PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
- PANAS! "KITE ORANG HANYA MABUK TAK MELAKUKAN MAKSIAT"! Nurul izzah Tinggal??
- PANAS! "KITE ORANG HANYA MABUK TAK MELAKUKAN MAKSIAT"! nurul izzah??
- PANAS! Khalid Ibrahim RAIH SOKONGAN PAS Sokong JAIS Siasat Nurul Izzah.!!
- PANAS! Pelajar Dituduh Berzina Dengan Guru DI Kuaters!!
| PANAS! "KITE ORANG HANYA MABUK TAK MELAKUKAN MAKSIAT"! Nurul izzah Tinggal?? Posted: 08 Nov 2012 12:10 AM PST INILAH MASALAHNYA BILA ANAK-ANAK MUDA TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN-FAHAMAN SONG-SONG MACAM NI! Ini Juga bahaya bila anak muda salah tafsif apa yang dikatakan oleh Nurul Izah Baru-baru ni. Itu pasal la orang tak kasi Nurul Jadi YB rosak la anak muda akan datang! Abis lari puak Pencacai PKR sudah tidak berani nak menempel dibelakang Nurul Izah... SAYA mengerti bahawa "anak papa", Nurul Izzah Anwar sedang berada di dalam keadaan tertekan sekarang ekoran keceluparannya yang mahukan kebebasan golongan berusia 18 tahun ke atas untuk memilih agama yang disukai tanpa halangan. Saya juga mengerti tentang "papa"nya, Anwar Ibrahim yang berkecil hati dan kecewa apabila anak sulungnya itu dikecam hebat kerana memperjuangkan kehendaknya, termasuk menyokong LGBT di sebuah forum baru-baru ini. Bukan saja para pemimpin UMNO yang menyerang Nurul Izzah, malah Dewan Pemuda PAS juga berang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Siapalah yang tidak tertekan jika berada di dalam keadaan begitu, namun "terlajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak berkata-kata maka bersedialah menerima kesannya", apatah lagi kata-kata itu dari seorang pemimpin politik. Dari ucapan Nurul Izzah itu, jelaslah menunjukkan bahawa kefahaman anak sulung Anwar itu mengenai kalamullah adalah sangat cetek sekali. Memang benar "tiada paksaan untuk menganut agama Islam" sebagaimana yang difirman Allah SWT, namun Nurul Izzah tidak boleh menafikan keIslaman yang diwarisi melalui kedua ibu bapa sebagaimana yang berlaku di Malaysia dan umat Islam lain di dunia ini. Misalnya, puteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dilahirkan oleh Ummul Mukminin, Khadijah binti Khuwailid dan berbapakan Muhammad bin Abdullah yang beragama Islam. Jadi, mampukah dengan hujah dan fahaman yang pelopori Anwar dan Nurul Izzah itu menafikan keIslaman Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dan beliau berhak memilih untuk memeluk agama lain pada usia 18 tahun? Jika begitu, agama apakah yang dianuti oleh puteri Rasulullah itu pada usianya 16 tahun dan 17 tahun sedangkan ketika itu beliau sudah diwajibkan untuk bersolat, menunaikan zakat dan menunaikan haji sebagaimana mereka yang mukallaf? Sekiranya Fatimah R.A kemudiannya keluar dari Islam pada umur 18 tahun, apakah beliau tidak dikira sebagai murtad? Bukankah keluar dari Islam boleh dianggap murtad? Apa pengertian "riddah" di dalam fahaman keluarga Anwar? Sebab itulah saya menegaskan bahawa fahaman Nurul Izzah sangat cetek dalam hal ehwal yang membabitkan aqidah ini. Namun meskipun tidak mempunyai pengetahuan dan hukum hakam agama yang mendalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai ini tetap mahu bercakap mengenai Islam dan muamalahnya di hadapan golongan bukan Islam? Persoalannya, apakah ini "ikon anak muda" yang diketengahkan oleh PKR bagi memimpin umat Islam di negara ini? Apakah individu yang mengancam aqidah umat Islam ini yang selama ini disokong oleh puak-puak Pakatan Haram? Dan paling utama, apakah kita umat Islam yang hidup di negara Islam yang begitu kuat mempertahankan kedaulatan agama Allah sanggup membiarkan seorang yang berfahaman songsang ini untuk menjadi pemimpin kita pada masa akan datang? Pada saya, apa yang berlaku mengenai insiden ini ada hikmahnya. Selain dari mendedahkan "belang" Nurul Izzah dan keluarganya, ia juga menunjukkan betapa para pemimpin Pakatan Haram tidak layak untuk dijadikan pemimpin di negara ini dan tidak wajar untuk dicontohi oleh seluruh umat Islam. Mungkin Allah SAW sengaja mendorong Nurul Izzah berkata demikian demi membuka mata umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan agenda pihak yang sanggup menggadaikan aqidah mereka semata-mata kerana "undi". Justeru itu berjaga-jagalah dan kenalilah pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR, yang mampu menyebabkan kita terpesong dari aqidah dan menyemarakkan gerakan murtad serta LGBT di negara ini. Nauzubillahi min zalik.. |
| PANAS! "KITE ORANG HANYA MABUK TAK MELAKUKAN MAKSIAT"! nurul izzah?? Posted: 07 Nov 2012 11:33 PM PST INILAH MASALAHNYA BILA ANAK-ANAK MUDA TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN-FAHAMAN SONG-SONG MACAM NI! Ini Juga bahaya bila anak muda salah tafsif apa yang dikatakan oleh Nurul Izah Baru-baru ni. Itu pasal la orang tak kasi Nurul Jadi YB rosak la anak muda akan datang! Respon puak pas: dia sudah terlepas cakap daa, allah tidak memalukan seseorang tu kalau hatinya baik, iklas keranaNYA, tak ada perasaan hasrat dengaki, pendek kata, kalau hati busuk,suka belit sana sini, ini lah balasnya, terang dan bersuluh, tapi dia masih lagi membelit dan terus memutar2... soo dipendekan cerita,akidah dia sudah macam tu nak buat mcmana lagi dah,dia baca aayat dari surah tu, tapi bila mentafsir allah telah gelapkan hati dia ntuk melihat kebenaran sebenarnya ayat itu, maka kita umat islam ni kena jaga2, supaya budak nie tidak menjadi pemimpin, kerana dia akan memutar dan terus memutar...jadi kita anggap lah budak nie, akidah dia hanya sejemput otak udang, kalau dia becakap mengenai perjuangan islam, kita kena hati2, kerana dia pandai putar belit ayat al Quran....mcm geng pas dok buat tu laaa!!!! |
| PANAS! Khalid Ibrahim RAIH SOKONGAN PAS Sokong JAIS Siasat Nurul Izzah.!! Posted: 07 Nov 2012 11:10 PM PST Khalid Gagap kata inilah masa yg sesuai untuk beliau kembalikan sokongan puak pas kepada beliau! Apasal isu gereja Hari tu lu buat bongok Jer?? SHAH ALAM 8 Nov. - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong dan menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama. Beliau yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri itu berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu. "Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama. "Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu. Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima arahan daripada UMNO agar mensensasikan isu kenyataan yang dibuat oleh anaknya, Nurul Izzah. Beliau berkata UMNO terdesak sehingga sanggup memainkan isu sensitiviti agama sebagai alat politik. psssst: Dah Khalid Gagap main wayang.. macam la dapat tebus dosa dia kat Hasan ali... |
| PANAS! Pelajar Dituduh Berzina Dengan Guru DI Kuaters!! Posted: 07 Nov 2012 10:10 PM PST PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris. Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan. Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu. Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya. "Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu. "Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam. Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar. "Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya. "Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit," katanya. Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu. Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa. Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian. "Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum. "Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang," katanya. Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). "Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini," katanya. |
| You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment