin haprak pakatan... | ||
| Nik Aziz Atau Soi Lek Yang Tertekan? Posted: 05 Nov 2012 03:36 AM PST Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS. Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz. Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu. Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek. Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini. Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam. Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam. Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan? Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam. Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan. Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri. Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas. Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993. Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri. | ||
| Apa Salahnya Melayu Murtad - Nurul Izzah Posted: 04 Nov 2012 03:22 PM PST Apa yang kita bising sangat apabila anak sulung Anwar pertahankan agar melayu boleh murtad,bukankah ini semua tanda hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.PAS tukang angguk dalam pakatan sudah pasti akan angguk tunduk setuju. Manakala yang berserban dan berjanggut panjang berjubah pasti turut bertakbir sama apatah lagi yang bercakap anak kepada Anugerah Tuhan mereka. "Rakyat" di negara ini kononnya... diulang sekali lagi..kononnya satu gerakan massa menyokong aspirasi perjuangan haprak pakatan. Di sini kita ada PAS,DAP dan PKR 3 jenglot politik yang semua orang tahu akan menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai. Saban hari,sejak beberapa tahun para blogger mendedahkan pemikiran Anwarisme begitu bahaya,ini semua dipandang enteng,apa kamu tahu apa itu liberalisme? apa kamu tahu apa itu pluralisme?freedom of speech? hak kebebasan manusia? ini semua elemen yang lebih bahaya daripada komunis.Membunuh akidah dari dalam secara halus... Apa yang anda nak ...nah..dah dapat..perjuangkan kebebasan beragama.Maka definisi melayu harus dibuang saja kerana melayu itu sudah tidak ada hak pertahankan Islamnya didalam perlembagaan apatah lagi untuk bercakap pertahankan agama sendiri kala takut dituduh sebagai anti kebebasan dan rasis. Apa hujah anda untuk pertahankan Nurul Izzah dan Anwarisme? Nak harapkan PAS? Nama Allah pun dia gadai apa nak heran... SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam. Forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu,OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH. Selain Nurul Izzah,panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia,Malik Imtiaz;Ahli Parlimen PAS Parit Buntar,Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak,Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura,Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian,Datuk Kenny Ng. Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das.-sumber Pisau kata " Anwarisme harus dihapuskan.." |
| You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment